Friday, February 22, 2013

Ayu berbaju kurung

Hari ini ayu berbaju kurung.. Niat memang nak pakai baju kurung tapi tak terlintas pun hari ni hari Jumaat.

Malam tadi saya kira tidur hanya 3jam sahaja. Itu pun terganggu dek kerana tiba-tiba machine ubat tahan sakit berbunyi nyaring. Kerana nurse datang dan pergi. Tapi agak selesa kerana katil sebelah takde patient so gua la yang jadik patient bungkus habis bak nasik goreng bungkus dengan telur. Dah jam 5lebih mak nak mamam. Nak e-ek tapi tak kuar. Layan. Bila lagi nak tolong mak. Bila lagi nak balas jasa mak. Masa ni lah. Nak balas dengan wang ringgit memang tak mampu. Maklumlah..anak ramai suami takde. Ujian Allah tu..sabar..kena usaha lebih. :)

Nasib baik mak dapat wad kelas kedua. So agak selesa sebab sepatutnya patient dalam ni 4 orang..tapi yang ada hanya 2 orang. Emm.. Allah permudahkan segalanya. Tak sia-sia doa untuk mak. Dan mak pun nampak tough. Sakit tapi maintain. Hehe..mungkin saya ikut mak sebab masa saya sakit bersalin anak first boleh gelakkan india sakit bersalin panggil mak dia. Sampai kena marah dengan nurse. And ekceli sampai yang ke empat still maintain cool nak bersalin. So tiada c-sect semuanya normal. Alhamdulillah..walau peknan masa tu sedih manjang tapi Allah memudahkan urusan nak bersalin. Ajaren arr..buat hal manjang. Dan kesan dari semua tu saya lebih indipendent..kalau gi mana sensorang pun okay. Kalau dulu takut nak drive jauh-jauh..sekarang on jer..lebih indipendent dari kakak-kakak yang ada lesen dulu dari gua. Itulah salah satu hikmah Allah. :)

Mak tak makan sangat..gua yang menunggu pun tak makan. Roti, anggur, kuih bahulu, tumpi, air tin dan air kotak tak sentuh.. Saya bukan seorang pemakan. Sampai mak tanya balik, "ko makan apa?"

Ahahaha..biasala mak..makan hati banyak :)

posted from Bloggeroid