Tuesday, June 4, 2013

Study vs kerja

Wah!! Hati teruja-ruja nak update blog walau banyak keja dan banyak esainmen dan nak exam lagi. Ambil sikit masa untuk blogging.

Ni nak sambung citer pasal Community Service tu. Kami bertolak memang awal pagi dan gua lah insan pertama sampai kat Intec tuh. Gua sudah bilang pada anak-anak buah gua yang sapa lambat memang kena tinggal. Mereka memang datang awal lah. Tapi kami pergi lain-lain kereta kerana last minute mereka menukar plan. Ok la jugak sebab gua tak payah bawak keta gua tu. Gua pergi naik kereta Nurul.

Sesat sikitla sebab kami ingat-ingat lupa jalan masuk nak pergi tempat tu. Pakai waze pun tak guna sebab jalan masuk dia salah. Jadi kami agak-agak jer jalan masuk tu dan nasib baik betol plak..

Sampai sana tak ramai yang bangun lagi. Jadi macam tak ramai yang hadir program tu. Kanak-kanak ramai. Dan gua plak incharge for coloring contest kanak-kanak di surau. Memang dasyat mula-mulanya lagi-lagi kanak-kanak lelaki. Tapi gua tadahal lah sebab anak-anak gua pun hero gak.

Habis kalering contest gua pi padang balik. Gua tak dapat nak ikut seminar sebab gua handle part kanak-kanak. Lepas tu gua isi perut. Alaaa.. boring plak gua nak tulis panjang-panjang. Takde cerita menarik sangat lah. Cuma enjoy dengan mereka. Baling-baling tepong, lari sekain pelekat dengan diorang. Tapi diorang sangat menghargai dan rasa seronok lah sebab banyak dapat hadiah dan makan free. Juga kami bersukaneka bersama-sama.

Ha .. ni pic waktu pagi baru gantung banner

Ni pakwe-pakwe klass gua..

Ni top management.. Zek & boss

Kalering kontes..
hucuk nyer mewarna..
Sukaneka..
menganyam bakul..
Ni la lecturer gua yang masa first2 masuk class tetiba gua rase nak tukar profesen jadik lect..

Sila lihat gambar-gambar tersebut. Itu sebahagian dari yang gua snap gitu-gitu jer. Adela aksi-aksi menarik gua tapi klasmate banyak upload kat FB. Nway sila menjamu mata..

Ish.. banyak benda nak update nih. Tentang kerja plak dah tambah task lagi. Kalau hari tu gua handle POR for equipment.. now gua handle mismatch parameter for RF. Mesti korang pening kan? Tapi nasib baik gua tak pening setelah diexplainkan oleh Hafizi.. macam kacang jer tuh. Cuma pening sebab info dari berbagai source. Takut tertinggal info dan gua plak nanti yang pening. Oh.. now gua dah masuk technical team yang takde kena mengena dengan HR yang gua study tuh. Huh! Lari tajuk.

Camaner gua nak balik pada management punye line nih. Satu jer solution nyer adalah tukar kerja. Gua diploma bisnes buat kerja technical. ZTE ni kalau kerja memang banyak tracker nak kena update. Huhu.. Penin dowh. Aiyoo.. Nway this is new challenge for me. Sudah stuck kat telco. Hampeh!! Kalau ku tahu telco industri begini.. memang gua rela dalam retail hari tu. Ayoyai..

Oh ye.. ade benda menarik lagi yang gua nak update ni. Tapi nanti. Update ni dulu.. sebab yang satu lagi ni gua bleh update pakai bloggeroid malam ni. Tu pun kalau tak busy sebab gua nak siapkan esainmen dan projek paper Ahad ni nak hantar. Cuma this week busy sket sebab gua nak catchup kerja baru lagi. Pening keje ZTE ni..

Hafizi pun pelik kenapa suka-suka plak kerja ni bagi kat gua. Spy punyer kerja lah ni. Kau tak tahu itu ini main belasah jer bagi kerja kat gua. Naseb baik gua ni cepat pikap. Baru terang sikit dah dapat tangkap apa yang derang nak. Cuma pening sebab banyak benar tracker gua nak hapdet. Takpa..sedikit mencabar. nanti gua jadik Miss know it all kat ZTE. Orang tanya pasal equipment? Gua bleh jawab.. Tanya pasal RF pun bleh jawab.. Tanya pasal HR? pun bleh jawab.. Marketing? Purchasing? semua dalam tangan. nak-nak retail.. Itu yang paling gua expert. Haha.. Klah mesti boring baca gua nak up jer.. Rojaks sungguh kerja gua macam hidup jugak. Positip itu penting..