Monday, September 30, 2013

Sendiri mahu ingat

Feeling tak larat.. jangan demam dah. Kalau demam habislah.

Malam ni nak buat esainmen. Masak tak lagi. Rasa mengantuk. Nak basuh baju. Amik baju kat luar mesti dah kering.

Kaki rasa tak larat. Ngilu. I need mandi. Nanti baru rasa fresh sikit. Baru boleh buat kerja. Tapi takut nanti dah buat kerja rumah..penat esainmen tak buat.

Hmm.. stress dengar baby nanges. Sebab cuma berebut air masak. Nanges tak henti. Biarlah kakak dan abang layan dulu. Panas.. tumbuh ruam kat badan. Hmm..

Down kejap.

Satu jer.. saya takmo hantar. Sebab kalau cuti saya akan balik rumah family saya sebab saya ada family. Kalau nak datang ambil.

Bila saya dah keras hati..saya akan jadi saya! So jangan buat saya keras hati. Bila saya dah boring..saya takkan fikir orang lain. Saya akan fikir saya. Kepentingan saya.

Kalau orang baik dengan saya..saya akan balas kebaikan tu. Tapi kalau dah buat saya muak..sendiri mahu ingat.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 29, 2013

♥ mak

Tadi mak datang..dengan Abang Ngah & family.

Larat mak nak naik tangga 4tingkat. Kami risau jer mak sakit kaki nanti. Tapi alhamdulillah mak dapat naik dengan jayanya.

Sayang mak. Mak datang nak tengok life saya. Walau kaki sakit camtu.

Kasih seorang ibu tak dapat dicari ganti walau dalam apa keadaan sekali pun.

Ayah sampai saat ni masih saya rasa ada lagi..mungkin sebab dia wujud dalam hati. Rasa macam ayah ada lagi kat rumah.

*rasa terbalik pulak dengan ayah..walau ayah takde tapi macam ada..sang bekas itew..walau dia masih hidup macam dia dah takde* tu laa kan..

Sebab saya ni first time nak ada rumah sendiri kan? Jadinye.. macam serabut sikit malas nak fikir susun atur rumah. Ke atau tak tahu dan tak terfikir sebenarnya? Haha.. entahlah

Kak Ija seorang suri rumah. Umur setahun tua jer..tapi sebab dia ni agak matured berbanding saya yang kadang ting tong..mungkinlah sebab Abang Ngah yang train dia menjadi begitu. Then we have to choose the right man to be the husband kan?

Mungkin dia tengok my livin room agak messy..*sebab i pun gitu gak* haha.. dia pun buat sugestion. Dan on da spot terus rearrange. Hmm..rasa luas dan kemas sikit. Cuma nanti nak uruskan barang-barang yang takmo tuh. Bilalah agaknya?

posted from Bloggeroid

Saturday, September 28, 2013

Bufday seprais

Hari ni my bufday. :)

Dah masuk 33tahun. Ingat tak tahun lepas ada bunga sampai kat ofis? Sweet kan? Yang itu seprais sebab dapat bunga besar..sampai sekarang still simpan. Tapi..dah keringlah :)

Tahun ni ingat biasa-biasa jer. Balik ofis..bising sikit kat anak-anak. Lepas tu sebab esok cuti..I nak relax2.. masuk bilik layan FB jap mata pun mengantuk.

Memang dah tidur. Boleh kata nyenyak..sampai jam 12. Terjaga sebab bunyi watsap masuk. Rupanya someone dah tunggu depan pintu.. omg!! Saya baru bangun tidur kot? Cepat-cepat cari seluar..haha..sebab tidur tak pakai seluar. Anak-anak tengok mommy menggelabah derang hairan lol. Mommy takleh buka pintu sebab siyes gelabah..

Ada plak yang buat seprais bawa hadiah and cake. Then secara sederhana kami celebrate..siyes speechless. Until now cant stop smiling. Thanks dear. Xoxo

posted from Bloggeroid

Friday, September 27, 2013

The real instinct

Saya bukan ingin menunjuk. Cumanya perlukan petunjuk. Sometimes bila kita cari petunjuk itu dikalangan manusia. Kita akan jadi lebih serabut.

My life only rely on Allah sahaja sekarang. Everythings I akan refer kat Dia. In shaa Allah setiap keputusan akan memberikan kita yang terbaik. Meminta sesuatu perkara itu berlaku memang ada..tapi untuk sesuatu hal saya lebih senang dengan meminta diberikan petunjuk. Dan selalu saya dapat melalui gerakhati.

Malam tadi saya tak pasti kali keberapa saya tunaikan solat istikharah. Saya meminta petunjuk supaya lebih tenang. Saya hanya mahukan ketenangan dalam hidup. Saya tak mahu perkara-perkara yang buat saya serabut. Serius saya tak suka. Siapa yang sukakan serabut? Takdekan..

Saya ingat saya akan dapat melalui mimpi..tapi tidak. Pagi ni tergerak hati nak buka chanel flyfm masa on da way pergi kerja. Dan yang saya dengar adalah lagu Bubbly-Colbie Callait. Dah banyak kali dengar dulu..tapi hari ni bila dengar rasa sangat terbuai-buai..seperti hanyut sambil drive.

Sampai office terus saya google lagu ni. Dan apa yang terjadi selepas itu adalah seperti ianya tergerak hati dan lakukan. Dan ekceli now pun sedang dengar lagu itu..dan ianya..heaven lol.

Dan bila hari ni saya online FB lalu PC, saya terbaca satu link. Dan ianya seperti memberikan saya kefahaman tentang something. So that, I hope Allah will continuously give me the real instinct in every decision I'll made.

Thursday, September 26, 2013

Kafein

AYEMFILINGLEYZIENTAYERD

Lol..can you understand that?

Ekceli this is the time that i should done my esainmen. But feeling seriously sangat leyzi because ayem so tired. From morning till nyte i need to move it..move it.

Pebenda lah yang membebel dengan bahasa tunggang terbalik itew. Saya perlukan tukang urut yang boleh mengurut hilangkan stress secara percuma sebab jika kena bayar pun stress jugak. Hahaha... mendalam itew maksud :p

Pernah dak terfikir yang sebenarnya seorang yang sukakan kafein akan terus merindui kafein sepanjang hayatnya? Saya penggemar kafein. Dan ekceli dari kecik mak suka buat neskepe klasik. Tapi kalau mak buat teh .. i dont like. Mak buat milo.. bolehlaa.. tapi kalau milo itew milo ice.. wawawa.. heaven!!

Tapi tu dulu..now semua minum. Tadahal. Cumanya .. cumanya .. neskepe tetap dihati. Hari tu masa pi beli barang dapur i cari neskepe tapi tak jumpa. So..pi beli yang macam neskepe..ape benda ntah brandnya. Tapi tak berapa nak sedap. Dan dulu mak tak pernah buat kopi o untuk kami. Tapi..bila kahwin masa muda-muda dulu..mertua masa itew buat kopi o dan i terus jatuh tangga.. kihkih.. bukanlaaa.. jatuh cinta dengan kopi o. Hari tu tanya mak nape mak tak buat kopi o masa kitorang kecik? Mak kata takde sapa suka kopi o. Malah kopi memang takde kat rumah kecuali buah kopi dan pokok kopi memang banyaklah keliling rumah.

Oh kenapa hari ni i update pasal kafein? Sebab kafein ada dalam kopi. Kafein sometimes boleh hilangkan stress like chocolate. So beberapa hari ni anak-anak buat hal. Haih.. takdelah hal besar tapi hal yang remeh temeh tu lah penyebab stress mommy.

So that now mommy buat neskepe yang bukan brand nescafe tapi bolehlah rasanya untuk hilangkan sedikit stress. Lagi pun I share something kat fb wall.. coffee drinkers is a good lovers.. *winkwink* =D

posted from Bloggeroid

Busy schedule nowadays

Sekarang sibuk dengan iclass dan whatsap grup for study. Susah sebenarnya bila anda student part time tapi tiada internet access dirumah. Gua nak masukkan .. tapi.. jap fikir pasal ongkosnya. Huh!

Sometimes mahu sent email kerja dari rumah pun susah. Ayoyaii..

Ekceli terfikir nak kerja part time. Tapi nanti semua ntah pi mana. Study part-time..kerja part-time..ibu part-time.. how?

My blog ramai plak yang singgah dengan keywords lipoma. Anyway my lipoma ada satu jer dipinggang. So ianya tidaklah annoying. Hmm.. ramai pulak yang ada lipoma nowadays. Ni semua faktor pemakananlah ni. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Tapi I is paling suka lemak kat daging lembu atau orang jawa kata tetel. Sedap lol. Tidak boleh ditolak tepi. Lagi-lagi kalau gulai kawah makan nasi panas-panas. Pergh!!! Meleleh..

Tuesday, September 24, 2013

Hantu pintu main doorbell

Ni nak citer sikit. Hari tu masa Tasya datang rumah budak-budak ni mengadu doorbell bunyi sendiri. Memula dengar scary lol. Mau tak skeri. Dahla diremang maghrib senja azan berbunyi.. mau tegak segala bulu yang ada termasuk bulu kening. Emm.. bulu toot bersih ek? Hahahaha.. sorry .. ter 18sx pulak.*sambil tutup mulut*

So tadi balik air plak melintang tengah halaman. Eh..flat ada halaman plak? Flat I jer spesel ada halaman. Cari punca paip tu crack sikit kat rumah sendiri. Ayoyaii.. penat nyiasat bebudak tu. Tapi bebudak tu jugak yang buat. Haih!

Lepas tu kemas rumah sikit..dan masak. Masak yang simple-simple jer. Tengah masak tetiba doorbell itew berbunyi. Anak-anak pi la nengok sah-sah mak dia tengah busy kat dapur. Pastu derang kata takde apa. Second time bunyik mommy tengok. Pun takde gak orang. Ah! Lantaklah. Mommy kata kat abang..ni mesti kawan kamu sesaja main-main nih. Mommy kata gitu sebab masa bebudak tu duduk lepak hari Ahad mommy pi kelas derang jakun sket main doorbell. Haha..abang plak bengang bebudak tu main sepah-sepah. Minum tumpah-tumpah. Haih! Mommy plak yang kena mop lantai sepuluh kali. Lepas ni takdela nak buat rumah terbuka lagi.

Lepas masak kami makan la la la.. bunyik lagi sekali. Abang nak pi tengok mommy tak bagi. Debar gak hati Mommy. Lepas makan siap kemas Mommy soh abang kunci grill.. kihkih.. sebab mommy takut sebenarnya. Tapi macam biasala mommy watlekwatkool.. :p

posted from Bloggeroid

I'll never let you go

Sedang lepak dalam kereta sambil tunggu timing abang dan kakak keluar dari sekolah.

Hidup semakin busy. Suka tapi sometimes feeling nak relax. But i like it. Sebab kita tak perlu fikir benda yang remeh temeh. Saya belajar tentang tidak berfikir benda yang buang masa. Tentang mereka yang suka fikir tentang orang lain..tentang sesuatu yang tak pasti..tentang kehidupan yang tak menentu pada masa depan. Enjoy apa yang ada sekarang :). Saya enjoy dengan anak-anak. Enjoy dengan rumah sendiri. Enjoy dengan kebebasan tanpa ada orang kritik. Enjoy dengan beloved one. Who? Adelah. :) rahsia..

Hidup kena ada target. Setting the target by my own adalah yang paling senang. Tapi perlu ada usaha. Then nanti bila target itu achieve.. yes!! Saya tunggu masa tu. Bukan untuk menunjuk yang saya boleh..atau menunjuk yang saya hebat..ianya untuk kepuasan diri sendiri. Then nanti i will enjoy my old time.. maybe alone.. maybe with someone yang i suka sekarang.. or maybe dengan orang lain...only Allah knows..

Hari ni Allah berikan saya gembira..dengan ada dia. Tapi kita tak tahu ketentuanNya. So..selagi i have a chance untuk rasai kegembiraan..dan menyumbangkan sedikit kegembiraan dan mungkin juga ketenangan dekat orang yang saya suka..saya akan buat yang terbaik. For myself, for him and priority my kids.

Apa pun yang akan jadi..saya akan doakan yang terbaik untuk orang-orang yang ada dalam hati saya. Semoga mereka selalu berada didalam lindungan, rahmat dan redha Yang Maha Esa. Xoxo

posted from Bloggeroid

Saturday, September 21, 2013

Seminggu di seksyen8

Dalam hidup ni..kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..tak kiralah kita ada sikit atau banyak.

Rumah baru..kawasan baru..kejiranan baru..semua baru untuk kami. Dulu kami tinggal dikampung..tapi sekarang kami tinggal dibandar. Persekitaran berbeza..kejiranan berbeza..suasana berbeza. Tapi alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan sempurna walau sometimes mommy perlu bising nasihat itu dan ini untuk menjamin keselamatan derang nih. Maklumlah..mommy kan busy kerja. Busy nak belajar lagi. Busy dengan rumah. Tapi kalau pun busy..priority adalah anak-anak..sebab anak-anak adalah amanah Allah.

Alhamdulillah Abang Hannan dan Kakak Raudha boleh diharap. Abang Hannan pandai bezakan yang baik dan yang buruk. Kakak dah boleh disuruh tolong Mommy basuh pinggan. Tapi..petang tadi kawan Abang Hannan..Faisal, Arman dan Amirul datang ajak Abang Hannan keluar dalam jam 2lebih..tapi Mommy tak bagi. Lagipun Mommy tengah masak for lunch .. kami nak makan sama-sama. Then kawan Abang Hannan nak makan sekali dengan kami. So Mommy tak kisah ekceli. Mommy suruh mereka masuk tunggu Mommy habis masak. Mommy tanya kat mereka..pagi tadi bekfas? Lunch dah makan? Jawapan mereka adalah.. mereka tak bekfas dan tak lunch lagi dari pagi. Siyes Mommy kesian kat derang. So Mommy makan sekali dengan mereka..mereka makan tambah sekali. Mommy nak make sure derang kenyang. Lagi pun tetamu kalau kita jamu mereka .. berkatlah nanti hidup kita. Masa makan tu Mommy niat supaya mereka akan rasa selera makan apa yang Mommy masak. Maklumlah..dulukan Mommy jarang masak. Duduk dengan in laws mereka jerlah yang masak.

Ekceli kanak-kanak itu happy sebab derang kata Mommy masak sedap. Derang kata air tangan Mommy sedap dan Mommy cantik. *haha..mommy kembang japs* Ekceli Abang Hannan malu sebab kawan-kawan dia puji Mommy gitu.

So tadi..Abang Hannan cerita semua yang jadi seminggu kami berada di kawasan baru. Ada yang siyes terperanjat Mommy dengar cerita Hannan. Tapi Mommy beri nasihat kenapa begitu dan kenapa begini. Kita sebagai orang dewasa perlu guide kanak-kanak supaya mereka jadi yang terbaik dalam hidup mereka. Ye tak?

Emm.. tapi apa yang Hannan cerita tentang kawan-kawan baru dia..sampai Mommy sebak. Dalam hidup ni..bukan kita jer susah..ada orang lain yang lebih susah. Tapi..kesusahan tu kalau kita usaha dengan sebaik mungkin..akan jadi senang dan tenang. Yang penting..back to basic. Back to Allah. Saya ni bukan baik sangat..tapi dulu hidup serabut sebab am not back to basic. Alhamdulillah.. lepas jumpa Abang yang tunjuk balik jalan ke basic itu.. now i can manage my own life.. walau banyak ekceli kurangnya. Tapi for me .. kalau ada duit semua boleh diurus dengan teratur. Sebab sekarang semua perlukan duit. Betol dak. Tahts why we have to manage our financial properly. Tinggalkan kehendak..pentingkan keperluan.

Jadi..jika keperluan tu cukup..hidup akan selesa dan tenang. Cerita Hannan tentang kawan-kawan dia siyes buat Mommy ingin jadi yang terbaik..baik untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Jika kita buat yang terbaik..in shaa Allah yang datang nanti baik-baik belaka. Kan?

So esok mommy start klas. Anak-anak alhamdulillah boleh berdikari. Dan mommy suruh Abang ajak kawan-kawan dia lepak rumah tengok Astro. And I think it is my responsibility untuk berkongsi the joy of life dan keselesaan yang kami ada dan in shaa Allah akan kami kekalkan dengan anak-anak yang boleh dianggap terbiar kerana tekanan hidup parent derang.

Pernah tak dengar ayat ni? Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.

Dan Mommy baru seminggu kat sini..ada benda yang Mommy belajar tentang life. I thought am not a gud mom..but ekceli I am a gud mom. :) *ni dari persepsi anak-anak mommy sendiri* tapi ada yang lebih baik dari Mommy..tapi tu Mommy orang lain :)

Kat sini juga ingin sangat menyampaikan rasa besar hati pada tuan rumah yang boleh lebih kurang dan menjadi tuan rumah yang baik. This compliment is for Kak Nor and Abang Adi. Sebab kami selesa dengan rumah yang ada. :)
Thanks :)

posted from Bloggeroid

Friday, September 20, 2013

Jeles

Jealous.. why always we human being get jealous?

Luas maksud perkataan jeles ni..tapi jeles bukan dengki.

Kalau jeles disebabkan kejayaan seseorang..ia akan membawa kepada pemikiran dan daya usaha yang lebih positif. Tapi..if dengki ia akan membawa kepada perlakuan yang negatif. So anda pasti boleh bezakan maksud perkataan jeles dan dengki.

Saya pernah jeles. Tapi jeles sebab sayang. Tak salahkan? Biasalaa.. perempuan emosi terlebih.. thats why jeles. :b

Sometimes terfikir kalau takde perasaan tu dalam diri saya.. kan bagus?

posted from Bloggeroid

Thursday, September 19, 2013

Chances

When I asked him if I can get any chances he replied " please pray for what you want "

In your opinion.. can I?

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

Lol

I always trust my instinct.. pagi semalam masa nak hantar baby kat rumah babysitter yang baby panggil mama.. terserempak dengan sorang mamat dan terus my instinct says that "ni mesti husband babysitter itew"..

Dan pagi tadi terserempak lagi dengan mamat yang sama dia baru jer nak keluar rumah dari rumah babysitter itew. See? I told ya :)

Tapi for some matter.. my instinct is like terbahagi 2.. iakah? Atau tidakkah? Emm..emm..emm..

posted from Bloggeroid

Semua ok

Mengantuk dah..tapi layan update blog dulu. Emm.. dah beberapa hari tinggal kat rumah ni. Semua going well. Hari Selasa jer pening sket..kelam kabut pasal semua nak settle hari tu. Adik masukkan tadika kemas yang paling dekat dengan flat. Baby dia tanak accept sebab takut ramai sangat dan tak terjaga. Yang dekat dengan flat ni murah sikit. Tapi macam better tadika yang dekat masjid sana walau mahal. Nampak lebih teratur dan kemas. Tadika tu rasanya lebih bagus sebab dia agak strict. Takmo terima baby dan adik sebab takmo tanggung risiko sebab takde insurance. Tu pun tadika kemas jugak. Boleh plak lain-lain ek?

Pagi tu juga cari baby sitter dan alhamdulillah dapat. Nampak baik dan boleh lebih kurang. Tadi pun tengok baby yang dia jaga. Umur baru 3bulan dan ianya sangat kiut.

Abang dan kakak baik-baik saja. Cuma kena hantar dan ambil sebab dapat sekolah jauh sikit. Dapat sekolah seksyen6..bukan bandar anggerik. Soh abang cari kawan yang sekolah kat sana area flat seksyen8 ni..takde plak. Nasiblah. Sekolah tu pun agak bagus. Masa register guru besar sangat nice..cikgu pun baik-baik dan agak tegas.

Semuanya memang sangat smooth. Tu untuk tahun ni..tahun depan blom taw lagi. Sebab nak sekolah kan abang, kakak dan adik sekolah agama. Baby mungkin akan masuk pra sekolah kat sekolah bandar anggerik tu sebab anak pengasuh baby akan sekolah disitu. So senanglah nanti derang amik sekali. Lagi pun boleh jadi besfren baby nanti. Oh ye.. baby tiada masalah tinggal rumah pengasuh. Kejap jer nanesh pastu dah ok. Semua anak-anak mommy sangat indipendent macam mommy. Tengoklah siapa mak dia.. mak dia yang didik dan ajarkan? Jadikan mereka lebih indipendent so bila dah besar pandai nak hidup sendiri..macam mommy. Haha..mommy ni dah desperate sebab tu pandai..kalo tak.. semua takut. Tapi tu dulu.. now dah lain.

Better keadaan sekarang. My instinct kata I will have a better life here. Sebab anak-anak akan ikut cakap mommy. Mereka akan terbentuk sebagaimana yang mommy nak bentuk tanpa ada campurtangan orang lain. Dan for mommy side lebih baguslah sebab tak bergantung pada orang. Lagi pun takyah lah nak terasa-terasa macam dulu. Dalam family tu..adela 3orang menantu termasuk saya yang lalui keadaan yang lebih kurang saya. Dulu saya dengar satu pihak yang memburukkan sebelah sana. So bila sendiri dah rasa.. baru faham. Tapi takpe.. saya bukan jenis yang suka ditindas macam derang pandang sebelah mata.

Apapun..gud luck to me and my fams.

Oh ye..sometimes yang kita buat perubahan ni bukanlah satu bebanan..tetapi tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun ianya agak meletihkan. Siapa tahu ianya berbaloi for future. Allah lebih tahu niat kita. So Allah pasti akan balas. Yang lepas biaq pi. Kalau takde yang lepas..saya takde yang empat ni :)

posted from Bloggeroid

Monday, September 16, 2013

Lantak pi lah sana

Bila dah malam cenggini..start arr mau update blog. Baby now everyday tido ngan mommy. Tak dah tido ngan nenek. Dan dia pon taw dah kalau nanesh takleh panggil nenek sebab nenek takde. It is better I think. Tadi mintak kepit. Haha..selalu mommy tido sorang. But now dah kena tido reramai.

Petang tadi lepas kemas kain baju..tetiba ada text masuk. Berderau jap darah gua. Bole plak maki gua bangang.. tapi gua pikir kalau gua layan tak pi mana. So gua balas gini..

"Assalamualaikum.. moleknya bahasa.. bahasa menunjukkan keperibadian.. jadi sekarang sapa yang bangang? Lagipun sapa makan cili dia terasa pedas.. dunia tak bawak pi mana.. baru sekarang nak maki? Nape dulu depan2 tanak maki? Takut? Haha.. nohallah sapa pun awak nak bangangkan saya.. Allah maha mengetahui.. sekarang saya takde hubungan dengan awak.. so dont disturb me k? Last but not least .. lain kali nak maki pakai phone sendiri.. barula bukan pengecut namanya :) luv you"

Pastu dia hantar lagi satu text. Lantak pi lah.. gua balas 2text

"Takpelah..watever..malas nak layan..terima kasih"

Dengan..

"Jap.. nak gelak.. hahahahaha"

Bagi dia sakit hati lagi.. kihkih

Tu laa.. sapa soh kacau gua. Gua tak kacau lu..lu jangan nak ngade kacau gua. Gua punya senyap sekali berbunyi pedas lol. Tu baru gua tulis lam FB dah terasa.. kalau berani maki lah depan. Kihkihkih.. lantak kau orang laaa...

posted from Bloggeroid

Sunday, September 15, 2013

Need your hug



Bawalah aku pergi..pacu laju lagi kita lari dari realiti :)



Penat lol. Tak mau citer banyak.



Need someone beside me :(



I need a hug :(


posted from Bloggeroid

Rindu sama kamu

Suda malem..enggak bole tido.

Emm.. malam ni first nyte secara rasmi tidur rumah baru :)

Penat mengangkat barang-barang. And ekceli without keluarkan barang tuan rumah pun okeh.
Gile banyak barang yang dihimpun after 5years tinggal kat rumah in laws. Lori 3tan pun tak cukup. Lepas tu kete I tu penuh seat depan belakang bonet kete sekali.

Nasib baik ada nephew yang bagus. Thanks to all of them :)

So nikmatilah photo-photo terakhir di rumah in laws.





Kesian mereka-mereka ni bawak naik barang-barang ke tingkat 4. Emm.. jadi selepas ini semua kena buat sendirilah ye? Susah ke tak susah ke..orang lain mampu nengok jer.

Emm.. malas mahu fikir yang lain. Let it go with the flow. Next week sudah start kelas. Selasa ni adik dan baby punye sekolah belom settle. Selasa ni jam 2.30 ptg mahu meeting pulak. Haish!! Acaner nih?

Otak saya tak mampu berfikir. Kita tunggu jerlah hari Selasa ni apa yang jadi. Kalau fikir mahu kemas rumah pun tak nanti.

Saya sangat penat. Hari ni saya cuma makan sebungkus nasi lemak jam 11lebih pagi tadi dengan 4keping biskut lemak. Yang lain minum air banyak. Wawawa.. lepas nih mahu saya bertambah kurus. Ish!! Kurus cam skeleton pun tak menarik lol. Huwaaa!!

Tadi pun anak-anak mamam nasi lauk telur goreng dengan kicap jer sebab mommy tak larat nak masak dan nak kemas kain baju yang siyes banyak. Haih! Nasebla semua buat sendiri.



Tu dia telur goreng warna kuning keemasan. Kuali baru..sudip baru :) Mulakan hidup baru :)

posted from Bloggeroid

Saturday, September 14, 2013

It is time to move forward

Menunggu saatnya berlepas.. maybe akan merindui segala kenangan. But there is always a good waiting me in future. I know.

Cuma Allah memberi pilihan dan kita perlu memilih mana yang terbaik. Tapi now .. i dunno which one to choose.

Hati nak yang tu tapi secara logiknya..tak boleh. *but ekceli still can dengan keizinan YME* Please Allah guide me to be the best.

Mmmm.. I need something better..

Orait. The time is coming. May Allah bless me and fams. Doakan saya ye kamu2 semua :)

posted from Bloggeroid

Friday, September 13, 2013

Sila muntah dan sakit hati

Hari ni tak kuar lunch. This week attendance memang cam harem. Datang lambat .. EL dan hari ni nak keluar awal.

Tak boleh nak buat apa. Banyak benda nak buat. Sometimes perkara yang simple menjadi tak simple kerana faktor-faktor SOP. Nak buat acaner. Layaaannn..

This week agak stress kerana faktor pekerjaan yang berlambak. Saya mahu jadi orang yang lebih berdisiplin from now onwards. Lantak bila ada orang kata saya skema or whatever. Sebab selama ni hidup saya agak tunggang langgang. So nak jadikan dia smooth.

Esok mahu pindah. Banyak kain baju tak packing lagi. Sebenarnya saya pening. But need to teruskan jugak.

Sekolah anak-anak sedikit bermasalah. Abang dan Kakak tak dapat sekolah yang Mommy target. Tapi takpe. Mungkin itu yang terbaik bagi mereka. Baby dan Adik juga begitu. Dan lebih bermasalah Tadika Kemas itu seperti tidak boleh menerima mereka kerana dah hujung tahun kerana mengikut SOP. Adik untuk tahun depan juga sedikit bermasalah kerana tidak dapat selesaikan untuk tahun ini. Tahun depan punye cerita settle tahun depan.

Semalam saya pusing-pusing settlekan perpindahan mereka. Tak sangka agak rumit sebab pihak kementerian inginkan surat sumpah bagai. Haih!! Nak tanak kena buat jugak. Tapi itu dah settle takpa.

Yang merisaukan Baby dan Adik. Acaner mahu buat? Minggu depan pikir boleh tak?

Perilaku seseorang adalah di atas keizinan Yang Maha Esa. Jadi saya terima seadanya apa pun yang terjadi.

Anyway apa pun yang berlaku dan perasaan apa yang muncul dalam hati adalah ketentuan Allah. Perasaan suka, marah, menyampah, tak kuasa nak layan.. tu semua adalah penggerak untuk saya melakukan sesuatu. Jadi saya yakin ini yang terbaik untuk saya. Untuk mereka yang tak memahami asyik pandai nak kutuk jer.. saya maafkan. Saya faham mereka mahukan yang terbaik untuk keluarga meraka, jadi fahamilah saya juga ingin lakukan yang terbaik untuk anak-anak dan diri saya sendiri.

I know him more than 10 years. Saya tahu dia bagaimana. Mungkin anda lebih tahu dia sebagai seorang anak dan ahli keluarga yang tidak berapa nak kisah dengan apa yang dia dah buat kat saya..kerana apa yang dia buat mungkin tidak memberi impak yang besar kepada anda tetapi memberi impak yang paling maksima terhadap saya dan anak-anak.

Fikir jerlah kalau suami anda tidak bertanggungjawab macam mana pula anda? Kalau kamu ada seorang adik, abang atau kakak yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dia..anda hanya mampu melihat tapi tak mampu nak rasai apa yang keluarga mereka rasa.

So, before you judge please make sure you place yourself in their shoes. Ni kalo ko tak paham aku memahami.. haha.. sebab saya tahu tahap anda dimana. *anda pasti rasa jelekkan?*

Let bygone be bygone. Saya akan terus hilang..anda hanya mampu stalk saje. *sila muntah dan sakit hati*

Thursday, September 12, 2013

Rilek brader..brader rilek



Haih!! Yang kat atas tu namanya bangang abadi. 2 kali dah anak tanya apa maksud perkataan ini dan apa maksud perkataan itu. Bila Mommy tanya si polan ni sebut kat derang. What? Hey.. kenapalah mereka ni bangang abadi dengan menyindir dan bercakap benda yang kanak-kanak tak faham. Kamon la babe..

Kamu semua tu dah tua beranak pinak cucu cicit semua ada. Kenapalah bangang abadi sangat menyindir anak kecil yang tak faham. Kalau nak cakap meh sini depan mak dia.

Cakap belakang bukan main meletup-letup. Depan gua semua mulut manis. Siyes bangang abadi tak boleh bla. Gua harap ada yang stalk kat blog gua. Bacalah!

Sampai ada yang tanya kat anak ada calon bapak baru? Asal tak tanya kat gua terus? Paling tak oun gua akan cakap..

"Ada. Sultan Brunei tu bakal bapak baru derang."

Puas hati? Kat sini meh gua nak declare bagi yang nak taw sangat gua ada bakal bapak baru ke tak kat anak gua.

"Ye..memang ada. Tengoklah dalam habis sekali lagi suci gua habis iddah adelah nanti yang minang gua. Lepas kitorang nikah kitorang pindah NYC. Lepas tu tinggalkan semua angin kus kus kat Mesia nih. Puas hati?"
posted from Bloggeroid

Wednesday, September 11, 2013

Rahsia dan senyum :)

Berahsia? Ye saya ada rahsia saya yang tersendiri. Yang orang lain takkan tahu. Yang akan saya rahsiakan..

Tapi akan ada seorang yang saya takkan merahsiakan apa-apa dari dia.

Dulu secara serius saya tak pernah merahsiakan apa-apa pun dari orang yang paling saya sayang..yang paling saya percaya..tapi now..dia bukanlah orang itu lagi.

Saya banyak rahsia. Rahsia saya banyak. Ada yang sebahagian rahsia hanya orang yang terlibat dengan perkara tersebut saja tahu.

Saya pernah terbaca satu quote, "Jangan percayakan sesiapa kecuali diri sendiri".

Saya cuba praktikkan itu. But sometimes kita perlukan seseorang untuk menceritakannya..sometimes untuk sesetengah perkara saya berjaya..tapi setengah lagi..akan saya ceritakan juga pada orang-orang yang rapat dan selalu jumpa.

Sebab apa? Sebab saya tak boleh tanggung ia seorang diri. Kelemahan saya.

Orang kata, kalau seseorang itu bercakap dengan cepat tetapi pendiam .. dia adalah perahsia.
Saya tidak berahsia dengan orang yang dekat dengan saya tentang my personal life. Tapi yang terlalu personal itu akan saya berahsia. Adakah saya seorang perahsia?

Itu tentang rahsia. Ini tentang senyum. Waktu sekolah dulu kawan saya kata saya suka tersenyum. Waktu kat UiTM pun. Kadang tak cakap apa..senyum jer cukup. Tapi now takde orang sekeliling pun kata saya suka senyum. Mungkin senyum itu dah pudar.. atau saya sekarang tak suka senyum. Apa pendapat anda? *Haha..tanya pendapat kat orang-orang yang tak jumpa selalu..bongok dak?*

Tapi .. ingat satu benda.

Allah maha Mengetahui.

Oh ye.. 11 September.. ingat tak hari ni hari apa?

Tuesday, September 10, 2013

Edra..

What I like about Edra..

Dia kool dan bersahaja.
Kami punya bufday yang sama.
Dia banyak bagi nasihat yang lol dan juga yang tak lol..

Dan paling saya kelakar..dia provoke saya soh kawen cepat-cepat dengan buka laman web murai dan bagi saya tengok retis-retis yang seperti berikut;

1. Anne Ngasri janda anak3 baru lahirkan baby baru dengan suami baru dia berusia 42thn.

2. Abby Abadi janda anak3 bersanding dengan suami barunya usia lebih muda 12tahun.

3. Adi Putra yang hemsem itew kahwin janda yang tak berapa nak cun. *yang ni taboleybla*

4. Didie Alias janda anak6 kahwin single hemsem plak tuh.

Hahaha.. edra edra..

posted from Bloggeroid

Saya mahu jadi nenek kebayan.. bukan mak lampir

Bila memikirkan tentang pindah..yes saya sangat teruja. Tapi bila fikir tentang banyak benda nak dibuat..yes saya stress yang amat.

Boleh tak kalau saya menjadi seperti witch? Pergi kerja naik penyapu tak payah pakai duit minyak. So if minyak naik harga lapan pocen sekali pun.. do i care?

Nak pindah rumah tak yah sewa lori..sekali petik semua dah ada kat rumah baru dan semua dah kemas dengan baik nya.

Kalau jadi witch tak yah basuh baju, lipat baju, kemas baju..kalau jadi witch takde teman pun takpa sebab penyapu pun boleh cakap-cakap bagi idea.

Kalau jadi witch yang paling best nak pergi mana boleh saja. Petik jari atau panggil penyapu hantar .. sekelip mata dah sampai.. huwaaaa!!!

Saya sedang stress ini. Tapi takpe..watlekwatkewl sudey..

Kenapa bila stress rasa macam nak tidur ye? Seperti depress!! I hate this feeling!!  Siyes tak suka!! Hate! Hate! Hate!

Oh ye..sejak kenaikan harga minyak..sejak tu barang pun naik harga. Wawawa..

Dan hari tu saya isi penuh dan sangat penuh adalah RM86. Kalau dulu paling penuh pun RM80 jer. Okeh..anda darabkan dengan 4minggu. RM6x4minggu=RM24. Ye..begitulah.

Minyak plak macam air jer lajunya. Eh jap.. hari tu dapat bil air RM6. Tak yah bayarkan?

Oh ye. Tadi pergi John Steam.. pergh!! Steam habes!!

Dan oh ye!! Tadi juga try call for walk in interview..tapi hasilnya kena pergi isi borang dan pergi tanya bos dia sendiri berapa gaji dia bleh bagi and for all the requirement yang dia nak. Malas lah..kalau ada penyapu boleh jugak kan?

Monday, September 9, 2013

Love letter



This is why I love marilyn monroe. The quotes..

When I read the quotes.. I do realize what had happened in my life is the same thing what had happened to her. Maybe am wrong but the feelings is the same :) but still can smile..

Am deleting all the photos..all the memories and wont be back for you as per your request.

Regards
Baby
posted from Bloggeroid

Sunday, September 8, 2013

Dalam hati ada taman wiken tadi

Wiken ni agak meletihkan..tetapi semuanya berlalu dengan happy..walau ada terselit perasaan sedih :')

Why eh? Sebab bila letih dan seperti dah tak lalu nak buat apa-apa but still need to move on..paksa diri sometimes..itu yang buat stress

BTW.. bila pos photo check-in di penthouse itu..ramai jugalah yang komen.. setengah mereka yes I know mereka tahu apa jadi dalam hidup gua..tapi setengah mereka seperti tahu *am not sure mereka tahu atau tidak..atau mereka tahu dari orang kampun atau mereka tahu dari blog* seperti komen memberi sokongan but thanks all walau anda tahu atau tak tahu its doesnt matter cuma ianya sedikit memberi saya senyuman walau mereka tak nampak tapi Allah nampak :)

Dan walau belum berpindah secara rasmi Qila dan Kak Lela dah datang rumah .. dan yang ada hanya air saja.. sebab tak dapat nak masak apa-apa sebab dapur itew baru test power masak air dan ada sedikit poblem yang kena settle before the day I nak pindah. Tetamu first yang datang Kak Lela and family juga Qila and family and ianya sangat saya appreciate :)

So after this maybe akan ada kawan-kawan yang akan datang tak kira opismate atau rakan sekuliah yang maybe mahu bertandang study bersama and its okay for me :) sesiapa sahaja please do come to my house tapi kalau nak datang hello dulu supaya saya boleh sedia apa yang patut walau tak seberapa.

Emm.. but i keep thinking of something yang saya hanya mampu biarkan saja tanpa ada keraguan dan ianya mungkin plan from Allah for me.. but I dunno is it worth it or not. Sometimes tak mahu berfikir kerana ianya bukan priority but still need it :). But if He want it to be.. saya terima dengan senang hati and will do my best to make it the best for the rest of my life.

Err.. my future plan akan saya teruskan biarpun mungkin ianya seperti mustahil tapi jika tak cuba anda tak tahu :) tapi ianya takkan menjadi mustahil sekiranya itu yang anda mahu.. 10 years in future..apakah yang akan terjadi? O_o'

posted from Bloggeroid

Thursday, September 5, 2013

My instinct for you Abang Bob

I trust my instinct. Haha

From now onwards I TRUST my own INSTINCT. Thank you Allah.. I always trust you :)

Nak taw dak kenapa begitu? Okay ceritanya begini..

Tadi I ada appoinment dengan wireman nama dia Abang Bob. Tak pernah jumpa..

Kami janji jam 12:30pm. I sampai awal kat flat tuh. Tapi tunggu dalam kereta. Lebih 5kali I call Abang Bob ni. Tapi tak jawab la pulak.

So..I tunggu dia call. Tak call jugak. Suddenly I nampak sorang mamat naik motor sampai. Before tu I expect Abang Bob sampai naik kereta. And ekceli I bawa Edra sekali.

I nampak jer mamat naik motor tu..I cakap dengan Edra. Ha.. ni mesti Abang Bob.

Edra tanya, "Yang mana? Yang naik motor tadi? Ish taklah.." Dia kata gitu.

I cakap dengan Edra.. "Tak..betul dia.. Ok kita tengok nanti betoi dak."

I terus call Abang Bob dan terus tanya, "Abang naik motor ke?" Luckily he answered yes. Haha!!

See? I told Edra. Edra senyum jer. Dari jauh I terus lambai-lambai Abang Bob.

Bila dah siap diskas pejadah bla..bla..bla. Abang Bob tanya, "Camaner bleh tahu tadi?" I told him, it was my instinct :).

Please always trust your instinct :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 4, 2013

Weeweeweee...



Serius.. i luv this quote so much.

I wanna be that smart girl. I wanna be a smart woman. I wanna be the girl mention by the quote. :)

Now I know what is the world like. Now I know what is inside the men heart.

Eh jap.. yang dulu saya tak nampak my future..now I dah nampak :)

Dulu saya tak boleh bercerita tentang future dan plan. Now I dah tulis dalam blog my future plan.

I think this is the best decision I've ever made. :)

What I was thinking about my future marriage. Haish! Mesti nak cakap pasal kahwin. Yes I wanna be special in someones heart. ♡♥ Tapi.. I dun want a man yang sangat mengongkong.. I tak boleh buat something for myself. Contoh; I nak belajar sambung sampai PhD dia tak bagi. Tu yang sangat pantang. Ye.. ini adalah syarat paling penting kalau nak kahwin dengan I.. echecheh..kihkih
posted from Bloggeroid

Exhausted

Hari ni saya rasa sangat exhausted.

Dan kepenatan juga keletihan itu, saya hantarkan disini. Thats why saya ada blog..penat, letih, sedih, marah, semua ada dalam ni.

Kawan lama saya yang baca blog ni kata, macam-macam perasaan ada dalam ni. I tanak nanti orang kata tak betul pulak sebab semua simpan dalam hati. Macam andartu, takde sapa nak teman dan ajak berbual ada short wire sikit kat kepala. Macam tu jugaklah Miss J Alex. Ni bukan saya kata..ramai yang kata. Lelaki pun ada yang kata..perempuan pun ada yang kata. Err.. contoh hari tu berbual dengan someone pun I dah terasa.. menjadi Miss J yang short wire kat kepala.. tapi masa terasa tu I kontrol-kontrol macho walau dah terasa.. So, I ada warning kat Edra dan Fina, kalau I short wire..terimalah seadanya ye.. kihkih.. Harap-harap I tak gitu lah esok.

Thats why ramai yang cepat-cepat ingin berkahwin lain. Tapi pada saya buat masa ni.. belum lagi. Tunggu ianya datang secara tidak sengaja. Secara natural. Secara romantik.. hehe.. Bukan diperkenalkan atau gelojoh dalam membuat sebarang keputusan.

Saya tidak mahu menunjuk pada sesiapa yang saya mudah cari pengganti. Saya ingin cool and chill. But sometime rasa sunyi juga. Peneman anak-anaklah.

Hari ni saya penat perasaan, sebab sangat tension kot update tracker. Kau nak kena compare dengan tracker lain yang complicated. Kalau kau tak tahu formula konfirm kau mati kutu buat manual. Mahu juling biji mata..mahu banyak yang silap. Site bukan 10 atau 20. Sehingga 4k lebih. Kalau mahu compare manually..mahu sebulan pun tak siap lah..Semua mahu cepat update. Haish!

Alhamdulillah.. saya punya partner yang bagus. Sabar dia ni. Ajar I formula excel. Sometimes I buat salah bodoh jer kot? Dia tetap sabar gelak-gelak. Dia tetap tunjuk satu-satu. Dan tadi dia kata I akan expert dalam masa 4bulan untuk jadi excel experter. Truly is.. saya kagum dengan dia sebab kalau dia update tracker yang I buat dalam one hour.. dia boleh buat dalam 15 minit jer. I suruh dia bagi tips. Tapi dia kata semuanya basic formula sahaja. So.. mungkin makan sedikit masa untuk belajar. Guna hari-hari anda akan jadi expert. Oh ye.. biar saya kenalkan dia.. namanya Hafizi.

Update tracker bukan sesuatu yang memboringkan macam I kompile dokumen PAC acceptance dulu. Yang ni kerja memang nampak remeh. Hasil memang tak nampak awesome, tapi mahu berfikir juga dengan formula basic..anda akan dapat sesuatu yang sangat mudah untuk buat apa sahaja info dalam excel tu.

You dont have to look at banyak-banyak button yang ada kat atas excel tu. And siapa expert excel..siyes I rasa awesome dengan cara kerja dia.

Cara kerja saya dengan dia, dia akan datang pada saya.. cerita secara detail.. cerita jer taw. Nanti I kena buat imaginasi sendiri dalam kepala sambil buat notes..then I akan update sendiri. Nanti I tak paham.. I call dia..dia tak angkat tiba-tiba muncul kat sebelah. Macam hantu. Kadang-kadang dia datang slow-slow tengok apa I buat.. dia kat sebelah lama-lama. Dia takmo tegur.. dia tengok jer sampai I perasan kehadiran dia yang macam hantu. Huhu.. Gitulah dia.

Ada seorang lagi collegue.. nama dia Hafiz. Tadi Hafizi.. yang ni Hafiz. Hafiz ni pulak macam biskut..kejap ada kejap takde. Tapi tracker dia sangat senang. Update sebulan sekali. Tapi sangat penting sebab kami nak claim DiGi pakai info tu. Sangkut paut dengan POR yang I buat. I pun dah macam satu team dengan pre-sales dept. Micheal Lang selalu datang cari I. Nak tahu update POR sampai tang mana. Oh ye.. Fina dengan I, kami buat POR sama-sama.

Err.. dengan Edra cuma duduk sebelah saja. Takde kaitan pekerjaan. Tapi kalau watsap blue bagi kat Edra. Stret to the point sahaja dia buat lawak biru. Edra oh Edra.

Saya juga penat nak uruskan hal-hal berkaitan pindah rumah. Semua buat sorang-sorang. Tapi saya okay saje. Cuma mahu go slow saja. Takmo kecoh-kecoh. Penat juga fikir pasal financial. Penat juga fikir pasal.. semualah! Somtimes..I think of vacation pergi ke tempat yang relax. Tidur all day long..haha..mampukah kau tidur sepanjang hari? Everything ada yang buatkan untuk I. Pergi spa.. duduk tepi pantai tengok matahari terbenam atau terbit. Mahu relax..cool and chill. Saya terfikirkan Pulau Bali :). My dream nak pergi.. Tapi.. haih!

Nway takyah fikir benda yang kita susah nak dapat. Nanti stress. So..apa pun life goes on..

*ditulis berdasarkan apa yang terlintas dihati..sambil menikmati secawan Nescafe o buat peneman :)

Tuesday, September 3, 2013

Aku la yang betul

There is no right or wrong to myself or others.

The most I wanna be is a better person from a years back.

Fulfill my wishes to have I wanna have.

Selalu dengar orang tu kata.. ah! Lantaklaa .

So..this is the time which I need to payback those words. But lagi sakit lol.. pergi mampus lah ko!!

Karma isnt it?

Karma itu seperti getah.. melantun-lantun but dun weri akan sampai balik kat anda.

Sometimes i really dun understand ada sebilangan orang yang like hell.
Kau dah pergi haji kot? My mom yang tak pi haji lagi pun still jaga kata-kata dia setelah tua ni. I perasan itu sewaktu meluahkan rasa tak puas hati aku pada mak.

Mak tak membantah juga menyokong. Thats right lol. Tak macam sebelah lagi.. asyik aku jer salah. Kalau cakap depan takpa. Ni cakap kat anak-anak. Lol tak lol?

Sebelah dia jer lah betol. Dah kena sumbat pun masih betol. Haha.. biarla.. mereka jer yang betul. Pedehal??
posted from Bloggeroid

Monday, September 2, 2013

Page jom nikah janda



Hasil kerja Qila.. haha

I malas nak layan dah.. kadang layan pun sebab nak jaga hati kawan lama..

Entahlah.. macam ada perasaan annoying dengan mereka..

I dunno why.. emm.. mungkin ini kebaikan-kebaikan yang berlaku.. dah muak!!

Nway the new me will never go easily trusting person yang I tak kenal.

Lagila kalau watsap kata bukan-bukan..sangat muak lol..

Dah masak dengan perangai manusia.. siyes saya katakan kawan lelaki paling best masa kat mkcc.. true fren :)

And luckily dapat leave page..
posted from Bloggeroid

Sunday, September 1, 2013

Let photo create the stori



Ni memang betoii. Tak dinafikan.

Tapi pedehal?

Work hard in silence let the success makes the noise..



Sangat mahu tengok cerita ni..tapi masa tidak mengijinkan..now kurang balik malam..atau siapa mahu teman?



Oo men.. ingat dah tak boleh cari balik ini gambar..luckily ada dalam google.. now I dah guna dropbox :)



Siyes suka dengan kucing ni. Kat rumah ni kucing sepah-sepah..banyak sangat..dan suka beyak rata-rata. Thats why macam kotor jer. Ade gak la usik-usik tapi sikit-sikit. Tapi kucing ni nampak bersih. Terus nak pelok-pelok.



Tadi pi tengok nephew sebelah Ajaren. Selasa ni operate masuk besi. Ish ish

Ada satu gambar lagi yang saya ingat dah hilang dan tak boleh jumpa. Juga jumpa dalam google. Gambar pen. :)
posted from Bloggeroid

Pindah yeay

Planning to move out in this 2 weeks. Next week try tidur dengan anak-anak. Lepas tu saya free..free in my own perception. No more hated people. No more grunge. Only happiness and busyness with kids. And no more dirty kitchen.

My planning is to move out before the class start. Then nanti tidak busy berkejar ke kelas dan nak pindah lagi.

Semalam last bawa barang-barang yang kecil-kecil yang tak perlu diangkut oleh lori. 5 kali juga turun naik. Penat plus sedih lol semua kena buat sendiri. Bawa Abang boleh tolong angkut barang.

Sebenarnya ada jer orang-orang yang boleh tolong jika saya minta tolong. Tapi pun.. saya jenis yang buat sambil berfikir mengikut keadaan semasa. Planning ada tapi selalu tak menjadi. So..buat sikit-sikit. Lagi pun tak penat sangat sebab kalau buat sekali tentu nanti sepah-sepah dan tak tentu hala.

Kalau buat sikit-sikit jadinye kalau panggil orang tolong nanti dia pun takde kerja. Thats why la I prefer to do it my own. Tapi semalam sebab penat jadi sedih.

Tapi alhamdulillah semuanya goes well.

Next week mahu shopping barang dapur dan keperluan asas. Next week mahu try masak something kat rumah tu. Cuma ekceli tak try lagi dapur tu..sebab tong gas takde. Tong gas yang menjadi kontroversi sekejap dulu. Kelakar lol. Pasal tong gas pun nak gaduh sehingga saya pula rasa serba salah dan akhirnya masing-masing gelak-gelak jer.

Sekolah anak-anak rasanya dalam masa sehari boleh settle kot? Nak settle dalam minggu ni or minggu depan. Then derang bleh sekolah baru. For sekolah agama tahun ni tak yah dulu. Terus register for next year. Itu adalah suggestion dari Qila. Haa.. baru ingat I nak beli blender dengan kettle. Tu yang takde untuk keperluan dapur. Semalam kemas-kemas baru terfikir.

Keperluan dapur saya tak beli banyak.. ramai yang bagi termasuk emak..cik aqi..dan mak mertua cik aqi.. :)

posted from Bloggeroid