Saturday, February 16, 2013

Boleh ke you?

Saya sangat tak sabar untuk masuk semester baru nanti :) Saya dah check subjek mana nak register nanti. Yuran macam biasalah ribu lebih sikit. Saya berdebar untuk semester yang akan datang ni, sebab takut nanti emosi tak stable. Setakat urusan anak masih boleh handle. Emm.. Orang kata, kita buat dia, bukan dia buat kita.

Banyak plan terbengkalai. Tapi mana yang boleh diteruskan kita teruskan dulu. Study kena teruskan. Insyallah kalau effort tu ada..pasti akhirnya nanti okay. Harap doa mak dan ayah makbul untuk saya :) Ada lagi ke yang doa untuk saya? ;)

Hidup saya kena usaha lebih sikit dari adik beradik yang lain. Tapi still okay. Walau rasa kelam kabut sekali sekala.

Malam tadi solat istikharah lagi :) Biar banyak kali takpe untuk ketetapan hati.

Emak nak operate lutut. Kat hospital Sg Buloh. Kawan kata senang jer tepi highway. Nantilah check balik. Sebab ingat nak tunggu mak. Cuma kalau cuti okay. Tak pun amik EL jer.. Hehe

Still rindu Abang. Tapi takpe..dia stay to give me some guidance if needed :) Rasa sedikit sedih tapi itu yang terbaik. Am not sure whats inside his heart. Sebab bila tanya dia akan bagi jawapan yang blur. Dan bila tanya balik jawapan dia macam cover-cover. Perahsia dia ni. Mungkin tak semua orang yang dia boleh cerita about his heart. Yang saya tau dia pernah broken heart..same like me. Haih!! Tapi takpelah..saya nak try kenal dia. :D Boleh ke?
posted from Bloggeroid