Wednesday, July 29, 2015

0_0

Stress dengan pekerjaan yang dah tahap nak kena lempang. Kacau bilau LTE database. I need rest LOL.

Selalu buka jobstreet apply kerja baru tak dapat. Ciaaannn... Bila nak dapat ntah. Boss duduk sebelah tapi sebab pening nak buat kerja, aku type blog. Hahaha.. Lantaklaa.. Bila boss tengok pasti cepat get fired. Masa tu aku cari kerja baru.. Hahahaha

Nak sangat ke unemploy minah? Hahaha.. Ni type orang gila ntah pape yang kuar. Celaru gittew..

Ada 50 menit nak balik ni. 50 menit kurasa seperti 50 jam. Setiap saat yang berlalu ku harungi dengan tabah dan sabar.

Nak tengok hempon je kenot sebab nanti nampak sangat minah main hempon. Err.. nak lepak takde tempat nak tuju.. nak borak takde teman nak borak.. Bila nak jadik boss nih? Hahaha.. database pun pening nak handle. Gilo minah ni..

Friday, July 10, 2015

Database

Bosannya kejee...
Coordinate issue dah dari zaman dulu2 kot? Nak aku check one by one.. Perhhh... Berapa ribu site cakap?

1 site sampai 3 coordinate. Hmmm.. Then I need to open google earth and TSSR. Look at their surrounding photo tally tak dengan yang dalam google earth. We have 4 database. 2G, 3G , LTE and Engineering parameter.

I couldn't control the azimuth very well as all the PIC for each database is different. Sigh!

What can I do is to check when I have time.. Then give em email to update. Wallaweyh.. site ribu-ribu lemon.. If only the task yang derang bagi hanya itu.. Boleh buat ekceli. But too many work yang aku kena refer to others tracker.. to make sure the site secured and integrated correctly.. Hmmmm..

Time to move? Unsure decision yet.

Friday, July 3, 2015

Hak Pengguna

Semalam tak masuk office sebab kereta breakdown bateri kong. Ai beli kereta tu on sept 2014. Tak sampai setahun hanya 9 bulan bateri sudah kong. Kemudian, pi call SC. Depa hantar formen. Formen bawak balik kereta sebab ai nak tukar bateri under warranti.

Jika ai tanak tukar bateri kereta mereka hanya jumper sahaja bateri ittew. Kalau takat jumper je aku boleh mintak tolong orang sekitar buatkan. Kau bayangkan kalau jumper sahaja esok jadi lagi.. sudahnya hari-hari nak kena jumper?

Disebabkan ai nak ganti bateri yang masih dalam waranti, depa kata kena charge bateri 8 jam. So ai tanya, bistu lepas charge tukar tak? Depa kata kalau bacaan bateri itu normal depa tak tukar. Kalau betul2 kong baru tukar. Wallaweyh disitu ai tak puas hati. Sebab? Sebabnya lu pikirlah sendiri ai malas nak type.

So sebab tak puas hati i call wecare proton. Layanan kurang memuaskan. Sebab ai membebel macam mak nenek. Hehehe.. Sebab? Sebab bila i cakap elok2 depa tanak bertanggungjawab. Depa kata pi balik kat SC cakap kat SC. Waduh! Itu ke kerja customer service? Bila i cakap pasal brake bunyi2.. lagi depa marah tanak cakap langsung senyap letak phone. Ishish.. Nasib baik nama perempuan tu gua tak tanya.. kalau gua dah tanya dulu.. masssaakkkk la kau.

Lepas tu i email kat wecare. bla bla bla.. panjang gaklah.

Pagi tadi depa janji nak hantar balik kereta, tapi manager depa kata auto jadah pe ntah tercabut sendiri depa semua tak perasan so batteri belum lagi dicharge sehingga 8 jam. Sekali lagi ai naik hangin. Mahu tak naik hangin? Sebab kereta anak2 ai tak pi sekolah dengan ai2 tak pi kerja. So sebab gua dah bising pok pek pok pek.. Depa hantar kereta jam 930pagi dengan bateri baru. Depa kata bateri ai nak kena recharge sampai 8 hours. Berbaloi jugak gua bising, kalau gua buat lembut2 mahu depa tak hantar kereta pagi tadi.

Tapi tulah misi menukar bateri kereta dengan yang baru dibawah warranti belum tertunai lagi. Kalau tak dapat tukar siap kau.. ai lapor kat ribunal kpdnkk.

Pada pandangan gualahkan, mereka sepatutnya meningkat quality sparepart sebab ramai dah komplain pasal protong. SOP tu dibuat sebab banyak complain dari pengguna, dan ingin mengurangkan kos penggantian bateri. Bijak derang ni nak kaut untung tanpa memikirkan hak pengguna. Aku dulu tak kisah sangat pasal hak pengguna ni, tapi bila semua tol, api, minyak, angin semua naik.. mau aku tak naik kisah pasal hak pengguna ni? Semua mau pikir untung.. yang rugi? Pengguna-pengguna macam kita yang takde choice. Hopefully my BMW akan keluar tak lama lagi. Hahahaha