Wednesday, March 6, 2013

Perempuan jomblo jengkel jelek yang jeng jeng jeng

Hari ni saya hilang kawalan sehingga terkeluar status yang tidak sepatutnya diFB. Saya cuba didik hati dan jiwa supaya bersabar tapi setan disekeliling memuja-muja hati untuk terkeluar dari landasan. Hidup ini banyak ujian dari Allah. Maafkanlah hambamu yang sangat kerdil ini. Ku terima semua ujian dengan redha. Mungkin Tuhan masih belum makbulkan doa saya kerana ada sesuatu yang manis akan saya nikmati akan datang. Dan mungkin juga masa yang sesuai belum tiba. Bersabarlah Niza.

Saya hanya seorang perempuan yang selalu jengkel jiwanya. Hatinya mudah tercalar dek kerana pengalaman yang lampau. Tapi selalu memujuk hati jika kejengkelan itu datang menyerang. Nafsu untuk dimanjai selalu datang. Nafsu untuk dihalusi selalu ada. Tetapi siapa sajalah ingin melayan nafsu manja dan halus perempuan jengkel ini? Untung saja yang merasainya tetapi rugi untuk perempuan jengkel ini.

Perempuan jengkel ini harus ingat, mulanya mereka akan sangat manis berbicara, bergurau senda sehingga peringkat jemu semuanya hilang. Tapi itu sebahagian ujian yang perempuan jengkel ini harus hadapi.

Pekerjaan perempuan jengkel ini juga sangat rumit. Seperti tiada jaminan. Menambahkan lagi kekusutan dan kejengkelan yang ada. Tetapi perempuan jengkel yang mungkin nampak tenang diluar, ombak tsunami didalamnya hanya mampu menadah tangan berdoa setiap kali selepas solat, setiap kali semasa hujan dan setiap kali tika azan dilaungkan.

Setiap kali malam jika berkesempatan istikharah dan hajat penambah keyakinan. Tahajud dan taubat masih dalam perancangan penggugelan. Tanggungjawab perempuan jengkel sebagai ibu sedaya upaya dilaksanakan. Impian dan harapan perempuan jengkel terhadap anak-anak yang belum akil baligh selalu saja dilontarkan sebagai doa. Semuanya terbeban dibahu dan pemikiran perempuan jengkel ini.

Perempuan jengkel ini juga punya impiannya sendiri. Perempuan jengkel ini bukan mahu hidup mewah, punya kereta sport Ferrari yang berkuasa kuda bagai. Bukan. Kalau ada Robocop biru itu sudah seperti Mazda 6. Tapi yang paling perempuan jengkel idamkan adalah punya rumah sendiri. Baik diatas tanah mahupun tinggi separa langit. Perempuan jengkel tak kisah. Bukan mahu banglo mewah. Flat orang miskin pun perempuan jengkel ini tak kisah. Perempuan jengkel mahu hidup sederhana dan cukup-cukup.

Perempuan jengkel bukan mahu handbag harga cecah ribu-ribu. Perempuan jengkel ini sekarang hanya menggenggam handbag murah sudah mau tanggal-tanggal kulitnya. Perempuan jengkel ini tak kisah.

Perempuan jengkel ini hanya mahu hidup tenang. Setenang tasik lombong yang ditinggalkan mewah dengan hidupan alam didalamnya. Tapi terkadang penceroboh atau intruder suka datang mengganggu. Perempuan jengkel akhirnya remuk redam. Tak apa lah. Perempuan jengkel ini tenang saja walau terkadang ketenangan perempuan jengkel dilanda ribut taufan.

Perempuan jengkel ini bukan saja jengkel..tetapi juga jelek. Jengkel dan jelek dimata manusia tak apa...usah jelek dimata Allah SWT cukup bagi perempuan jomblo jelek jengkel dan selalunya pemikirannya akan berakhir dengan jeng jeng jeng....

*disaat hati tak keruan inilah yang terluah*
posted from Bloggeroid