Sunday, March 31, 2013

Lihat? Apa sudah jadi?

Serius petang ini sangat hot.

Cerita hot hari Sabtu. Saya pergi MPH untuk tebus voucher buku. Tapi mengecewakan kerana MPH tanak terima voucher tu. Okay. Salah saya juga. Sebab voucher tu saya letak dalam kereta. Dan pewangi kereta tertumpah atasnya. Ekceli semua clear lagi. Cuma tau je lah bila kertas kena minyak sebahagiannya bagaimanakah rupanya? Emm..

Kami sekeluarga dah pilih buku dah. Dengan beratur panjang berjela. Bila sampai kaunter diorang hold kejap dan finally diorang takmo accept voucher tu. Saya dinasihatkan pergi balik kat bahagian kewangan UITM mintak initial. Oh!! Fine.

Arghh!! Mana tak tensen. Kesian budak-budak dah ambil buku tak dapat bawa balik. Okay.. My mistake.

Try argue dengan manager tu. Pun dia tanak accept. Okay. Akur je lah. Malas nak argue panjang-panjang. Kesian kat baby sampai malam tanya mana buku tu. Haish!

Ok-ok. Saya memang sangat careless. Lain kali jangan buat lagi Niza.

Niza oh niza. Kau kelam kabut bagai. Perkara kecil sometimes jangan ambil ringan. Lihat? Apa sudah jadi?

posted from Bloggeroid