Wednesday, March 13, 2013

Tak mahu muntah buat Site PAC..giliran POR buat sampai pening

Tidur saya selalu terganggu. Setiap malam akan terjaga.

Many things happen recently. Kerja and relationship. Buat saya menjauhi kaum adam.

I will keep my old fren but not to make a new one.

It is okay being hurtz to make me myself stronger. No matter who hurtz me, I keep praying for their happiness. May Malaikat pray a good for me.

Eh eh..kenapa cakap bahasa inggris ni?

I will stay in my new dept. Takmo tukar dah. Ekceli Nik kol kelmarin offer doing the same thing. Buat site PAC sampai MUNTAH!! Tapi bukan under documentation. Under regional and the boss is local person. Sama macam WKW. Serius saya dalam dilema satu malam.

Pagi tadi macam nak terima offer tu. Low risk lah kalau difikirkan sebab kerja yang kita dah taw buat. Takyah susah-susah nak belajar balik. Dan buat site PAC tu pun bukan guna otak sangat.

Tapi masih dalam dilema. Berlari-lari gua mendapatkan Edra yang kebetulan tengah chit chat dengan Kak Zu. Diorang sangat memberi idea bernas.

Ang ni boss Southern. Dia ni terkenal dengan sikap tak baiknya. Korang tanyalah mana-mana subcon yang pernah kerja dengan dia. Perghh!! Ekceli pernah gak excollegue mengadu pasal dia ni kat gua.

Masa lunch macam biasa lah bergossip tentang kerja. And luckily kalau saya masuk Southern region konfirm-konfirm menempah sengsara.

So make decision stay dengan Chinaman yang nampak kool jer derang ni. Duduk tegak kaki rapat buat kerja. Benefit banyak dekat Project Dept. Why I say so? Sebab everyday I kena speaking London berterabor. Lepas tu belajar benda baru. Then mix around dengan warga asing. Kalau kat documentation terkongkong oleh anasir WKW.

Kami grup documentation ada grup dalam watsap. Kesian WKW hari-hari kena kutuk. Grup tu pun yang seotak dan seminda jer yang join.

Gwe pulak mana-mana grup Watsap pun suka baca jer. Komen kurang. Huhu... Dok online watsap bukan chatting atau Zhang Kai panggil talking. Ekekeke...but reading. Sekali sekala menyampuk haha huhu hehe hoho.

Kelmarin gua order vit c 10k mg. Pergh..kau amik sekali 10k mg. Ada vitc plus collagen plus antioxidant. Konon-konon nak licinkan kulit. Kita tengok nanti camaner. Tak mau sebut nama apa supplement tu. Nanti dah okay gwe tayang botol sekali dalam ni. Test dulu satu botol tengok nanti macammana.

Sekarang mau jaga penampilan luar dan dalam. Jaga kulit, jaga hati, jaga dalaman dari segi mental dan fizikal. Mau concerntrate itu berbanding beli hembeg mahal or baju branded. I pun memang bukan kaki branded pun.

Tapi hembeg dan beg laptop memang mau kena tukar. Hembeg suda tanggal-tanggal skinnyer. Bag laptop suda koyak pula. Ada bag laptop original ASUS. Tapi pun bag gantung tepi. Kalau pondan cakap.. Wah!! Hadek-hadek sangat.. Ekeke lagipun kalo beg tu koyak orang mesti ingat dalam pun cuma spender koyak. Ahahaha..betol tak? Takyah nak tunjuk best sangat. So takdela kena samun. Eh..tingat laki gwe..huhu

Online bisnes gwe ish... Nantilah citer..malu pulak nak gebang.. Kuikuikui..

Klah dah jam 3pagi. Mau sambong tidur yang tergendala tadi. Gud nytezzzz ollss...

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 12, 2013

Rindu

Tanggungjawab..tanggungjawab..

Abang kata saya kena struggle for my future. Saya perempuan. Emosi terlebih. Saya tengok lelaki walau ada masalah sangat kool. Saya tengok lelaki macam senang jer menangani setiap emosi mereka. Saya? Teringin menjadi kool seperti lelaki.

"If u want to be a better person... u mend things to be better. U dont
quit." Ni yang Abang kata lalu watsap.

But sometimes kita rasa sangat giveup bila orang-orang disekeliling kita, yang selalu kita jumpa tidak supportive. Mungkin perlu perbaiki diri sendiri dulu..tapi kita manusia. Sekarang saya tidak jatuh berbanding dahulu. Sekarang saya merangkak. Dulu pernah saya tertanya..'esok dah tua aku naik basikal sajakah?' sebab masa tu saya langsung takde apa.

Dan dulu waktu balik kerja yang kena jalan kaki masuk dalam. Apa yang saya nampak satu jalan lurus tanpa penghujung.

Tapi dulu walau saya pergi kerja naik bas, *sampai kena ngorat dengan indon beragas..naseb baik tak sampai kena bawak lari pi Lombok..huhu..skeri meri* .. Saya heppi sebab kerja saya jumpa warga banting setiap hari. Kadang-kadang bergurau senda dengan customer. Melayan kerenah customer yang kadang-kadang ketiak hangit. Pengalaman paling manis kerja di Watson. Siyes saya rindukan mereka.

Berdepan dengan pencuri..*alahai..yang dicuri pun cuma benda kecik..tu pun nak curi* tapi pencuri tu penagih dadah..sampai encik polis kata, "biarkan dia nak mencuri..silap haribulan dia bawa jarum picagari cucuk kat badan awak..dah kena aids"..euw..lagi skeri beskot meri.

Siyes best layan customer. Lagi-lagi nak raya..promote bagai nak rak sebab nak naikkan sales. Lepas tu tengok orang shopping. *walhal diri sendiri masa tu tak shopping pon*

Paling slumber bawak duit sampai lebih 10k jalan pegi bank macam bawak duit sepoh hengget. Huhu.

Aarrgghhh!!! Rindu hari-hari bahagia saya. Rindu ada orang nak buat saya senyum everyday. Rindu!!

Tapi semua pon macam take for granted dekat saya. Kalau saya tak wujud..ada orang ambil kisahkah?

Rindu kat abang..tapi abang tak rindu pon kat kita. Takpelah..*mode paling cedey*

posted from Bloggeroid

Sunday, March 10, 2013

Baby suka nanges

Baby suka nanges. Tak dapat barang nanges. Buat Mommy nak naik angin.

Mommy suka bila nenek atau atok takde sebab kalau dia mengada takde sapa nak layan dia. Selalu kalau Mommy marah nanti dia merajuk kejap jer. Takde nak nanges lama-lama.

Malam ni Mommy rasa kurang sedap hati. Sebab .. Tak tawlah !!

Banyak nak cerita tapi malas nak type panjang-panjang. Esok nak bangun pagi-pagi.

Boring ler. Meh sini sapa nak teman? Teman borak-borak and teman lepak-lepak.

Ni setan berkerumun soh kata jangan mandi dan solat. Menyeksi atas katil pakai tuala jer. Mata dah nak pejam rasa. Tapi tak solat lagi.

Oh..hari tu singgah maghrib kat masjid kampung apentah namanya tu. Selalu lalu and first time maghrib kat situ. Nyaman and tenang jer jiwa. :) Ni buat rasa nak solat kat masjid lagi. Cuma tak berkesempatan. Saya planning bulan puasa nak lepak situ. :)

Lagi pun saya ada konflik dengan orang dalam rumah. Malas nak layan. Hari tu sindir-sindir dalam FB. Dah kena shoot sebijik tak ngaku. Menci ah. Malas nak layan.

Kalau dapat rumah flat sebelum puasa. Saya dah plan nak lepak rumah tu jer. Kalau dapatlah.

Saya tak taw kenapa keadaan makin keruh. Selalu saya jer mengalah. Bila sekali-sekala bersuara derang banyak salahkan saya balik. Sedih takde bahu nak pinjam.

Takpelah. Nak mandi dah. Lepas ni nak solat istikharah. Kot-kot dapat sign jalan mana nak tuju. Mahu belajar hidup berdikari dan tempat bergantung hanya Allah. Nak nanges.

Saya tadi beli CD Hafiz Hamidun. Best gak. Layan dalam kereta. Esok odw boleh layan Hafiz Hamidun. Baju skolah tak basuh lagi. Malas. Penat. Mengantok. Lantakkan jer.. Huhu

*semalam punyer jiwa*
posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

Mantol

Sometimes bila dah buat dan dah kena shoot, menggelabah cover dengan ayat-ayat yang agak sedikit kasar bila membacanya.

This is my opinion, kalau orang tu memang tak berniat untuk menyindir. Dia akan memberi tindak balas yang lembut. Bukan terasa dengan memberi tindakbalas yang kasar. 

Contoh : Eh.. ayat saya buat awak terasa? I am so sorry takde niat pun nak buat awak terasa. Saya tak tujukan post ni kat awak. Maaf ye?

Instead of : sorri aku tk sindir ko... aku tulis ape yang terlintas kat kepala aku.. we are free to write.. lagi pon bukan ko sorang jer yang ada masalah macam ni..  banyak orang lain kat dunia ni... dah tak yah nak kecoh ko tak suka ko buang jer... aku pun tak care ape yang ko care.. sbb aku punye hal takde kena mengena dengan ko.. if u want to live happy dont bother what people say about u like i do.. i dont care whether orang suka kat aku atau tak, yang penting aku tahu apa yang aku buat.. last thing sori kalau ko terasa.. hal ko takde kene mengena dengan aku.. ok.. ape yang terjadi pada ko dan laki ko aku cukup faham tu pasal aku tak mahu balas apa2 yang ko statementkan.. cuma ari aku tulis bkn pasal ko.. tapi ko yang terasa lak.. aku nak buat mcm mana.. yang takde kena mengena tolong jangan kecoh..jgn jadi lighter.. a very last thing that u have to know.. AKU TAK TULIS PASAL KO...FAHAM...

This is only my opinion.. :)

Wednesday, March 6, 2013

ByeByeWKW

Hari ni rasa lega hati faham apa yang diperjelaskan oleh Zhang Kai. Ye.. saya akan gantikan dia untuk POR *Purchase Order Request* dan perlu expert dalam masa 2 minggu. Saya boleh.. Yeah!

Saya rasa ini permulaan positif kerana saya tidak akan lagi bergantung dengan WKW yang hanya mengerah tenaga staff yang dapat nama tentulah WKW. Saya dah tau dia tu gitu. Ini bukanlah perasaan tak puas hati cuma luahan hati staff-staff DC.

Saya tahu benda ni akan terjadi pada saya sejak selepas exam hari tu. Saya tahu WKW itu bagaimana. Saya bersyukur dapat lepas dari dia. Anyway tq lah WKW.

Tapi ada sedikit kekesalan dihati saya. Kenapa dia tak release saya awal dulu. Masa dah suntuk untuk saya belajar perkara baru. Saya kena betul-betul expert dalam masa 2minggu sebab kerja ni hanya Zhang Kai itu saja yang tahu. Nak-nak slanga English dia yang kena faham betul-betul. First day hari tu dia membebel panjang-panjang pun memang dapat 10% apa yang dia ajar. Lepas tu saya tanya balik banyak-banyak kali. Nasib baik dia baik. Ajar dengan penuh berdedikasi. Siap tulis dan lukis bagai. Mana taknya.. dia cakap service sepatutnya servis..tapi dia cakap servais.. wakaka..

Siap saya suruh dia tulis pe bende alah lah dia cakap. Lepas dia tulis saya boleh gelak-gelak. Dan hari ni seperti dah biasa dengan slang dia dan saya faham. :)

Anyway rezeki Allah nak bagi dalam berbagai bentuk. Jadi bersyukurlah apa yang ada. Apa pun semua bergantung pada kita. Think positive !!!

Oh ye.. lupa nak koba kenapa 2minggu. Zhang Kai nak balik China dah. Dan tak datang Mesia lagi. Dan saya perlu indipendent di project team. Tak macam kat DC semua kena kontrol. Yarkh!!! Bye-bye WKW.  :D

Perempuan jomblo jengkel jelek yang jeng jeng jeng

Hari ni saya hilang kawalan sehingga terkeluar status yang tidak sepatutnya diFB. Saya cuba didik hati dan jiwa supaya bersabar tapi setan disekeliling memuja-muja hati untuk terkeluar dari landasan. Hidup ini banyak ujian dari Allah. Maafkanlah hambamu yang sangat kerdil ini. Ku terima semua ujian dengan redha. Mungkin Tuhan masih belum makbulkan doa saya kerana ada sesuatu yang manis akan saya nikmati akan datang. Dan mungkin juga masa yang sesuai belum tiba. Bersabarlah Niza.

Saya hanya seorang perempuan yang selalu jengkel jiwanya. Hatinya mudah tercalar dek kerana pengalaman yang lampau. Tapi selalu memujuk hati jika kejengkelan itu datang menyerang. Nafsu untuk dimanjai selalu datang. Nafsu untuk dihalusi selalu ada. Tetapi siapa sajalah ingin melayan nafsu manja dan halus perempuan jengkel ini? Untung saja yang merasainya tetapi rugi untuk perempuan jengkel ini.

Perempuan jengkel ini harus ingat, mulanya mereka akan sangat manis berbicara, bergurau senda sehingga peringkat jemu semuanya hilang. Tapi itu sebahagian ujian yang perempuan jengkel ini harus hadapi.

Pekerjaan perempuan jengkel ini juga sangat rumit. Seperti tiada jaminan. Menambahkan lagi kekusutan dan kejengkelan yang ada. Tetapi perempuan jengkel yang mungkin nampak tenang diluar, ombak tsunami didalamnya hanya mampu menadah tangan berdoa setiap kali selepas solat, setiap kali semasa hujan dan setiap kali tika azan dilaungkan.

Setiap kali malam jika berkesempatan istikharah dan hajat penambah keyakinan. Tahajud dan taubat masih dalam perancangan penggugelan. Tanggungjawab perempuan jengkel sebagai ibu sedaya upaya dilaksanakan. Impian dan harapan perempuan jengkel terhadap anak-anak yang belum akil baligh selalu saja dilontarkan sebagai doa. Semuanya terbeban dibahu dan pemikiran perempuan jengkel ini.

Perempuan jengkel ini juga punya impiannya sendiri. Perempuan jengkel ini bukan mahu hidup mewah, punya kereta sport Ferrari yang berkuasa kuda bagai. Bukan. Kalau ada Robocop biru itu sudah seperti Mazda 6. Tapi yang paling perempuan jengkel idamkan adalah punya rumah sendiri. Baik diatas tanah mahupun tinggi separa langit. Perempuan jengkel tak kisah. Bukan mahu banglo mewah. Flat orang miskin pun perempuan jengkel ini tak kisah. Perempuan jengkel mahu hidup sederhana dan cukup-cukup.

Perempuan jengkel bukan mahu handbag harga cecah ribu-ribu. Perempuan jengkel ini sekarang hanya menggenggam handbag murah sudah mau tanggal-tanggal kulitnya. Perempuan jengkel ini tak kisah.

Perempuan jengkel ini hanya mahu hidup tenang. Setenang tasik lombong yang ditinggalkan mewah dengan hidupan alam didalamnya. Tapi terkadang penceroboh atau intruder suka datang mengganggu. Perempuan jengkel akhirnya remuk redam. Tak apa lah. Perempuan jengkel ini tenang saja walau terkadang ketenangan perempuan jengkel dilanda ribut taufan.

Perempuan jengkel ini bukan saja jengkel..tetapi juga jelek. Jengkel dan jelek dimata manusia tak apa...usah jelek dimata Allah SWT cukup bagi perempuan jomblo jelek jengkel dan selalunya pemikirannya akan berakhir dengan jeng jeng jeng....

*disaat hati tak keruan inilah yang terluah*
posted from Bloggeroid

Sunday, March 3, 2013

4suap nasi :)

Tak tahu dimana mahu mulakan perasaan yang tak tentu ini. Bila punya perasaan ini, saya hanya ingin tidur tanpa sebab. Saya hanya ingin bersendiri. Walau dipaksa diri ini keluar tapi result nyer akan selalu hampas.

Semalam perasaan tidak celaru kerana pagi-pagi dah keluar hantar Abang pergi sekolah. Bawa Baby saje. Kakak dan Adik masih tidur. Breakfast berdua dengan Baby sangat menenangkan. Sebab Baby takde kawan nak kecoh-kecoh. Lepas tu ambil Abang. Masa tunggu Abang terjumpa rakan sekelas dulu. Juga jiran sekampung. Sekarang pun sekampung di Kebun Baru. Berborak sambil tukar-tukat no phone. Sempat pesan kenduri kendara jemputlah :).

Kawan ni lelaki. Kerja hanya sebagai tukang kebun. Tapi nampak happy. Saya pun nak happy jugak !! Dia tanya suami kerja mana. Sekarang tak macam dulu sangat berahsia bila ditanya kawan lama hubby kat mana. Sekarang berterus terang. Dia terperanjat. Tak percaya tapi itulah hakikat. Kalau dulu mak dan ayah sekelas. Sekarang anak-anak pula sekelas. Esok-esok entah-entah berbisan. Sapa taw?

Lepas tu pergi round-round GM Klang. Dulu lain, sekarang dah lain. Makin banyak kedai tak serabut macam dulu. Ni second time round GM Klang. Not bad. Harga pun okay.

Petang duduk rumah. Abang watsap. :) Suka.

Tapi pagi ni tak taw nape perasaan tak tentu. Baring kat peha Kakak perasaan tu tak hilang. Call Mak bertanya khabar, pun tak hilang. Call sesiapa jer yang saya nak call. Kawan lama. kawan baru. Ada yang tak dapat masuk voice mail. Yang dapat mamat lu gua bro tu. Borak kejap. Perasaan tu masih ada.

Buka phone tengok FB check watsap. Sama juga. Tengok TV. Fikiran melayang pada berita semasa. Berita Nasional, berita artis. Oh !! saya suka tengok Rozita Che Wan nak kahwin dengan Zain Saidin. :). Kakak datang, Mommy peluk Kakak ketat-ketat. Tapi perasaan kucar-kacir ada lagi.

Lepas tengok TV, naik katil. Niat nak solat Zuhur tapi perasaan ini macam kucar kacir. Bagaimana mahu khusyuk? Terdengar bunyi kecoh-kecoh dalam dapur. Masuk dapur tengok anak-anak bujang nak goreng telur. Layan kejap. Layan derang nak lunch. Masuk bilik. Keluar balik.

Nampak Baby makan. Saje nak bermanja.."Baby suap Mommy." Baby suap. Pergi kat Adik. "Adik suap Mommy." Adik suap. Pergi pada Kakak. "Kakak suap Mommy" Kakak pun suap. Last pergi kat Abang. "Abang suap Mommy." Abang jugak suap. Empat suap nasi dari tangan anak-anak cukup kenyang bagi Mommy untuk lunch hari ni. Suapan penuh kasih sayang tanpa berbelah bahagi. Mommy masuk bilik, Mommy rasa lega. Buka laptop terus menaip.

Cerita sedikit bosan untuk saya update. Tapi saya lega... Bye