Saya enggan berfikir apa akan jadi masa akan datang.
Tapi saya tiada lagi kekalutan seperti dulu, yang mana saya selalu fikirkan nanti bagaimana keadaannya kami selepas x hubby keluar. Dia tiada lagi di kotak pemikiran saya dan tiada didalam perancangan masa depan saya.
Apa yang saya fikirkan adalah rumah. Bagaimana ingin mengemas rumah supaya tidak nampak serabut dan tidak mahu banyak barang didalam rumah sekecil itu. Saya tak pasti anak-anak akan selesa atau tidak dirumah itu, tetapi itu sahaja yang mampu saya sediakan.
Ini adalah kali pertama saya ingin bermastautin didalam rumah sangkar merpati tingkat 4 atau dalam bahasa bestnya adalah Pent House.
First time in my life saya hidup berdikari tanpa keluarga dan saya perlu menjaga kebajikan anak-anak juga diri sendiri. Nervous? Absolutely lah! Walaupun ini adalah pilihan saya, tetap nervous plus excited. Anak-anak juga excited. Saya harus buat yang terbaik untuk mereka.
Saya bukanlah seorang yang kreatif pemikirannya untuk menjadikan rumah flat nampak seperti kondo dengan budget yang terhad. Tak tawlah nanti bagaimana rupa rumah tersebut lepas kemas-kemas nanti. Mungkin ada sedikit-sedikit barang yang perlu saya beli. Tapi akan decide selepas mengemas rumah kerana rumah itu banyak barang yang mungkin ada yang boleh pakai dan ada yang tidak.
Masa tengok rumah hari tu, dalam peti ais ada dua biji telur yang tak tahu berapa lama dah ada dalam fridge. Cuba anda bayangkan jika ia meletup.. pergh mesti best bau dia.
Sebenarnya selain dari excited saya buntu..bagaimana nanti saya mahu mengemas rumah? Err.. boleh kot nanti..
Hari tu masa tengok rumah saya sangat tak dapat berfikir kerana banyak barang mahu buang. Eh.. baru teringat.. mahu buang barang-barang dimana ye? I mean .. barang yang besar-besar.
Hari ni lepas kerja nak turun KL kerana mahu ambil kunci rumah. Teruja nih!
Kerana keterujaan ini juga.. saya lebih teruja memikirkan tentang rumah dari exam. Hmm...
Jom tolong bagi idea acaner nak kemas rumah jadik nampak macam banglo. Hehe