Mahu cerita tentang pagi tadi, tapi belum ade mood. Mood tak mahu datang. Macam siput jalan nya. Kak Ana message pun tak reply. Zita call pun tak jawab. Sebab takde mood nak bercerita tentang pagi tadi.
Pagi tadi.. ye pagi tadi.. sebenarnya semuanya berjalan lancar. Cumanya aku tetap menangis ketika sudah sekian lama tak nampak suamiku itu dan tiba-tiba nampak beliau walaupun dah bersedia untuk nampak beliau.
Ye beliau yang selalu mencetus kontroversi. Kontroversi dalam hidup aku. Dan semasa beliau masuk untuk pertama kali dalam court mahkamah syariah semua mata memandang beliau. Oh..konfirm-konfirmlahkan jejaka yang encem dan macho siap escort bagai. Mana tak menarik perhatian..kihkih..
Masa first time aku nampak dia pagi tadi, aku tak tahu perasaan apakah yang terbit dalam hati ku yang suci dan murni ini.. heheh.. ayat tablebla.. kesiankah? sayangkah? benci tidak.. rindu? pun tidak langsung.. mungkin lebih pada kesian.. dan sayang yang bersisa..
Dan semasa nama dipanggil kehadapan majistret.. kami sempat tersenyum, jeling menjeling, bertanya khabar dan bersalam cium tangan lagi. Depan mereka yang hadir itulah.. kerana sebelum itu tiada kesempatan dan selepas itu jika kami bersentuhan akan menambah dosa kering. Emm.. ye seperti kebiasaan kami memang begitu. Jika tiada isu, kami seperti loving couple. Berjalan mahu rapat-rapat. Duduk mahu bersentuh bahu.
Oh ye.. bersalam cium tangan adalah tanda aku masih menghormati seseorang itu.
Tapi apabila majistret mula memberi arahan supaya beliau melafazkan......beliau seperti susah untuk melafazkannya walaupun telah tersedia text dihadapan beliau. Aku pulak tak habis-habis memandang wajah beliau. Tapi setelah beliau mula melafazkannya..sampai beliau menyebut nama penuhku yang unik itu..aku pulak start keluar air mata. Ish ish..Tidak tahu kenapa berperasaan begitu. Beliau pun konfirmlah kan..
Selesai sahaja, kami keluar dari court room. Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Sampai kat tempat menunggu luar mahkamah syariah..dengan beliau yang di escort oleh 3 orang anggota.. terpandang pulak aku dengan seorang jiran yang sudahlah memang kenal aku dan beliau. Lepas tu terkenal dengan sikap beramah tamah mesra bagai.. ayoyaii.. rahsia nanti tidak lagi menjadi rahsia. Pasti ada nanti sang yang berbunyi itu dan ini. Tunggu dan lihat.
28 February 2003 sehingga 17 June 2013. Banyak kenangan indah, manis, pahit, serabut, nak marah.. semualah..emm..emm.. lepas ni apa jadi? Entah..