Sunday, March 3, 2013

4suap nasi :)

Tak tahu dimana mahu mulakan perasaan yang tak tentu ini. Bila punya perasaan ini, saya hanya ingin tidur tanpa sebab. Saya hanya ingin bersendiri. Walau dipaksa diri ini keluar tapi result nyer akan selalu hampas.

Semalam perasaan tidak celaru kerana pagi-pagi dah keluar hantar Abang pergi sekolah. Bawa Baby saje. Kakak dan Adik masih tidur. Breakfast berdua dengan Baby sangat menenangkan. Sebab Baby takde kawan nak kecoh-kecoh. Lepas tu ambil Abang. Masa tunggu Abang terjumpa rakan sekelas dulu. Juga jiran sekampung. Sekarang pun sekampung di Kebun Baru. Berborak sambil tukar-tukat no phone. Sempat pesan kenduri kendara jemputlah :).

Kawan ni lelaki. Kerja hanya sebagai tukang kebun. Tapi nampak happy. Saya pun nak happy jugak !! Dia tanya suami kerja mana. Sekarang tak macam dulu sangat berahsia bila ditanya kawan lama hubby kat mana. Sekarang berterus terang. Dia terperanjat. Tak percaya tapi itulah hakikat. Kalau dulu mak dan ayah sekelas. Sekarang anak-anak pula sekelas. Esok-esok entah-entah berbisan. Sapa taw?

Lepas tu pergi round-round GM Klang. Dulu lain, sekarang dah lain. Makin banyak kedai tak serabut macam dulu. Ni second time round GM Klang. Not bad. Harga pun okay.

Petang duduk rumah. Abang watsap. :) Suka.

Tapi pagi ni tak taw nape perasaan tak tentu. Baring kat peha Kakak perasaan tu tak hilang. Call Mak bertanya khabar, pun tak hilang. Call sesiapa jer yang saya nak call. Kawan lama. kawan baru. Ada yang tak dapat masuk voice mail. Yang dapat mamat lu gua bro tu. Borak kejap. Perasaan tu masih ada.

Buka phone tengok FB check watsap. Sama juga. Tengok TV. Fikiran melayang pada berita semasa. Berita Nasional, berita artis. Oh !! saya suka tengok Rozita Che Wan nak kahwin dengan Zain Saidin. :). Kakak datang, Mommy peluk Kakak ketat-ketat. Tapi perasaan kucar-kacir ada lagi.

Lepas tengok TV, naik katil. Niat nak solat Zuhur tapi perasaan ini macam kucar kacir. Bagaimana mahu khusyuk? Terdengar bunyi kecoh-kecoh dalam dapur. Masuk dapur tengok anak-anak bujang nak goreng telur. Layan kejap. Layan derang nak lunch. Masuk bilik. Keluar balik.

Nampak Baby makan. Saje nak bermanja.."Baby suap Mommy." Baby suap. Pergi kat Adik. "Adik suap Mommy." Adik suap. Pergi pada Kakak. "Kakak suap Mommy" Kakak pun suap. Last pergi kat Abang. "Abang suap Mommy." Abang jugak suap. Empat suap nasi dari tangan anak-anak cukup kenyang bagi Mommy untuk lunch hari ni. Suapan penuh kasih sayang tanpa berbelah bahagi. Mommy masuk bilik, Mommy rasa lega. Buka laptop terus menaip.

Cerita sedikit bosan untuk saya update. Tapi saya lega... Bye