Thursday, October 31, 2013

The planner & the backstabber

Hmm.. there is always politician everywhere in our lives. Why I say so? Can you think someone who look good can be a "politician". Make up a story to bring others down? This is the real story...

I always curious about the WKW. Why he wants me to join back to DC and transfer to Gtower? There is always a reasons. Not one reason..but many reasons..

There is always benefit when you are not in the group. Benefit to have a good connection with the true informers. Not only one informer..there is a lot of informers. With this kind of situation..you've got the true info. Not the fake one. So.. I need to make the best choice. I can see what the future may be if I stay here.. and there is a strong reason why I need to go to Gtower. But there are always a negative and positive possibilities. Not a possibility.. but possibilities.

Do I have a choice not to stay at ZTE?

posted from Bloggeroid

The defender

My fav song ryte now is the Demon and Counting Stars.

Hmm.. good song and be the very popular song in the hitz fm radio. Now I am in attached with Hitz.FM radio. Feel sangat energy when you heard the song from the radio.

I am kind of a person yang tak boleh dengar lagu slow. Dia akan menjatuhkan perasaan saya ke lantai. So that when I need energy and the passion I will dengar lagu-lagu yang bukan broken heart. Disitu saya mendapat sedikit joy. Tapi tidak bermaksud saya lupakan IKIM fm. Sometimes we need changes kan? So there you are..

The very fav song adalah demon. Why? Because the song mengingatkan kita pada hari pengakhiran sebenarnya.. so take the positive meaning. Yang negative jadikan ianya sempadan.

If you really understand the lyrics;

Curtain’s call
Is the last of all
When the lights fade out
All the sinners crawl

So they dug your grave
And the masquerade
Will come calling out
At the mess you've made..


For next year Hannan akan jadi pengawas. Cikgu dia pilih berdasarkan kelakuan Hannan yang baik. Good boy kan? I know, dia sangat sayang Mommy dia yang sorang ni. Sebab dia akan menangis jika ada orang kutuk Mommy dia. Dia sangat pantang. 

Ada sekali dia citer kat sekolah lama kawan dia jeles dengan dia tak tau sebab apa. Then kawan dia kata gini, "Syahir, kau ni berlagak pandai lepas tu mak kau mesti macam xxxxx." Wah! Hannan tak boleh tahan terus tumbuk muka kawan tuh. Dan kawan tuh terus nangis. Ngadu kat bapak dia, bapak dia datang lempang Hannan terus. Lepas tu baru tanya apesal pukul anak dia. Hannan konfirmlah beritahu hal sebenar.. haha.. budak tu kena lempang balik ngan bapak dia. Emmm... habis citer dia terus menagis teresak-esak. Serba sedikit ekceli ikut perangai daddy dia. Kalau ikut mak dia.. hmm...

Benda dah lama jadi, dia baru citer sekarang. Now pun ada budak kaya jeles kat Hannan. Hahaha... But..  I know dia seorang defender. Dia akan defend mak dia ni. Mommy didik dia menjadi seorang defender. Bila orang kenakan dia.. Mommy suruh balas supaya orang tu takut nak buat kat dia lagi. Bukanlah suruh bergaduh.. bagi gertak jer.. bagi takut lol. Dan lagi.. bila ianya tidak memudaratkan pada diri sendiri.. buat tak tahu sudah. itulah Hannan. 

I have a good "Big Bro" in my family. So that, do I need the other one? Jeng..jeng..jeng.. :)

Wednesday, October 30, 2013

Imagine Dragons

"Demons"

When the days are cold
And the cards all fold
And the saints we see
Are all made of gold

When your dreams all fail
And the ones we hail
Are the worst of all
And the blood’s run stale

I wanna hide the truth
I wanna shelter you
But with the beast inside
There’s nowhere we can hide

No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come
This is my kingdom come

When you feel my heat
Look into my eyes
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide
Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide

Curtain’s call
Is the last of all
When the lights fade out
All the sinners crawl

So they dug your grave
And the masquerade
Will come calling out
At the mess you've made

Don't wanna let you down
But I am hell bound
Though this is all for you
Don't wanna hide the truth

No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come
This is my kingdom come

When you feel my heat
Look into my eyes
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide
Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide

They say it's what you make
I say it's up to fate
It's woven in my soul
I need to let you go

Your eyes, they shine so bright
I wanna save that light
I can't escape this now
Unless you show me how

When you feel my heat
Look into my eyes
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide
Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide

Streamyx? Unifi?

Ok.. I've decide to subscribe for Streamyx. Tapi yang paling murah lah. RM60 for Streamyx line+RM25 for fixed telephone line.

1- I dah tak payah fikir nak beli handphone for my kids.
2- I dah tak payah buat assignment kat ofis lagi and I can stay up to late nyte for finishing my assignment.

Semalam I register online jer. And uncle ni call for install telephone fixed line. Dia kata.. "Eh you punya tempat sudah ada Unifi lol." I peduli apa ada Unifi or what? I bukan nak pakai for berjimba-jimba. Then dia tambah lagi,"Selalu orang pakai yang package RM110, baru you tube cun." Eh.. one more time.. I peduli apa ada Unifi or what? I bukan nak pakai for berjimba-jimba.

Hehe..I taulaa.. tempat tu ada Unifi. Tempat elit seksyen 9 banyak bungalow. Area seksyen 7 tu semua.. tapi kan.. ikut keperluan bukan nafsu. Kalau ikut nafsu I subscribe Astro paling mahal dan Unifi paling laju.

No matter what.. biar susah dulu pendapatan. Jangan menyesal kemudian hari. Hari tu masa mula-mula pindah rasa macam down nak stop study.. tapi nanti kan in future konfirm gua akan menyesal. So that I teruskan jugak. Jugak teruskan..sebab I dah de dengar yang ada pihak yang nyesal sebab berhenti halfway sebab malas dan dengar kata orang. Hehe.. my inspiration fren tuh dah kahwin pun still nak amik master. Hubby SPM jer.. tapi respect giler kat Hubby dia sebab izinkan wife dia ambil master walau dia cuma ada SPM jer. Tak macam orang tuh.. pooooraahhh cit!

Ada satu kes lagik.. my x-scandalism.. hehe.. Laki ambik Master, wifey amik degree. Tak tanya plak dia nak sambung PhD tak. Lama lol tak jumpa. Tak sempat nak berbual panjang-panjang. Eh! Kantoi pulak I ada scandalism .. kihkih.. now pun still in contact gitu-gitu jer lahh..

Tapi.. Allah jumpakan saya dengan orang-orang ini membuka pintu hati dan mata hati betapa dunia ini luas dengan ilmu. Takpa.. rileks babe. Dan ekceli.. bukan saya nak merendahkan orang yang tidak berilmu.. tapi orang yang berilmu dan orang yang tidak ni.. lain cara ngorat nyer.. woha!!!!

Okeh-okeh.. tinggalkan itu. Kan hari tu saya cakap nak buat esainmen ENT. Sudah berapa hari da lupa bawak buku yang ada soalan esainmen ENT tuh. Huhu..

Eh.. kenapa I boldkan tulisan kat atas tuh? Entah! Saje jer.. haha

Monday, October 28, 2013

Struggle gila babi 2

Haha.. meh-meh makan mee goreng I masak. Penat nak masak lauk hari-hari. Semalam buat ikan kembong masak sambal.



Tadi Jerry a.k.a WKW a.k.a my former boss approached me. Dia kata gini..dia nak tarik I balik dalam DC department lepas tu nak transfer I pi projek lain kat GTower.

Hmm.. banyak kot nak kena consider jika I transfer pi GTower. KL nu jauh tu.. jam lagi. Anak-anak acaner pulak. Gaji sudahlah takat tu jerr.. kalau transfer GTower naik RM1k..I takyah fikir panjang.

Tapi takpa.. I kena diskas dengan boss China I sekarang. Bukan lagi Micheal Shen..now adalah Ning Feng Shan. Lagi pun projek Dnemo sudah mahu habis site. Tak banyak dah nak swap site. Tapi dengar rollout banyak lagi. Now between ZTE & DiGi still ada projek LTE tapi pun tak banyak. So.. I pun pening sekarang. Kalau Ning tanak renew my contract sebab I support staff jer dalam department tu so I need to survive pi balik kat Jerry. Haih! Struggle gila babi hidup gua. Nak hidup pun banyak challenges. Homaigad.

Last choice adalah berhenti dan tukar kerja. Kalau dapat kerja secara tiba-tiba..tu jadi first choice.

Tapi takpa. Allah ada.

Kahwin? Ada orang ajak I kahwin kat Thailand. Hehehe.. jom kahwin kat Thailand :) :b

posted from Bloggeroid

Sunday, October 27, 2013

Ahad

Seriously hari ni enjoy pergi kelas. Why? Hehe

Bermula jam 745am bangun tidur, mandi-mandi dan terus pergi kelas. Sempat panaskan sup ayam malam tadi untuk anak-anak yang masih terbongkang tidur semuanya. Lepas tu terus pergi kelas jam 830am. Weeheee.. kelas start 830am lol..baru mau kelaur rumah.

Tapi takmo kelam kabut. Tak suka. So teruskan perjalanan singgah kat petronas dulu beli topup and breakfast. Jam 915am kot lebih kurang sampai kelas. Tu pun nasib baik parking selit-selit kat Intec. Kalau tak ntah mana jauh nak kena jalan lagi lambat.

First kelas BEL yang tak siap draft for literature review tu. Tu group punya task..tapi pun sorang pun tak buat sebab tak faham. Last-last I jugak kena confess kat lecturer..sebab tak siap group task tuh.

Second class adalah HRM. Yang ni ada test. Satu benda pun tak baca. I pasrah lol. Nasib baik dapat jawab. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Rasa pandai pulak sebab tak baca tapi boleh jawab. Hahaha.. eh u shadap jangan gelak. Biar I sorang jer gelak.

After lunch adalah kelas FIN yang semester lepas I MC. Hmmm.. yang ni pun ada test. Yang ni sebelum lecturer masuk I tulis segala formula atas meja. Nasebla meja budak full time mana ntah I dah tulis-tulis. Soklan no3 I tak ingat langsung acaner nak jawab. Pe lagi kopi budak sebelah. Tapi mesti ada give and take. Jadi ianya mutual to each other. Hehe

Last kelas ENT .. entepreneur. Kelas ni lecturer dia best. Yang mengajar ni Prof tau. Muka serius. Tapi bila mengajar dia bagi contoh yang kelakar tapi berkait. Then tadi ada test2. Naseblah macam test1 I gugel jer.. weeheeee.. mana sempat nak study. Janji carrymarks okay. This semester agak nakal sikit. Setiap kali test ada jer toyol nya. Lepas ni..by hook or by crook.. mahu lepas for degree ni.. tak kira.. apa pun saya buat. Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang makan biar kenyang. Alang-alang menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan. Alang-alang penat biar berbaloi. Kheenn? :)

Lepas tu balik nak masak pulak. Hari ni lupa snap pic. Sebab penat. Ni esok nak hantar literature review dan nak buat assignment for ENT. Huh!

Alang-alang dah belajar..kelam-kabut camaner pun..biaq grad. Puas hati!!

posted from Bloggeroid

Saturday, October 26, 2013

Cekodok ikan bilis

Alhamdulillah. Rezeki hari ni yang mula-mula masuk perut adalah cekodok ikan bilis. Mommy hari ni malas nak masak. Nak berehat-rehat sebab esok ada kelas. Ada yang tak siap lagi nak kena buat. Tapi pun tengah fikir nak masak apa malam ni untuk anak-anak makan. Masak malam ni untuk esok sekali. Emm.. kalau dulu tak yah fikir pun pasal masak-masak ni. Bajet nak kena kontrol that's why kena selalu masak. Haih! Dah macam blog masak-masak pulak kan?

Tapi nak upload jugak gambar cekodok yang I buat. Ni kira brunch sebab Mommy masak jam 1130 pagi. La ni budak-budak tu tak habis lagi makan. Dah 0110 tengahari dah.

Lepas ni ingat nak cari lauk kat kedai depan tu. Tak tau nak masak apa.



Tu dia gambaq cekodok ikan bilis I.



Kami makan cicah so thai jer. Berselera anak beranak makan. Abaikan suratkhabar tu. Kami selalu makan kat ruang tamu depan tiwi. Kat situla tido..kat situla makan. Rasa nak ubah sikit 2 bilik tu bagi lapang sangat dan nak jadikan bilik tidur. Tapi rasa tak selesa sebab tak rasa lapang. Lol.

Selalu lepas makan Mommy suruh Abang atau Kakak sapu. Lap dengan tuala basah. Jadi lantai akan sentiasa bersih. Mommy train Abang Hannan masuk dapur tolong Mommy. Kakak biaq dia basuh pinggan. Tapi pun Kakak mungkin sebab badan kecik sinki tinggi jadi setiap kali basuh mesti tak bersih. Abang lah tukang merungut mengadu kat Mommy. Hehe

Yeay! Esok kelas. Esok test. Esok seharian terkejar-kejar. Huhu

posted from Bloggeroid

Friday, October 25, 2013

Kita buat dia..bukan dia buat kita :)

Sambil tunggu nasi masak I nak update blog. Siang tadi I punyalah berfikir nak masak apa.. sampai tanya kat Kak Zu. Kak Zu cadangkan masak paprik. Sebab 2 malam asyik makan ayam jer..dan hari tu asyik daging jer.. dan juga sebab nak habiskan telur ayam takut nanti expired pulak.. so malam ni I masak telur paprik. Senang jer kot masak paprik ni. I google resepi yang simple jer. Dah siap. Tapi tadi lupa pulak tanak nasi. Tanak nasi last sekali sedangkan lauk dah siap.

Dulu mak selalu pesan kalau masak mula-mula mesti masak nasi. Nanti kalau lauk dah masak nasi pun dah tanak. Jadi boleh terus makan. I dah tak sabar nak mamam dah ni. Sekarang ni setiap malam I akan masak nasi. Sejak rajin masak ni.. gemuklah nanti gamaknya. Huhu

Nah. Nikmati gambar telur masak paprik yang tak seberapa ni.



Sebenarnya tadi letak kicap jadi warnanya pun kehitaman dan ekceli terlebih letak sos tiram. I jarang masak guna sos tiram tu yang tak tau nak bajet. Tapi jangan risau still yummy.

Masa balik tadi jalan jem. Maklumlah Jumaat. Kalau Jumaat mesti jem. Sedang drive sambil berfikir apa yang I dah achieve dari dulu. Banyak sebenarnya walau nampak tak seberapa. Apa yang saya ada sekarang adalah hasil titik peluh saya. Hmm..kebanyakannyalah. Rumah..kereta..anak.. hehe..anak usaha sama jugaklah cumanya bab meneran effort I sorang. Hahaha :D

Dan keputusan bijak yang saya pernah buat adalah berpindah dari TPG. Now I feel happy. Apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang dengan orang-orang yang datang dan pergi dalam hidup ni sebenarnya besar pengaruhnya. Saya rasa sangat bersyukur dengan apa yang Allah lakukan kepada saya. Now saya dah ada rumah sendiri walau menyewa. Now saya dah tere drive cakap jer nak pi mana tadahal kalau ada waze. Hehe.. Serious balik tadi I feel bless.

Apa yang berlaku sekarang kita tak nampak hikmahnya. Hikmah itu adalah untuk masa depan. Kau walau sedih bagai nak gila dengan apa yang berlaku sebenarnya adalah kebahagiaan masa akan datang. Kau takkan nampak hikmah tu hari ni. Kau akan rasa as you grew up to be a strong person.

Sebab as I look a years back.. banyak hikmah sebenarnya. Membentuk cara saya berfikir, membentuk peribadi..yang paling besar cara berfikirlah.

Jika cara kita berfikir adalah positif..semua akan jadi positif.

Everything yang kita buat walau rasa mustahil atau susah..satu jer kena ingat. "Kita buat dia bukan dia buat kita". Haa.. motto ni I dapat dari x-collegue MKCC dulu. Dia selalu cakap macam ni. And I applied to myself. Motto ni memang takde dalam tenet. Dan everything saya buat saya akan ingat ayat tu. :)

Now pun dah suka masak. Rasa nak belajar buat kek..roti..etc. Emmm... tapi takde pulak oven kan? Cik Aqi ada oven. Nanti bila I rasa nak masak kek.. boleh buat kat rumah dia. Kan? Boleh kan ummi Amna?

Weeee~~~♡♥♡♥

posted from Bloggeroid

Thursday, October 24, 2013

Cerita masak-masak

Hahaha.. hari tu saja privatekan blog ni kejap. Konon-konon macam merajuklaa.. blah la nak majuk-majuk. Takda sapa nak layan..

Tetiba jer rasa nak update blog kan malam ni. Jadi I pun update la.

Seminggu ni I sangat rajin masak. Sejak I masak daging kurma hari tu jadi..tiap-tiap hari I try resepi baru.

Malam semalam try masak kari ayam. Jadi tau..cuma tak snap gambar. Hari ni try ayam masak asam pedas. Wawawa... nah tengok pic jer lah ye?



Nampak tak piyuk tuh? Tulah satu2nye piyuk kecik yang ada kat rumah ni. Yang satu lagi besar gabak. Tu pun dua2 mak bagi. Hehe..



Sila menjamu selera ye..

Sekarang ni rasa seronok pulak masak. Sebab seronok tengok anak-anak mamam. Lepas tu saje jer tanya soklan tak boleh blah satu. Sedap Mommy masak ke nenek masak? Hahaha.. tapi.jawapan I tak paksa kay. Dan derang cakap mestilah Mommy masak. Hehehe.. tak sangka ada bakat masak terpendam rupanya I ni. Maklumlah.. I serius dah lama giler tak masak hari-hari.

Dulu-dulu sejak darjah 5 I tolong Kak Ayu masak. Tapi pun takla pandai masak. Sekolah menengah pun tak jugak berapa pandai masak. Sampai buat cekodok guna tepung pulut pastu Cik Aqi gelakkan. Sekarang pulak masak terus jadi walau first time. Cuma rasa tu ikut lidah I lah kan. Hehe...

Now pun I akan masak malam banyak-banyak untuk lunch esok sekali. So I akan makan kat rumah sambil make sure anak-anak sampai rumah dengan selamat. Penat jadik single mother ni.. tapi kepuasan akan datang kemudian nanti kalau kita sabar dan harap-harap anak-anak I akan berjaya dunia akhirat :)

Klah nak mandi dah. Jap gi nak tidur. Bye. Gudnyte
Xoxoxo.. mwah2 =D

posted from Bloggeroid

Sunday, October 20, 2013

Pelakon sapa ntah namanya

Ni tadi I pergi cari kasut bola abang. Dekat-dekat jer pun. Kat seksyen18. Abang nak main bola dengan rakan-rakan flat.

Emm.. then kami pergi makan kat sup utara tu. Makan ringan-ringan jer pun. Lepas makan kami gerak pergi Hospital Klang sebab atok sebelah daddy derang eksiden.

Masa kitorang jalan nak pergi parking kereta..terserempak dengan sorang pelakon ni. I pun tak hingat apa ntah nama dia. Tapi agak popularlah dikalangan cerita-cerita remaja ni.

So sebab ada budak-budak ni I pun hegeh-hegehlah mintak amik gambar ngan pelakon ni. Kalau korang kenal kira kenallah kan. I kenal muka jer.. nama memang ntah tak ingat. Saje nak buat anak-anak ni heppi. Mak dia pun ade gak amik gambar ngan pelakon ni. Kihkih :)



Tu ler pelakonnya. Korang kenal?



Lepas tu kami terus pi Hospital Klang...

posted from Bloggeroid

Sakit hati

Pagi-pagi dah ada orang nak sakitkan hati aku.

@$&#*!&/$#!)*&^$#@/^*#)@&@'&@(-,:/^!(!(@^/@/



Takde sivik langsung!!
posted from Bloggeroid

Saturday, October 19, 2013

Main macak2

Haih.. dari tadi I try upload entri guna bloggeroid nih.. tapi ada error plak. But now dah okay.

Tengahari tadi I masak daging qurban masak kurma. First time masak jadik pulak. Hehe

Sebenarnyakan I dah update taip panjang-panjang entri lunch tadi. Tapi sebab I kan ada blog lain..I terupload pulak kat blog tuh. Lepas tu I delete balik. Lepas tu I try upload kat blog ni pakai bloggeroid tak boleh pulak. Lepas tu I try lagi dan lagi pun tak boleh jugak. Sampai la tadi I refresh kat blogger apps ..lepas tu baru boleh. Hehe.. banyak plak lepas tu dia kan?

Sebab malas nak tulis panjang-panjang.. I upload jer screenshot yang I nak update memula tadi. Kalau rajin bacalah. Kalau tak ignore jer. Takde ilmu pon..





So kiranya ada 2 citer dalam satu entri.

Last but not least.. nah! Pic daging qurban masak kurma. Sedap wa cakap sama lu!



Bye you. Xoxoxo mwah2 :)
posted from Bloggeroid

Thursday, October 17, 2013

Wallaweyh

Hari tu I kata nak part timekan? Ade sorang kawan ni baru dapat kerja kat Concorde Hotel Seksyen9 itu. Mungkin.. mungkin.. mungkin.. I akan part time kat situ. Dekat dengan rumah.

Baguskan? Allah itu tahu hambaNya perlukan apa untuk hidup walau struggle bagai nak giler.

Harap-harap lepas ni no more problem on money. Ada orang tu kata nak ajar acaner nak planning personal financial. Ntah bila lah!

Hmm...

Rahsia dan present

I ada rahsia. Rahsia. Rahsia. Rahsia.

Buat peminat-peminat pembaca blog I yang setia.. I ada rahsia uolls.. Nak taw?

Mana bleh taw. Tapi one day nanti mungkin I akan expose kerahsiaan itew. Atau mana yang tere mesti terexpose sendiri sebab anda berusaha mencari. :) Hehe

Kepada peminat-peminat I dalam dan luar negara.. :) *ayat memang tak boleh blahkan?* Sila muntah para peminat ye?.. cer try cari rahsia itew. Sapa dapat nanti I bagi present! Susah taw nak dapat present dari gua. Hanya orang-orang tertentu jer boleh dapat present dari gua. Sapa yang dah dapat present tuh maknanya.. :) Spesel dalam hidup gua. Tapi.. peringatan! Mungkin masa I bagi tu spesel.. in future mungkin tak lagi. Hehe..

Tapi jika saya terus memberi hadiah..maksudnya anda masih bernyawa dalam hati. Chewah!!

Mwah2.. xoxoxo

Wednesday, October 16, 2013

Baru stylo

Tadi I pergi survey harga tukar screen s3 kat Giant seksyen13. Ya Allah harga memang mahal banget!

Tapi I pergi kat digi center lol. Memanglah mahal. Lapan ghatus RM. Hmm..

Ekceli bukan tak boleh pakai pun. Boleh jer. Cuma takut nanti kalau jatuh lagi terus padam. I doa-doa harap taklahkan.

Tapi pun kan..benda-benda yang rosak dan lusuh tapi masih boleh pakai. Ada sentimental value. Siyes nampak ganas sikit s3 gua. Kau hado? Kihkih

Lagi pun lain dari yang lain lol. Tapi kawan ada bagitahu dekat plaza alam sentral ada satu kedai murah. Seghatus lapan puloh jer..tapi pun duit jugaklah kan.

Dan sorang lagi kawan kepada kawan dia..ada buka kedai kat uptown shah alam. Dia ada bagi no.phone. Gua call tak dapat plak. Hmm..

Takpa..leklu. Sapkok.

Nak taw dak? Kadang gua sedang tensyen gilelahkan .. terfikir plak nak hisap rokok. Yelah.. tengok mamat-mamat kat opis tuh bleh plak berdiri kat luar opis dengan hisap rokok. Gua pun nak rasa gak kan.. sambil-sambil ambil angin kat luar.. sedut-sedut hembuss.. pooohhh!! Nyaman enggak rasanya? Tapi akibatnya ya enggak nyaman.. kan?

Eh jap.. kalau murah mana tahu quality takde. Hmm.. Takpa.. survey jer tak jadi masalah. Kalau boleh guna lagi rasa okay kot takyah tukar. Barulah special edition gua punya s3. Orang lain punya ada retak-retak? Mane ada. Gua punya sorang jer ada. Hehe

Barulah stylo...

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 15, 2013

Lcd

Lcd s3 i pecah lol. Mahu tukar lcd baru. Hmmm..

Mahu cari yang murah2 sajo. Tapi mungkin beberapa bulan lagi..atau nanti dpt gaji baru..ade2 saje phone ini..

Saya happy when kami sekeluarga bersama. Berborak, bergurau senda, bergelak ketawa..it is heaven. Sambil2 buat karipap bersama-sama mengenang cerita lalu.

You know what dulu saya tak matang..mendahului cinta dari family..now adalah tidak lagi. Everything is family first!

Bila cinta didahului tanpa restu salah satu pihak either mama or daddy.. ia nya akan berakhir dengan kekusutan.

Nway ia adalah pengajaran bagi saya sebagai anak juga sebagai seorang ibu.

Eh jap! S3 pakai lcd ke led. Rasa led. Huwaaa..mahu mahal.

Last but not least selamat hari raya aidiladha. Esok nak raya yeay!

Hmm..petang esok mahu ziarah ayah. Anak-anak sibuk tanya bila mahu ziarah atok. I have a good children when they reminds me the important things like these.

Buat pe lah abang kat sana agaknya? ♡♥♡♥

posted from Bloggeroid

Sunday, October 13, 2013

♡sayang

Now my feeling sangat cool weyh. I dunno why. Tadi cam lindu-lindu. Tapi now lindu tu dah takde. Tapi pun peliklah. Kenapa perasaan itu suka bertukar-tukar ek? Haha.. I dunno lol. Ni semua Allah yang buat.

Fikiran now adalah kosong. Melepak atas katil tanpa mandi..wow! Feeling cool gitew.

I love this kind of feeling. Macam hidup tanpa poblem yang sebenarnya serabut with poblem.

I hope this feeling will continously berada begini. Terasa tenang lol. Thank you Allah :)

Apalah sayangku buat kat sana ye? Nanti malam sebelum tidur I verangan eh! Malam nanti jumpa lam mimpi. ♡ sayang. Mwah2! Xoxo ;p

posted from Bloggeroid

Gua tak kacau lu..lu berambus!!

I need to ekspress my feelings so that I have an account of xxxxxx yang memang takde sapa taw..and I post all my feelings there and makes me feel better.

Then my blog pun nanti akan ada post-post yang feeling lomantik gitew like nanyte sayangku etc etc and masa I tulis tuh I akan tujukan for someone tak kira la sapa pun tapi sapa-sapa pun jangan nak terperasan atau nak cuba-cuba fikir post itu untuk sapa kay?

This is my new rules for being happy and please dont ruin my happiness. As long as I tak kacau you..you jangan kacau gua! Lol

And maybe lepas nih blog ni akan ada post merapik like niyang rapik..jadinya dont judge me. Lantaklah kan blog gua. Huh!

posted from Bloggeroid

Stret..tet!

Do I looked like a straight person?

Ade orang kata I nampak garang kat gambar. Hehe.. ekceli in my thought memang pun I straight. Tapi mengikut situasi. Terpulanglah pada yang nak menerimanya.

Teringat masa intebiu dulu. Dekat PHB. Mungkin I nampak macam straight so that dia kata I can be someone with a bright future. Hmm... adakah quality seseorang dapat dilihat dengan sekali pandang? Tak jugak.. personaliti mungkin ya. Quality tidak..

Untuk itu..watlekwatkool jer lahkan. I nampak cam singa ka..harimau ka..tak kisahlah.

posted from Bloggeroid

Saturday, October 12, 2013

GudNyte sayangku wherever you are :)

Malam ni di Shah Alam sejuk. Mengantuk sudaa ini mata. Mau tidur rasanya.

Feeling kalau ... :) *verangan ai*

Senyum sorang-sorang :)

Nyte.. nyte sayang ♥

posted from Bloggeroid

Friday, October 11, 2013

.

I came to realized a man only played with a woman heart :'(

posted from Bloggeroid

Thursday, October 10, 2013

How sweet you abang :)

Abang. Ye..lately banyak citer tentang abang.

Abang tanya..kenapa muka mommy macam muram jer. Mommy tak jawab.

Mommy tanya abang balik kalau mommy takde camaner?

Dia jawab..janganlah cakap macam tu mommy dan dia terus menangis.

Mommy terus peluk abang. :)

How sweet you abang.

posted from Bloggeroid

Kerat nak?

Saya ada cerita. Ceritanya begini.

Kawan Hannan namanya Faizal suka tunjuk "burung"nya pada Raudhah kalau Raudhah dah Hannan balik sekolah. Hannan dah marah tapi Faizal ni buat jugak.

Budak Faizal ni duduk tingkat3. Nanti dia kat pagar rumah dia akan bogel tunjuk itunya dekat Kakak.

Hannan mengadu kat Mommy. Mommy cakap jangan kawanlah budak macam tu. So Hannan pun tak kawan dengan budak Faizal ni. Tapi kesian lah pulak sebab semua budak yang selalu kawan dengan Faizal ni takmo kawan dah dengan Faizal sebab Hannan takmo kawan.

Jadi Mommy cakap dengan Hannan, "kesianla pulakkan budak Faizal tu. Kawan jerlah..tapi cakap kat dia..kalau tunjuk nonek lagi..mommy kerat sampai habis nanti."

Lepas tu budak Faizal tu tak tunjuk lagi dah.

Haha.. bagus jugak derang takut dengan makcik garang ni. Mesti nanti dia ingat sampai besar makcik ni nak kerat noneknya. Woha!

Tadi masa nak gi kerja waktu lunch lepas pastikan anak-anak selamat kat rumah..terserempak dengan Faizal ni. Hihi..bila terserempak dengan gua.. tunduk-tunduk. Takut ler tu.. hihi

posted from Bloggeroid

Cinta



Bila mana anda cintakan seseorang tapi tidak boleh bersama sehingga bila-bila pun. Jadinya satu jer masa yang pasti jika kita mintak padaNya akan konfirm dapat. Dekat syurga nanti :')

But while waiting for the time..sengsaranya sendiri tanggung.
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 9, 2013

Part time

Tengok. Baru tadi update pasal part time. Hehe.. dah de orang dah nak carikan part time.

Harap semua went smoothly nanti. Huwaaa!! Cam nak nanesh plak tiba-tiba.

Pun dah ngantuk. Cincaw cincaw nak tido dulu. Mwah2 xoxo

*rindu*

posted from Bloggeroid

Struggle gila babi

When you have more cards left than your money. Now terfikir mahu buat part time. I think area plaza Massalam itu boleh cari disitu atau nasi ayam yang popular seksyen 11 itu juga boleh. Sebab babysitter baby, suami dia ada sedara mara dengan tokey itu. Kot semalam dapat 30hinggit cuba kau darab dengan 10hari suda 300. Tamau part time mekdi susah nanti kena ikut duty. Kalau ada emergency nanti susah mahu cuti. Tapi kalau part time mekdi bersih dan selesa sikit. Kan?

Emm.. takpa mau survey dulu. Mau lepas ni siyes gua jadik skeleton. Sok boleh arr tukar nama FB jadik skeleton Niza. Kihkih

Haih! Susah hati plak. Anak lagi..part time lagi..study lagi..emm.. takpelah. Now mesti boleh. Gua sendiri pilih jalan ni kan? Takpa..rezeki Allah itu ada. So dont worry k.

Abang Hannan dan Kakak Raudhah..derang start jalan kaki pi sekolah pagi tadi. Mereka yang mahu. So tadi cer try test dan berjaya. Mommy ambil Aqasya dan Syaraf lepas tu tunggu mereka dirumah. Dalam jam 1.20pm sudah sampai. Hmm.. dan Abang bawa berita happy untuk Mommy. For subject Math and BI dia dapat 90++ marks. Mommy seperti tak percaya. Pindah sekolah terus dapat high marks. Bila mommy selidik rupanya ada sorang kawan dia anak pensyarah ajar dia math and english. Dia plak ajar kawan dia tu Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Mommy pesan kat Abang..cari kawan yang elok-elok. Itula yang pengaruhi kehidupan kita. Mommy suruh dia kawan terus dengan kawan dia tu. Tapi tatawlah nanti-nanti camaner. Kita tunggu result akhir tahun nanti.

Serius ini zaman struggle gua. Dulu zaman jatuh merudum. Now mahu struggle gila babi.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 8, 2013

Tiup-tiup habuk terbanglah..

Sejak punya astro bayar sendiri ni..jarang pulak I nengok tiwi. Ye la.. lagi pun I now bizi. Bizi kemas rumah, bizi pok pek pok pek kat anak-anak. Bizi termenong pun ade. Bizi tido pun.. hehe.. tido jaranglaa.. dah malam baru tido. Now pun nak buat esainmen.

Haih! Napelah buku mahal sangat. Bleh dak beli ngan kad kedit? Takde buku susah nak buat reference. Sudahlah sangat rajin pi library. Semester lepas paling rajin pi library intec pasal discussion buat CS hari tu. La ni memang takla kan. Sibuk nak balik asap sebab anak-anak. Takde masa plak nak melepak ngan dating-dating macam dulu. Last kol I pi tengok wayang citer..emm..ntah lupa plak. Tapi kat Paradigm. Lepas tu takde masa nak lepak shopping complex.

Am not into pi shopping complex. Kalau nak pi..makna mesti ada tujuan. Nak beli barang ke..nak tengok wayang ke.. nak makan big apple ke.. am not jenis yang nak lepak windo shopping. Adakah am not sejenis perempuan normal? Kalo pompuan normal kan suka lepak-lepak dengan gigirl2 kan.. but am not. Lepak sowang kedai mamak pedehal.

Entah..dari dulu kot I tak suka benda-benda remeh temeh ni. Am not like pompuan lol. Yang suka menjahit..hias rumah cantik-cantik. For me biar rumah nampak bersih kemas lapang. Thats why macam tak terfikir nak menyemak nyamunkan ghumah dengan pokok bunga. Biaq kosong senang buang habuk. Tiup-tiup jer habuk tu terbang lah kan. Wakaka.

But am thinking of penuhkan ghumah dengan buku. Nanti semua buku. Sana buku sini buku..bleh ar jadik library. Ok gak kan?

Nanti buat rak buku kat dinding cantik-cantik cam library. Wawawa.. dulu masa zaman berangan nak buat rumah besar-besar pastu ada bilik dalam semua buku jadik library. Tapi la ni rejekinya dapat rumah kecik cenoet nih.. penuhkan jerlah dengan buku. Ok gakkan?

Buku paling mahal gua beli buku grollier. Dua ghibu jugaklah. Bayar seratus sebulan. Sampai habis. Tu semua untuk anak-anak. Ada cd bagai. Tapi pun takde cd player. Ada radio tu tapi tak reti nak sambung kat tiwi. Jadik tak leh nak pasang cd la. Hmm..

Tapi puas hati. Ingat nak beli buku encyclopedia lah. Untuk anak-anak baca. Hmm.. tapi tau jer la rege bukan main mahal. Takpa.. leklu..

posted from Bloggeroid

Sapa boleh supply top up.. bak sket

Saya semakin kurus. Nanti skeleton jer nampak berjalan. Kalau orang gemok tuh boleh tambah lemak dan I boleh mintak lemak dia.. I nak sikit. Monthly top up lol.

Top up kat mana-mana yang tak bole bla.. top up kat tempat-tempat I suka top up. Bagi berlemak dan gebu. Bagi nampak steady. Takdela tiup sket jatuh lol.

Orang gemok tu pun mesti konfirm murah hati sangat kan? Woha!

posted from Bloggeroid

Garang

Hannan seorang yang pessimis. Tak tahu belajar dari siapa. Punya minda yang positif.

Everytime dia dalam kebingungan .. dia pasti akan kata boleh. Dia pasti akan kata ada hikmah disebalik segalanya.

Tapi dia agak pemarah. Mungkin ikut sifat mak dia. Nak taw dak.. budak-budak kat sini kata mak Hannan garang.

Am I garang? Mungkin lately saya sukar tersenyum. Sampai ada yang mengintai dan kata I garang. Woha!

Hari tu siap Hannan cabar kawan dia.. cer kalau berani meh salam mak aku. Sorang pun tak berani. Kawan-kawan kakak pulak..bila nampak aku tanak senyum dulu. Tunggu aku senyum. Ade sorang tu langsung takmo senyum.

Ye..lately saya sedikit berubah. Menjadi sedikit serius maybe. Biarlah..tak sorang pun kisah kan?

posted from Bloggeroid

Monday, October 7, 2013

The baby will always be the baby

Now.. The baby will always be the baby..

I realize something.. dalam dunia ni macam-macam boleh jadikan?

Tapi pun still nak buat myself happy. So something yang tak terfikir boleh plak jadi begitu? Emm.. emm..

Keikhlasan yang ada seperti palsu..sudah tidak nampak real. I dont know how to describe my feelings now. Ia menjadi seperti..hmm.. tak leh nak explain lol.

Biarlah.. biarlah ianya mati ditelan masa. Mungkin one day in future I'll be the happiest mother, happiest wife and happiest person in the world.

Mungkin tidak didunia. Mungkin di Jannah nanti.

We cant judge people without hijab itu teruk. Tiada hubungan dengan Allah. Sedangkan hatinya lebih sejuta kali baik dengan yang bertudung. Sedangkan hubungan dia dengan Allah sejuta kali lebih baik dengan yang bertudung. Kan?

Thats why la ada quote nih, "Dont judge the book by its cover". Putih atau hitam hati seseorang itu Allah yang tentukan. Bersih kah.. kotorkah? sedangkan minyak hitam yang berminyak berwarna hitam masih suci boleh bawak semayang. Kan? Kan? Kan?

Sometimes manusia ini suka-suka jer judge others. The real situation Allah jer yang tahu.

well.. last but not least we break up

Tak mo dah citer banyak. I dah break up with someone yang .. yang tu lah..

Becoz of a girl .. yang .. yang tu jugak lah ..

I wonder.. if a man yang biasa dah banyak dengan perempuan akan terus berkembang dengan perempuan di sekitarnya.. macam tukar baju .. kan? Tak kisahlah.. selagi ianya seperti fake.. tapi.. tak kisahlah..

Yang penting takyah ler nak stalk2 lagi blog nih.. I dah takde apa dah.. break! Faham!

 My last word.. dont be a stalker please..

Takpe.. saya mengundur diri dengan cara yang baik dan terhormat :)

Senyum jerr

Sunday, October 6, 2013

Happy Sunday :D

Hari ni memanfaatkan masa dengan sempurna. Dari jam 8am hingga sekarang 1130pm..baru nak lelap dan nak tidur.

Pergi kelas..balik layan anak-anak..review jap apa esainmen nak hantar..buat keje opis jap. Hmm.. puas hati dengan kehidupan macam ni. Hati pun kool saje.

Untuk this semester sangat happy pergi kelas. Walau tadi ada esainmen tak siap..tapi on da spot buat dalam kelas. Siapkan jugak. Tanpa perasaan malas. Target cuma nak siapkan dan hantar on time.

Kalau last 2semester yang kelam kabut dan hati tak khusyuk. Alhamdulillah tadi tak khusyuk sebab mengantuk jer.. tatawlah lect kat depan bercakap-cakap I bleh plak tido. Rasa dia pasan kot? Sah2 kalau mata I terbuka pasti dia akan pandang I. Ni kalau dah tunduk tak gerak-gerak jentik sikit terus jatuh atas lantai. Haha.. konfirmlah tidur kan?

I think if last semester I dah pindah mungkin akan rasa lebih happening untuk CS tu kan? Sebab now pun pergi kelas rasa happy jer. Takde perasaan berat dalam hati. Takdelah malas sangat macam semester lepas. Hehe.. kbye. Nak tido :)

Nanyte sayangku disana. :D

posted from Bloggeroid

Saturday, October 5, 2013

Instead of PhD.. I have another mission

Esok kelas..esok ada test..esok submit esainmen..

Anak-anak kata nak pi surau tadi. Sampai la ni tak balik. Hati dah risau. Takkan nak kurung derang dalam rumah je.

Dengar suara budak-budak kat bawah. Jenguk takde plak bayang. Tapi cam suara tu..suara mereka. Hilang rasa risau.

Tak sure apa yang abang selalu cerita. Ramai budak kena culik sekitar ni. Am so worried bebudak nih. Manalah tak risau..harapkan abang jer jaga mereka while am pi kerja.

Esok I pi klas. Derang 4orang jer kat rumah. Haih! Kalau nak ikut hati memang tak nak pi..nak jaga derang jer..tapi tak boleh plak. Hmm..

I need to do something with my life. I need to find my other half. I tanak duduk sorang lama-lama. Tak suka.

Dan tadi Azharin call. Siyes I takde aura kat dia. Dia kata aura lain plak after divorce dengan I. Haha.. I gelak jer. Tak yah layan aura tu I kata. I punya aura dah de kat orang lain. Siyesly..apa jadi lepas ni I redha.

Paling penting I akan dapatkan apa yang I nak. Hari tu jumpa Zaha jap. Instead of dia kata I am a happy go lucky person.. I tahu apa yang I nak dalam hidup. So.. am thinking of.. jengjengjeng... :) hehe

Before Azharin kuar.. I need a husband and father for the kids. Nak cari yang perfect memang susahlahkan. Janji bertanggungjawab.

posted from Bloggeroid

Friday, October 4, 2013

Love till jannah

Azira Fadzil. She is a fren who always encourage me to study. She is a good fren. She is my inspiration fren.

Tonite.. is her happy day. :)

Umur kami sama. Saat gembira disatukan dengan bf dia baru sampai. I pray for you dear. I pray the best for your marriage.

You choose the right person in my opinion. You dont need any other man.

Saya sangat kagum dengan kisah hidup dia. Why she insist to study until master now. Allah berikan saya inspiration through her. Kenapa dulu kami duduk bersebelahan. Kenapa kami dikenalkan. Through her I pursue my study in degree. She show me how to register. She show me everything.

Mendoakan segalanya berjalan lancar dan kekal hingga syurga. :) xoxo

Saya.. ?? Will love you till Jannah juga no matter what

posted from Bloggeroid

He who is patient achieves victory :)

He who is patient achieves victory

The truth is out there

Pagi.. cejuk. Too many things hanging in my head. So that..tak yah fikir benda tak penting.

Ahad ni as usual I ada klas. Wawawa.. boleh tahan banyak juga esainmen. Finance paling banyak. Nak success kan? Kenalah usaha..

Abang Hannan I dunno what happen to him. Beberapa hari ni dia mengadu sakit kepala. Then muntah-muntah. Semput dia I think makin teruk sebab pindah rumah. Ekceli rumah ni banyak habuk. I tak sempat nak basuh langsir what so ever. Ahad lepas sempat lap dinding dan kipas syiling kat hall jer. Hmm..

One more thing.. Hannan nak main bola next year. Tapi bila I tengok his semput macam makin teruk..I kata takyah lah abang. Dia pun kata takleh berpanas nanti pening kepala. Ciannye anak mommy.

You know one thing I terfikir..selalu orang yang baik-baik ni lah pergi dulu. Emm.. I tanak explain ayat kat atas tu..sebab takut nanti it is truly happen. Biarlah ianya terlintas di fikiran..

And ruam-ruam tu.. I pi farmasi lah. Ubat tecik cenonet rega tak bole bla. Nak tanak I beli dua. Sebab nak pakai the whole fams kan? Nasib baik bagus.

Kadangkan semangat macam nak hilang..tapi bila nengok anak-anak .. I need to move on.

I tanak fikir dah benda mengarut. Let bygone be bygone. Dia bila sampai limit.. when I say enuff.. and it is enuff. So that let it be. Let the things go away..away from me.
posted from Bloggeroid

Thursday, October 3, 2013

Be nice :)



When people nice to you..then you have to be nice on them. I am surrounding with the nice people since I got pindah here.

People who always wanna be kind with my kids. Walaupun mereka bukan darah daging sendiri. Dan entry sebelumnya tadi..mak da datang dengan si kembar and zulfariq. What a nice people they are. I am appreciate of their attention towards the kids.

Whoever yang always be kind to my kids..thank you so much. Mungkin I can never repay for what they give and do..but Allah will replace with Jannah.

To everyone yang truly care about me and my kids.. thanks. I'll pray Jannah for all of you :)
posted from Bloggeroid

Muak! Wek!!



Haha.. boleh dak gi ni?

I kalo dah malas.. i akan kata malas!!

I kalau dah muak.. i akan kata muak!!

I kalau dah tak suka.. sampai bila-bila pun..

Tapi I akan buat the best for myself. Memanglah now I akan nampak kelam kabut. But then I tak susahkan all of you. Benda yang kau dah cakap dulu-dulu..yang sakitkan hati aku.. aku tetap ingat sampai mati.

Sekarang aku takkan tunduk kat your fams. Biar kau melutut kat aku. And if I say no. And it is a no no. Fullstop!!

Dont try to mess with me huh!!
posted from Bloggeroid

happy go lucky no matter what

Haha.. now mode orang bercinta. I gaduh with my BF. Haha.. BF ke?

If you have the special relationship with someone..you terfikir tak, akan ada perasaan marah, jeles etc etc. Konfirmlah adekan?

Macam hidup.. if your life sangat straight is like not challenging. Macam tu jugaklah relationship. So why take too seriously when something yang came up buat kita gaduh-gaduh? Interesting what?

Masa marah memang marah. Tapi nantikan after all bila kenang balik kita akan cenyum-cenyum.

Anyhow.. thats only my opinion. Terpulanglah kat yang sorang lagi tu.

In my thought.. if you really like someone, no matter how he or she is.. you still be by his or her side. Setakat gaduh-gaduh bodoh.. is like a rain nanti ade sunshine and equal to rainbow. Haha.. nway Allah yang tentukan segalanya :)

If I can accept who ever you are.. I think you as a gentleman pun macam tu jugakkan? Tapi terpulanglah.. jika tiada siapa disisi saya..saya msih tahu Allah ada. Dan dia akan berikan yang terbaik untuk saya. Mungkin after my degree habis I jumpa the better person.. yang punya segalanya. Who knows? Only Allah knows..

I sangat-sangat yakin bahawa.. when we do the best! The best people will come to us. Allah knows everything. So be happy :)

And my advisor tadi ada jumpa jap. Dia kata am a happy go lucky person. Susah tau nak dapat a happy go lucky macam I. Haha..promote diri sendiri.. tak bole blaa..

Wednesday, October 2, 2013

Huwaa!!!!

Ketika berbicara tentang hati dan perasaan..ianya sangat susah untuk dikawal. Ianya memerlukan otak untuk berfikir..nafsu untuk dikawal..kehendak untuk dipenuhi.

Jadinya sometimes macam we dont need the one we crave for..sometimes kita mahu. Kadang macam menyampah pun ada.

I wonder kenapa Allah bagi feelings itu pada saya terhadap dia. My sis kata move on sista. My brain says..yes i am. But bila masuk bab hati.. no he still the one. And my action is.. follow the heart. Huwaaa!!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 1, 2013

Entah..

I'm in relationship with someone I like. Suka memang suka. Cinta memang cinta. Tapi agak complicated. Dan kadang rasa mahu saja cari yang lain sebab bosan..nak text pun susah. Bila communicate dengan orang yang kita sayang terhad..terasa diri macam di anaktirikan. Haha.. tapi memang anak tiri pun.

Perhubungan yang undercover.. macam sendiri jugaklah. Semua nak undercover..tiada kebebasan. Tapi hati suka.. tapi kalau kita jer seperti beria.. nak buat apa? Kalau kita jer rindu..nak buat apa? Bila terlebih expression..tak boleh. Kena tegur..nanti mengundang issue katanya. Kena faham dia.. faham dia dan faham dia. Kalau text waktu offis hour..tentulah dia busy. I pun kadang busy jugak. Jadi dia reply pun macam nak tanak. Sedih..tapi..biarlah. Jumpa? Lagilah.. hmm

Satu masalah pulak.. saya tak jumpa lagi yang berkenan dihati. Ntah..kalau sms ke..watsap ke.. macam.. macam takde yang happening. So now.. malas nak fikir. Tapi need somebody yang selalu ada if we need him. Kan bagus kalau ada yang macam tu?

Satu lagi..



Ada betulnya kan? Lagi pun.. dia ni ramai peminat.. hmm.. kejap orang tu jeles..kejap orang ni jeles.. :(

posted from Bloggeroid

Roti kosong teh tarik kurang manis

Saya sedang ushar sapa empunya kereta BMW putih kat kedai mamak nih. Selalu nampak BMW hitam..bila nampak yang putih..wawawa..

Dulu saya suka kereta warna gelap. Dulu saya suka warna-warna gelap. Pernah dulu saya suka pakai tshirt hitam all the way pi mana-mana pun. Macam takde kaler lain kan?

Mungkin sebab dulu saya pemalu ya amat. Pendiam juga. Tapi bila dah jumpa bff..gelak kuat tak hingat. Rindu zaman sekolah dulu. Zaman yang bebanannya cuma buku.

Rutin harian now dah berubah sejak pindah. Kalau dulu lunch hour boleh malas-malas..lepak-lepak..jalan-jalan..shopping-shopping..now jadik supir. Rutin pagi hantar abang dan kakak dulu..pastu hantar adik..last sekali hantar baby kena panjat tangga 4tingkat.

Lunch hour tepat jam 12 keluar terus ambil adik..then ambil baby..panjat lagi tangga..baru ambil kakak dan abang. Makan pun selalu tak sempat.

Hari tu Kak Lela pesan..jaga kesihatan. Hmm... mungkin itu yang selalu terlepas pandang..sebab saya susah nak demam. Harap-harap takmo demam. Sebab kalau demam memang tunggang langgangla hidup. Bayangkan kalau demam waktu hari sekolah. Sapa mau hantar mereka? Emm.. pikir jap. Demam sikit takpa lah kan. Kalau demam banyak? Mau tak pi mana-mana.

Tapi semalam tidur sangat awal. Lepas tu terjaga jam 4pagi. Lepas tu asyik terjaga. Nak buat esainmen pun malas. Jadi cuma golek-golek atas toto. Haih.. camaner nak hilangkan rasa malas?

Eh..mamat sebelah ni sama menu ngan gua.. haha.. roti kosong dan teh tarik kurang manis. :)

posted from Bloggeroid