Thursday, February 28, 2013

Duduk diam-diam

Gila mengantuk kaw-kaw hari ni.

Bila mengantuk layan update blog dulu. Tapi nak update ape ntah. Oh ye.. first timer  nak fill in BE form. Emm.. PCB potong sekali jer dalam payslip. Maybe sebab HR tengok suami tak kerja so dia dah tak potong dah. Tapi kenapalah pulak nak kena fill in jugak BE ni?

So tadi setelah menggugel dan bertanya mengumpul sedikit sebanyak maklumat, boleh online jer benda ni. So senang sikit. Tapi dia nak pin no pulak. boleh mintak online juga, tapi tiada email beregister dengan LHDN so permohonan disekat.

Okay..tu tak kisah. Try call hotline..asyik engaged memanjang. Call LHDN cawangan Shah Alam. Dia suruh datang tapi macam biasalah, bilalah masa nak datang. Lunch hour datang kalu, konfirmlah derang semua lunch time kan? So choice yang ada photostate IC dan fax jer kat derang. Tapi method ni tak berapa bagus sebab bila tanya bila dapat, depa pun tak taw nak jawab bila. Dia kata cuba jerlah..kot-kot PIC tu rajen dapatlah cepat. kot-kot PIC tu malas konfirm tak dapat-dapat. Tapi takpe..kita cuba camner tengok dulu.

So sekarang sedang tunggu pin no itu. No pon dua2 dah bagi. Tapi sampai la ni takde call pun. Tapi takpe consider PIC busy. Ni kalau esok tak dapat, minggu depan tak dapat, konfirm kena pergi juga minta pin no tu.

Ekceli benda ni agak melecehkan saya sebab konfirm-konfirm gua rasa tak yah bayar. Kalau gua single takde tanggung menanggung konfirm mungkin kena bayar. Buat jerlaa...

Cincin kat jari ni makin longgar plak. Terpusing-pusing. Gua nak menaip pun susah. Tapi sebab suka nak pakai punya pasal, biarkan saja. Takde pun susah mana sangat.

Untuk pendaftaran subjek telah dibuka. Azira nasihatkan supaya ambil 3 jer subjek dulu. Gua sedang berfikir ni. mau ambil 3 atau 4 subjek. Kalau ambil 3 subjek, yuran bayar opkoslah rendah sikit. Kalau ambil 3 subjek tentulah ringan sikit. Kalau ambil 3 subjek gua tetap kena pergi kelas tiap-tiap minggu. Sebab 2 subjek ada kat sesi satu. satu subjek lagi ada dekat sesi 2. Buang masa pulaklah sebab sesi 2 tu cuma dari jam 830 hingga 1030. Lepas tu boleh pergi dating.. hehe..

Iyer jer kan pergi dating. Dating dengan sapalah gamaknyer. Paling kurang pun dating sorang-sorang tengok wayang kat space u8. Eh..orait gak tuh. Tapi gua rasa nak ambil 3 subjek jer. Biar nanti tak serabut. Tapi rugi masa plak. Aih !! Tengok ar nanti waktu nak register tu, kalau agak waktu tu macam kompiden bawak 4 subjek gwe register jer 4subjek. Kalau waktu tu tak kompiden, register 3 jer la.. Tapi sekarang ni macam tak kompiden.

Yuran Bulan March konfirm kena bayar. Hmm... sedang berfikir ini..mau planning financial.

Eh..Annual leave gua bawak after March ada 5hari. Campur 14hari this year..ada 19hari. Banyak giler ah gitu. Gua nyer annual leave hari tu 4 hari amik for exam dan 2 hari tu sebab mak operation. Kalau tak konfirm banyak giler lagi dan lagi. Gua ni nak cuti tak tau nak gi mana. Ni sedang merangka-rangka untuk pergi ke Janda Baik dengan kawan-kawan. :)

Panjang giler gua update hari ni. Oh ye..lupa plak hari ni 10th anniversary I. Dah update pun pagi tadi. Tapi gua rasa boring dan tak excited. Tiada hadiah..tiada dinner romantik..tiada bunga rose..tiada xoxo..dan saya harap hari yang begini akan terus hilang dari hidup saya. Cheh!! Macam kecewa jer bunyi.. hihihi Kalau nak ikut rasa kecewa tu memang banyak giler. Tapi nak buat lagu mana.. Dah tu Allah nak bagi. Semua pun datang dan pergi..jadi kita duduk jer diam-diam. Okay?