Friday, July 12, 2013

Hari ni start puasa dah..

Saje jer kan nak update pagi-pagi before start keje? Suke hati sayalah! Belog saya.. bukan belog awak..

Semalam pergi bazar Ramadhan. Wah..!! Banyaknye insan-insan puasa yang nak membeli. Pergi pun sebenarnya tak tau nak beli ape. Jalan dari hujung ke hujung beli 3 jenis kuih jer. Jadila.. entah naper ntah sejak dah tua ni nafsu makan tidak melonjak-lonjak. Tapi bila dia datang, sendiri mahu ingatlah.. memang makan tak hengat.

Ingat nak bawak anak-anak berbuka makan nasi arab lah nanti. Lama dah nak ajak derang makan nasi arab, asyik-asyik mekdi, kepci, pija. Makan makanan tak berapa nak sihat tuh. Budak-budak kan.. biasalah.. tengok iklan jer nak makan. Tengok iklan jer nak makan. Dulu masa kecik I tak rasa kepci-kepci ni. Maklumlah.. kitorang bukanlah dari keluarga yang mewah. Tapi alhamdulillah dulu masa kecik tak pernah rasa tak cukup. Nak makan nasi cukup..nak minum milo cukup..ish.. memang cukuplah.

Saya kagum dengan emak sebab emak yang menjaga kebajikan kami walau anak seramai 7 orang dah boleh dikatakan kami jarak agak dekatlah.. agaklah.. taklah dekat macam anak-anak I tuh.. Dulu mak selalu berbunyi-bunyi seperti nyanyi-nyanyi kalau nak buat kerja.. apa-apa pun perlu sistematik. And now saya faham kenapa para ibu suka membebel macam saya gak. Haha.. Nway saya tak suka membebel..tapi kadang-kadang perlu untuk membebel. Cian kat anak-anak. Naseblah kan dapat mak cenggini. Tapi pun kalau saya tanya derang sayang tak kat mak derang ni? Derang konfirmlah cakap sayang. Pastu derang suka puji mak derang ni comel walau kadang takdelah comel pun.. huhu.. Biasalah anak mana tak kata mak dia cantikkan?

Semalam pi tengok report kad anak-anak. Hmm.. payah lah cenggini.. prestasi tidak berapa memberangsangkan.Nak-nak lagi Abang sebab SRA dia memang jatuh giles lah. Bile tanya sebab kelas dia ada budak suka main-main so dia pun join sekali. Hish! Baik kawan dengan pompuan kalau budak lelaki suka main-main. Hmm... Nanti gua jadik cekgu garang tengok ar nanti.

Tapi semalam Abang mintak Mommy hantar pi masjid nak solat tarawikh. Abang ajak Taufiq tapi mak dia tak bagi. Gua hantar jam 830 balik jam 10. Dapatlah 18 rakaat. Malam ni kami nak pi anak beranak. Jom! Sapa nak ekot? Lailai.. Nak latih anak-anak pi masjid. Dahlah I ade 3 orang hero. Kan?kan? so perlu sangatlah latih derang ni. Sambil mak dia ni pun boleh lah latih diri jugak..

Oh ye.. semalam masa pi bazar tuh.. I de jumpa dengan sorang yang agak familiar wajahnya di dalam kepalaku. Tapi gua tak dapat recall siapakah dia. Dia cenyum so gua pun cenyum. Pastu dia kata, "Akak makin selim lah.." Gua mampu cengih jer.. haha.. Sapa ek? Sampai sekarang tak dapat nak recall. Rasanya macam anak-anak jiran sejalan dengan mak mertua tuh. Ye la.. dulu masa Hannan kecik-kecik suka bawak dia jalan naik beskal. Dah beskal jer yang ada masa tu kan? Tu yang melepak dengan derang nih.. waktu tu derang remaja lagi.. blom kahwin.. dalam 8tahun lepaslah gitu.. ish! lama tuh. Lepas tu gua balik duduk rumah mak dan ayah dalam 3 or 4 tahun gak. Lepas tu dah tak jumpa dah derang ni. La ni gua dah nek keta lagi lah tak berapa nampak muka kan? Sebab tu orang kampung selalu tanya-tanya sapa gua.. haha.. Derang tak kenal kecuali yang rapat dengan mak dan abah lah. Sebab gua pun kadang-kadang tak berapa kenal derang nih. Ish! Nanti kat flat tuh kenalah ramah tamah ye tak? Ni dah berapa kali pergi rumah tuh, jiran sebelah macam takde orang jer.. lagilah jiran bawah tepi tengah atas sumer tak nampak. Naseblah nanti yer?