Saturday, July 13, 2013

Muka suci kihkih

Sedang tunggu washing machine pon bleh update blogkan? Sesuka hati jer..mentang-mentang sekarang dah pakai washing machine manual.. Tu yang kena tunggu sat takut nanti ayaq melimpah plak..

Tadi pi tarawikh. First time in my life kot gi solat Tarawikh. Perempuan lebih afdhal solat kat rumah kan? Tapi solat kat masjid lagi khusyuk. Lagi tenang. Lagi nyaman.

Esok wiken.. Ingat nak kemas rumah lah. Nak buang mana yang boleh buang lalu tong sampah lift terus jatuh kebawah. Anak-anak sekolah..biar derang pi sekolah mak dia pi kemas rumah. Ni nak kuar pepagi. Nanti lunch hour boleh balik rumah. Siapkan kerja kat rumah pulak. Nanti petang sikit balik rumah ayah. Tadi Kak Ayu call, kami nak buka puasa ramai-ramai rumah ayah. Kak Ayu kata ayah tak sihat. Lama dah jugak tak balik rumah ayah sejak sibuk dengan kelas. Rumah mak hari tu buat kenduri tu la jumpa ayah last.

Esok .. Lusa .. Tulat .. Minggu depan .. Bulan depan .. Eh kejap nak raya dah. Persiapan raya tahun ni kami sefamily lebih sederhana dari tahun lepas yang sederhana jugak. Haha.. Nasebla.. Kesian kat budak-budak. Tapi dah gitaw Abang tahun ni tak buat baju raya. Kakak sorang jer buat. Eh.. Mommy punya pun ada.. Tu pun sebab orang bagi kain hijau tu kan? Kalo tak pun takde. Tapi Mommy tak kisah sangat. Mommy dah tua takyah nak vogue sangat raya nanti. Takde orang nak ngorat dah. Kalau ada pon setakat cucu sultan selangor jer nak ngorat.. Haha.. Sengal

Raya tahun depan dah boleh terima tetamu rumah sendiri. Ish!! Acaner nanti jadik tuan rumah ye? Sepanjang hidup sejak lahir sampai sekarang tak pernah ada rumah sendiri. Ni la first time nak ada rumah sendiri. Tu pun bukan rumah sendiri .. sewa jer. So tak rasa macam rumah sendiri. Tapi dah berangan sikit-sikit. Nanti dah duduk lama sikit nak cat rumah tu bagi warna-warni macam pelangi. Hehe.. Cam kaf lam ya nga plak ek? Tapi nak catlaa.. Tapi bukan sekarang la.. Nanti-nanti.. Kumpul setin dua cat nippon paint odourless dulu.. Baru lah cat.

Lepas tu nanti.. Eh.. Banyak berangan ni sebenarnya. Tapi go slow.. Berangan cerita-cerita dalam blog.. Esok-esok tak jadi hape buat malu jer kan? Baik simpan sendiri..

Lepas ni apa yang ada dalam hati takleh pos dalam blog. Ada orang tak kasi. So nanti tulis lah balik dalam diary.. Apa-apalah

Ekceli penat lah nak hidup. Sebab tiap-tiap bulan banyak komitmen nak fikir itu ini. Dari anak first sampai fourth..gitu jer rutin hidup. Pergi kerja balik kerja dapat gaji habis.. Hmm.. Nasebla..

Tetiba rasa nak pergi umrah plak. Hmm.. Berangan jer lah dulu jugak. Haish!! Semua angan-angan.. Hmm.. Naseblah..

Naseb-naseb jugak. Nak kena ubah gak naseb tu kan? Komitmen saya terlampau banyak.. Kadang-kadang rasa sangat letih. Ni nanti duduk rumah sendiri taklehla nak rilek-rilek macam sekarang. Lagi nak kena balik on time. Takleh lepak-lepak dah kat luar.. Tunggu baby umur 13tahun baru bleh lepak-lepak balik. Ada 8tahun lagik. Wah! Saya pun dah umur 41tahun.. Huhu.. Melepaklah sangatkan umur cenggitu. Mahu melepek kat rumah.. Haha.. Eh mana tahu masa umur tu nanti gua dah sibuk buat kek orang tempah .. Ye dak ?

*Malam Sabtu jam 11:44pm*



Ni muka suci lepas solat tarawikh tapi dah ngantok sambil tunggu washing machine .. Muka puas hati baru update belog ..

posted from Bloggeroid