Tuesday, January 21, 2014

The =

Yuna. Coffee. Lemon tea. Dark chocolate.

Ah.. lapar. Pepagi dah ada surat atas meja. Dengan chocolate Daim. Surat dari bank. Chocolate pemberian Tasha.

Ah.. lapar. Tunggu abang tak keluar lagi. Now everyday amik mereka sebab kesian tengok Aqasya tak larat bawak buku.

Ah.. lapar. Aqasya jadi ketua kelas. Haha.. comel jer rasa dia jadi ketua kelas. Kalau Abang dulu kat sekolah lama jadi ketua kelas tak rasa comel sebab Abang memang matang. Aqasya kan suka dengan dunia sendiri. Tapi dia tak macam baby..baby tak suka dipeluk tapi Aqasya suka. Dia akan rasa safe and warmed :)

Ah.. lapar. Abang jadi pemain bola sepak sekolah. Cikgu nampak dia main sedang bersukan terus ambil jadi striker sekolah. Hmm.. boleh tahan. Hari tu pusing-pusing cari jersi malaysia siap print nama dengan no.8. Hoping for the best :)

Ah.. lapar. Semalam mak call.

#Ah.. lapar.. tu semalam punye citer. Dah terencat nak sambung sebab lama sangat dah hang kat citer yang last tuh.

Hari ni..waktu pi kerja tadi cam biasalah jem kat exit shah alam - puchong. Kat situ aku pandang keta belakang tengah best layan rokok. Nak taw dak sometimes bila tengah stress aku rasa macam nikmat jer hisap rokok. Kau sedut dalam-dalam sampai paru-paru lepas tu kau keluarkan balik asap rokok tuh.

Hannan pernah tanya Atok Ripin sedap ka hisap rokok tuh. Atok kata hilang stress. Bila nak marah kau sedut asap tar tu dalam-dalam lepas tuh kau lepas ke udara bercampurlah dengam oksigen segar dalam udara tuh dan dihidu oleh kau sendiri juga orang lain yang tak merokok.

Aku ada terbaca rokok ni haram dalam Islam. Perokok yang merokok bila buat anak..air mani tuh dah campur kat asap rokok dan jadi anak.. anak tuh jadi anak haram. Ni bukan aku cakap..ada ustaz cakap. Tapi derang dah editlah jadikan gambaq. Aku tak taw kesahihannya..kalau betul..betullah.. kalau tak betul aku tanaklah terlibat dalam menyebarkan ajaran pelesu.

Arwah ayah dulu perokok tegar. Once dia kena minor stroke..dokter nasihat suruh berhenti terus. So arwah pun on da spot berhenti. Tapi aku rasa tu penyebab arwah kena kanser paru-paru. Sebab paru-paru yang kebiasaannya menerima bendasing-bendasing seperti nikotin..tar etc dalam rokok..tiba-tiba tak dapat. So percambahan kanser-kanser tuh berterusan sedikit demi sedikit. Tu teori makrifat akulah.. hahaha.. aku kan memang pencipta teori fakta ke auta.. sukatilah aku kan..? Hehe

So nasihat aku..sapa nak berenti rokok haram jadah tu..berenti sikit-sikit. Jangan mengejut. Sebab nanti ada side kick.. eh silap.. side effect. Sapa nak terus boleh. Tapi kalau fatwa yang ustaz tu cakap benar..nanti kat akhirat kena tanya dah taw rokok haram kenapa merokok? Ha.. kau nak jawab apa? At least if you ada effort nak berhenti..tapi sedikit demi sedikit dan belum sempat habis nak berhenti merokok kau dah tammat dulu.. kau bolehlah jawab.. aku dah try..sedang berusaha untuk berhenti tapi dah tammat riwayat dulu.. jadi aku tak khatam nak berhenti merokok. Ntah pe ntah yang aku ajar nih. But at least kau berusaha untuk berhenti.

Aku rasa Hannan dulu cer try test merokok mungkin kerana perasaan ingin mencuba beliau terlalu tinggi. Sebab tuh dia try test. Ada orang kata kalau tak nak bagi dia merokok suruh dia bersukan. Sebab orang bersukan nih kalau tak merokok tiba-tiba dia merokok akan slow sikit stamina dia. Hehe.. ni tips cek abang bagi nih.. masa dalam keta on da way pi... eh-eh.. lebih-lebih pulak nak citer naa.. hahahahaha..

Satu lagi pada yang kata merokok pengubat stress..aku rasa memang salah satu ubat stress lah. Tapi kau tak rasa stress ke bila kau takdak duit nak makan..tapi kau bayar harga rokok tuh yang lebih harga dari kau makan roti canai sekeping dengan neskepe ais? Dalam Islam kalau kau tengah stress atau marah.. pi amik wuduk. Tak pun ko mandi wajib sambil baca al-fatihah banyak-banyak. Kalau kau tengah berdiri kau duduk. Kalau duduk tak membantu kau baring. Kalau baring tak jugak reda.. apa kata kau tonggeng bagi kuar angin ikut pintu belakang. Keh keh.. kalau tak reda jugak.. kau pi masak nasik ka.. kau pi jogging ka.. kau pi ngorat awek ka.. tak ok jugak.. aku rasa kau tahap spesis tak boleh pakai. Hahhaha.. sukahati aku jer.. hehehehe...

Tapi.. satu. Kau jangan terjun bangunan..kau jangan jerut leher ngan tali..kau jangan potong urat tangan..kau jangan makan pil tido bagi kau tido terus..kau jangan makan panadol dengan coke sekali harung..kau jangan minum arak todi etc..kau jangan buat benda yang bangang merosakkan diri sendiri sudah. Tu namanya mengikut kata hati nafsu syaitonnirrojim.

posted from Bloggeroid