Friday, August 30, 2013

Si Katik

Baru tadi check it out nak ambil subject apa this semester.

Ekceli mahu tukar course dari HR ke Operation Management. Siyes masa ambil dip dulu memang suka belajar operation management. Lagi pun I kerja kat operation dept kan.. so that sangat sesuailah kalau ambil itu course. Tapi sangat tak sesuai dan tak tahu kenapa mereka meletakkan saya di HR course. Tak sesuai you!

Seperti I dah bilang dulu-dulu..I manalah ada experience dalam HR ni. Hmm.. I plan gini. Isnin nanti I nak call Ketua Pusat nak tanya available tak jika saya tukar kepada OM. Jika available I akan proceed. Jika tidak mungkin rejekinya di HR. Manalah tahu kot-kot I dapat jadi CEO expertise HR kan? HR manager ke macam si katik.. haha.. kenal katik? Tak kenalkan? Oh lupakan si katik itew.

Okay berbalik kepada course yang akan saya ambil ini..emm.. banyak subject membaca. Finance yang saya mc last semester, BEL report writing, entrepreneurship dan HR management. Semuanya adalah 11kredit hours yang memungkinkan bil berjumlah RM12++.

Oh ye.. kelas saya ambil sesi1 kerana serius kelas sesi2 saya banyak subjek yang tidak available. Dan saya perlu cepat daftar subjek jangan seperti last semester lambat daftar jadiknya banyak yang clash. Dan seperti biasa saya tak tunggu sesiapa dan tak kisah nanti sekelas dengan siapa. Cuma satu jer saya doa..harap Personal Finance Planning saya nanti lecturernya tidaklah dan bukan orang yang sama last semester. Jika tidak.. matilaaarr...

Anak-anak pula terpaksa berkorban sikit jika saya pi kelas nanti. Hari Ahad the whole day selama 5hari akan saya tinggalkan. Mengharap Abang Hannan dapat menjaga adik-adik dengan baik dan nanti mintak tolong kejap jiran sebelah, depan, belakang, atas atau bawah dengar-dengarkan derang dari dalam rumah mereka.. eh.. bolehkah?

Woha! Last sekali Selamat Hari Merdeka kepada semua .. doa-doalah walau siapa pun yang memerintah negara kita akan aman damai dan sentosa agar tak jadi kejadian yang tak elok seperti beberapa negara Islam lain. Doakan juga untuk mereka sekali :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 28, 2013

Why?



Saw this tweet made me think of last weekend and my question is why? Am not sure to whom I must ask the question. To Allah?

posted from Bloggeroid

Planning for future

Now ada kat kedai mamak. Kakak cashier ni memula dulu tegur "adik takde kawan ke?" Haha.. cian tak? Sebab dia tak pernah nampak gua datang breakfast bawak kawan. Cume kekadang ada juga terserempak dengan ex officemate lama. Boleh ar duduk borak-borak. Kalau tak layan update blog or status-status merepek.

Driving pi keja tadi terfikir apa future plan saya. Planning yang terbesar dalam hidup adalah.. habiskan PhD in the early 40. And life begins at 40 boleh di apply oleh saya. Bukan untuk kaum lelaki saje ye?

Then I will build my own kampung house in my own land. Nanti anak cucu balik boleh la lepak kampung. Am not expect my kids akan duduk dengan saya becoz mereka akan ada future plan mereka sendiri. Maybe masa tu I akan ada maid or maybe if dah kaya my own personal assistant till I die.

That is the biggest plan in my life. Marriage? Not in the list but I still pray for that. Biarlah terbuka hati saya nanti untuk menerima seorang yang cukup buat saya tenang :). But for the time being..as usual you know who is always be in my heart. Haih!

I believe that when you do the best..the best person will stay with you and will coming to you. All the positivity akan duduk disebelah anda walau kemana anda pergi. So be the best in your own meaning and the most important is be true and be you :)

posted from Bloggeroid

Monday, August 26, 2013

Nasebla kalau kena ceramah part II

Ahai.. cik aqi ni saje jer.. ni mesti komplot ngan mak..

Baru tadi suprisingly abang jep call.. hmm.. ayoyaii..

First call dah kena ceramah.. haha.. seb bek dia tanampak memek muka gua yang tersengih2 cam kerang busuk kena ceramah .. hahahaha

Haih! Takpelah.. biaqlah.. sekadar kawan takde apa.. umoq tanak bagitaw tapi tak lebih 40..

Rasa cam kelakar jer.. dari cara bercakap dia adalah seorang yang pentingkan future.. cam.. cam.. orang tua bagi nasihat kat anak.. but..but.. something lol.. something yang nanti kalau dia call lagi kena ceramah part II.

posted from Bloggeroid

Mission impossible

Pencarian Habsah. Tak jumpa lol dalam you punya fb fren. Acaner nak jumpa if clue nyer hanya dari Melaka? Berapa banyak mahu cari single lady dalam u punye fb fren? Kot-kot orang tu perahsia sangat jadi semua di privatekan? Lol.. mustahil.

Kot-kot Habsah itu sudah tukar nama jadik Lady Marmalade ka? Jadi Lady Gaga ka? Haaa.. acaner tu?

Try recall balik cerita u. Tapi tak dapat recall sebab I pelupa macam u juga. Haha.. meh gelak sama-sama.

Tapi sebab u dah provoke soh I cari itu single lady tapi bukan finger lady..*eh ladyfinger ke fingerlady? I cari sampai dapat. Tapi mungkin jawapan percubaan pertama 5 bulan dari sekarang. Haha.. Eh tu takpa lagi kalau tahun depan?

Jangan ambil hati okay I post kat sini. Kihkih.. *becoz am sure you read it and maybe she read it too.. maybe laaa...

Sunday, August 25, 2013

Gud nyte and a bad dream

I had a bad dream last nyte. I dreamt about him and him and another guy am not sure who and my kids.

Serious a bad dream and made me thinking thrice.. i wont let my kids down. It is a promise to myself.

When I woke up I saw .. and realized something .. and let it be ..

But I had a gud time last nyte :)
posted from Bloggeroid

Friday, August 23, 2013

Cer try gugel nama sendiri

Cer try google nama sendiri. Mana tahu ada orang mintak hutang kan.. haha

Nway tadi try gugel satu nama ni.. ish! Ada orang cari dia nak mintak bayar balik hutang. Nway this guy kenal dalam 2 tahun lepas lah. Dia ada gak pinjam wang dari saya..tapi takpelah. Bukan rezeki saya nak dapat balik duit tu.

Kerja bagus mamat nih..sambung master lagi. Bini sambung degree. Tapi perangai hampas dowh! Kalau tengok profile FB macam baik-baik jer dia ni. Tapi sepanjang kenal dia takmo add my FB. Sumthinglah mamat nih.

Taktau nape nak gugel nama dia. Ni sebab search twitter kat dia lah ni. Haha..

Last jumpa.. emm.. awal tahun ni tak silap. Tapi jumpa pun saya taw mesti ada sumthing yang dia nak mintak tolong. Betul sebenarnya. Last jumpa dia kata nak bayar balik hutang. Tapi pun sampai sekarang memang janji pelesu lah.

Satu yang buat gua jauhkan diri mamat nih..waktu dia susah nak mintak tolong.. ayoyaii.. lembut gigi dari gusi pijak semut tak mati. Bila turn gua mintak tolong.. 1000 alasan dia bagi. Makan hati sungguh gua.

Cuma tinggalkan no phone jer kat orang yang nak mintak hutang tu. Lepas tu pandai-pandailah cari sendiri. Last pun dia cakap tukar kerja kat KL. Lepas tu gua pun tanak hambik tahu dah. Cuma siyes tak sangka yang dia berhutang sana sini. Huhu.

Cian bini dia yang ingat dia baik giler. Ish ish

Wednesday, August 21, 2013

I have s3 my new bff device wherever I go he go

Testing update guna bloggeroid for the second time dengan s3. Hari tu dah try update tapi tak tau entry pi mana ntah.

Emm..patah tumbuh hilang berganti. Now dah pakai s3 dulu pakai advance s. Tapi ayah tiada galang gantinya. Same with my kids but not to my xhusband.

Apply credit card dapat terus swipe beli tv dan henpon. Kat sen heng dan nasib baik ada member card harga dapat murah and zero interest. Tv samsung 30 inch harga 799 plus stand and service after sales dalam 158. Hempon s3 harga 1299. Bayar dalam tempoh setahun and monthly payment cuma 190.

Ok kan? Tapi sebenarnya boleh jimat lagi kalau advance s itu tak hilang. Tv tu jika tidak harga adalah 999 tapi sebab I adalah member so then dapat harga 799. Lepas ni jika barang elektrik rosak I pi sen heng je lah.

Kenapa I beli s3? Kerana harga yang berpatutan dengan budget dan tidak besar gabak. Ingat nak beli samsung mega harga dalam 15++ tapi pun 7 inch. Mau besar sangat dan tak suka. I punya advance s kan comey lotey. So disebabkan harga dan tidak besar I belilah s3. S4 harga agak mahal. If c/w lte rega adalah 2+++ and yang takde lte harga 1799. Melebihi bajet ekceli. Tapi berkenan yang warna pink and kecik sikit dari s3. Sikit jela beza lebar dia. Maybe bentuk dia yang agak bersegi berbanding s3 buat dia nampak lebih ummphh gitew.

Wiken lepas entertain my house owner anak beranak. Ok la dapat mengeratkan hubungan sebab if anything happen in future sure Kak Nor boleh lebih kurang. Itu adalah benefitnya selain menolong mereka berjalan teringin nak pi sana sini. Takpe I buat sebab Abang Adi dah banyak tolong I before this. Now its my turnlah walau tak seberapa.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 17, 2013

Al-fatihah untuk ayah :)

Rabu, tanggal 14 August 2013.. Seperti biasa aku pergi ke ofis walau sedikit pening kepala kerana balik lewat semalamnya setelah berbual dengan Kak Nor tuan rumah yang akan aku sewai. Ekceli memang dah lama tak balik lewat cenggitu..mungkin sebab balik lewat dan kurang tidur hari Rabu itu kepala memang sakit dan selepas lunch mata yang mengantuk tapi terpaksa berjaga sehingga satu kerja pun aku tak buat. Aku biarkan hari itu berlalu begitu sahaja.

Sehingga waktu balik aku memang tak sabar dan bila sampai rumah aku terus terlentang didepan tv dalam bilik sambil Abang picit kepala Mommy yang sakit. Sehingga aku tertidur...

Keesokan harinya, Khamis 15 August 2013.. rasa sedikit segar walau masih ada sisa sakit kepala. Drive seperti biasa ke ofis. Dan ingin menyelesaikan kerja-kerja yang terbengkalai semalamnya. Bermula dengan membuat panggilan kepada Zhou CCSMY. Lepas tu menyiapkan sedikit kerja tentang photo battery.

Oh ye..kerana lapar tidak makan sejak tengahari semalam..aku breakfast biskut kering cicah Milo. Tak lama henphone berdering..Abang Ijam call buat aku terpinga-pinga bila Abang Ijam mengatakan ayah dah takde.

Bingkas .. jumpa boss .. call sapa-sapa yang patut dan bergegas balik ke rumah.

Segalanya selesai berjalan dengan lancar sehingga hari ini. Ayah pergi dengan tenang di hospital jam 9 lebih pagi Khamis. Segala urusan berjalan lancar. Ayah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kanchong Darat jam 3 petang. Sayu hati..

Last jumpa ayah pada hari Ahad sebelum tu. Sempat 2 malam jaga ayah dihospital. Sempat lap-lapkan badan ayah..tukar pampers..semua lah yang termampu aku lakukan. Malam aku jaga ayah..ayah tak banyak kerenah. Cuma badan ayah berpeluh-peluh melekit. Ayah tidur lena..

Pagi ayah banyak minum susu mungkin sebab tekak ayah tak sakit. Tapi kami tak sangka akan ayah pergi secepat itu selepas seorang adik ayah 4 bulan lalu juga abang ipar ayah 2 minggu sebelum itu. Mereka bertiga memang rapat sejak muda. Susah senang bersama. Mungkin kerana mereka rapat jarak itu didekatkan.

Ayah pergi 9 Syawal. Semoga roh ayah tenang disana. Semoga roh ayah ditempatkan sebaris dengan orang-orang yang beriman. Semoga kubur ayah diterangkan dengan nur Mu ya Allah. Semoga dosa-dosa ayah diampunkan.

Nawal..anak saudara yang berada di Yaman kerana menuntut ilmu.. memberitahu tadi pelajar Malaysia disana membacakan 30 juzuk Al-Quran untuk ayah. Semoga segala keberkatan sampai kepada ayah.

In Shaa Allah.. akan saya kirimkan doa dan Yassin kepada ayah jika ada masa terluang. Akan saya cuba menjaga tingkah laku dan aurat untuk ayah. Saya akan cuba yang terbaik..

Selepas ini tiada ayah..ada hanya emak. Tadi nak balik selepas salam semua abang kakak adik.. macam ada yang tak cukup. Nasib baik tak nyanyok. Sebab selalu orang yang terakhir sebelum masuk dalam kereta akan cari ayah untuk bersalaman..

Alhamdulillah..kami redha dengan pemergian ayah. Segala kekecohan kami tolak tepi..yang penting majlis tahlil ayah akan kami habiskan hingga hari Rabu. Al-Fatihah untuk ayah.. Ngadi Bin Bingu.

Oh ye.. ayah muncul dalam mimpi Hannan.. pesanan ayah yang terakhir untuk Hannan..jaga adik-adik baik-baik..ayah pakai jubah putih dalam suasana putih dan terang bercahaya..amin :)

Wednesday, August 14, 2013

Makan dalam

When 3 women in love with the same guy.. haha.. sounds like the man must be a macho man.. isnt it?

This guy ada something daya penarik yang maybe dia sendiri tak sedar..  Nway benda ni jadi kat dunia ni.. this guy adalah lelaki biasa yang ada membuat kesilapan di masa lalu.. and I know all of the women knows it.. but then still love him.

Hati yang digerakkan.. oleh Allah.. tapi tak tahu nanti penghujung cerita ni bagaimana. Adakah lelaki itu berterusan dengan perempuan yang bersama dia? Atau..adakah x-wife dia juga akan bersama dia akhirnya? Dan maybe yang sorang lagi akan hanya gigit jari..

This episode seriously went crazy. Kenapa Allah mempertemukan perempuan yang gigit jari ini dengan lelaki itu? Kenapa Allah memberikan perempuan yang gigit jari ini perasaan itu? Apakah hikmah disebalik segala yang berlaku? OMG! Tak sabar nak tahu pengakhiran episode cerita ini. Semakin menarik..

Takpa.. saya mahu tunggu dengan takdir Allah yang semestinya baik untuk semua perempuan-perempuan itu dan juga that something interesting guy :)

Anyway tadi pi rumah Kak Nor tuan rumah seksyen8 itu.. and we had a seerriiouuusss lloooooonnnggg chat about everythingss.. dan saya boleh get along dengan Kak Nor. Sangat peramah.

From 630pm till 1am. lama kan? Nway jam 8 itu saya sudah mahu undur diri..tapi still Kak Nor have something yang dia nak tanya..bercakap dan berborak. Jam 9 juga sudah kata mahu balik tapi still she want to story morning glory tentang itu dan ini. Sehingga 1am.. kemudian kerana telah lewat saya minta mengundur diri.. kami berborak tak hingat. Tentang kerja, tentang anak-anak, tentang family, tentang xhubby..berkongsi cerita dan tips.

There must be something saya terjumpa dengan keluarga ini. Either Allah mahu beri petunjuk atau mungkin ujian demi ujian yang akan saya lalui in future. Betul kata Zaha, if you love a man dan mahu melupakan dia..please semua bahan bukti hapuskan..semua kenangan buang dan buang lelaki itu jauh-jauh. Tapi if you still in contact dengan lelaki itu..ia akan semakin makan dalam.

Monday, August 12, 2013

Bad mood

Oh ye.. my phone hilangkan? Tak citerkan hilang acaner? Ekceli hilang dicuri orang. Bukan tertinggal atau terjatuh atau misplace.

I tidur masa tengah jaga ayah kat sepital. Charging dalam jam  3 pagi. Jam 5 pagi phone stay still kat tempat dia. Jam 6 pagi sudah hilang. Masa memula ingat misplace. Sebab mamai bangun tido yang tak nyenyakkan? Rupanya someone dari luar tingkap ambil. Tingkap tak kunci. Bagus kan?

Abang Man kata maybe security guard kat situ. Yelah kan.. security guard malam lelaki. Dia yang pusing-pusing keluar masuk area wad tu. Mungkin juga..tapi takpelah rejekinye takde.

So lepas tu mengadu kat semua orang. Haha.. Bongokkan? Dah besar pun nak ngadu-ngadu. Eh lantaklah.. saya mengadu pun kat adik beradik. Kihkih

Alahai.. bosan lol takde hempon canggih. Ni pun buka lappy nak tengok FB dan update blog. Dah jadik zaman I pakai blackberry. Blackberry tu pulak I dah sedekah kat Sara Telnet. Bagi jer FOC sebab screen pun dah pecah. Dia pi betulkan RM40 jer.

Pastu tadi survey gak hempon. Emm.. takmo pakai blackberry. Nak jugak pakai android.

Ni tengah tunggu washing machine nih. Ngantok sudah. Mahu melatih diri tidur hanya 4jam sehari. Boleh ka?

Dahla.. badmood! Bongok!!

Sahabat karib menghilangkan diri

Sahabat karib saya menghilangkan diri malam hari tu. :(

Sampai hatikan? Dia dah tak cayang caye lagi.. Gundah gulana kejap hati. Naseb baik tak nanesh.

Siapakah sahabat karib itew? Tentulah my android phone tuh. Walau tak seadvance s4 tapi ianya cukup buat saya bahagia. Bila takdak pe nak buat tentulah henpon menjadi temannya. Jika mahu tunggu washing machine henpon juga penemannya. Tiada lagi Zombi yang nak dipicit guna jari. Tiada lagi buah-buah terbang yang nak kena slash guna jari. Tiada lagi mendengar Zombi itew menjerit comel. Heheh.. oh ye.. kalo install candy crush lagik tentu kena start level1 kembali. Ayoyaiii

Nway takpa.. kejap jer rasa tuh. Sekarang dah ok. Cuma bila menengok Nokia E5 symbian itew menjadi hampa kerana tiada Zombi atau Word Search yang selalu kami anak beranak berkumpul menatap hempon kecik mencari perkataan. Bayangkan.. 5 orang berkerumun untuk berebut mencari perkataan. Kihkih

Selepas ini tiada lagi update status di FB melalui phone. Tiada lagi bloggeroid. Kalau nak buka lappy memang malas lah kan. Tapi sebenarnya ia adalah lebih baik kerana bila saya dah menatap skrin hempon pasti kerja lain terbengkalai. Dari 5 menet jadik 10 menet. Dari 10 menet jadik setengah jam. Kita try takyah advance sangat. Boleh dak? Tapi tulah.. susah plak nak dapat info. Lagi-lagi bab nak gi kelas nanti. Grup rakan sekuliah saya itew. Info bila nak register subject. Sudahlah saya  sangat rajin untuk buka ined.

Tadi pun dah survey hempon. Kalo nak beli pun bajet lam 1k jer. Tak yahlah gatal nak beli Iphone kan? Tak yahlah gatal nak beli s4 kan. Cukup dengan Samsung Android 2processor c/w 4G. Ape benda ntah nama hempon tuh. Screen LED okeh. Tak mo LCD. Heheh.. Nantilah.. Sabaq naa..

Edra kata gua musti beli jugak nanti. Haha.. dia dah tau I punye peel kalo takde watsap dan FB memang kehidupan itew seperti lara manjang.. kehkeh..

Eh tapi sangat jimat kot kalo takde hempon canggih ni. Yelahkan? Takyah lah nak subscribe for internet. Kalo pakai E5 symbian nih.. konfirm prepaid hanya RM30 sebulan. Itu pun tak habis.

Emm.. raya dah habis. Habis dah raya. Lepas ni sibuk dengan pindah rumah.. bila ye register subject. Gua dah plan nak ambil subject apa this coming semester. Lepas ni kena limited tidur ke 4hours per day. Bolehkah? Tentu mata saya seperti Zombi yang selalu kena picit kat hempon. Best tau game Zombi itew. Ade yang version yang comel..ada juga version yang agak skeri. Hehe.. tapi takmo main game ant smasher kerana ianya sangat menjelikkan, menggelikan.. euw

Oh ye.. bizi dengan klas nanti.. tentu saya tak sempat nak tengok ayah. Masa seperti tak cukup nanti. Naseblah.. teruskan jer. Kelam kabut sehingga 2016. Phew!! Lamanyerrr...

Saturday, August 10, 2013

Melepek like lempeng

Again ayah admitted hospital banting.

Hari raya yang kusam. Baru tadi bawa anak-anak beraya rumah makcik and pakcik. Dan saya rasa sedikit terhibur bila berborak kosong tentang itu ini dengan sepupu yang jumpa setahun sekali.

Serius tahun ini sangat bosan beraya. Serius tahun ini tidak teruja beraya.

Petang tadi melepek kat rumah. Mak tegur," Ko ni nampak letih jer..asyik melepek jer.."
Aku jawab," Takde benda menakjubkan berlaku..tu yang melepek jer."
Best tak jawapan? Ye lah kan.. Sedara mara sebelah pakcik datang gua dah mati kutu. Layan menghidang ketupat..buat air..pastu melepek balik. Paling best pun ambik hempon lepak kat halaman tengok FB. Snap pic sendiri dengan anak-anak pastu post kat FB. Amendenyerlah kan yang nak buat hidup ni happy giller..? At least you have something yang buat hidup anda dipenuhi rainbow-rainbow walau kadang ada sedikit hujan renyai.

Sabarlah duhai hati :(

Ni yang nak buat keputusan tergesa-gesa nih. Tapi tak boleh.. Kena careful sebab nanti silap buat keputusan merana lagi seumur hidup. Jadi.. Stay cool.

posted from Bloggeroid

Friday, August 9, 2013

Siapakah Abang Jep itew? Kihkih

Mengantuk mahu tidur tapi bloggeroid dulu. Berborak dengan mak dan Qila mesti kuar citer pasal Abang Jep itew. Euw.. Saje jer Cik Aqi kan? Hello.. Iddah pun tak habis lagik. Bagi saya if whoever Abang Jep itew jika sudah jodoh saya nanti..tidak dikenalkan atau dikenenkan lalu emak..dia akan tetap jodoh saya. Kan?

Tapi saya ada nazar didalam hati. Yang taw pasal mende ni pun Edra jer. Tu pun spontaneously tercakap kat dia. Takleh citer lam blog nanti bocor rahsia. Biar ia menjadi rahsia saya dan Allah. Sebab biar Allah gerakkan hati seseorang yang tak tahu siapakah itew untuk... Dan saya tahu pasti dia yang terbaik. :)

Semoga Allah menggerakkan hati orang itew whoever pun dia..dan in shaa Allah dia yang terbaik untuk saya nanti. Saya tak pandang BMW 3series jika hati saya tak berkenan pada tuannya.

Mak kata kalau saya kahwin lagi nanti peknan lagi. Emm.. Saya takmo peknan dah kalau boleh sebab sakit nak bersalin walau saya sudah ada 4 masih lagi terbayang. Mak kata kalo tanak peknan takyah kahwin lagi. Hehe.. Dalam hati saya ini..jika tiada yang terbaik untuk saya..jika tiada manusia yang digerakkan oleh Allah dengan apa yang saya niatkan itew..maknanya tak kahwinlah saya. Nway kalau ada yang datang meminang..tentu sekali akan saya buat solat istikharah dan jika mata dan hati tak berkenan..sendiri mahu fahamlah :)

Malam ini update entri pasal jodoh sedangkan hati masih belum terbuka cuma mengharap akan ada manusia yang boleh membimbing saya dan anak-anak ke jalan syurgaMu ya Allah :)

posted from Bloggeroid

Thursday, August 8, 2013

Speechless

Pernah tak kamu rasa kamu seperti seorang ibu yang gagal?

Allah menurunkan ujian ke atas kamu kerana sayangkan kamu. Allah menurunkan ujian ke atas hak milik kamu yang paling kamu sayang dalam dunia ni. Kalau dulu saya sayang Azharin setengah mati..now nampak tak? Am not loving him anymore. Dan sekarang dalam hidup saya hanya ada anak-anak..dan Allah memberikan ujian itu melalui anak-anak. Saya sangat takut anak-anak mengikut jejak langkah Azharin. Kan orang kata karma tu ada. Jika anda melakukannya terhadap ibu anda..nescaya anak anda juga akan melakukan perkara yang sama ke atas kamu.

Abang adalah anak paling sulong. Harapan saya pada dia sangat tinggi. Tapi Allah lebih tahu yang terbaik. Mungkin sekali membuat silap..seseorang itu akan insaf. Tapi jika dengan sekali akan menjadi yang kedua dan seterusnya?

Selalu pesan pada anak-anak tolong jauhi rokok. Dengan sebatang rokok anda akan boleh terus hanyut dengan drug dan lain-lain yang negatif. Tapi..jika anak itu merokok kerana sifat ingin tahu? Kerana pengaruh orang tua dan pengaruh rakan sebaya? Salah anak itukah? Salah si ibu mendidikkah? Salah si ibu membebelkah? Salah si ibu memukulkah? Atau salah orang tua yang merokok?

Saya menjadi tak yakin untuk membesarkan anak-anak seorang diri nanti. Mereka memerlukan seorang bapa yang membimbing mereka ke arah yang positif..bukan yang negatif. Bolehkah Azharin tu nanti?

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Hye.. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Ni ucap kat sapa lah ni? Haha.. Takpelah..manalah tahu ada yang tersesat hinggap lam blog ni kan..

Sekarang jam 2:16am yang mata takleh tido. Hari ni banyak aktiviti dilakukan seperti bawa anak-anak mamam domino pizza sambut bufday kakak yang ke8. Lepas tu pergi rumah ayah lepak-lepak sambil urut-urut kaki ayah. Huhu.. Cian ayah. Jika takdirnya bagaimana pun saya redha. Cedih lah ayah tahun ni tak sihat. Nampak sangat sakit. Acaner lah ayah rasa agaknya.

Ayah kata nak buat kimo. Tapi mak kata tak sesuai sebab ayah sudah lebih 70. Kimo itu adalah mematikan segala sel yang ada dalam badan either yang baik atau yang dah rosak. Ia akan mempercepatkan proses..toot.. Takmo sebut sebab sedih :(. Lagipun yang tanggung sakit nanti ayah.

Alhamdulillah semua adik beradik sangat berkerjasama. Makcik pun jaga ayah dengan baik. Disebalik perpisahan mak dan ayah ada hikmah disebaliknya. Betullah.. Allah itu memberi ujian pada setiap hambanya yang akhirnya adalah nikmat. Cuba bayangkan kalau ayah dan emak masih bersama.. Laratkah emak menjaga ayah? Laratkah ayah menjaga emak. Sekarang pakcik jaga emak dengan baik dan makcik menjaga ayah juga dengan baik. That is the good after all the kekecohan yang berlaku..

Lepas ni saya bagaimana pula? Tadi pi rumah kak lela dan bercerita tentang future dengan kak lela. Bayangkan esok kalau mak dan ayah dah takde kat dunia ni..saya mahu pergi mana pagi raya nanti? Adakah menjadi penunggu setia yang paling setia diflat itew? Ayoyaii.. Cian tak? Esok kalau dah tua ganyut anak-anak dah kawen.. Mahu pula saya duduk saje diflat sewaan itew? OMG!!

Saya memang tak bole bla kerana suka memikirkan tentang masa depan yang belom tentu. Haih!! Mak dah soh tido..esok nak sambung masak. Tadi sampai rumah terus tolong mak buat persediaan memasak untuk esok. So senang sikit esok mahu menyiapkan pelbagai juadah for hari raye.

Harap-harap lepas ni biarlah cepat saya berjumpa dengan orang yang saya boleh sehidup semati.. Calon adela jugak.. Tapi.. Entahla.. Chewah!! Blom pape lagi dah bercalon-calon. Meh la jadik calon YB untuk PRU 14 akan datang. Haha..

Eh ni nak berangan sket. Esok saya nak calon suami saya pertama sekali takmo tinggal solat, tak encem takpa tapi sejuk mata memandang..sekali pandang tak berkenan memang reject..pastu nak yang boleh bagi hadiah kahwin bmw 3series. Pastu nak yang boleh terima anak-anak dan saya seadanya. Pastu nak yang beri support kat saya belajar sampai phd kalo boleh yang sponsor I study obesi. Pastu .. Emm.. Pastu nak yang boleh jaga saya walau dah nyanyok.. Emm.. Lagi.. Apa lagi ek? Banyak songehkan? Kalah anak dara nak memilih bagai.. Haha.. Ignore jer .. Tu sumer angan-angan mat jenin. Tak yah nak sengih-sengih sangat baca I punya angan-angan ni. Haih.. Biaq pi lah..

Ha.. Tadi plak kak ija tanya kat I.. Sapa laki yang I kawan sekarang? Celah mana plak I de pakwe ni? Haha.. Kelakar tol kak ija ni. I single and ebelebel okeh! Kihkih.. Appada derang ni.. Angin takdak ribut takdak soklan sangatlah cepuperak.. Ayoyaii..

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 6, 2013

Ummi TV9

Tanggal 5Augustus2013

Jam 11.30pg
Pernah tengok cerita Ummi tak kat TV9? Buat masa ni cerita tu adalah yang terbaik untuk tahun ni..dan saya amat kagum jika ada seorang ibu yang sangat baik tanpa marah walau nakal camaner pun anak dia. Tu bukan anak sendiri tu.

I wanna be just like her..tanpa kemarahan. Tapi sometimes bila saya cuba bersabar .. Dan bersabar dengan karenah mereka.. Akhirnya terlepas juga .. Hmm

Tapi bila tiada siapa dirumah..saya boleh handle mereka dengan baik. Tak tahulah.. Mungkin apa yang saya fikirkan ini tak betul..tapi mungkin juga betul. Saya bukan nak membezakan tapi bila didikan mak saya lain dengan didikan mak orang lain..tentu yang terbentuk itu menjadi lain. Apa yang aku merepek nih?

Apa pun my mom is the best dalam didikan anak-anak. There is a part yang my mom adalah bagus and there is a part yang my mom in law bagus. Mesti tak fahamkan apa yang saya cuba sampaikan? Tak perlu fahamlah..biar saya jer faham.

Saya perlu ambil yang baik sahaja. Untuk jadi yang terbaik bagi anak-anak.

Tapi saya manusia tak sempurna.. :(

Jam 3.40pm
Entri kali ni akan jadi panjang sebenarnya sebab wifi ocak. Acek ocak jer wifi. Peliklah.. Ada kena mengena ke entri panjang dengan wifi ocak? Ada ekceli..sebab I dah taip panjang-panjang tapi tak leh nak upload. Kalau guna coverage 3g kat TPG ni memang hampeh. Leh watsap jer.. Lain network error. Menci taw!

Wiken lepas siap dah mengemas segala baju anak-anak. Siap basuh..siap lipat..siap kemas baju dalam almari. Kak Lela pesan jangan tinggal satu pun baju kat rumah ni. So..lemari lama tu saya ambil semua baju yang lama dah tak pakai..lemari yang memang baju hari-hari pi kerja dah kemas semua. Mana takmo pakai dah letak dalam plastik hitam. Nanti pilih lagi nak bagi kat makcik cleaner kat opis. Baju elok lagi. Nak buang sayang.

Mana baju yang agak-agak sexy pakai jer kat rumah nanti. Emm.. Banyak gak baju ekceli. Nanti nak check lagi lemari lama tu. Entah barang hapa-hapa ntah sumbat dalam tu. Dan ianya bukan barang saya. Biarlah..

Malam tadi..siap packing baju anak-anak. Siyes banyak.



Lama dah tak lipat baju. Kalo sempat jer lipat. Kalo tak sempat..bakul la gamaknya jadi mangsa. Cian bebudak tu kena cari sendiri.

Dahla..takde mood nak citer pape lagi.

Tanggal 6Augustus2013

Jam 12.58am
Ok-ok..petang tadi takde mood sebab I tengah buat keje anak-anak sibuk nak bertekak. Haih!! Lepas tu naseb Ajaren kol..kihkih.. Habis sumer dia kena marah. Sumer keluar..haha..nasebla.

Siyes moody banget. Satu sebab anak-anak tak habis-habis bertekak, dua sebab gua tengah piyed, tiga sebab gaji lambat masuk, empat sebab gua dah plan baik kalo gaji masuk pagi tadi..dah kena revise plan tu balik.

Nasib baik gaji masuk petang tadi..kalo ikut wymen clear jam 6pagi nanti. Sirap betol! Taw tak orang nak raya? Hehe.. Kalo raya pun gua tak shopping raya dah. Cuma tak jalan raya jer..sebab minyak kete tinggal tahap balik banting rumah mak jer. Nanti kalo gaji kuar nak pi bank mati tengah jalan.. Haha..

Orait-orait. Sebab gaji dah masuk tadi..gua pi kedai peberet beli baju sekolah adik. Tengok! Adik nak sekolah tahun depan.. Mommy dah beli siap 2pasang dengan kasut dan stokin sekali. Advancekan? Sampai cashier tu tanya..ni sopeng hali laye ke..sopeng sekolah ni? Orang lain sibuk beli baju laye.. Planning lah kan. Nanti kalo nak beli sekali gus dengan kakak & abang sekali mau pitam. Next month baju abang plak.. Pastu baju kakak plak. Haa.. Kan tak pening nanti kalau sampai awal tahun.

Esok plan nak bawak sumer anak-anak pi hospital. Nak check gigi kakak and gigi abang..gigi mommy sekali.. Nak check semput abang dan baby..adik nak check allergik badan dia..ade gatal-gatal sikit-sikit.. Kakak nak check panau dia. Acaner lah kakak bleh ada panau. Hari tu dah pi kinik pakar kulit..tapi dokte kulit takde.. Nyampah I.. Tunggu lelama pakar kulit plak menghilang. Tapi macam nak bawak kakak pi pakar kulit tu instead bawak kakak pi hospital kerajaan. Nantilah esok tengok acaner.

Alang-alang bebudak cuti sekolah dengan mak dia sekali cuti..bawaklah semua melawat hospital yang mommy asyik tunda jer.. Busy dengan kemas rumah..busy dengan kerja..busy bee..tapi bukan busy body okay?! :p

posted from Bloggeroid

Saturday, August 3, 2013

Allah mahu saya teruskan

Result dah keluar. And next semester still have class assignment etc.

Bersyukur kerana still boleh sambung. Result... Haih!! Takmo reveal here sebab am not the best student. Lucky sebab ambil mc masa.finance.

Next semester..sangat busy dengan pindah rumah..esainmen..klass..test..exam..anak2..masak..need to be at home asap after work.. Gosh!! Sangat mencabar isnt it?

Semoga Allah memudahkan segalanya. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati seluruh kaum keluarga saya. Semoga Allah memberikan tempat yang terbaik kepada saya dan anak-anak selepas ini.

posted from Bloggeroid

Friday, August 2, 2013

CR need to be chase from inside to outside..up and down..left to right

Okay..now I dah ade kerja baru. CR aka Change Request.

I need to chase the CR from the PIC. Eh.. procurement memang keje kena chase orang lain buat keje ke?

Naseb baik bukan chase lari-lari pakai kaki. Pakai phone jer.. habislah my topup kena tambah lah ni..

Nak request tepon kat mejalah :)

Thursday, August 1, 2013

I love working independently

Okay-okay.. Cik Aqi dah dapat kerja lain.. I?

Nway kerja saya setelah keluar dari DC agak lancar tanpa rasa terbeban. Terbeban dengan karenah x-boss la ekceli.

Tapi semalam saya sangat pelik kerana WKW tegur saya. Dan hari ni dia seperti cuba berborak dengan saya. Sedangkan hari tu masa buat kerja si Hafiz dekat DC dept..dia tanak tanya pun kat saya site yang saya check ada problem ke idak. Siap panggil Hafiz dekat dia soh tanya I site saya bermasalah tak. Hmm.. I wonder why? Must be something in his mind..

Tapi takpe, sebab I dont need to look at his pahit face everytime kami berselisih.

...but still wonder..