Sebelum ni aku terperonyok berfikir mana nak cari duit bayar deposit rumah. Tapi Allah dah memudahkan jalan tu. Total RM1650 tu banyak tak? Bagi aku memang banyaklah. Setengah dari gaji aku sekarang. Tapi sekarang dah langsai RM1k. Mudahkan?
Allah tahu niat baik seorang hambaNya jadi dipermudahkan segalanya. Alhamdulillah. Lagi pun aku berkali-kali solat hajat supaya.semua urusan dipermudahkan. Urusan rumah, urusan kerja dan urusan mahkamah. Urusan mahkamah pun mudah. Pergi pejabat agama terus rujuk mahkamah. Pergi mahkamah pun mudah. Pegawai kat mahkamah tu perempuan dan diberi sedikit pandangan dan cadangan lagu mana nak buat. Then lepas ni Azharin akan hadir sekali hari Isnin nanti.
Selasa lepas Azharin call. Dan rasanya akan selesai perkara ni hari Isnin nanti. MasyaAllah.. Perjalanan di permudahkan. Syukran.
Saya harap semua mudahlah. Tiada bertangguh dan banyak hal harapnya. Okeh.. Lepas ni nak doa dijodohkan dengan lelaki yang dapat membimbing saya dan anak-anak ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Harap dapatlah yang agak warak. Senang hati nanti. Yang dapat terima kekurangan dan kelemahan saya. Yang dapat menerima anak-anak dengan hati ikhlas. Saya jamin mesti Allah bagi. Nak doa yang kaya raya boleh tak? Nanti hadiah kahwin boleh mintak BMW 3 series. Kihkih.
Anyway life is full of uncertainty. Saya berharap dan berdoa selepas ini hidup saya akan menjadi tenang setenang-tenangnya. Dan saya menunggu bakal suami soleh saya nanti. Sapa lah agaknya ye? Haha

posted from Bloggeroid