Wednesday, March 6, 2013

ByeByeWKW

Hari ni rasa lega hati faham apa yang diperjelaskan oleh Zhang Kai. Ye.. saya akan gantikan dia untuk POR *Purchase Order Request* dan perlu expert dalam masa 2 minggu. Saya boleh.. Yeah!

Saya rasa ini permulaan positif kerana saya tidak akan lagi bergantung dengan WKW yang hanya mengerah tenaga staff yang dapat nama tentulah WKW. Saya dah tau dia tu gitu. Ini bukanlah perasaan tak puas hati cuma luahan hati staff-staff DC.

Saya tahu benda ni akan terjadi pada saya sejak selepas exam hari tu. Saya tahu WKW itu bagaimana. Saya bersyukur dapat lepas dari dia. Anyway tq lah WKW.

Tapi ada sedikit kekesalan dihati saya. Kenapa dia tak release saya awal dulu. Masa dah suntuk untuk saya belajar perkara baru. Saya kena betul-betul expert dalam masa 2minggu sebab kerja ni hanya Zhang Kai itu saja yang tahu. Nak-nak slanga English dia yang kena faham betul-betul. First day hari tu dia membebel panjang-panjang pun memang dapat 10% apa yang dia ajar. Lepas tu saya tanya balik banyak-banyak kali. Nasib baik dia baik. Ajar dengan penuh berdedikasi. Siap tulis dan lukis bagai. Mana taknya.. dia cakap service sepatutnya servis..tapi dia cakap servais.. wakaka..

Siap saya suruh dia tulis pe bende alah lah dia cakap. Lepas dia tulis saya boleh gelak-gelak. Dan hari ni seperti dah biasa dengan slang dia dan saya faham. :)

Anyway rezeki Allah nak bagi dalam berbagai bentuk. Jadi bersyukurlah apa yang ada. Apa pun semua bergantung pada kita. Think positive !!!

Oh ye.. lupa nak koba kenapa 2minggu. Zhang Kai nak balik China dah. Dan tak datang Mesia lagi. Dan saya perlu indipendent di project team. Tak macam kat DC semua kena kontrol. Yarkh!!! Bye-bye WKW.  :D