Thursday, May 30, 2013

Gud news =D

Gud news for me =D

Alhamdulillah.. my contract renew for another 6months. So it will be end on 25th January 2014.



TQ Ya Allah.. ini semua rezeki anak-anak. Tak sia-sia saya solat hajat berdoa dan berdoa. I hope this coming seasons with ZTE gives me more adventurous and better chances.

Ok.. next plan is move out from that house.

*eh lupa.. doa mak ayah saya juga dan sesiapa yang mendoakan saya TQ ye =D*

Community Service

Hari Sabtu ni hari kami sekelas akan bekerjasama dalam memeriahkan orang-orang asli di Serendah. Hmm... This is my first time to involve aktiviti macam ni. Walau pun saya di peringkat comittee agak suam-suam kuku tapi setiap kali meeting I hadir okay?

My boss dalam CS ni adalah Azhari Ahmad Mahir. Dia adalah the coolest guy I have ever cooperate with. Why I say so?? Sebab kalau sedang meeting or discussion dia nampak yang kaum wanita yang terlibat teruja untuk bersuara walaupun out of topic but he stay cool. Serius dia boleh menjadi boss yang bagus in future. The way he planned everything is very smooth. The way he solve our financial problem sangat steady. And one more things, he knows that I have a personal poblem.. dan dia memang tidak mendesak untuk saya turun padang. Sebab dia lelaki yang slow and steady. I like this kind of man. Walaupun kau nampak dia sangat kool, tapi kerja dia akan pastikan semua berjalan dengan sempurna.


So saya gak teruja untuk pergi Sabtu ni. Tapi kesian kat anak-anak kena tinggal. Ahad pulak ade kelas. Saya akan kena move on dengan menyiapkan semua assignment yang ada. All presentation, CS and seminar activity I dah buat. Takkan nak skip pulak this semester? Result akan menentukan either saya akan terus study atau tidak.

Tapi dah banyak kali buat solat hajat dan doa banyak-banyak supaya Allah dapat menggerakkan hati saya dan mencapai impian saya untuk terus belajar sampai PhD. Persetankan dengan orang-orang yang pandang rendah pada keupayaan saya. Biarkan mak mertua saya selalu tak puas hati sebab kadang-kadang saya balik lewat. bukan pi mana .. pi meeting and discussion jer.. sumtymes pi makan-makan dengan layan muvi dengan rakan sekerja. As long as I know what i'm doing is for my future and kids. NO PAIN NO GAIN babe!

Dan ekceli kawan-kawan saya for this semester sangat sporting and bagus juga understanding. I will missed these moment in future. Zek Zuraidah yang sangat supportive. Dia je lah yang tahu my personal problem ni.

Berikut adalah photo-photo pra lawatan hari tu. Pic ayaq terejon kena hold dulu. Next entry I update masa CS tu nanti. Weeeeee...

Nida, Niza, lupa daa sapa nama dia & Marcella

Zura, Nadi & Azhari

Zura & I

Tepi kanan sekali Tok Batin

Boss & Tok Batin

Hmm...

I & tataw la wife Tok Batin kot?

Mereka sedang discussion I jadik model plaks.. Nadi & Zura tumpang 4 kaki

Nurul & JKKK kawasan itu

Zura, Azhari & Pegawai JAKOA

Berdiri tegak!!

Meeting dalam santai situation

Zek orang kanan boss & Nurul banyak cable bagus

Tuesday, May 28, 2013

ZTE spy vs baby.. hew hew

Boringla pulak takde yang nak gembirakan bunga-bunga hati ni macam hari tu. Ah!! Rindu pulak masa-masa Abang manja-manja kan I. *sila muntah ye =P*

Hati perempuan ni kalau takde sapa nak manjakan memang rasa kosong. Betol dak? Siapa yang menafikan memang tipu la kan..tapi kan.. peliklah.. bila orang lain panggil gua baby kan.. macam kelakaq jer..

Ada seorang lagi ni panggil gua baby.. hewhew.. biarlaa.. tapi gua tak bahasakan diri ni baby la kat dia.. sebab .. entah.. macam nickname tu untuk Abang sorang jer.. hew hew.. *Sila muntah lagi ye?*

Susah nak koba rindu ni gi maner.. haih!! Kadang datang kadang tak kesah pon.. ish! citer-citer rindu ni..dahla.. takyah layan sangat..

Kejap tadi spy ZTE datang.. tanya gua buat kerja apa. Kan hari tu dah tanya.. appadaa.. gua ambil kesempatan itu bertanya kontrak gua sambung ke tidak. Ni tanya direct terus kat boss besar.. haha..Tapi pun dia kata kena check dulu. Hmm.. baik aku tanya terus Micheal. Susah gak kerja dengan bos-bos China ni. Cari kerja lain tak dapat lagi. Takpa.. kool saja.. rezeki tentu ada. Lagi-lagi anak ramaikan?

Spy ZTE ni pemangku boss dari China. Dia ni rapat dengan WKW. Tadi dia datang tanya lagi tentang POR, dan apa aku buat lagi. POR ni kalau datang memang kadang-kadang banyak. Macam hari tu aku kena buat 2k lebih site. Lepas tu boleh tidur di ofis. Nasib baik dia datang aku bukan tengah buat assignment. Kalau tak .. hahahaha.. kantoii..

Nanti masa nak sign attendance sebulan nak pi tanya Micheal.. Kalau tak renew mau aku kerja McD jadi cashier.. Okla jugak dari takde kerja langsung.. ye dak?

Dari dulu sampai sekarang hidup ni banyak konflik jadi. Dari sejak mula kahwin dengan Ajaren lah.. kejap itu..kejap ini.. siyes now dah tak mampu..

Sekarang duit jer tak cukup. Nak bayar itu ini.. isk isk.. bila nak jadi kaya raya ni? Satu lagi kalau melibatkan soal hati.. pergh!! memang sangat parah. So now kena berhati-hatilah.. Nasib baiklah saya ni bukan jenis berdendam. Tapi jenis sometimes ambil peluang.. bukan ambil kesempatan..lain tu.. Ambil peluang macam rumah Abang tu.. hehe.. Tu la sebab Tuhan jumpakan dengan Abang.

Pertama sebab Allah berikan kesedaran agama lalu Abang. For sure la Abang akan dapat pahala selagi saya melakukan kebaikan. Second sebab Abang provider rumah. So kenalah jaga hati Abang. Bagi dia jangan marah kat kita dah.. tapi pun now kurang berinteraksi.. kadang mahu jer saya watsap dia. Tu pun seayat dua.. hehe.. takpa .. tu sebahagian dari menjaga hati lah..

Lepas ni saya fikir susah mahu berdamping dengan lelaki yang mengongkong. Sebab saya sudah selalu bebas.  Tapi pun kadang sunyi dan bila nak mengadu takde bahu. Balik-balik luah kat FB atau blog. Takpelah.. Okay kot.. nanti-nanti lama-lama biasalah. =) *eh bukan dah lama ke?* huhu -_-"

Oh ye.. kain batik Abang bagi dah hantar kat kedai jahit. Kedai ladylike kat Banting. Mutu jahitan not bad. Lama dah kedai tu wujud sejak aku kerja Watson dulu. Dan pernah hantar baju kat situ. Nanti dah siap aku uplaod gambaq dia na..

Oh ye.. satu lgi.. decide nak buang lipoma yang kat pinggang sebelah kanan tu. Kita try pi tanya government hospital dulu. Nanti kalau doc suruh buang.. baru la buang.. nanti kita citer-citer lagi pasal lipoma ni ek?

*Dah entri keseratus dah....**

Monday, May 27, 2013

Rumah yeay!!

Saya mahu tulis yang hepi-hepi saje

3 hari bercuti duduk rumah. Best! Sebab hari Jumaat dan Ahad takde orang kat rumah. So rumah macam rumah sendiri..dan menjadikan tak sabar untuk mendapatkan rumah sendiri.

Ye.. sebut pasal rumah dah dapat pun. Rumah kat section 8. Okeh.. ekceli owner rumah itu ialah exwife Abang yang ku puja-puja dulu..huhu..*ayat tak boleh blah kan?* Anyway rumah tu available bila-bila nak masuk pun boleh. Deal dengan Kak Nor memang mudah. Dia okay jer..

Deposit dia nak 2plus1 and utility RM150. Sebulan RM500. Kira murah sebab dalam tu dah de tv, dapur, peti ais.. kat situ aku dah takyah fikir. Deposit tu ekceli agak berat bagi aku..tapi aku nak juga. NO PAIN NO GAIN.

Sekarang saya baru terfikir kenapa saya jumpa Abang. Walau banyak konflik dengan dia. Tapi tu citer lama. Buang yang keruh ambil yang jernih. Hehe. Walau kadang-kadang rindu lah jugak. Perasaan mahu letak tepi. Ini bukan masanya untuk fokus ke arah itu. Sudah dapat rumah lebih baik. Hati pun dah lega sikit. Cuma duit jer nak sedia.

Apa pun saya berharap ini berbaloi untuk masa depan saya. Doakan saya banyak-banyak. Amin

Sunday, May 26, 2013

Block jer..takyah banyak bunyik

Tadi dah type panjang-panjang lepas tu..tak jadi nak pos. Sebab tak elok memburukkan orang ye dak?

Cuma aku kena sabar jer.. Dalam situasi apa dan bersangka baik sahaja pada semua orang. Tapi kalau aku rasa orang itu annoyed..atau stalker..aku block terus!!

posted from Bloggeroid

Friday, May 24, 2013

Oh my english



Remains silence if you missing someone soo bad..

Kadang-kadang my english memang ke laut. Rasanya tu ayat yang betol. Sebab baca banyak kali baru perasann.. Ke atau boleh jer pakai ayat status FB tu? Huhu

posted from Bloggeroid

Siyes nak muntah



Lelaki ini gila mengatakan saya sexy... Sudah-sudahlah nak masuk jarum.. I wonder tang mana kata saya sexy.. Setakat tengok gambar kat FB pastu kau kata sexy.. Nampak sangatlah kan apa yang kau nak cuba lakukan..




Siap nak gigit bagai.. Euw.. Seriusly lelaki ini adalah tak boleh blaaa..



Sorry naik lori..he needs to be ignored. Bluwek !! Nak muntah !!!!

posted from Bloggeroid

Thursday, May 23, 2013

Tak sabar

Saya tak tahu kenapa saya tak bisa bersabar menunggu tarikh itu.

Saya tak tahu sometimes bila watsap or fb msg or ape2 yang sewaktu dengannya..saya rasa sangat annoying with those guys..

Adakalanya kalau saya x reply tu bermaksud..malas nak layan. Maaflah ye..

Benda-benda yang jadi buat saya bertambah mature.. Buat saya bertambah kuat dan tak mudah percaya.

Tak mudah kesian..ye..dulu cepat cayer dan cepat kesian. But now dah lain. Lagi-lagi kalau dulu bakal exhusband suka buat muka kesian..dah saya pun mudah kesian..tapi
sekarang tidak lagi..hati saya akan degil dan keras..dan kemungkinan takkan ada yang dapat mencairkannya..kalau ada memang terelah!!

Ni apa yang saya rasa sekarang..esok lusa taktawlahkan.. Haha

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 22, 2013

Prudential BSN



Saya suda dapat medical card =D

Tambah lagi satu komitmen.. Hmmm..

posted from Bloggeroid

Nama itu penting

Nama anak-anak saya semua saya yang beri. Atas dasar apa saya memberikan nama-nama mereka itu? Atas dasar erti yang baik dan tingkah laku orang yang bernama dengan nama tersebut.

Si Abang- Syahir Hannan.
Syahir bermaksud terkenal dan Hannan bermaksud penyayang.
Saya memberi nama Syahir kerana semasa saya sekolah menengah..adalah anak cikgu ni nama dia Syahir. Berperwatakan cool gitew. Ye ye.. saya mahu cari FB dia nanti. Disamping muka yang sejuk mata memandang.. dia punya perwatakan kool dan seperti sabar sahaja perangai dia.

Semasa saya di UiTM, seorang RS di hostel tempat saya menginap punya anak yang sangat comel dan bermata bulat berambut kerinting memang sangat comel. Di situ saya mendapat inspirasi memberikan nama Abang. Hannan.

Dan semasa saya menziarahi arwah imam yang sudah meninggal, dia berkata maksud nama anak saya ialah "Bulan terang" . Saya pasti ada maksud arwah berkata begitu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Kakak- Syaheera Raudhah
Syaheera kesinambungan dari nama Abang Syahir. Maksud yang sama.

Raudhah, juga semasa di UiTM seorang junior bernama Raudhah. Saya tak berapa ingat wajahnya tetapi dia adalah ketua pelajar di hostel saya. Pakai tudung labuh all the time. Dan juga bersifat kool and steady.
Oh ye, Raudhah itu taman di Tanah Suci sana tempat Rasulullah saw disemadikan. =D

Adik- Syakir Aqasya
Why Syakir? Disebabkan abang dan kakak bermula dengan 'Sya'.. jadi I chose Syakir yang bermaksud bersyukur dan pengenang budi.

Aqasya diberi nama oleh Chef Wan Obi. Dia kata ini adalah nama doa. Ekceli ejaan dia begini' Akashah. Tapi saya stylo kan sikit. Harap maknanya tak hilang..

Dan semasa belom memberi nama Aqasya pada adik, saya pergi ke hospital dan ternampak staf bernama Muslim yang sangat kemas pakaiannya. Teragak mahu memberi Muslim pada adik tetapi Si Bakal ExHusband nak jugak nama Aqasya.

Baby- Syaraf Muslim
Yang ini pening tak tau nak bagi nama apa. Ada yang suggest macam-macam..tapi saya dah lupa. Yang orang suggest tu saya tak berminat. Tak taw kenapa. tanya Si Bakal ExHusband, dia pun taktaw nak bagi nama apa. Tanya Mak mertua pun dia tak tahu.

Muslim itu pending. Jadi saya mau letak nama Muslim. Tetapi Muslim sahajakah? Mesti kena ada Sya.. saya selak buku maksud nama. Dan ternampak Syaraf.

Syaraf bermaksud kehormatan dan muslim bermaksud menyerah diri kepada Allah. Oh ye.. kebetulan pulak masa tu tengah top Ashraf Muslim. Dan kebetulan masa tu Ashraf Muslim sedang shooting drama Niyang Rapik di Kg Tali Air.

Harap semua anak Mommy jadi yang soleh dan solehah ye? =D

Saya yakin nama mempengaruhi sifat seseorang. Jadi bagilah nama yang baik-baik sahaja kepada anak anda.

Tuesday, May 21, 2013

Biru macam fb



It is when I have a blue morning.. Too many things in my head and the conversation is like an idiot.
Eg; biru macam fb.. Lol
posted from Bloggeroid

Monday, May 20, 2013

Takyah fikir dulu


Pagi tadi Zita call me dengan suara nanes-nanes. Ah!! Kasihan perempuan itew. Ingat husband dia sudah okay. Sedang dalam perbualan tiba-tiba.. Jeng jeng jeng.. Sore laki dia bagi amaran kat dia kuat-kuat dengar through phone. Lepas tu line putus.. Ya Allah semoga dia selamat disana. Lately tidak mendoakan beliau. Begini jadinya.

Serius esainmen banyak tertangguh. Tambah projek paper IB lagi. Notes..past year question need to be done asap. Memang berasaplah! My commitment towards study adalah cuma I think in between 20 to 30 percents. Gila tak gila. Last semester result sudah hancur. Saya memang relax sangat sejak broken heart hari tu. Tak mau stress. Need happy. Tambah lagi kes sudah dibawa di court. Mahu fikir kesudahannya. Mahu fikir keadaan selepas itew.

Cik Aqi suggest balik rumah ayah. Makcik jua bertanya semalam didepan ayah. Tapi aku cuma menjawab, "Nantilah dulu yang itu..selesai satu-satu." Saya tak mahu membebankan bebanan yang ada. Kewl and relaks sudeyy.. Tapi terfikir if balik rumah ayah.. Betapa jauhnyer perjalanan dari Banting ke Subang Hitech. Itu kalau stay kat sitew. Kalau lagi jaoh.. ??

Ye..sekarang saya takmau fikir keadaan selepas itew. Yang ada sekarang pon tidak berapa nak fokus. Jadi cukuplah..layan anak-anak yang mahu membesar. Hati sudah tenang kerana tahu saya ada Allah swt.

Oh ye..musykil kenapa sejak-dua menjak ni like he cares about me? Or Tuhan memberi tunai kepada saya selepas meminta? Hikmah akan sentiasa ada disebalik segala sesuatu. Tq Allah =D


posted from Bloggeroid

Saturday, May 18, 2013

Still call me Baby =D



This watsap makes my day. He still miss me?.. Hewhew

Sebahagian nikmat Allah yang Dia beri kat saya. Enuf to know that he still miss me and still call me Baby okay?

Oh..rasanya ada yang nak muntah kot baca entry kali ni. Haha.. Sila muntah banyak-banyak. Yang penting I'm happy to know this.

What important to me is Abang happy where ever he is. I'll be happy if he is happy with his life..

Mmm...mmm...mmm...

Ekceli masa Abang text ingat saya ada buat salah. Tak rupanya. Naseb baik.

Pastu senyum-senyum sendiri. Seperti speechless..
posted from Bloggeroid

Sori bro..lu silap approach



Wrote this status while I am in confused. Mother in law is unavailable to take care my kids tomorrow.

Ekceli tomolo early in the monen need to go to Serendah nak jumpa Tok Batin for CS on 1st June. This work grup and I need to join the meeting with JAKOA PIC.

Tapi kao taw jer lah kan kalau takda sapa available nak jaga budak-budak tu takkan nak angkot semua kot? So masa tu sangat konfuse mahu pergi atau tidak. Buka facebook then melilau-lilau mata baca status orang. Berfikir bagaimana mahu motivasi diri. So terhasillah status itew.

Lepas tu rasa macam bongok sebab status tu nampak macam gua sangat problemo. Seorang yang emo dengan problem. Tapi gua biarkan jer status itew di sitew.

Terus packing barang mahu bawa budak-budak balik Banting rumah ayah. Tapi hati tetap confuse. Naluri mahu pergi tapi kesian anak-anak. Kuatkan hati siap packing terus masuk mandi.

Nak taw dak apa jadi masa mandi? Gua terfikir yang gua kena ikut naluri gua mana yang kuat. Gua terfikir naluri tu ilham dari Yang Maha Esa. Gua terus jadik yakin. Terus cepat-cepat mandi, wudu dan solat. Lepas tu gua terus okay.

Nampak tak kat situ kalau kita yakin Allah ada kat kita..kita kuat. Kita yakin apa yang kita buat ni betul. Syaitan jer timbulkan rasa was-was tu. Dan lepas solat doa mintak Tuhan bagi petunjuk lalu instinct. Sometimes gua memang selalu confuse untuk make decision. Sebab tu dulu terumbang-ambing. Need sumbody to help me to make a decision. But now feel so confident in every step taken. In Sya Allah.. Petunjuk Mu akan sentiasa menemani ku.

Tapi silap masa konfuse tu ada sorang mamat ni terbaca status gua tu..terus watsap tanya gua tengah rindu? And taw dak..gua kalau tengah konfuse dan tak taw nak decide and sedang banyak fikir gua sound jer setepek. Huhu.. Soli naik loli bro..

Mamat tu tanya salah soalan. Cuba kao tanya camni, "hye laling.. Boleh I taw u nape? Mana taw I bleh tolon.." instead of ;



Huhu.. Sorry okay. But I need to explain that whoever yang konon-konon atau memang betol nak ambil berat or nak kenal or nak berkawan or apa-apa sahaja.. Perlu untuk ada daya tahan yang kuat sebab nanti kalau gua sound tak yah nak tacing-tacing sangat. Sebab sumtymes kalau gua tengah seriously confuse or bad mood.. Korang salah bagi soklan memang trus lah kena sound. Hari ni jer tiga orang kena sound dengan gua. Sorang tu lepas kena sound trus tak reply. Sorang ni tacing. Yang sorang lagi nampak masih boleh bertahan. Apa pon siyes gua mintak mahap pada yang terasa sebab gua takmo jadi macam hari tu.

It is not easy to glued the broken heart. Kalao pun kao guna gam UHU or cap gajah or gam tayar sekali pon. Perit dan sakit tapi need to muv on.

posted from Bloggeroid

Thursday, May 16, 2013

Bunga merah punya

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang dimana dirimu =(

This song makes me soooo blue
Bunga merah punya ost.. Takdela tengok sangat cerita ni.. Tapi once terdengar lagu ni siyes syahdu.. Huhu

Rasa sedih jer.. Rasa gloomy jer..

Selalu kata let bygone be bygone.. Tapi still ingat and still rendu..
Sometimes mulut tak sama dengan dalam hati..

Yang ini memang tak sama..saya hanya berkongsi cerita cinta dan perasaan dengan Azie sebab kami memang ada sedikit persamaan dari segi situasi dan sama dari segi menahan perasaan dan meluahkannya..

Kamu orang pasti tak faham sebab kami berdua saja yang faham.. Haish!!

Bby still mish ya ='(

posted from Bloggeroid

Perempuan itu memang stylo!!

Semalam pegi menonton Ironman di Paradigm. Siyes best! Tak rugi tengok tapi tak rugi juga kalau tak tengok sebab duit pi tengok ironman boleh simpan. Lagi untung sebenarnya.

Ekceli takdela plan nak pi tengok tapi kengkawan dah ajak kan? So pergilah.. nak tengok gak Paradigm tu camaner. Panggung nya memang best dan cantik. Sudahlah duduk line kelima dan berada di tengah-tengah. Memang kau nampak depan mata tak pejam mata pon. Nengok jer skrin tu.

Kami pergi naik kereta Azie. On da way balik tu, sorang motorist terlanggar lalu tersepok naseb baik tadapa. Memula ingat kan lelaki rupanya perempuan. Pergh..siyes stylo wa cakap sama lu pakai motor scrambler yang kecik. Orang nye pun kecik. Tapi cakapnye sabah bah! Lepas tu kami bertiga membuat berbagai assumption terhadap beliau. Kerja apa, rumah kat mana, boipren nyer kaya.. haha.. sebab budak perempuan itu terlalu stylo sehingga aku berangan nak beli gak motor scrambler itew. Sabah bah!!

Ish! rugi sebab aku tak snap gambar masa kami kat panggung itew. Boleh lah letak sebagai gambar hiasan ye dak? Bukan tak amik tapi gambar-gambar itew ade dalam phone Azie dan Azira. Takpa nanti aku bluetooth letak kat sini.

Okeh-okeh.. dah 3 hari puasa di bulan Rejab. Semoga mencapai ke 20 hari. Hari ni tak pose sebab terjaga jam 5.30 pagi. Pasang niat dalam mamai aku pun tak taw apa aku niat. So tak yahlah puasa takot sia-sia. Kita sambung minggu depan. Kalau Puasa hari Jumaat kena sambung puasa hari Sabtu. Hari Sabtu I tak available sebab nak pergi Serendah. Pergi perkampungan orang asli yang nak buat Community service tu dengan classmate. Ni baru pra-lawatan pi jumpa Tok Batin. Kalao nanti Tok Batin itew ade anak teruna yang hencem bleh ar I ngurat. Ahaks!! *Gelenyar dowh sejak dua menjak memang dah konfirm nak single..Giler!!*

Pagi tadi pi breakfast sensorang.. hmm.. serius memang sifat ku jenis tak kesah ade teman ke idak. 8 orang teman pun okeh takde teman pun tetap okeh. So sebab tu kot Tuhan bagi aku dugaan menjadi loner di dalam perkahwinan. Semua di tanggung beres!! No man no cry babe! Sekarang takut nak menyerahkan hati pada lelaki sebab takut terkecewa lagi. Chewah!! Ayat tak bole bla.. Lagi pun orang tu ade jer kat ingatan. Sebab tu lah I cakap I tak pernah rasa macam ni sebab dulu kalo break pun aku yang buat bodoh. La ni aku plak yang mengong. Takpa.. let bygone be bygone.

Oh ye.. aku ternanti-nanti bila dia nak hapdet blog. Ahaks! Ngok! =D

Monday, May 13, 2013

Mamat Algerian




Ni namanya takdak keje carik keje. Tadaaa!! Nampak tak mamat yang kecik jer gambar dia tuh.  Tu la mamat Algerian yang encem. Kikiki..

Ekceli takdela encem mana pun. Saja nak hapdet blog and nak letak gambar I pakai 360 apps muka nampak licin giller macam takde cacat cela. Padahal banyak jer darkspot kesan picit-picit jerawat.

Bila pos kat FB ramai plak yang puji makin cantek. Terpedayalah everybody. Tapi takpelah.. dah orang kata kita cantek terima jerlah ye? 

Hari ni pakai biru..tu jer baju yang tinggal dalam almari. Baju kat dobi tak amik lagi. Balik nanti nak ambillah. 

Hari ni hari kedua berpuasa di bulan Rejab. Meh semua cukupkan sampai 20hari. Besar tau ganjaran nya.





Meh jom ramai-ramai kita berpuasa =D


Sunday, May 12, 2013

Miss me? Pls dont



Someone miss me. Homaigod! Am not ready yet. Huhu... Sowi =p
posted from Bloggeroid

Saturday, May 11, 2013

Instinct aka gerak hati

Sejak menggunakan bloggeroid.. Mengupdate blog adalah seperti instant. Hehe..

Okay. Ni sebenarnya nak pi klas. Hari ni satu kelas esok pun satu kelas. Menghabiskan duit minyak la gini. Tapi camano? Datang ajerlah.. Memenuhkan attendance tapi fikiran melayang ntah mana.

Buat masa ni memang banyak nak fikir sebenarnya.

Kerja tak dapat lagi. Kalau kontrak habis dan masa tu jugak settle case kat mahkamah dan masa tu jugak aku nak kena carik rumah. Guaner?

Emm..emm..emm.. Edra sangat risau keadaan saya tapi serius saya tak suka kalau orang kata kat aku kesian. Pantang kot? Aku bukan pengemis ko nak kesian kat aku. Kalau ko kesian kat aku cukup kao cakap dalam hati. Biar aku tak taw. Tu la satu pantang aku dari dulu. Dan aku pun tak suka buat muka kesian.

Hari ni start buat hutang kat kedai letrik. Dua barang yang penting mesin basuh dan peti ais. Naseb baek tokey tu baik..bagi harga cash tapi bayar instament. Lagi pun aku tak amik lagi mesin tu.. Aku kata kat tokey tu aku nak pindah tapi tak taw bila. So nanti lepas habis bayar duit washing machine tu aku biaq kat kedai tu pun takpa. Nanti aku sambung plak bayar peti ais. Yang murah-murah sudeyyy..

Tapi aku sedikit pelik sebab tokey tu mudah benar setuju. Huhu..

Oh ye..hari ni 1 Rejab..aku puasa ganti dan sunat sekali. Malam tadi aku jaga jam 3pagi. Senang plak aku bangun malam. Qada Maghrib dan solat Isya pastu terus solat sunat hajat. Minta dimurahkan rezeki, mintak rumah, mintak kerja gaji 5K..mintak orang tu ingat kat I selalu.. Hahaha.. Jangan gelak!! Biar saya jer gelak. Tak salah mintak. Terpulang pada yang nak bagi either nak bagi or tak. Lagi pun takkan saya nak mintak kat orang. Jadi saya mintaklah kat Allah swt.

Hidup saya fully bergantung hanya pada Allah swt. Saya mengikut gerak hati yang saya percaya semua itu ilham dari Dia. Macam tadilah nak pi kedai letrik tu ikut gerak hati jer. Semalam tak terfikir pun sebenarnya. Baru jer tadi Allah jentik hati ni pi kedai tu. Kalau ikut badan malas. Tapi resultnyer positif. Hmm.. Yakini Allah bukan yakini BN. Eh masok bab politik plaks... Ahaks
posted from Bloggeroid

Friday, May 10, 2013

Hadiah Hari Ibu

Masih rindu Abang!! Ya Allah.. Bagaimanakah untuk lupakan dia.. Huhu.. Selagi dia masih dihati..selagi tu saya rindu dia.

Agak-agak dia ingat x kat gua ek? Emm.. Nak taw la kan. And tak sure if he still interested to read my blog. Oh!! Baiklah jangan perasaan sangat Niza oii.

Hmm.. I dont think he still read this blog. -_-" Hewhew..

Semoga dia berbahagia dan tenang dimana pun Abang berada. =(




Hadiah dari Abang.



Hadiah dari Kakak.



Kad dari Baby.

Bangga Mommy dapat anak-anak yang appreciate macam ni. Harap sampai besarlah. Muah from Mommy =D

posted from Bloggeroid

Am going to be a single mom?



Bismillahirahmanirahim.

Now on da way federal hiway to pejabat agama.

Berhenti breakfast jap. Tu jer yang mampu terfikir nak telan pagi ni. Tu pun tak telan lagi.

Hati berdebar maklumlah bila dah submit form nanti tak boleh tarik balik. Serius berdebar. Sebab ini adalah decision terbesar dalam hidup yang saya pernah buat. Tak terlintas nak lalui semua ni.

Pagi tadi keluar rumah pandang wajah tua mak mertua rasa serba salah. Serius saya katakan dia adalah mak mertua terbaik yang ada dalam hidup saya. Tapi ini semua untuk ketenangan yang saya inginkan. Biar susah tapi tenang. Biar payah tapi tenang. Thats what I want in life.

Hmm.. Semoga saya redha dengan segala yang berlaku. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 8, 2013

Tak caya?



Susah nak bagi orang percaya saya dah kawen anak empat. Must be very careful dengan lelaki-lelaki ni. Weyh!! Serik dah kot?

Takmo rasa sedih sangat dah. Menghargai ketenangan yang Allah bagi.

Sumtymes rendu datang.. Tak boleh buat pa. Buat bodo sudeyyyy !!

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 7, 2013

Adiyos

Saya sejak akhir-akhir ni memang tidak serabut. Cuma bila duduk rumah saya jadi malas.

Saya tak mahu bergerak keluar bilik. Mahu duduk saja dalam bilik. Saya tak selesa.

Semalam masa masak rumah emak, Abang Hannan tolong Mommy. Dia yang datang sukarela nak tolong. Dan macam biasa Mommy suruh dia basuh pinggan. Secara spontan dia boleh kata, "Kita suka basuh pinggan rumah Nenek Normah. Dapurnya bersih jer."

Itulah Mak saya. Mak saya seorang pembersih dan kemas. Jadi kami adik beradik telah terbiasa dan terikut-ikut dengan sikap Mak kami yang begitu. Tapi bila saja masuk keluarga lain yang agak tidak mementingkan kebersihan..of course kami.. no ekceli saya tak boleh tahan. And thats the reason saya di umpat dibelakang. Because of, saya dah tak tahan dan penat untuk mengemas kemudian keadaannya begitu semula. Ye, saya mengaku saya malas untuk berkemas di dapur. Saya tak suka masuk dapur yang kotor.

Selama mana saya boleh bertahan, jika itu keadaannya. Selama mana saya boleh bersabar dan bersikap mengalah sahaja. Ia adalah dari awal.. tapi dulu saya tidak berkira.. saya yang dulu lebih sabar dari yang sekarang. Tapi saya sekarang hanya mengikut kata pepatah "diam-diam ubi berisi".

Saya tak mahu meluahkan di depan mereka. Tapi saya telah membuat keputusan yang memang merugikan mereka. Saya teringat nasihat Abang, sabar sampai mati macam Rasulullah. Ye saya tahu itu betul.. tetapi saya adalah manusia biasa. Sabar saya bukan sampai saya ditindas seperti dulu.

Dan semalam saya tak tahu kenapa saya membuat status FB seperti mendeclarekan diri seperti single mother. Bila kawan bertanya saya hanya berterus-terang. Biarkanlah.. mungkin itu takdirnya. =D

Ini bukanlah sebab utama saya berkeputusan begitu. Punya beberapa sebab sokongan yang menjadikan saya bertindak seperti apa yang saya mahu. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amin.

Monday, May 6, 2013

Kun Faya Kun

Semalam saya pi mengundi. So baliklah kampung. Pergi tengok mak dan ayah.

Mak macam biasalah walau dah operate tapi kaki tu still sakit. Lepas tu sakit bahagian bahu pulak. Kesian mak..

Balik kena masaklah sebab mak tak masak. Lagi pun rumah mak dekat dengan sekolah pusat mengundi..jadi rumah mak jadi port BN.

Nway pi rumah mak sebenarnya nak borak-borak dengan mak.. Tapinya mak macam penat lepas maghrib terus mak tertidur.. So tak dapatlah nak borak. Saya pulak memang plan nak tido rumah ayah sebab lama dah tak tidur rumah ayah.

Pun dah bagitahu ayah niat dihati.. Ayah seperti menyokong. Siap nak sponsor lagi.. Mak dan ayah dah restu.. So memang inilah masanya. Yang lain tanak fikir sebab Allah ada. Minta doa banyak-banyak .. In Sya Allah .. Allah akan tolong hambanya.

Jumpa Abang Iwan.. Abang Iwan kata begini, "Kita angkat tangan ni pun Allah yang tentukan." So maksudnya, tergerak niat dihati dan bergeraknya saya membawa kereta pergi pejabat agama Allah jualah yang tentukannya. =D

Jadi tiada apa yang saya nak susahkan hati lagi. Semua ketentuan Illahi. Satu lagi Abang Iwan pesan, kita boleh mengubah takdir dengan doa. Doalah sebanyak mungkin.. In Sya Allah =D.. Kun Faya Kun



posted from Bloggeroid

Saturday, May 4, 2013

Wendu

Morning :)

Saya masih rindu dia :'(

Gilakan? Saya tak pernah rasa macam ni dalam hidup. Dulu masa single saya tak kisah pun kalau setakat putus cinta monyet. Ini dah sebulan lebih kot?





Saya google kalau rindu orang tapi tak boleh nak luahkan nak buat apa ye? Google kata macam ni..kalai rindu orang, pi amik wudu pastu solat sunat 2rakaat. Tak kirala solat sunat apa pun. Kalau dah tak taw sangat nak solat sunat apa..niat solat sunat jer dah cukup. Tapi kalau rindu dalam piyed macam ni.. Istighfar & zikir sajalah! :'(

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 1, 2013

Lipoma

Lipoma adalah ketulan lemak yang ada di antara lapisan kulit dan otot. Ianya bukan kanser atau barah. Ada pendapat mengatakan ia boleh menjadi kanser tapi peratus untuk menjadi kanser hanya 0.05% sahaja. Ada pendapat juga yang mengatakan chance untuk menjadi kanser adalah langsung tidak ada.

Punca lipoma tidak diketahui. Lipoma boleh tumbuh disekitar tubuh sehingga 30 jumlahnya. Untuk mengelakkan lipoma sila hindarkan makanan berminyak.

Rawatan yang popular di Malaysia adalah dengan melakukan minor operation. Ada juga rawatan yang menggunakan kaedah liposuction atau suntikan steroid bagi mengecutkan lipoma tersebut.

Lipoma yang ada pada saya tidak besar juga tidak kecil. Tumbuh pada bahagian pinggang sebelah kanan. Sedar dia start tumbuh tu ekceli dah 2tahun sudaa. Lamakan? Baru malam tadi tergerak hati nak gugel. Sedang lepak depan tv dan sesaja nak gugel. Tak taw nak guna keyword apa. I guna keyword "ketumbuhan antara lapisan kulit" dan keluarlah lipoma ni. Lipoma ni boleh jadi serius kalau tumbuh dalam usus dan sekitar jantung. Tapi kalau yang nampak timbul kat kulit tu takdelah bahaya. Cuma tak lawa.

Aku gugel lagi dan lagi. Rupanya kat Malaysia ni ramai dah buang lipoma ni. Ada yang tumbuh banyak seluruh badan. Thank God aku hanya ada satu jer. Tapi yang aku perasan dia semakin membesar. Tapi dalam kadar yang perlahanlah.

Dan lipoma yang aku ada ni memang tak mengganggu pergerakan dan juga tidak menimbulkan sebarang kesakitan. So that, kalau tak buang pun takpa. Tapi kalau mandi memang nampaklah kat cermin bilik air tu. Huhu..

Kos untuk buang lipoma ni kalau kat Malaysia dalam 3k lah. Tapi ni aku ingat sepital swasta. Kalau kerajaan tak taw la plak. Aku ingat nak pi buang jer lipoma ni. Tapi takut nak kena bedah. Tengok kat you tube dengan anak-anak pun aku dah macam budak kecik tengok citer hantu. Tutup muka tapi ada lubang kat tengah jari. Hehe.. Pastu mulut tak reti nak diam.. Euw.. Serius aku takut tang belah-belah ni. Haish!! Naseb baik masa beranak dulu tak sizer.. Gwe beranak normal 4orang.

Dalam ketiga-tiga kaedah tersebut, yang paling aku pilih adalah suntikan steroid tu. Suntik tu ok lagi dari belah-belah ni. Seriau mak! Tapi pun nak kena consult dengan dokte dululahkan.. Sebab ramai yang buang pakai belah jer.. Takut ada side effect nanti.

Oh ye.. Hari tu aku baru sign up for PruBSN tu kan? Mungkin inilah sebab kenapa Allah gerakkan hati aku for sign up insurance. Nampak tak Allah itu perancang yang sempurna. Subhanallah =)

Semoga Allah merancang yang paling sempurna untuk aku dan anak-anak. Teringat Abang kata dulu, kalau yakin dengan Allah.. Insya Allah semua akan positif dan Allah akan tolong hambaNya. Aumm.. Rindu pulak..

posted from Bloggeroid