Monday, January 13, 2014

Cerpen;Kangkung

"Apa?! Kangkung dah turun harga?" Keringat Sumarnok yang dari tadi turun secara speedy gonzalez tidak diendahkan.

"Huh! Ini tidak adil!!" Rungut Sumarnok. "Kenapa ini boleh terjadi?" Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Sumarnok tidak habis-habis mengomel sendirian. Sesampai di tangga batu rumahnya, terus di laungkan nama isteri kesayangannya.

"Semah! Oooo Semah! Mana kamu?" Terlolong-lolong Sumarnok memanggil isteri kesayangannya ittew.

"Saya abang." Semah menyahut panggilan suami kesayangannya ittew dengan lemah lembut. Semah sedang menyemai benih-benih sayur kangkung di tapak semaian kangkung mereka. Mereka punya kebun 3hektar yang diusahakan oleh mereka sendiri semata-mata sayur kangkung sahaja ditanam.

"Habislah Semah. Mahu makan apa kita ini? Kangkung sudah turun harga." Ayat pertama Sumarnok selepas melihat isterinya terkedek-kedek berjalan penuh kelembutan.

Semah terperanjat seperti tidak percaya dengan penurunan harga kangkung. Semah hanya terduduk. Diam membisu sehingga air mata yang bergenang tidak semena-mena jatuh ke pipi. Seumur hidup mereka, mereka membesar dengan kangkung. Duit hasil jualan kangkung itulah buat mereka menyara kehidupan anak-anak yang berjumlah 14 orang cukup untuk satu team bola.

Sumarnok memang minat bola, sebab ittew disuruhnya Semah mengandung 14 kali dan beranak juga 14 kali. Cita-citanya untuk menjadi orang kaya hasil team bola yang mereka hasilkan nanti.

"Abang.." Semah tiba-tiba bersuara dengan lemah sambil tersedu-sedan.

"Syukurlah Malaysia masih aman.."

posted from Bloggeroid