Thursday, February 28, 2013

Duduk diam-diam

Gila mengantuk kaw-kaw hari ni.

Bila mengantuk layan update blog dulu. Tapi nak update ape ntah. Oh ye.. first timer  nak fill in BE form. Emm.. PCB potong sekali jer dalam payslip. Maybe sebab HR tengok suami tak kerja so dia dah tak potong dah. Tapi kenapalah pulak nak kena fill in jugak BE ni?

So tadi setelah menggugel dan bertanya mengumpul sedikit sebanyak maklumat, boleh online jer benda ni. So senang sikit. Tapi dia nak pin no pulak. boleh mintak online juga, tapi tiada email beregister dengan LHDN so permohonan disekat.

Okay..tu tak kisah. Try call hotline..asyik engaged memanjang. Call LHDN cawangan Shah Alam. Dia suruh datang tapi macam biasalah, bilalah masa nak datang. Lunch hour datang kalu, konfirmlah derang semua lunch time kan? So choice yang ada photostate IC dan fax jer kat derang. Tapi method ni tak berapa bagus sebab bila tanya bila dapat, depa pun tak taw nak jawab bila. Dia kata cuba jerlah..kot-kot PIC tu rajen dapatlah cepat. kot-kot PIC tu malas konfirm tak dapat-dapat. Tapi takpe..kita cuba camner tengok dulu.

So sekarang sedang tunggu pin no itu. No pon dua2 dah bagi. Tapi sampai la ni takde call pun. Tapi takpe consider PIC busy. Ni kalau esok tak dapat, minggu depan tak dapat, konfirm kena pergi juga minta pin no tu.

Ekceli benda ni agak melecehkan saya sebab konfirm-konfirm gua rasa tak yah bayar. Kalau gua single takde tanggung menanggung konfirm mungkin kena bayar. Buat jerlaa...

Cincin kat jari ni makin longgar plak. Terpusing-pusing. Gua nak menaip pun susah. Tapi sebab suka nak pakai punya pasal, biarkan saja. Takde pun susah mana sangat.

Untuk pendaftaran subjek telah dibuka. Azira nasihatkan supaya ambil 3 jer subjek dulu. Gua sedang berfikir ni. mau ambil 3 atau 4 subjek. Kalau ambil 3 subjek, yuran bayar opkoslah rendah sikit. Kalau ambil 3 subjek tentulah ringan sikit. Kalau ambil 3 subjek gua tetap kena pergi kelas tiap-tiap minggu. Sebab 2 subjek ada kat sesi satu. satu subjek lagi ada dekat sesi 2. Buang masa pulaklah sebab sesi 2 tu cuma dari jam 830 hingga 1030. Lepas tu boleh pergi dating.. hehe..

Iyer jer kan pergi dating. Dating dengan sapalah gamaknyer. Paling kurang pun dating sorang-sorang tengok wayang kat space u8. Eh..orait gak tuh. Tapi gua rasa nak ambil 3 subjek jer. Biar nanti tak serabut. Tapi rugi masa plak. Aih !! Tengok ar nanti waktu nak register tu, kalau agak waktu tu macam kompiden bawak 4 subjek gwe register jer 4subjek. Kalau waktu tu tak kompiden, register 3 jer la.. Tapi sekarang ni macam tak kompiden.

Yuran Bulan March konfirm kena bayar. Hmm... sedang berfikir ini..mau planning financial.

Eh..Annual leave gua bawak after March ada 5hari. Campur 14hari this year..ada 19hari. Banyak giler ah gitu. Gua nyer annual leave hari tu 4 hari amik for exam dan 2 hari tu sebab mak operation. Kalau tak konfirm banyak giler lagi dan lagi. Gua ni nak cuti tak tau nak gi mana. Ni sedang merangka-rangka untuk pergi ke Janda Baik dengan kawan-kawan. :)

Panjang giler gua update hari ni. Oh ye..lupa plak hari ni 10th anniversary I. Dah update pun pagi tadi. Tapi gua rasa boring dan tak excited. Tiada hadiah..tiada dinner romantik..tiada bunga rose..tiada xoxo..dan saya harap hari yang begini akan terus hilang dari hidup saya. Cheh!! Macam kecewa jer bunyi.. hihihi Kalau nak ikut rasa kecewa tu memang banyak giler. Tapi nak buat lagu mana.. Dah tu Allah nak bagi. Semua pun datang dan pergi..jadi kita duduk jer diam-diam. Okay?

10th anniversary

Today 10th anniversary of marriage.

Tak ingat tapi alarm reminder kat phone ingatkan.

Semoga apa yang saya plan akan berjalan lancar selepas ini :)

Doakan saya..

Wednesday, February 27, 2013

Stay young and peacefully

Rasa mengantuk sebab macam tak cukup tidur di hospital. Rasa letih sebab tidur tanpa bantal hanya beralaskan tilam nipis atas lantai. Memang tak selesa you.

Nway semuanya selamat, tadi mak call dan mak kata mak tak demam dah. Alhamdulillah..

Petang tadi sebenarnya rasa sangat risau sebab takde siapa nak jaga mak malam ni. Dan petang tadi rasa berbelah bahagi antara nak balik tengok anak-anak atau nak tunggu mak. Baby dah 3hari tak sekolah sejak mummy tak balik. Haih!!

Call mak rasa serba salah nak cakap tak boleh tunggu. Tengah tergagap-gagap nak cakap, mak pulak potong cakap kata tak yah jaga mak sebab mak dah boleh jalan. Walau pakai tongkat dah boleh jalan pergi toilet sendiri. Wah!! Sangat lega hati I ..

And tadi mak call borak-borak rasa mak makin sihat. Dah jalan pakai tongkat and kaki tak rasa sakit. Makan pun dah ok, demam pun tak. Sebenarnya takut mak kecil hati sebab tak dapat jaga malam ni. Allah memudahkan urusan :)

Dan yang paling miracle adalah mak call and nak cakap dengan Mother In Law. Faham-faham jer lah sejak kejadian yang dulu-dulu tu manalah mereka bercakap walau dalam telefon apatah lagi berjumpa. Cuma berkirim salam jer. Tu pun kadang-kadang lupa nak sampaikan. Maafkanlah daku.

Emm.. Mommy tanya Abang rindu Mommy tak. Nak taw apa jawapan Abang?

"Mandi tak basah..tidur tak lena.. Makan tak kenyang.." Pandai lah Abang kan.. Lepas tu dia gelak-gelak. "Mana ada mommy..takkanlah mandi tak basah.." Pandainyer Abang bergurau. :)

Mommy tanya lagi.. Abang rasa rindu tu macam mana? Abang jawab masa nak tidur dalam hati tu ada rasa rindu :). Cute right Abang?

Balik tadi soalan pertama Mommy tanya, "Abang dah solat belom?" huhu
Sekarang Mommy ala-ala ustajah plak. Tapi sejak Mommy jaga solat Mommy..Mommy nampak perubahan pada Abang dan Kakak. :)
Alhamdulillah..

Oh ye.. Kak Zu dah banyak kali tegur saya makin kurus. Saya pun tak sure betul atau tak. Tapi hari tu masa tinted kereta, budak cina kat kedai aksesori tu tanya umur berapa. Saja nak test adakah I nampak younger atau older. And seprais dia kata I 25yearsold. Auw !!

Pastu uncle kat kedai tu tanya..anak berapa. Memang tak pernah nak berahsia pasal anak. And dia kata I masih mengancam walau masa tu pakai baju kurung lusuh ngan tudung yang main sambar jer.. Ahaks !!

Macam biasalah..perasaan ni rindu jer :) Rindu kat sapa..macam biasalah ! Cuma tak taw rindu tu berbalas tak :(

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 26, 2013

Yang lain mana?

Semalam ada orang tu tiba-tiba call.. Ajak lunch. Dia kata nak bayar hutang. Macam terperanjatlah juga bila dia kata nak bayar hutang tu. Well saya sambut dengan hati yang lapang .. Tapi .. Emm .. Camaner nak luahkan pun saya tak tahu ni. Gua tak pasti dia ni bagaimana pemikirannya sebab dia ajak kahwin .. Lagi la gua terkedu ..

Gua tanya dia .. Wife ? Dia kata keep hide .. Oh ! Senangnye lelaki ini berkata-kata .. Gua pun tak lepas lagi .. Haih !! Wife preknan okay ? Atau punya agenda lain ..

Saya biarkan saja .. Wait and see .. Malas nak fikir sebab Ajaren pun tak settle lagi.

Saya tak pernah marah dia.. Saya cuma terasa. Dulu mungkin dia tak stable sehingga terpaksa berhutang..dan ekceli dah kata kat dia halal pun. Tapi dia still nak bayar, consider sebagai lelaki bertanggung jawablah. Itu pun kalau dia bayar betul. Tapi kalau hanya cakap tunggu-tunggu habuk jer..maknanye dah terbuktilah kan..

Takpe kita tunggu dan lihat jer.

Emm.. Hidup ni pilihan. Kadang-kadang banyak pilihan. Tapi takut tersalah pilih. Macam masa pilih Ajaren dulu. Tapi mungkin dulu saya tak matang.. Tak fikir panjang. Sekarang saya tahu siapa yang saya nak rujuk dalam buat pilihan. Bukan mak atau ayah.. Tapi Tuhan. Allah Maha Mengetahui.

Pernah buat sekali. Mimpi someone yang tak nampak tapi tahu dia ada disitu. Hati sangat tenang masa tu. Saya tak tahu siapa sebab tak nampak, tapi tahu dia ada. Musykil dengan mimpi tu. Saya biarkan saja untuk future saya. Tapi untuk bersama dengan Ajaren mungkin tidak. Bila ingat dia saya jadi tak tenteram. Permudahkanla Ya Allah jalan tu.

Malam ni jaga mak lagi. Every nyte saya jaga. Tak taw esok mak boleh keluar tak. Kalau tak boleh gimana? Saya dah rindu anak-anak. Tadi call pun dah nanes.. Yang lain mana?

posted from Bloggeroid

Sunday, February 24, 2013

Alhamdulillah

Sedang beratur panjang. Menunggu giliran. Rezeki yang Allah nak bagi walau dalam apa jua bentuk pun.

Tahun lepas dapat BR1M. Tahun ni pun dapat walau gaji dah lebih.. :)

Rezeki anak-anak.. Amin. Tapi memang ramailah. Penat menunggu.
This week agak busy. Dengan jaga mak, kereta hantar workshop.. Cian anak-anak. Kena tinggal jer.

Mommy balik semalam Abang dan Adik yang sambut. Rindu katanyer. Mommy lagi rindu. Mommy pelok sorang-sorang. Lagi-lagi Baby yang ngada-ngada itu. Alolo.. Comei jer Baby. Pagi tadi Mommy keluar Baby belum bangun.

Robocop dah mantap. Best sikit nak F1. Saya betulkan juga Robocop itu sebab next month nak pergi Seremban. Cik Ayn Kecik kahwin belah suami dia. Bulan April insyallah turun Melaka. Sapa Yang Punya pulak kahwin. Belajar jalan jauh-jauh. Belajar jadi lebih indipendent. Perlu berubah for better future. Tak perlu lagi bergantung pada suami yang gitu. Adakah akan menjadi suami lagi in future. Kompiden tak. Dan memang taknak. Bila saya nekad.. Terimalah semuanya dengan redha.

Saya tak kisah kalau ada yang pandang rendah kemampuan saya selama ni. Especially konfirm lah Ajaren. Tapi mesti dia terkejut sebab I am not totally like I am before. Different me..different vision..different status in future.. ;)

Dengan bantuan waze app android memang mudah untuk saya pergi ke mana saja. Saya bukan pengguna Garmin yang baik. Saya pengguna Waze. Garmin buat saya sesat barat. Tak faham direction yang diberi. Tapi setelah sesat memanglah sampai. :) Sekarang segalanya mudah di hujung jari. Kau takkan percaya Ajaren dengan Mommy yang dulu kira baik giler..sekarang pandai dah.. Lantak ar Daddy pas ni..

Haih penat. Mau boleh type 18 muka surat lama menunggu..

Kami ada 4beradik perempuan yang selepas kahwin masing-masing memang jarang bertemu. Tapi kalau bertemu pasti ada story yang hangat diperkatakan.

Cik Aqi desak tanya siapa Abang :). Memang tanak bagitaw. Bagi hint satu jer.. Ade dalam FB frenlist dia. Terus dia boleh dapat tangkap. Obvious kot? :)

Masa sebut nama tu, gua dah sengih-sengih. Seb bek Cik Aqi faham situasi. So respon tak la negatif :).. Hehe..

Robocop pun dah mantap. Bisnes insyallah akan diteruskan. Mungkin next week plan yang dirancang boleh dijalankan. Memandangkan this week agak busy.

Robocop itu salah satu benda yang tak berenggang dengan saya selain henfon, fb, twitter *tempat meluahkan perasaan* , dan blog. Kalau boring menunggu mulalah buka fb. Kalau ingin membebel mulalah buka bloggeroid. Kalau ingin meluahkan perasaan seayat buka pula twitter. Kalau nak pergi mana2, Robocop boleh hantarkan. Setia menunggu lagi bersama teman

seangkatan yang lain kat parking kereta. Takpalah..janji mereka-mereka ini lebih setia dan ikhlas. Tapi pada manusia yang lebih ikhlas..tq for everything. Tq for being good to me.

Tapi apapun saya rindu Abang :) :b

Cik Aqi jangan sengih2 pulak..

posted from Bloggeroid

Saturday, February 23, 2013

Robocop itu panggilan manja

Bearing kecik giler RM80. Pergh !!

Nasib baik pakai kereta made in Malaysia. Kalau tak mau ratus-ratus.
Nak nanges Robocop buat hal jer. Belum tukar tinted depan lagi. Haish !!

Tayar pun dah 2 tahun tak tukar. Dah pecah-pecah. Boleh lotup nanti. Seriau pulak.

Sabarla Niza yer.. Sabar bebanyak.

Nanges !!

posted from Bloggeroid

Friday, February 22, 2013

Nyte 2 @ hosp. Sg. Buloh

Nampaknya mak selesa dan tidur lebih tenang berbanding semalam. :)

Alhamdulillah..

Gua plak yang tak boleh tidur. Sambil dengar zikir dari Hafiz Hamidun..dan try dari Pink. Agak menenangkan. :)

Petang tadi rasa sangat gusar tanpa sebab. Ingat malam ni nak nanges. Rupanya kewl saja. :)

Malam terakhir jaga emak. Ini saja yang saya mampu lakukan mak. Kalau boleh saya ingin lebih berbakti pada mak dan ayah. Tapi terkadang kemampuan saya terbatas.

Sedap pulak dengar suara Hafiz Hamidun ni berzikir. Tenang jer rasa hati.

Ya Allah berikanlah aku ketenangan sehingga akhir hayat. :)

Lambat pulak habis piyed.. Haih !!

Rindu kerenah anak-anak. Rindu pada mereka. Rindu !!

Begini rupanya tak junpa anak-anak selama 2 hari. Tu belum pergi berhijrah mencari nafkah untuk derang. Mau nanes everynyte.

Saya terasa bagaimana perempuan-perempuan asing yang mencari nafkah tinggalkan anak-anak di Malaysia. Lebih-lebih lagi makcik-makcik cleaner dari tanah seberang. Selalu derang kata rinduuu sangat tapi mau buat gimana? Mau cari rejeki...

Haih !! Bersyukur saya dengan kehidupan saya dengan anak-anak di keliling saya. Semoga dipermudahkan Ya Allah segalanya..keinginan saya.. Amin :)

posted from Bloggeroid

Ayu berbaju kurung

Hari ini ayu berbaju kurung.. Niat memang nak pakai baju kurung tapi tak terlintas pun hari ni hari Jumaat.

Malam tadi saya kira tidur hanya 3jam sahaja. Itu pun terganggu dek kerana tiba-tiba machine ubat tahan sakit berbunyi nyaring. Kerana nurse datang dan pergi. Tapi agak selesa kerana katil sebelah takde patient so gua la yang jadik patient bungkus habis bak nasik goreng bungkus dengan telur. Dah jam 5lebih mak nak mamam. Nak e-ek tapi tak kuar. Layan. Bila lagi nak tolong mak. Bila lagi nak balas jasa mak. Masa ni lah. Nak balas dengan wang ringgit memang tak mampu. Maklumlah..anak ramai suami takde. Ujian Allah tu..sabar..kena usaha lebih. :)

Nasib baik mak dapat wad kelas kedua. So agak selesa sebab sepatutnya patient dalam ni 4 orang..tapi yang ada hanya 2 orang. Emm.. Allah permudahkan segalanya. Tak sia-sia doa untuk mak. Dan mak pun nampak tough. Sakit tapi maintain. Hehe..mungkin saya ikut mak sebab masa saya sakit bersalin anak first boleh gelakkan india sakit bersalin panggil mak dia. Sampai kena marah dengan nurse. And ekceli sampai yang ke empat still maintain cool nak bersalin. So tiada c-sect semuanya normal. Alhamdulillah..walau peknan masa tu sedih manjang tapi Allah memudahkan urusan nak bersalin. Ajaren arr..buat hal manjang. Dan kesan dari semua tu saya lebih indipendent..kalau gi mana sensorang pun okay. Kalau dulu takut nak drive jauh-jauh..sekarang on jer..lebih indipendent dari kakak-kakak yang ada lesen dulu dari gua. Itulah salah satu hikmah Allah. :)

Mak tak makan sangat..gua yang menunggu pun tak makan. Roti, anggur, kuih bahulu, tumpi, air tin dan air kotak tak sentuh.. Saya bukan seorang pemakan. Sampai mak tanya balik, "ko makan apa?"

Ahahaha..biasala mak..makan hati banyak :)

posted from Bloggeroid

Thursday, February 21, 2013

Jaga mak

Sambil tunggu mak, sambil layan perasaan sedih. Sebab dah kena marah orang tu busy..

Maybe kena duduk diam-diam. Okay..takpe..biarkan..

Hari ni jam 10 dekat 11pagi dah sampai hospital. Pergi alhamdulillah semua okay sebab pakai waze apps android. Serius tak sesat. :)

Sampai masuk dari pintu C. Parking takde. Available hanya di tepi rumah sampah. So park kat situ jer.

Tanya pak guard tu kat mana operation theatre. Dia kata naik lif. So naik lif sampai level3. Kat situ call pakcik and tadaaa !!! Dah sampai..

Senangkan? Ekceli tanya 2 mak guard and semua jenis tak banyak bunyi :). Tunggu memang lama. Dari sampai pakcik kata mak dah masuk sejak jam 930am. Sampai 330 baru keluar. Oh ye.. Kak Lela and Kak Ayu selalu kena tahan guard tak bagi masuk. Hehe..saya dipermudahkan jalan tu oleh Allah. Alhamdulillah..

Bila mak keluar cuma saya dan pakcik yangu sambut. Lepas tu terus ke bilik xray. Tunggu kejap baru naik wad. Lepas tu kami kumpul ramai-ramai adik beradik. Buat lawak sikit-sikit..gelak sikit-sikit..huhu..bahagia..tapi kejaplah. Bila semua balik..sunyi. Mak pun tido. Tapi tak selesa sebab sakit belakang, pening dan mual. Saya buat yang termampu. Doa agar mak sihat cepat.

Hati ni fikir juga anak kat rumah. Alahai..baru satu malam tak bersama dah rindu. Baby demam..hmm..rasa nak nangis pulak. Nak nangis rindu kat anak-anak, rindu kat abang, tengok mak..nak ada orang take care kita..emmm..

Tadi tengah syok berkarangan mak kata nak e-ek.. So pi la tanya nurse tu and dia bagi backpen..ekceli tak sure la lebih kurang gitula eja dia..balut dengan plastik kuning..pastu mak baring letak kat montot dia..

Of kos lah my mom selak semua and adalah first timer nenok mak nyer.. Hihi.. Tapi takde rasa malu or jijik sebab sama.. Haha.. Anyway sayang mak. Dulu masa kecik-kecik mak yang buat kita kan...so sekarang giliran saya pulak buat mak. Tapi mak tak jadi keluarkan sebab dah terbantut. Sebab nurse tu cari benda alah tu tak jumpa. Adela dalam 15minit gitu. :)

Nasib baik saya ada anak perempuan tunggal. Apa pun nanti Raudhah yang kena tunggu mommy. Sedih plak lagi.. :'(

Serius rindu tapi kalau orang tu tak rindu kat kita..nak buat camaner? Sedey..nak nangis..sabar
posted from Bloggeroid

Wednesday, February 20, 2013

Berdebar

Sumthin goes wrong with my hati today. Dunnola why?

Tadi pi Intekma ambil Kad Diskaun Siswa. Tapi silap, ambil dekat Fac rupanya. Gua takdela biasa sangat nak masuk kampus induk tu. Maklumlah, pergi kampus induk tu ikut Azira jer. Tak berapa nak familiar dekat kampus induk tu. Takpelah.. next week ada lagi.

Semalam pergi ambil voucher buku. Dapat RM250. Ni niat nak beli printer. Senang sikit nak print apa-apa yang patut nanti.

Next semester kena study lebih. Haih !! Tak sure boleh tak. Emm.. Gua ni bukan la pandai sangat. Kalau pandai lama dah ambil degree. Malas lebih. Dari Sekolah Menengah pun. Esok nak paper sains..malam ni baru baca 2-3 helai bab satu. Tapi nasib baik result okay. Tu kalau usaha lagi tiap-tiap malam baca buku, mau jadi best student. Ha ha..Ngoks.

Masa Dip pun sama. Lagi-lagi reading subject. Memang air liur jer keluar dengan mata pejam buku kat dada. Takpun atas katil badan, muka mengadap kedinding..tangan pegang pensel layan cipta puisi kat dinding bilik. Hareemm...

Tapi kalau calculation gua sanggup mengadap satu malam tanpa tidur. Lepas tu minum nescafe dua sachet dengan satu mug. Memang sampai tengahari esok lepas exam baru tidur. Heaven masa belajar dulu. Sekarang dah tua. Banyak pula nak kena fikir. Nasibla labu..

Hati ni dari pagi tadi rasa tak sedap. Esok cuti, nak pergi teman mak kat hospital. Tadi dah call mak. Mak dah masuk wad. Esok operation jam 11. Lupa lak nak tanya wad mana.. Sengal tak? Jap lagi nak call lagi. Doa mak sihat lah lepas ni. Tak tau nanti kalau-kalau ada komplikasi selepas operation. Tak sedap hati nak tidur hospital ke apa?

Kadang-kadang tak tahu kenapa hati ni tiba-tiba berdebar tanpa sebab. Betulkah hati yang tiba-tiba berdebar itu tanda-tanda nak dapat sakit jantung? dup dap dup dap. Bila rasa tak sedap hati..start arr malas nak buat kerja. Nak hantar email pun dah macam nak taknak.

Gua ada plan nak bisnes online. Dengan 2 rakan gua yang lain. Dah plan nak pergi survey Sabtu ni. Tapi memasing ada hal. Meh la gua buat sorang-sorang. Esok kalau derang nak join baru buat sekali. Tapi gua ni bukan kreatif sangat nak buat blog ni. Takpe..try dulu. Nanti dah ada blog gua buat link kat blog ni. Blog lama gua memang dah tak update. :)

Bila hati berdebar, rasa takde mood nak buat kerja..mata pun mengantuk. Caner nak hilangkan debaran jantung hati ni?

Tuesday, February 19, 2013

Senyum



:) love this pic so much !!

posted from Bloggeroid

Sunday, February 17, 2013

Ahad yang demam

Kesian kat Baby and Aca. Demam pulak. Nenek kata main hujan semalam. Hujan light-light derang pi main kat luar. Tu yang demam. Demam ganti-ganti. Nasib baik Mommy tak demam wendu. Cuma ketumbet wendu jer.. Kuikuikui

Esok keje macam biasa. Harap semua okay. Rindu tak hilang. Berdoa harap hati Abang lembut macam dulu.. :)

Setelah sebulan lebih tak cuci keta..hari ni baru nak cuci. Ni tengah tunggu turn la ni. Bowing dok taip ape2 ntah. Blog saya memboringkan..saya taw. Cuma orang yang betul-betul care about me jer yang nak baca blog ni. For sure yang saya tau Cek Aqi. Tq for being my good sister walaupun sejak saya kawen kami dah tak rapat macam masa single dulu. Sebab saya punya masalah yang terumbang-ambing between family dan hubby. Now dah make decision cuma plan nyer Allah belom bagi jalan lagi. Sedang usaha ke arah itu. :) Harap semua nya menjadi. Lepas tu baru doa dapat suami soleh. Haha..

Saya juga berkeinginan hidup bahagia. Sebahagia orang lain. Melengkapi antara satu sama lain. Perempuan... Biasalah.. Hehe..

Tapi buat masa ni da sorang dalam hati..tapi tak tawlah.. Haih!!

Rindu..rindu..rindu kat orang tu. Agak-agak orang tu rindu tak kat kita?
posted from Bloggeroid

Saturday, February 16, 2013

Mati



Kalau boleh nak senyum macam ni kalau saya mati nanti.. :)
posted from Bloggeroid

Boleh ke you?

Saya sangat tak sabar untuk masuk semester baru nanti :) Saya dah check subjek mana nak register nanti. Yuran macam biasalah ribu lebih sikit. Saya berdebar untuk semester yang akan datang ni, sebab takut nanti emosi tak stable. Setakat urusan anak masih boleh handle. Emm.. Orang kata, kita buat dia, bukan dia buat kita.

Banyak plan terbengkalai. Tapi mana yang boleh diteruskan kita teruskan dulu. Study kena teruskan. Insyallah kalau effort tu ada..pasti akhirnya nanti okay. Harap doa mak dan ayah makbul untuk saya :) Ada lagi ke yang doa untuk saya? ;)

Hidup saya kena usaha lebih sikit dari adik beradik yang lain. Tapi still okay. Walau rasa kelam kabut sekali sekala.

Malam tadi solat istikharah lagi :) Biar banyak kali takpe untuk ketetapan hati.

Emak nak operate lutut. Kat hospital Sg Buloh. Kawan kata senang jer tepi highway. Nantilah check balik. Sebab ingat nak tunggu mak. Cuma kalau cuti okay. Tak pun amik EL jer.. Hehe

Still rindu Abang. Tapi takpe..dia stay to give me some guidance if needed :) Rasa sedikit sedih tapi itu yang terbaik. Am not sure whats inside his heart. Sebab bila tanya dia akan bagi jawapan yang blur. Dan bila tanya balik jawapan dia macam cover-cover. Perahsia dia ni. Mungkin tak semua orang yang dia boleh cerita about his heart. Yang saya tau dia pernah broken heart..same like me. Haih!! Tapi takpelah..saya nak try kenal dia. :D Boleh ke?
posted from Bloggeroid

Friday, February 15, 2013

Do you really care?



Seriously miss him so bad :(
You there but you actually only there
To support me but not to love me or miss me
As those days before..
But it is okay..bcoz u still care :)
posted from Bloggeroid

Mahu stablekan emosi..

Hari ini lebih bermotivasi. Walau exam pass cukup-cukup makan, tapi 4 paper lepas.

Semester lepas banyak dugaan sebenarnya. Lebih lagi dari segi emotion. Saya harap semester ini emosi akan lebih stable. Need to prove that I can do it. Dan sekarang saya kena teruskan. Walau apa pun yang jadi. I refuse to give up. I insist to stay in my line. Never give up Niza.

Pagi tadi pun memang drive macam F1 sebab nak engok result. Tak sabar. And for Abang, thanks you'll stay to support me. Saya sangat bersyukur sebenarnya. Nak cerita tapi malu.. lepas tengok result jer nanes. Hehe.. Hati pompuan kan.. lembut bak sutera. Chewah !!

Saya menangis sebab bersyukur. Azira kata tu petanda nak kena teruskan sebab before ni dah quite give up cakap dengan dia. Cuma dia bagi advice suruh usaha lagi for next sem sebab takut-takut nanti dismiss. Abang pulak kata jangan ulang last mistakes. Promise!! Promise!!

Malam tadi buat solat hajat. Bukan untuk exam, untuk rumah dan Ajaren. Tapi.. saya mimpikan Ajaren yang masih buat hal. Haih !! Mimpi before ni kabur.. Saya redha.. Kalau hati ni teringat kat dia jadi marah..saya akan usahakan untuk cari rumah. Tapi bukan waktu yang terdekat..sebab nak bayar yuran sekolah nanti. Itu lebih penting. Manalah taw dah rezeki saya dapat flat tu nanti.. :)

Doa-doakanlah saya kawan-kawan. Tapi saya teringat kawan saya yang punya problem dengan hubby dia. Saya selalu doakan dia.. saya harap dia kuat. Saya doakan suami dia balik kat dia lagi. Doakan dia juga ye? :)

Dapat gelaran CSI ZTE proposed by Tasya.. hehe.. Haih !! Budak-budak ni..

Thursday, February 14, 2013

Hati ni susahla..

Hati ni rase nak pujuk cek abang tu..tapi.. Emm.. Kalau dia memang dah nyampah caner arr? Tak sedap hati kalau ada orang rasa macam tu kat kita kalau pun ianya yang kita rasa bukan salah kita.. Salah saya ke? Masih konfuse.. Saya cuma meluahkan apa yang saya rasa.. Eh sedih la pulak.. Mengharapkan ketenangan. Tanak fikir.. Rasa nak nanges.. Huwaaa..

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 13, 2013

Memori dan megi

Alhamdulillah..kenyea doh makae magi.. Hehe..

Malam ni takde keje makan meggi. 2 bungkus lagi saya buat kembang mambang..pewot rasa nak pecah dah..

Result exam keluar 15hb nanti. So tungguu... Nak kata berdebar pun tak. Selamba jer.. Kalau okay nanti saya teruskan. :) Harap-harap oklah..

Cuma nanti nak bayar fee dia pening sikit. Takpa..ada rezeki tu nanti :)

Tapi for next sem takde dah orang bising-bising suruh belajar.. :( sedih lah pulak. Hmm.. Ada hikmah tu tapi stil cedey. Takde dah orang nak panggil nickname manje2 nyampah tu.. :( cedey lagi dan lagi.. Haish !!

Doa sungguh-sungguh dapat rumah tu. Biar terubat sikit kesedihan yang ada. Cedey la awakk...

Teringat ada orang teman waktu register dulu. Teringat dan teringat.. Huhu.. Biarkan.. :( :( :( :(
posted from Bloggeroid

Promise

Yeay.. hari ni boss takde. Yeay.. hari ni bleh ar rilex-rilex. Yeay !!

Pagi dah lapar. Hujan pulak tu. Waktu hujan ni mujarab untuk berdoa. Doalah banyak-banyak untuk hal-hal yang baik sahaja ye. :)

Sekarang tutup buku jiwang. No jiwang okay? Cinta saya satu dan amat agung. Cinta saya hanya ada dalam hati. Tak siapa boleh usik melainkan cinta pada yang Esa. Amin

Janji diri sendiri okeh Niza !! :)

Tuesday, February 12, 2013

Dont touch watsap..hehe

Suka nak baca blog sendiri berkali-kali. Suka nak baca ulang-ulang. Entah-entah saya jer yang baca orang lain tak minat.. Eheheh.. Tak kisahlah janji bahagia. Takde orang baca pun okay so takdelah gossip macam dulu. Yang lepas biarlah lepas.. As I said earlier, like I dont care but ekceli really care.. Saya memang macam tu, kadang-kadang saya cakap tak kisah tapi sebenarnya kisah.. Kadang-kadanglah. Bergantung pada situasi atau orang putih kata depends on situation. Ish ! Nak gak translate bahasa orang puteh tu..

Kadang-kadang terfikir apa yang jadi sekarang adalah karma. My xboipren still suka saya..sayang saya..sekarang pun kalau watsap or messaging still called me sayang. Yes..saya memang sayang dia tapi tak lebih dari seorang kawan. Then one day disebabkan saya rasa bersalah kat dia dan masa tu tengah serabut like hell.. Saya kata kat dia caner ek? Lupa suda... Like I had complicated situation with hubby then I cant be with him. Perasaan tak boleh paksakan?

And now orang buat saya balik. Karma almost everywhere..dah kena balik dah. Hambek ko !!

Esok kerja dah..mata ketumbit tak surut lagi. Nasib baik tak huduh. Esok tak surut lantakkan jer. Tak yah gatai pakai eyeliner okeh !! Tak taw esok lagu mana nak hadap. Sebab everyday mesti watsap Abang. Everyday..dan konfirm sayalah yang gatal watsap dia dulu. Memula dulu dia yang gatal watsap saya. Now bila dia tak watsap..saya yang resah..esok? Tak tawlah... Jangan gatal tangan tu watsap dia. Esok tahan jangan jengok watsap langsung.. Bolehkah? Aarrgghhh !!!! Sabo..sabo..

Ade plak lagu teman pengganti kat tv masa-masa ni. Teringat lagi dan lagi. Sabo jer laa... Berserah pada Allah kerana dia maha mengetahui. :)

posted from Bloggeroid

Reminder to myself

Still confuse with life

Disebabkan tak boleh nak tidur..asyik melayan perit hati ni dan terfikir juga berfikir..sempat juga berdoa agar Allah mencemerlangkan saya dalam pembelajaran.

Dan saya rasa ingin membuat kerja-kerja amal memberi bantuan tenaga kalau boleh. Tapi apa yang saya perlukan adalah persekitaran yang membangun.

Sebab tu tak sabar ada rumah sendiri ni. Haish !! Hari ni punya entry lambak-lambak.

Oh ye.. Kat instagram nampaknya seperti punya peminat yang suka like-like pic yang saya upload.

Tak kisahlah..janji dia bahagia dan saya punya pic pun ada orang nak like.

Saya rasa apa yang saya fikirkan selama ni benar. Biarlah asal dia bahagia dengan kehidupan nya. Saya tolong doakan jer. Kot-kot nanti ada orang tolong doakan saya pulak. Amin.

Dun blieve pple who konon-konon give you his attention and cares..sedangkan takde pun. Mungkin berkat saya solat istikharah tu. He just dont want have any string attach mayb coz I kowt yang terlebih tapi he should tell the truthlah kan. Haih !

Coz I hate liars..like Daddy. Enough of them and just follo my heart wherever it takes. Sound like I dont care but ekceli I care.

Watsap letak pic smiley tapi its hurtz me okay? Adakah what goes around comes around? To him or to me? Lets wait and see together-gether.

Feels like saya dikhianati..No I dont think so. Yang salah tetap salah. Hanya Allah yang tahu kebenarannya.

posted from Bloggeroid

Monday, February 11, 2013

Ketenangan di Tasik Kota Kemuning

Ketenangan bila berada di luar..ketenangan bila berada di tasik ini.. Taklah banyak kenangan yang ada kat tasik ni.. Adalah beberapa kenangan especially kenangan dengan Ajaren..

Kota Kemuning permulaan saya berdikari.. Bekerja di Savemore dan MKCC.. Segala kenangan pahit manis semua ada..

Petang tadi sedikit emo.. Tak tau bahu siapa nak singgah.. Pinjam kejap bahu Abang Hannan.. Harapan besar pada Hannan sebab dia yang sulong..

Nama anak-anak Mummy semua Mummy yang pilih. Syahir Hannan, Syaheera Raudhah, Syakir Aqasya dan Syaraf Muslim. Semua ada sejarah kenapa Mummy pilih nama-nama tu.. Semua nama artis dowh !! Ekceli nama artis tu secara kebetulan jer..

Teringat Hannan kecil pergi jumpa arwah Tok Imam. Melawat masa Tok Imam sakit. Dia tanya siapa nama Abang yang masa tu baru ada dia seorang. Setelah di beritahu nama penuh.. Tok Imam bagitaw maknanya "bulan terang". Kalau nak ikut dalam buku.. Syahir maksudnya 'terkenal' dan Hannan..emmm.. Lupa plaks.. :) Sedikit confuse dengan terjemahan arwah Tok Imam sebenarnya.. Tapi yang pasti Mommy habis baca Surah Yussuf waktu peknan kan Hannan..

Dan bila dah besar baru Mommy faham kenapa arwah Tok Imam Kampung Batu 9 yang nama masjid Batu 9 diberi nama sempena arwah. Masjid Al-Amin. Hannan seorang yang bertanggungjawab. Boleh tolong Mommy jaga adik-adik dan buat kerja mana yang dia mampu.

Satu lagi..Hannan seorang yang agak alim. Kalau artis tak pakai tudung tu dia tak suka. Kalau Mommy tak pakai tudung dia argue. Tapi now Mommy nak bertudung sepanjang masa. Kalau Mommy pakai tudung keluar rumah, dia suruh Kakak pakai tudung. Dan bila waktu solat..Abang kalau rajinlaa.. Ikut mood dia akan suruh Kakak solat. Dan Mommy pun insyallah akan bimbing Abang sebaik mungkin..

Dan Hannan adalah everything to Mommy..bukan nak membezakan anak-anak yang lain..tapi mungkin sebab Hannan peneman Mommy dari mula-mula dulu :) Esok kalau Hannan dah besar jadi Ustaz macam UAI lah hendaknya.. Ehehehe

Untuk rumah nanti kalau ada rezeki Insyallah.. Harap Allah makbulkan keinginan yang lama dah terpendam.
I love them so much :)

posted from Bloggeroid

Mangsa atau pemangsa?



Rindu itu bila agaknya nak hilang.. Rasa sedikit menyesal tetapi telan sajalah.. Jangan terlalu yakin pada yang tak sudi.

Hati ni tak boleh dipaksa. Kalau orang suka kita, kita tak suka dia. Kalau kita suka orang, orang pula tak suka kita. Sedih sangat ni. Saya kah yang menjadi mangsa orang yang nampak baik..atau saya yang tak betul. Biarlah.. Kalau Abang ikhlas walau rasa terhina dengan apa yang saya rasa tapi tak berniat untuk melukakan hati Abang..you will stay. But Abang hanya kasihan dengan hati yang tak ikhlas..pergilah jauh-jauh. Confuse. Takpa rindu itu nanti akan hilang..jauh-jauh..

Sedihnye hati ni. Sayakah mangsa atau saya pemangsa?

posted from Bloggeroid

Lebih baik begini

Perasaan ingin keluar dari masalah sangat kuat. Perasaan ingin keluar dari rumah ini juga kuat. Perasaan ingin d*e juga kuat. Sekarang saya seorang. Tiada siapa yang boleh pengaruhi keputusan saya.

Cuma saya perlu sabar untuk dapatkan sebuah rumah yang biasa. Biasa tapi mungkin membahagiakan hati saya dan anak-anak. Rabu ni baru nak submit form flat kos rendah tu. Berharap dapat. Tak kiralah Bukit Subang atau Bukit Tinggi. Yang penting bila dah dapat nanti, saya boleh teruskan plan yang seterusnya. Tanak fikir dah orang lain. Nak fikir sendiri jer. Yang lepas biar lepas. Tanak ingat balik.

Sometimes siyes sangat cemburu dengan orang sekeliling yang bahagia. Selisih faham sikit-sikit tu perkara biasa. Tapi mungkin bukan rezeki saya disitu.

Tawakkal lah Niza ye. Mungkin satu hari nanti saya akan berbahagia. Cuti ni, tiada apa yang menarik. Semua adalah mendatar. Down syndrom walau nampak normal.

Blog ni nak bagi ceria sikit. Ingat nak pi letak blogskin warne pink. Tapi macam tak masuk jiwa. Tapi nak kaler gak wane pink. Biar rase pink-pink jer hati tu.

Saya malas dah nak layan lelaki-lelaki yang kononnye care tentang kita. Semua tu hipokrit!! Baik layan mereka yang layan kita macam kawan biasa sebab sebenarnya mereka care tapi cuma tak nampak. Bila kita susah konfirm mereka memberikan pertolongan tanpa balasan.

Dan saya taw siapa mereka-mereka itu. Kawan-kawan lama saya masa kerja kat MKCC dulu. Tiada perasaan special yang terawang-awang. Itu lebih baik.

Sunday, February 10, 2013

Sedihlaa..

Cedey cedey cedey.. Cedey tu jap lagi hilanglaa.. Haih !!

Susah betul orang putus cinta ni.. Dulu masa remaje katanye takla serabut pun bila takde lelaki disisi.. Yang kononnya care la pasal kita.. Tapi sekarang dah lain pulak.. Ya Allah..kurangkanlah rasa rindu bertabur-tabur ni.. Terimalah hakikat.. Bakul-bakul dah doa supaya tenang hati ni.. Taktaulah perasaan ni akhirnya bagaimana.. Sedih hanya Allah yang tahu..

Saturday, February 9, 2013

rumah dan cinta

Banyak benda yang saya fikirkan masa drive tadi. Tentang kehidupan, tentang perasaan, tentang keluarga..tentang segalanya.

Macam banyak jer rasa saya nak update..tapi bila dah depan laptop..semua hilang..hoih!

Takpa.. saya update apa yang terlintas dalam kepala ni. Saya suka menulis ikut apa yang terlintas dan melintas.

Saya rasa nak cerita tentang rumahlah. Saya apply flat kos rendah area Bukit Subang. Murah giler wa cakap sama lu. Kalau dapat syok ooo... jadik orang Subangla gamaknyer nanti. Dulu saya suka rumah kampung dan saya memang sukakan rumah kampung. Tapi apa yang kita nak dalam dunia ni tak semua dapatkan..so sekarang saya tak kisah. Flat pun flat laaa... janji ada rumah.

Yang introduce tentang rumah ni sebenar Fairul Azira a.k.a my inspiration fren nih.. dia yang suka explore benda-benda like warehouse sales, rumah murah-murah, diskaun-diskaun.. dia suka shopping. Siyes. Kalau balik bercuti memang dia akan bagi kitorang souvenir. Good fren ekceli. So memula macam tak berminat sebab leceh nak kena ambil borang kat SUK, nak kena sediakan itu ini.. tapi last-last menet dengan adik manja yang nampak bersungguh kitorang pun applyla ramai-ramai. RM45k jer. Murahkan?

Tapi macam saya agak melecehkan sikitlah sebab status berkahwin tapi lakiku hanyutt.. so IC dia takde. Sebenarnya ada jer salinan IC dia..tapi nak buat dia kerja mana? Berapa pendapatan dia? Ye tak? So I kena pergi buat pengakuan sesumpah kat lawyer. Tapi pun mungkin special case gini mesti senang dapat. Kan? Harap-harap lah.. Nanti dah dapat rumah ni..slow-slow step by step perancangan akan diteruskan.. yeay..

Hari ni perancangan penuh dari pagi ke petang. Azan maghrib baru sampai rumah. Tapi walaupun baru putus cinta..je je je.. saya tenang walau dikejauhan ketenangan itu sedikit ombak-ombak kecil menghempas-hempas bak Pantai Morib yang dah lama juga tak pergi.

Boleh tak saya nak cerita pasal dia? Sebab saya rasa dia tak tau dan tak baca kot blog ni. Alaa.. siapalah sayakan yang dia nak ingat, nak rindu..nak sayang.. haih!! Cite lep-lep nih!! Kalau bosan tanak baca tak yah lah baca..

Perempuan ni bila kesunyian walau kau ada berdozen anak akan tetap sunyi tanpa insan yang di cintai yang dipanggil kekasih atau husband dan yang sewaktu dengannya. Walaupun perempuan ni sebenarnya boleh hidup sensorang tanpa lelaki. Walaupun lelaki yang bergelar bapa itu hanya mendermakan cecair kepada perempuan yang bergelar ibu dan anak itu adalah anak perempuan yang ada bapa tapi tiada..Paham tak? Mesti pahamkan..

Mula dulu saya rasa memang sangat sunyi tanpa lelaki. Bila seorang demi seorang approach dengan berbagai teknik tapi yang paling terkesan adalah Si Dia nilah.. mulanya memang rasa happy sebab ada orang concern tentang kita yang dalam kekeliruan. Walaupun pada mulanya takde perasaan pada dia. Dan perasaan tu muncul sedikit demi sedikit sampai kita sayang dia. Tapi bila rasa seperti dia kurang care tentang kita..kita akan rasa resah, kecewa, terfikir yang bukan-bukan dan akhirnya decide luahkan apa yang kita rasa. Dan mungkin disebabkan dia terasa dan kecil hati dengan apa yang kita rasa..so decide to make a movelah.. yang mungkin dia rasa tak berbaloi sebab apa yang dia fikir tak sama dengan apa yang kita fikir. Tiada persefahamanlah tu namanya. Situasi pun agak komplikated dan rasanya itulah yang terbaik Allah rancang..

Satu je yang paling special tentang dia ni. Dia ingatkan saya semula pada agama. Dia ingatkan saya semula tentang solat 5 waktu yang dulu saya pandang ringan kadang solat kadang tinggal pun takpe. Betul dia kata, kalau kita berbalik pada agama hati akan tenang. Dan apa yang saya rasa adalah ketenangan. Walaupun saya sayang pada dia, tapi bila dah jadi macam ni saya tenang..saya masih boleh tersenyum. Saya masih boleh bermasyarakat..pergi jumpa Hafiz Hamidun pagi tadi ambil pix dia banyak-banyak ;). Ketenangan itu datang dari kita sendiri yang berbalik semula pada agama.

Dan saya boleh terima hakikat itu, yang dulu saya terfikir tapi tak boleh nak terima. Allah itu perancang terbaik. Kalau jodoh tak ke mana.. je je je.. yang satu ni pun tak settle dah pikir yang lain pulak. Ahaks! Tapi apedehal kan.. fikir jer tak salah pun.
 

Betullah saya pernah dengar orang cakap, kalau nak tengok isteri dia camaner..macam tulah suami dia. Dalam perkahwinan ni yang paling penting mainkan peranan adalah suami. Kalau suami pun hanyut..bini pun hanyut gak. Anak-anak lagi lah. Perempuan ni hatinya lembut. Dia akan dengar kata suami lebih dari dengar kata mak bapak sendiri. Kalau dia sayang suami lebih dari parent dia lah kan..

Saya banyak kali buat solat istikharah. Dan apa yang terjadi memang yang terbaik buat saya. Saya redha. Mungkin saya akan jadi loner sampai bila-bila. Suami? Ye..yang ni akan diuruskan kemudian :).

Mengarut banyak dah ni. hehe.. bye.. xoxo mwah!!

Friday, February 8, 2013

putus cinta

Tajuk seperti remaja. Tapi itulah hakikat walau saya anak dah empat. Itulah hakikat walau saya umur dah lanjut. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Saya redha dan pasrah biar apa pun berlaku dalam hidup saya.

Walau mungkin dia kecil hati dan saya juga begitu, mungkin ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Mungkin ianya hanya salah faham. Saya sedih tapi tenang. Walau pada mulanya nak menangis macam kucing hilang anak.

Saya akan tetap ingat nasihat dia. Kerana dia pembimbing saya. Saya tetap respek dia. Allah itu adil. Allah itu lebih maha mengetahui.

Blog ni pun kesinambungan dari blog yang lepas. Kelainan tiadalah sangat. Tapi saya akan lebih berlapik bila menulis. :) Siapa nak follow, followlah. Siapa tak nak saya tak paksa. Siapa yang kenal dan masih terus ingin mengikuti perkembangan diri..saya hargai.

By the way, hobi baru saya adalah shopping. Shopping barang rumah walau masih tiada rumah. Setakat ni tak banyak yang saya kumpul. Maklumlah gaji tak banyak. Tapi alhamdulillah. Bersyukur apa yang ada. :) Sikit-sikitlah.. menggantikan barang-barang yang hilang dulu. Kali ni saya akan make sure berurusan dengan mana-mana pihak tanpa campurtangan orang lain. Lebih puas hati, kemas dan teratur. :)

Blog ni pun masih belum nampak semenggahnya sebab saya tak tahan nak berblogging lepas first blog saya dah personalkan. Yang tu biar jadi tatapan Ajaren nanti. Kalau dia nak bacalah. Saya taw dia pemalas nak membaca.

Saya suka dia, saya sayang dia, saya banyak simpan angan-angan tentang dia. Saya minta maaf jika saya yang buruk sangka. Maafkan saya.. Rindu itu akan ada hingga akhir hayat saya.