Aku bukak satu blog baru tapi bukan kat blogspot. Kat wordpress.
gracefulniezza.wordpress.com
Wordpress ni macam tidak pelbagai dari blogspot. Ada template free..ada yang kena beli yakni upgrade lah tu. Macam tak best lah pulak wordpress tuh. Tapi aku belum selongkar lagi. Jadi banyak yang tak taw.
Aku dah up satu posting kat situ. Sapa nak tengok rajin-rajinlah bukak.
Aku rasa kehidupan semakin tenang. Kerja dari segi experience semakin kukuh.
Dah hampir 3 tahun kat zte. Makna dah hampir 5 tahun aku kerja kat telco company. I am decided not to leave the telco.
If I am continue my study for the next semester, serius I nak tukar course project management. So stay in project line lagi bagus. But the risk adalah projek ada..ada kerja. Projek takdak.. matilarr
But high risk high return. Now mahu ambil high risk saje dalam hidup. When suceed.. you get the high return. Boleh? Boleh tak boleh bukan persoalan. Ada satu lagi soalan.. mampu?
Today not working walau aku tak ambil cuti. Zhong Jian pi honeymoon kat Langkawi. Hafizi balik klate..gewe klate la katekan. Alamak..aku lupa supervisor aku sapa nama.. budak nerd itu balik China. Yang lain tentu mood cuti sebab semua bawah Zhong Jian adalah made in China. Local dalam team tu cuma aku dan Hafizi jer.
Anak-anak sekolah. Aku nak balik Banting hari Jumaat. Cina used car dah call soh amik road tax. Aku nak bagitaw satu rahasia besar ni.. lesen memandu aku dah expired sejak Sept 2013. Hahaha.. aku maleh nak pi renew kena beratur kat pejabat pos. Kalau lah renew licence boleh online. Kan bagus. Sigh! *geleng-geleng pale*
Roadtax expired 4hb Februari. Naseb baik geran keta kat used car. Kalo tak mahu aku lupa.
Aku nak pi betulkan keta taktaw bila.. dan taktaw kat mana yg bagus. Hmm.. kadang murah memang murah..tapi nanti buat cincai. Yelah.. dia nengok aku pompuan kan?
Aku sedang melepak kat mamak. Ni la kerja aku kalau sorang-sorang. Kalau kat rumah sorang-sorang pasti aku sedang memeluk bantal ucuk. Sejuk pagi ni.. pagi ni aku bangun tido tak mandi. Cuci muka cuci gigi pastu hantar anak pi sekolah lepak kat kedai mamak. Baju pun pakai baju semalam. Hahahaha.. orang bukan taw pun sebab aku kan cun. Kehkeh.. sila muntah hijau =D
Lepas ni nak pi beli ayam. Ada orang mengidam nak makan ayam masak lemak cili api. Iyolah.. dah jadi emak-emak dan bila anak-anak dah pandai demand nak makan itu ini.. kenalah masakkan. Aku serius tak pernah demand bab makan-makan ni. Kecuali kalau ada orang tanya nak makan apa. Tapi pun now bila orang tanya nak makan apa..aku pun tak tahu nak makan apa sebenarnya.
Kecuali kalo pi chillis ka.. tempat yang makanan dia lain dari yang lain.. makanan oversea. Yang tuh memang aku demand manjang. Hahahaha..naseb takdak pakwe. Kalau dak pening dia nak bawak aku dengan anak-anak makan tempat-tempat macam tu. Bukan pening apa.. pening nak kuar duit mahal sangat. Kihkih.
Berbalik pada anak demand mak masak. Dulu aku tak manja dengan mak atau ayah. Sebab tu first time duduk uitm segamat aku homesick takat seminggu dua je. Lepas tu tak dah. So selalu apa ada sappedek jer. Sampai la ni..hmm.. tapi now kalau jumpa mak mesti nak duduk sebelah mak. Tapi bila jauh aku taklah rindu-rindu. Bila aku ada poblem aku pun tak pi kat mak. Aku layan sorang-sorang. Aku pun tak taw kenapa gitu. Tapi pun aku takdek poblem sangat. Financial jelah. Kalau financial okay semua ditanggung beres.
Oh..ade satu poblem kat aku. Yang ni kadang aku takleh kontrol. Tapi poblem nih sebenarnya kat diri sendiri. Orang lain takleh tolong. Thats why aku kena jadik Adolph Hitler to my ownself. Tapi pun kadang... hmmm... hanyut. Tapi takpa..go slow.. ada niat nak berubah dah bagus tapi belum cukup.
Haa.. berbalik cerita wordpress pulak.. kenapa aku letak gracefulniezza? Entah.. aku terfikir nak bukak website nama gini. Niezzasentiasaanggun.. kehkeh.. anggunlah sangat kan? So aku pi gugel translate anggun in English padia. Jadinya yang kuar adelah graceful. So jadiklah gracefulniezza.. cun tak nama ittew secun tuan dia. Hahahaha
Saje jer aku nak type panjang-panjang. Mesti korang malas baca. Kihkih.. time aku nak bebel panjang-panjang to myself.. gini la ghopernyer..
Oklah..nak pi cari ayam. Baby aku dah bagi jer mamam ayam. Lama dah pantang. Aku sendiri tak tahan apalagi anak-anak.
Hmm.. makin lama macam boring jer nak hidup.
Oh ye..pagi tadi aku mimpi pi tengok kuboq ayah. Lama dah tak pi. Esok balik Banting nak pi tengok. Rindu ayah pulak. Aku mimpi kuboq ayah kat atas. Lebih tinggi dari kuboq lain. Sebelah kuboq ada pondok kecik. Ada Abang Ijam, Qila dan amenamena...
Bila jaga aku dengar azan subuh :)
posted from Bloggeroid




