Thursday, August 15, 2019

Exam result

Last week before raya haji exam result for part3 dah keluar. Sedih mula2 sbb one paper failed. Luckily my GPA and CGPA increase from previous semester.

For finance paper hanya 8 org yang gagal dalam kelas. Yes I have negative thought for the teacher but positively there must be a reason why I failed for the paper. Life must goes on.

For final effort to get the paper pass is to appeal to review final paper. Manala taw kot2 C+ jadi B. Pass terus. Kalau tak jadi B pun jadila kalau dapat B- where  will increase CGPA kan walau still fail the paper.

At the same time kena pikiaq pulak yuran yang akan naik sebab amik 5 paper next semester. But still tengah pikir either nak amik next sem or extent another one sem. Kau rasa?

Manala tahu masa amik finance tu jumpa jodoh ka.. kan? Hehehe

Positive thinking la k. Actually kami dah siap2 isi appeal form tu. Pagi tadi dah berjanji-janji dengan kak mar and tira nak submit. Malangnya kami salah form. Jadinya kami hanya melepak breakfast sambil berborak isu2 kerja, isu2 beli rumah, dan isu2 belajar kami.

Yang paling menarik sekali, masa pagi2 kami dah sampai AAGBS office terserempak pulak dengan lecturer yang menggagalkan kami 8 orang ni. Amik kau gagap I sebab I wish her morning with smiley face then dia pi tanya pulak buat pa kat sini? Kak mar dah nyuruk dulu. I tergagap nak menjawab errr.. nak settle sesuatu. Tu je I reply. Hahahaha Kalau berterus terang I tak rasa she can accept lah. Tapi takpa, this is our last effort to pass the paper. Takde la kena mengena dengan dia but maybe will tarnish her name la kot? But I dont think so lah.. heeee

And positively I do it for myself. Nak grad on time, nak CGPA naik and tak nak bayar yuran lebih juga yang pasti komitmen belajar yang lebih tinggi next semester. Its nothing about her. Memang mula2 geram but just be positive yang kita ni memang lembam hahahaha.

Tapi pelikkan tetiba I start active blog balik. Entah. Saja nak tulih. Sesaja kat ofis kurang keje nak buat because of project slow sekarang. Hopefully I have a lot of time to focus on my study for my final semester. Doakan I grad on time. Nanti leh focus kat anak2.

Tuesday, August 6, 2019

Planning rumah baru

Tadi i pi Sunway Pramid. Teman Jumailah pi beli present for her mom. Pening gak kita melayan rakan2 perempuan ni. Asyik nak pi shopping mall je. Last week pi Aeon Mall pada hari Jumaat. Kemudian semalam pi lagi Aeon Mall. And hari ni pi lagi Sunway Pyramid pulak. 

Dahla hujung2 bulan ni. Duit mana nak ada sangat. Jadinya kita pi jugakla meneman. Kadang I rasa I macam berperangai lelaki yang klu nak pilih barang main hentam je. Tak macam kawan2 perempuan I yang lain. Ke memang i jenis tak pandai nak beli barang? 

So untuk rumah baru nanti i kena ada penasihat nak beli lampu yang mcm mana. So far adalah sorang kwan lelaki ni yang dah offer diri nak gi teman beli barang. Kalau dia nak belanja lampu ok gak kan? Tapi sekadar teman je lah. 

I dah plan apa nak beli atas nasihat rakan2 yang beli rumah.
1- lampu and kipas
2- cabinet dapur
3- barang dalam bilik tidur
4- bidai or langsir

I rasa ni yang penting dulu. Yang lain2 beli sikit2 bagi lengkap lah nanti. Masalahnya sekarang adalah moneyyyy. Kalau aku kaya hari2 hari raya. Bil2 jiran keluarga aku belanja selamba.

Yang bagusnya rumah ni wiring dah ada. Plaster ceiling yang cantiklah walaupun yang biasa tu. Cat pun walaupun warna putih tapi cat yang berkualiti. So I masuk hanya beli barang2 rumah dan yang paling terpenting cabinet dapur.

Doakan saya untuk rumah baru nanti. Planning nak menikah before masuk rumah baru tak tercapai rasanya. Sebab calon yang kita pilih kita yang takde hati. Acaner tu?

Sebab kita ada crush. Not tall, dark and handsome. Chinese look berkulit cerah ketinggian sederhana. yang penting kemas dan bersih. Yang lain2 rahsia. Heee Kbai 

Friday, August 2, 2019

Wang tidak dituntut _WTD

Hi Chuolls
Apa khabar? I'm so bored today because I have a very sikit work to do. I is ngantuk.

Pagi2 Abg halim dah belanja mee hoon pedas satu. Memang pedas untuk I yang makan sederhana pedas. Makanan pedas yes I suka tapi yang pedas yak mat memang kureng sikit lah.

Hidup ni kurang excited bila takde bopifren. Rasa hidup akan menjadi stagnant. Takde excited nak bagitahu apa aku buat hari ni. Nak pergi mana, dapat result exam berapa. Tidak lagi tertunggu-tunggu whatsapp dari si dia yang ring tone dia memang set bagi special tone. I'm so bored.

Cuma kelebihan takde boifren ni hidup aku aman dan tenteram alhamdulillah tenang sebab takde perasaan insecure dan perasaan tertunggu-tunggu. Banyak masa habis ngan anak-anak. Tak yah pikir anak nak letak mana klu nak keluar dating. Eh, tapi tu masa derang kecik2 comel. Now sbb dah besar tinggal je la kat rumah. Hehehe

Pernah dengar tak wang tidak dituntut (WTD) yang viral itu? I dah pi jabatan akauntan negara di seksyen 14 shah alam. Dekat dengan Avisena dan Bangunan Vista Alam. Kalau hang tak taw kat mana hang boleh google.

Hang kalau nak pi sana kena pi pagi2 dimana waktu pagi akan diedarkan nombor giliran sehingga 300. Kat sana hang dapat nombor giliran hang tengok kat pintu tu depa lekat note kat situ nombor giliran berapa untuk jam ke berapa. Kalau dapat jam 12 hang boleh balik tidur sat pahtu patah balik pi sana jam 12. Hang kena pi pagi2 kalau hang nak cepat dapat nombor giliran sebab memang ramai orang yang beratur panjang. I tak tahula kalau hari biasa, sebab hari Isnin yang I pegi tu ramai orang cuti sebab hari Selasa adalah cuti umum sempena Majlis Pertabalan Agung.

Isnin lepas I cuti I pi sana jabatan akauntan negara dengan Fikry. nasib baik jugak I janji ngan Fikry nak settle sama2. So pi sana dapat nombor giliran jam12. Dari jam 830 sampai 1130 lepak la kat mamak Vista Alam dengan Fikry borak2 pasal kehidupan, apa plan nak buat, dia meniaga parttime apa.. banyak plan ni nanti bila pindah Puncak Alam.

Dalam jam 1130 kami gerak la balik pi Jabatan Akauntan Negara. Depa collect IC dengan nombor giliran and kami pun tunggulah sampai nama kena panggil. Sat ja tunggu tak lama maybe sebab kami datang awal sikit dan kebetulan orang tak ramai. So kakak kaunter tu peksa I punya adalah dalam 1k lebih sikit. Amin. Rejeki .... masyuk chuolls masyuukkkk

Adela lepas tu depa terang borang apa nak isi, nak dapatkan apa dari bank bla bla bla... First kalau hang punya duit tu kat bank cimb hang kena pi sana buat pengesahan. I pi cimb and urusan pun kejap je. Cumanya depa nak dapatkan pengesahan dari HQ tu makan masa dalam sehari. nati hang bagi no telepon hang kat pegawai tu, depa akan call la hang bila dah siap urusan internal mereka itu.

Selepas tu pi bank yang ada active account. macam I, I ada maybank je active. So I pi Maybank sat buat pengesahan nombor account. kenapa nak kena ada pengesahan bank active account? Sebab duit hang yang tak dituntut tu nanti depa nak masukla dalam akaun hang yang active. Tu je sebabnya. lagi pun kalau takde pengesahan nanti hang bagi salah no account duit hang pi masuk account orang lain. Acaner? hang jugak rugi menggelabah taik kucing tak dapat duit hang balik.

Basically ada 4 dokumen yang hang kena bagi balik pada jabatan akauntan negara.
1- Borang dari Jabatan Akauntan Negara
2- hang punya IC potostet
3- Surat dari bank WTD
4- Surat pengesahan dari bank active account

Dah settle semua ni, hang boleh pi submit dan akan dapat duit hang balik dalam masa sebulan, dua bulan atau tiga bulan. Lebih kurang lah. I belum hantar lagi dokumen2 tu sebab sokmo lupa nak amik surat dari CIMB. Isnin la kot. Patut tadi ni pi waktu lunch tapi i is lupa. So next Monday hope tak busy. Atau sat2 gi pegi sebab macam takde keje sangat ni. hihi.. Syhhh jangan cakap bosss okay.