Friday, February 8, 2013

putus cinta

Tajuk seperti remaja. Tapi itulah hakikat walau saya anak dah empat. Itulah hakikat walau saya umur dah lanjut. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Saya redha dan pasrah biar apa pun berlaku dalam hidup saya.

Walau mungkin dia kecil hati dan saya juga begitu, mungkin ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Mungkin ianya hanya salah faham. Saya sedih tapi tenang. Walau pada mulanya nak menangis macam kucing hilang anak.

Saya akan tetap ingat nasihat dia. Kerana dia pembimbing saya. Saya tetap respek dia. Allah itu adil. Allah itu lebih maha mengetahui.

Blog ni pun kesinambungan dari blog yang lepas. Kelainan tiadalah sangat. Tapi saya akan lebih berlapik bila menulis. :) Siapa nak follow, followlah. Siapa tak nak saya tak paksa. Siapa yang kenal dan masih terus ingin mengikuti perkembangan diri..saya hargai.

By the way, hobi baru saya adalah shopping. Shopping barang rumah walau masih tiada rumah. Setakat ni tak banyak yang saya kumpul. Maklumlah gaji tak banyak. Tapi alhamdulillah. Bersyukur apa yang ada. :) Sikit-sikitlah.. menggantikan barang-barang yang hilang dulu. Kali ni saya akan make sure berurusan dengan mana-mana pihak tanpa campurtangan orang lain. Lebih puas hati, kemas dan teratur. :)

Blog ni pun masih belum nampak semenggahnya sebab saya tak tahan nak berblogging lepas first blog saya dah personalkan. Yang tu biar jadi tatapan Ajaren nanti. Kalau dia nak bacalah. Saya taw dia pemalas nak membaca.

Saya suka dia, saya sayang dia, saya banyak simpan angan-angan tentang dia. Saya minta maaf jika saya yang buruk sangka. Maafkan saya.. Rindu itu akan ada hingga akhir hayat saya.