Sunday, June 30, 2013

Lukisan Adik



Lukisan atas tu.. Nampak tak? Betapa lah Aqasya yang melukis. Mengingati kematian..

Nak taw tak bila Mommy tanya dia, dia jawab apa? Dia jawab, "Kita pun tak tahu kenapa..Allah dah tentukan."

Ekceli saya sangat seprais okeh?

Kejadian berlaku waktu kami tengah golek-golek beramai-ramai dalam bilik atas toto. Tetiba jer Adik lukis tu. Emm.. Saya terfikir yang.. Mungkinkah?

Abang Hannan pun takut tengok lukisan tu. Tapi Mommy gelak-gelak jer.. Tapi sentap gak lah.
posted from Bloggeroid

Miracle Saturday

Saya google makna tersirat disebalik ciuman. Kenapa ye saya google? Pastilah ada sebabnya :)

I am seriously dont expect someone who I like or love will kiss me on the cheek. Ekceli masa tu macam mimpi. Kebanyakan yang berlaku Sabtu lepas adalah diluar expectation.

Sabtu lepas saya dan anak-anak pergi tengok rumah di seksyen8 yang tuan rumah itu adalah Abang. :)

Kenapa saya bawa anak-anak? First sebab saya nak derang tengok rumah tu. Derang pon excited nak pindah macam mak derang gak.

Second adalah nak kurangkan nervous sebab lama dah tak jumpa Abang. Heheh

Hari Sabtu tu I act normally seperti biasa. As natural as I am. Saya tak jangka Abang akan bawa kami lepak kedai mamak and round-round naik kereta dia. Anak-anak pun as usual lah derang ni pun sangat senang mesra dengan orang yang melayan mereka baik. Tapi saya suka keadaan tu. :)

Ekceli kami round pun area rumah Cik Aqi kat seksyen11 tu. Emm.. Abang nak tau kot Cik Aqi tinggal kat mana.

Ok tinggalkan yang itu. Seperkara yang I dont expect at all adalah Abang hulurkan tangan untuk bersalam dan cium pipi depan anak-anak. Nasib baik anak-anak tak perasan. But it is like happen naturally..bukan kali ni saja dah saya bersalam cium tangan dengan Abang..tapi..selepas apa yang terjadi..saya tak jangka langsunglah kan. Yang saya jangka adalah selepas kami tengok rumah..kami akan terus balik. Tapi semua tu buat saya happy :)

Alhamdulillah..ada seorang makcik ni tegur saya waktu tunggu Abang. Dia ingat saya bawa adik-adik. Rajin katanya bawa adik-adik waktu pagi. Bila dia datang dekat bertanya, dia sangat terkejut yang sebenarnya 4orang itu adalah anak-anak saya.

Saya kata kat dia, itulah kelebihan yang Allah dah bagi kat saya..tapi banyak kurang kat tempat lain. Dia respon gini, itu tandanya ada hati yang baik :) sempat kami bertukar number phone. Dia kata nak jumpa saya. Mungkin nak tarik saya join venture biz dia kot? Tak tahulah..

Tapi saya percaya kita boleh lihat dan rasa seseorang tu dari air muka dia. If the first impression tu macam something wrong somewhere, better be carefullah.

Dan semalam juga adalah kenduri rumah yang saya duduk sekarang, sejak akhir-akhir ni kan banyak benda jadi kat saya. MIL tak pernah cakap nak buat kenduri Sabtu tu..saya tahu dari anak-anak and ekceli berniat nak skip sahaja hari Sabtu tu. Sebab tu lah berjanji dengan Abang on Sabtu tu. Tapi bila pagi-pagi mak dah kata suruh rewang, so after tengok rumah..I rewang macam yang sebelum-sebelum ni. Dan ia berlaku secara smooth. Alhamdulillah..boleh dikatakan saya yang bermuka selamba dan bersikap selamba sedikit sebanyak dapat memulihkan keadaan.

Nway Sabtu lepas semua yang jadi diluar jangkaan saya :)

Lepas ni banyak nak plan setup rumah. Yeay!!

posted from Bloggeroid

Friday, June 28, 2013

Life Goes On

If You Are Absent During My Struggle, Don’t Expect To Be Present During My Success

 

:)

Thursday, June 27, 2013

Exam Slip :p

Nak pi ke tak nak??? Hellpppp!!!!!

Tunggu dan lihat *exam*

Saya dah buat keputusan saya taknak ambil exam. Sebab saya tak suka stress. Biarlah 3 paper tu. Saya tahu sebenarnya sangat rugi kot?

Tapi itu keputusan akhir saya. Mungkin akan ada lain waktu yang saya dah betul-betul tenang nanti saya akan sambung balik.

Finance paper yang hanya 10% saja tahu bab calculation. Saya tak salahkan 100% terhadap lecturer tapi ada sedikit kesalahan dia dalam strategi pengajaran beliau. Sepanjang semester kami hanya disuruh buat presentation every week.

Tiba-tiba beliau suruh kami buat test. Konfirmlah tak dapat buat. Dan lagi aku yang sedang tak mahu stress nanti anak-anak jadi mangsa tentu tak mahu tambah stress belajar finance. Jadi aku biarkan ia berlalu..

Sayangkan? Tapi nak buat lagu mana? If saya pegi exam atau tak pergi..saya rasa takde yang kisah pun kan? Tapi hari tu ada bagitahu Abang Hannan. Hannan kata sayang kalau tak ambil..masa depan cerah nanti. Dia tambah lagi..kalau dia, dia ambil jer.. Heheh

Anak mengajar emak. Tapi apa boleh buat. Otak saya bukan otak Einstein. Dan saya akan serabut kalau stress..kesannya nanti pada anak-anak. Hmm.. Biarlah dulu..tunggu setahun lagi mungkin. Tunggu rumah baru pakai wifi. Tunggu ekonomi stable sket. Tunggu dan lihat jer laaahhhh...
posted from Bloggeroid

Jubah putih

Pagi ni abang puji mommy. Cantik mommy pakai baju pink tu. Sebab abang tak nak tengok mommy pakai jubah putih. :)




Lapar pulak..jom bekfas!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Mimpi Abang

Abang Hannan mimpi malam kelmarin Mommy pergi kerja pakai jubah putih dan anak-anak pakai jubah hitam.

Ia mengingatkan saya kepada kematian. Tapi saya selalu berdoa agar diberi waktu sehingga anak-anak boleh berdikari :)

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 25, 2013

Diary

Selain daripada berblog.. saya juga punya diari. Diari itu adalah saangat personal. Tapi pun serius dah lama tak update diari tu..sebab sekarang dah de bloggeroid. Tapi serius yang sangat personal jer tulis kat diari itu.

Diari itu muncul secara tak sengaja. Anyway cerita diari ni dah tulis kat blog lama dulu. Blog yang dah personal. Okeh..berbalik pada diari.. diari itu kerana saya beli buku yang agak menarik nak buat note book..tapi sebab cantik sangat jadi saya tulis jadi diari. Diari itu ada dalam simpanan saya dirumah. Dulu suka letak kat opis kalau hati sedang lara..pasti saya menulis diari.

Tapi now dah dekat setahun tak tulis diari. Banyak benda saya citer dalam blog sahaja. Sekarang pun hati saya dah terasa tenang. Emm.. walaupun punya banyak hal mahu fikirkan.

Oh ye.. Cik Aqi ingatkan saya tulis surat kat MIL sebab nak bagitaw yang saya dan anak dia sudah tiada hubungan halal lagi. Baru tadi saya tulis. Ekceli bukan tulis..taip. Esok pagi-pagi nanti saya bagila kat dia. Tapi nanti bukan dia baca, kembar Azharin tolong bacakan.

Sebab apa saya perlu bersurat bagai.. sebab utama sebenarnya tak sampai hati nak tengok MIL nanesh-nanesh dan bila cuba untuk bercakap tentang itu.. tak terkeluar mulut ni macam ada emas kat dalam. 
Sebab dah banyak kali cuba, yang terkeluar cuma, "Mak ade benda nak cakap ngan mak.. tapi.. nanti-nantilah." Tiada kekuatan untuk benar-benar memberitahu hal tersebut.

Dun worry, dalam surat tu saya dah nyatakan 4 sebab musabab saya menulis surat. So mereka pasti faham..

Saya tak tahu nanti dia faham atau tidak isi kandungan itu, sebab bila orang lain bacakan takut pemahamannya sedikit lari. Yang penting tukang baca tu paham dan point paling penting dapat disampaikan.

Serius sejak semua settle saya rasa tenang jer. Kalau drive keta tu rasa coolblog manjang. Tak macam dulu serabut bagai.. tapi now dah lain. Saya suka situasi sekarang. Saya suka keadaan sekarang. Saya suka saya sekarang. mahu jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Nanti dah pindah rumah mesti hati sangat tenang. Walaupun nanti sangat sibuk urus anak sendiri-sendiri. Saya harap nanti apa yang saya buat untuk anak-anak berbaloi untuk mereka. Saya tak perlu risau, susah hati atau sakit hati lagi duduk bercampur-campur ni.

Dulu sebelum kahwin ade saya dengar daripada mereka-mereka yang dah matang waktu ketika itu kata, susah duduk campur-campur ni. Tapi dulu saya sangat naif.. dan sekarang baru saya faham dan tahu. Betullah orang kata, kalaupun kita duduk sorang makan nasi dengan garam sahaja lebih baik dan tenang dari duduk campur reramai ni. Dulu saya sangat ikhlas, niat saya nak jaga emak dan bapa mentua. Tapi now dengan keadaan kucar kacir hidup saya yang lepas saya mula memberontak untuk hidup sendiri. Orang kata kalau balik sekali sekala bau kentut pun wangi. Kalau duduk sama-sama lepas mandi pakai sabun lux, sabun dettol, sabun cap kapak pun masih busuk.

Oh ye.. hari tu anak saudara Azharin ada tegur saya supaya berbaik dengan adik beradik Azharin. Saya rasa saya bukan tak baik dengan diorang, cuma malas banyak bunyi sebab tak mahu mengeruhkan keadaan. Tapi mereka salah tafsir kerana mereka fikir bila saya dah sambung degree saya menjadi sombong. Emm.. itu adalah communication error. Setiap kesalahan yang saya buat adalah mereka suka bercakap belakang.. thats the true problem. Tapi saya memang jenis tak kisah.

Anak saudara saya ini seperti sedikit menyalahkan saya. Entahlah.. benda dah jadi. Bagi saya sekarang saya tidak berfikir siapa salah dan siapa benar. Buat masa ini saya hanya berfikir membetulkan keadaan yang semakin kusut dangan saya keluar dari keluarga itu. Lepas tu for sure mereka tidak akan sakit hati dengan saya lagi walaupun saya tak tahu apa yang mereka pandang saya tak betul. Kerana mereka tidak berterus terang dengan saya. Cuba berterus terang? Kan mudah.

Saya cuma menerangkan pada anak saudara saya itu yang saya tak mampu untuk membetulkan keadaan.. buat masa ni biarlah masa dan waktu menentukan. Nanti bila saya dah keluar dari keluarga itu..saya pasti keadaan akan pulih seperti biasa. Mungkin cara saya sedikit tak betul atau seperti membiarkan sahaja ia begitu.. tapi percayalah.. saya nak semua nya baik-baik sahaja.. Saya sudah banyak mengalah.. tapi kali ini bukan saya nak mengatakan yang saya menang.. cuma tak mampu nak betulkan keadaan tu.

Benda dah jadi dan segalanya tidak boleh ditarik balik. Semua yang jadi adalah ketentuan Allah. Ada hikmah nyer tuh. Dan saya rasa saya tahu apa hikmahnya. Tak kisahlah!!

Monday, June 24, 2013

Wordless Monday??



=D =D =D =D =D =D
posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

I've done something wrong..

I've done something wrong last Friday.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 22, 2013

Giveup or wont giveup?

My blog is like my diary. When i need to say sumthing.. And no one here for me.. So i open the bloggeroid apps and start typing.

Saya dah feeling give up in my study. This semester saya sangat malas. Sepatutnya ia boleh berjalan smoothly.. Tapi.. Hmm..

I dont think i can make it dengan last semester result yang paras hidung. I know some of my frenz says that I can do it.. But.. But.. Emm..

It is not about divorce that makes me like this.. Its about .. Emmm.. Ketidakkonsistensi diri sendiri.. Too much thinking.. And I think i dont have to bersusah payah untuk meneruskan exam pada semester ini.. Emm.. I need to take a break first.. But deep in my heart says that i need to teruskan dengan apa yang tinggal sikit jer lagi..

Emm.. Kadang orang nampak it is simple and says that .. Yes!! U can do it!! Teruskan2.. Study jer lah.. But when you sangat pressure dengan esainmen..test..presentation and what not.. Kalau itu sahaja takpa.. U need to take care of 4kids yang sentiasa.. Mommy..kita nak ni..kita nak tu.. Dengan u dont have enuff money to buy this and that.. OMG!!

When I talked to my collegue they all says.. Alaa.. Bolehlah.. Senang jer tuh.. Huh!! It is like I am.. Emm.. Idiot!! Cepat give up.. The kelam kabut one.. The malas one.. Seriously from awal tahun till now.. I never bring my kids to taman.. Or pergi tempat-tempat yang mereka sepatutnya pergi.. Wiken hanya duduk dirumah and terperap sahaja.. And i am super busy with class, meeting.. Bla..bla..bla..

But maybe i just can try.. Ryte??

posted from Bloggeroid

Conflict

I have a little bit conflict of myself. Emm.. It is quite dificult to explain. And I think the conflict is too personal to be reveal here. And I decide .. Emm .. The conflict need to stay still, and need to be control by myself wisely. I'm not sure I can control it.. But I need to control it. Conflict between your mind, your heart, your attitude, your want, your need, your fear..everythingss..

For example, you need someone so bad..you like him..you love him..you want him..you excited want to know all about him.. And you became a stalker*OMG*.. But you seriously cant have him because of he has someone else..he has a happy family..he has everythingss..

The point is, sampai hatikah kamu untuk merosakkan kebahagiaan orang yang kamu sayang semata-mata kamu mahu kan dia? No right?

Hmm.. Macam tulah!

But this one is more to .. Emm.. Fear and unfear..

Kamu pasti tak faham. Kerana tiada siapa cuba fahami saya. Kerana I am a loner..

posted from Bloggeroid

Monday, June 17, 2013

Sunshine

Dialog adik,

"Mommy..mommy..kenapa mommy makin terang? Macam matahari.."

Bila dia sebut matahari.. I teringat kat orang yang panggil I sunshine.. Tapi now dah takde..

posted from Bloggeroid

Selepas 10 tahun..

Mahu cerita tentang pagi tadi, tapi belum ade mood. Mood tak mahu datang. Macam siput jalan nya. Kak Ana message pun tak reply. Zita call pun tak jawab. Sebab takde mood nak bercerita tentang pagi tadi.

Pagi tadi.. ye pagi tadi.. sebenarnya semuanya berjalan lancar. Cumanya aku tetap menangis ketika sudah sekian lama tak nampak suamiku itu dan tiba-tiba nampak beliau walaupun dah bersedia untuk nampak beliau.

Ye beliau yang selalu mencetus kontroversi. Kontroversi dalam hidup aku. Dan semasa beliau masuk untuk pertama kali dalam court mahkamah syariah semua mata memandang beliau. Oh..konfirm-konfirmlahkan jejaka yang encem dan macho siap escort bagai. Mana tak menarik perhatian..kihkih..

Masa first time aku nampak dia pagi tadi, aku tak tahu perasaan apakah yang terbit dalam hati ku yang suci dan murni ini.. heheh.. ayat tablebla.. kesiankah? sayangkah? benci tidak.. rindu? pun tidak langsung.. mungkin lebih pada kesian.. dan sayang yang bersisa..

Dan semasa nama dipanggil kehadapan majistret.. kami sempat tersenyum, jeling menjeling, bertanya khabar dan bersalam cium tangan lagi. Depan mereka yang hadir itulah.. kerana sebelum itu tiada kesempatan dan selepas itu jika kami bersentuhan akan menambah dosa kering. Emm.. ye seperti kebiasaan kami memang begitu. Jika tiada isu, kami seperti loving couple. Berjalan mahu rapat-rapat. Duduk mahu bersentuh bahu.

Oh ye.. bersalam cium tangan adalah tanda aku masih menghormati seseorang itu.

Tapi apabila majistret mula memberi arahan supaya beliau melafazkan......beliau seperti susah untuk melafazkannya walaupun telah tersedia text dihadapan beliau. Aku pulak tak habis-habis memandang wajah beliau. Tapi setelah beliau mula melafazkannya..sampai beliau menyebut nama penuhku yang unik itu..aku pulak start keluar air mata. Ish ish..Tidak tahu kenapa berperasaan begitu. Beliau pun konfirmlah kan..

Selesai sahaja, kami keluar dari court room. Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Sampai kat tempat menunggu luar mahkamah syariah..dengan beliau yang di escort oleh 3 orang anggota.. terpandang pulak aku dengan seorang jiran yang sudahlah memang kenal aku dan beliau. Lepas tu terkenal dengan sikap beramah tamah mesra bagai.. ayoyaii.. rahsia nanti tidak lagi menjadi rahsia. Pasti ada nanti sang yang berbunyi itu dan ini. Tunggu dan lihat.

28 February 2003 sehingga 17 June 2013. Banyak kenangan indah, manis, pahit, serabut, nak marah.. semualah..emm..emm.. lepas ni apa jadi? Entah..

Saturday, June 15, 2013

Hanya Kau tempatku mengadu

Ya Allah kau sampaikanlah ke waktu itu dengan cepat Ya Allah. Aku tak mampu nak menahan rasa sebegini. Aku hanya mampu berdoa kepada mu Ya Allah. Aku hanya mampu mengadu kepada mu Ya Allah. Salah aku kah dengan apa yang terjadi?

Ya Allah jadikanlah aku seorang ibu yang solehah yang dapat mendidik anak-anakku ke syurga Firdausmu. Ya Allah jadikanlah aku hambamu yang selalu care for the aurat. Kau gerakkanlah hati ku ke arah penutupan aurat yang sempurna. Kau jagalah tingkah laku ku..percakapanku..perbuatanku supaya tidak menyakiti hati orang lain. Ya Allah kau tenangkanlah hati ku ini Ya Allah.

Aku manusia yang tidak sempurna. Kau tutupkanlah ketidaksempurnaan dan keaibanku Ya Allah. Jadikanlah aku anak yang solehah. Berikanlah aku kesempatan untuk membalas jasa kedua ibubapaku.

Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk untuk aku menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. ='(

posted from Bloggeroid

Friday, June 14, 2013

This is the way of me, myself and I

Sepupu sebelah Azharin who I called Kak Ana is the most person yang sangat care about me. She always text me asking about this and that. She can see how hard I am with this family.

And yesterday she offer herself to accompany in Monday nanti. But I refused sebab saya seperti tidak mahu melibatkan orang lain dalam permasalahan ni. This is between me and Azharin. Ekceli Cik Aqi pun hari tu offer tapi I think no need anyone to temankan myself. Emak pun offer gak, tapi dengan mak yang tak sihat susah nak jalan it is better to mak resting at home. Nanti result I citer la kat mak.

I am not very sure about family Azharin dah tau benda ni belum. Sebab mereka seperti mendiamkan diri seperti tidak tahu apa-apa. But my instinct says that they already know about this cuma they are all malas nak kecoh. Maybe dia orang pun tahu yang saya dah sangat fed up with Azharin and thats why derang just let it be. Baguslah.. tak menyesakkan aku nak menjawab itu ini. Dan ekceli terfikir if Monday nanti kalau mereka tetiba ada kat pejabat agama nanti... hmm.. biarlah..

Bila hati saya sudah keras mengatakan tidak.. ianya akan menjadi tidak. Kak Ana I think mengikut perkembangan saya melalui FB. Thank Kak Ana always care for me :)

Kak Ana ada bagitahu possibility yang akan berlaku nanti sebab I planned nak pindah bulan October nanti. Cuti sekolah senang nak urus anak-anak pindah sekolah. I dah terfikir seperti yang Kak Ana fikirkan. Dan saya dah bertanya pada mak dan opinion yang sama dari mereka berdua. Juga Cik Aqi.

And this is the way I reply Kak Ana punya text;

"Ekceli benda ni dah terfikir dari mula. And tindakan saya adalah slow talk dengan MIL macam yang Kak Ana cakapkan tapi lepas jatuh xxxxx dan confirmed result.
Nway pasal tokok tambah tu saya tak kisah lah.. Sbb sayakan memang muka tebal.. Buat tak tahu adalah yang terbaik. lagi pun nak pindah secara tergesa-gesa isnt a smart way.
For me is very simple.. kalau ada yang membuka mulut menokok tambah sesedap rasa.. so nampaklah the true color orang itu. Lebih kepada membuka sifat buruk diri sendiri. Reflection of diri mereka sendiri."

Thats the way I am. But it isnt easy okay. Anyway best luck of me. xoxo

Thursday, June 13, 2013

Alhamdulillah..dipermudahkan

Sebelum ni aku terperonyok berfikir mana nak cari duit bayar deposit rumah. Tapi Allah dah memudahkan jalan tu. Total RM1650 tu banyak tak? Bagi aku memang banyaklah. Setengah dari gaji aku sekarang. Tapi sekarang dah langsai RM1k. Mudahkan?

Allah tahu niat baik seorang hambaNya jadi dipermudahkan segalanya. Alhamdulillah. Lagi pun aku berkali-kali solat hajat supaya.semua urusan dipermudahkan. Urusan rumah, urusan kerja dan urusan mahkamah. Urusan mahkamah pun mudah. Pergi pejabat agama terus rujuk mahkamah. Pergi mahkamah pun mudah. Pegawai kat mahkamah tu perempuan dan diberi sedikit pandangan dan cadangan lagu mana nak buat. Then lepas ni Azharin akan hadir sekali hari Isnin nanti.

Selasa lepas Azharin call. Dan rasanya akan selesai perkara ni hari Isnin nanti. MasyaAllah.. Perjalanan di permudahkan. Syukran.

Saya harap semua mudahlah. Tiada bertangguh dan banyak hal harapnya. Okeh.. Lepas ni nak doa dijodohkan dengan lelaki yang dapat membimbing saya dan anak-anak ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Harap dapatlah yang agak warak. Senang hati nanti. Yang dapat terima kekurangan dan kelemahan saya. Yang dapat menerima anak-anak dengan hati ikhlas. Saya jamin mesti Allah bagi. Nak doa yang kaya raya boleh tak? Nanti hadiah kahwin boleh mintak BMW 3 series. Kihkih.

Anyway life is full of uncertainty. Saya berharap dan berdoa selepas ini hidup saya akan menjadi tenang setenang-tenangnya. Dan saya menunggu bakal suami soleh saya nanti. Sapa lah agaknya ye? Haha

posted from Bloggeroid

Monday, June 10, 2013

Kenot be predicted

Hari ni Mondayblues or Mondaymoodie..hikhik

Tatawla pagi-pagi da nanesh-nanesh dalam kereta sorang-sorang. Pastu macam biasalah gua update status FB and twitter yang berbagai. Apa ada dalam hati itu yang gua update. Sapa yang fren I kat FB and follo my twitter baca jerlah. Pls dont make any assumption of it like I always do masa baca korang nyer status FB. Ahahahahaha

In wiken I text Abang early in the morning. I dunnola.. Ikut dan jer. Tak baik gitu..lenkali jangan buat lagi..tapi gua ni kadang-kadang kenot be predicted. Sebab gua kan memang camni. Suka hati jer nak buat pa.. Azharin selalu mention I gitew dulew.. Hikhik

Dan yang pasti yang kat rumah tu dah tau gua nak pindah. Cuma tunggu masa jer. Cuma yang gua pi pejabat agama derang tak tau lagik. Yang tu biar seprais for them. I kan kenot be predicted kan? So?
posted from Bloggeroid

Wednesday, June 5, 2013

The way I love him

While I was driving balik tadi, macam-macam terlintas dalam hati saya. And the main focus is Abang. I am really missing him. I love him. I like him. And the most and foremost I want him to be happy ever after. I always pray for him.

Saya tak kisah if saya sahaja yang sukakan dia. Saya pun tak kisah jika saya jer yang seperti terperasan. If you really love or like someone .. You just want him to be happy and it is enough for you. Am I right? And it is called true love.

Saya tak tahu kenapa saya berperasaan begini terhadap dia. Mungkin sebab dulu he cares about me so much. In my life I never get support or attention like he does. He want me to be a better person. Even Azharin pun tak macam tu. Yes..sumtymes dulu Abang sedikit harsh on me. Sampai kami bertegang urat.. And I ekceli tak berapa nak ambil hati sangat coz I know he did it for me.

I think I am fallen in love for the second time after Azharin. But the feelings is so much more different sebab dulu waktu Azharin like I am dying when I thought of Azharin takde dekat saya. Like I cant live without Azharin lah. But this time is more to I want the person I love or I like to be happy. And it is just like he always with me walau dia sebenarnya tidak. And the best part is his always in my heart with HIM. I dont feels like I cant live without him.. It is more to I am stronger when I know he always in my heart with HIM.

Maybe you dont really understand how I feel.. But thats what I feel.

And lately I have a whatsapp conversation with him and I am not sure if he miss me too but the way he explained to me everything like he do. Anyway dont be a perasan sangat Niza. Ia adalah enough when he knows that I am missing him but he doesnt feel annoyed about it. Dia seperti merelakan. And I'm happy with that. Seriously deep from my heart. And I cant stop smiling. =D



posted from Bloggeroid

Belajar lalu pengalaman

I've learned through experiences. And today something good happened to me.

Apa yang good tu? Hehe.. nanti-nantilah cerita. Nway hari ini rasa sangat lega. I just follow my instinct. And it is happen seperti yang tidak pernah dijangkakan.

Lalu Abang saya belajar tentang positive mind. Law of attraction. Berdoa dengan yakin.

Lalu Abang Iwan saya belajar tentang semua yang terjadi adalah kehendak Yang Maha Esa walaupun ianya terlalu kecil seperti tiada effect kepada sesiapa.

Ia adalah sesuatu yang saya tak pernah lakukan dengan bersungguh-sungguh sejak dari dulu. Betullah Abang Iwan pernah kata, jika lihat suaminya..begitulah isterinya. Dan apabila saya lihat diri sendiri dan juga Ajaren.. yes!! That's it.. Tak perlu saya katakan dengan lebih lanjut kerana ianya sangat sukar diterangkan.

Sebagai seorang suami .. isteri itu akan bergantung more than 70% kepada husband. And maybe some isteri adalah 100%. Then husband perlu mengajar si isteri, perlu membentuk si isteri ke arah yang baik. But if the husband seorang yang berfikiran tak betul.. so the wifey pun akan jadi tak betul. Sometimes yang tak betul tu orang lain tak rasa dan tak nampak.. diri sendiri yang akan nampak benda tu betul atau tak. Sometimes diri sendiri pun tak sedar dengan ketidak betulan itu. Sehingga Allah yang maha kaya itu memberi hidayah kepada yang Dia kehendaki melalui berbagai cara. Dan Alhamdulillah saya adalah dari insan-insan terpilih itu. Saya berharap Dia tidak akan menarik balik hidayah itu, kerana kadang-kadang Dia boleh menarik balik hidayah yang telah diberikan.

Apa yang jadi dah pun jadi dan ianya telah tertulis di Luh Mahfuz. Yups.. sumtymes kita boleh mengubah takdir dengan berdoa. Itu yang Abang Iwan terangkan pada saya. Dan saya berdoa supaya setiap perbuatan saya berdasarkan instinct yang datang dari Allah itu adalah yang terbaik untuk diri saya dan anak-anak. Saya perlu berubah. Tetapi secara perlahan.

Untuk berubah bukan senang..tapi we need to change to a positive way. Yang paling penting adalah minda yang positif dan lihat diri sendiri sebelum lihat orang lain. Everybody can change to be a better person. Saya tahu itu. And I know Ajaren juga boleh berubah ke arah yang lebih baik. Cuma..saya takut untuk menanggung risiko. Thats why saya membuat keputusan to divorce. Saya tak dapat membaca pemikiran Ajaren.. bagaimana dia akan berfikir selepas apa yang terjadi dan akan terjadi kerana cara lama dia berfikir saya sudah terlampau masak ranum.

Selepas itu Allah akan tentukan selebihnya. Dan yang pasti saya akan berdoa dan berdoa juga berdoa untuk kami saya dan anak-anak mempunyai sesuatu di masa hadapan.  Dan saya berdoa agar saya boleh menjadi Ibu yang baik, solehah dan dapat mendidik anak-anak menjadi khalifah di muka bumi ini sebelum saya menutupkan mata dan menghembuskan nafas yang terakhir. Ianya adalah untuk saham akhirat nanti. =D

Tuesday, June 4, 2013

Study vs kerja

Wah!! Hati teruja-ruja nak update blog walau banyak keja dan banyak esainmen dan nak exam lagi. Ambil sikit masa untuk blogging.

Ni nak sambung citer pasal Community Service tu. Kami bertolak memang awal pagi dan gua lah insan pertama sampai kat Intec tuh. Gua sudah bilang pada anak-anak buah gua yang sapa lambat memang kena tinggal. Mereka memang datang awal lah. Tapi kami pergi lain-lain kereta kerana last minute mereka menukar plan. Ok la jugak sebab gua tak payah bawak keta gua tu. Gua pergi naik kereta Nurul.

Sesat sikitla sebab kami ingat-ingat lupa jalan masuk nak pergi tempat tu. Pakai waze pun tak guna sebab jalan masuk dia salah. Jadi kami agak-agak jer jalan masuk tu dan nasib baik betol plak..

Sampai sana tak ramai yang bangun lagi. Jadi macam tak ramai yang hadir program tu. Kanak-kanak ramai. Dan gua plak incharge for coloring contest kanak-kanak di surau. Memang dasyat mula-mulanya lagi-lagi kanak-kanak lelaki. Tapi gua tadahal lah sebab anak-anak gua pun hero gak.

Habis kalering contest gua pi padang balik. Gua tak dapat nak ikut seminar sebab gua handle part kanak-kanak. Lepas tu gua isi perut. Alaaa.. boring plak gua nak tulis panjang-panjang. Takde cerita menarik sangat lah. Cuma enjoy dengan mereka. Baling-baling tepong, lari sekain pelekat dengan diorang. Tapi diorang sangat menghargai dan rasa seronok lah sebab banyak dapat hadiah dan makan free. Juga kami bersukaneka bersama-sama.

Ha .. ni pic waktu pagi baru gantung banner

Ni pakwe-pakwe klass gua..

Ni top management.. Zek & boss

Kalering kontes..
hucuk nyer mewarna..
Sukaneka..
menganyam bakul..
Ni la lecturer gua yang masa first2 masuk class tetiba gua rase nak tukar profesen jadik lect..

Sila lihat gambar-gambar tersebut. Itu sebahagian dari yang gua snap gitu-gitu jer. Adela aksi-aksi menarik gua tapi klasmate banyak upload kat FB. Nway sila menjamu mata..

Ish.. banyak benda nak update nih. Tentang kerja plak dah tambah task lagi. Kalau hari tu gua handle POR for equipment.. now gua handle mismatch parameter for RF. Mesti korang pening kan? Tapi nasib baik gua tak pening setelah diexplainkan oleh Hafizi.. macam kacang jer tuh. Cuma pening sebab info dari berbagai source. Takut tertinggal info dan gua plak nanti yang pening. Oh.. now gua dah masuk technical team yang takde kena mengena dengan HR yang gua study tuh. Huh! Lari tajuk.

Camaner gua nak balik pada management punye line nih. Satu jer solution nyer adalah tukar kerja. Gua diploma bisnes buat kerja technical. ZTE ni kalau kerja memang banyak tracker nak kena update. Huhu.. Penin dowh. Aiyoo.. Nway this is new challenge for me. Sudah stuck kat telco. Hampeh!! Kalau ku tahu telco industri begini.. memang gua rela dalam retail hari tu. Ayoyai..

Oh ye.. ade benda menarik lagi yang gua nak update ni. Tapi nanti. Update ni dulu.. sebab yang satu lagi ni gua bleh update pakai bloggeroid malam ni. Tu pun kalau tak busy sebab gua nak siapkan esainmen dan projek paper Ahad ni nak hantar. Cuma this week busy sket sebab gua nak catchup kerja baru lagi. Pening keje ZTE ni..

Hafizi pun pelik kenapa suka-suka plak kerja ni bagi kat gua. Spy punyer kerja lah ni. Kau tak tahu itu ini main belasah jer bagi kerja kat gua. Naseb baik gua ni cepat pikap. Baru terang sikit dah dapat tangkap apa yang derang nak. Cuma pening sebab banyak benar tracker gua nak hapdet. Takpa..sedikit mencabar. nanti gua jadik Miss know it all kat ZTE. Orang tanya pasal equipment? Gua bleh jawab.. Tanya pasal RF pun bleh jawab.. Tanya pasal HR? pun bleh jawab.. Marketing? Purchasing? semua dalam tangan. nak-nak retail.. Itu yang paling gua expert. Haha.. Klah mesti boring baca gua nak up jer.. Rojaks sungguh kerja gua macam hidup jugak. Positip itu penting..