Thursday, July 18, 2013

Tak sabar mahu pindah :)

Tak sabar.. cepatlah masa berlalu. Genap sebulan dah sejak pegi court hari tu.

Rasa macam nak pindah bulan September nanti, sebab kalau pindah akhir tahun.. banyak nak pakai duit. Untuk anak-anak masuk sekolah. Lagi pun sekarang cuti semester..so tengah berlapang masa. Kalau ada rezeki masuk semester baru nanti..mesti busy sebab weekend selalu ada kelas.

So aku kena planning dah. Cari lori untuk angkut semua barang. Ramadhan ni nak kena siapkan kemas rumah. So weekend ni nak bawak sikit barang dari rumah letak kat sana nanti. Kalau pakai lori hanya barang-barang besar jer pindah. Wah.. banyaklah nak kena kemas. Baju anak-anak..baju emak..banyak jugak harta karun dalam bilik tu nak kena buang.

Siaplah nanti.. mesti nak kena ambil cuti first day anak-anak pergi sekolah baru. Nak kena tunjuk satu-satu kat Abang. Nak cari babysitter for baby. Risau jugak manalah tahu baby tanak kat babysitter tuh. Baby tak pernah tinggal dengan orang lain selain mak dia, nenek dia, atok, dia dan macik dia. Takut dia tanak pulak. Harap-harap semuanya akan ok. Oh ye.. lupa pulak nak tanya ada sekolah agama tak kat area tuh. Tak ingat nak tanya kat mana.. Alahai.

Better pindah lepas raya nanti. Tuan Rumah dari KK pun nak jumpa lepas raya. Memang eloklah tu. Nak tanya barang-barang yang bernilai tapi masih boleh guna cuma gua tanak jer. Sempit dowh. Minimumkan sebanyak mungkin perabot yang ada. Jadi nanti tidaklah rasa sempit sangat. Lagipun kanak-kanak tu masih mahu lari-lari lompat-lompat dalam rumah. Kalau rumah sekecil itu kena sediakan satu bilik yang diaorang boleh main cenggitu. Kalau banyak barang letrik dalam bilik tu.. mau nanti terlanggar-langgar. Budak-budakkan.. Budak kampung yang dah biasa berlari-lari dari luar masuk dalam rumah. Ni nanti nak kena berkurung jer dalam rumah. Haih! Tak sure derang boleh biasakan diri tak. Nak kena train jugaklah supaya kurang melompat dalam rumah.

Naseblah anak-anak ye?

Wednesday, July 17, 2013

Amende lu citer ni?

https://www.youtube.com/watch?v=rm3Elf63BQc&feature=youtube_gdata_player

Namun masa terlalu singkat. Untuk aku buktikan padamu. Untukku buktikan padamu.

Malam ni agak sedih lepas tengok citer Ramadhan yang hilang dengan lagu dia yang lagi menambah kesedihan.

Sometimes perempuan boleh menjadi kejam kerana seorang lelaki atau banyak lelaki. Perempuan ini sifatnya lembut, penuh kasih sayang..tapi kalau lelaki tidak menghargai perempuan itu..jangan terperanjat perempuan itu akan bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Ah! Kenapa pulak ini yang terkeluar dari minda malam ini.

Ada sesuatu dalam hati yang tak terluah tentang mereka, tentang dia, tentang future. Kadang saya tak mahu berfikir. Tidak sependapat dengan Edra. Tak sama tapi kami boleh berborak tentang problem masing-masing.

Yup. Kadang saya annoy dengan Edra..tapi selalunya dan Edra juga berasa senang dengan saya. Something in opinion yang berbeza tapi kami tak highlight disitu. Kami hanya highlight persamaan yang kami ada.

Oh ye..now sudah ada Fina ditempat kerja dan kami agak boleh get along bersama. Jika di ikutkan..saya boleh get along dengan sesiapa sahaja kecuali WKW. Haha.. Oh tak mahu cerita tentang dia yang begitu annoying.

Sepanjang hidup saya..saya kira ada 3 atau 4 orang yang saya nampak dan kenal tapi kami tak boleh atau saya mungkin yang rasa sangat annoy walaupun orang tersebut tak buat salah apa pun. Instinct yang mengatakan jangan rapat dengan orang itu. Tak tahulah kenapa.

Malam ni saya merepek.. Maaflah.. Haha

Dia seperti sesuatu didalam hati yang tak dapat diluah atau disekat oleh sesuatu.. Huhu

Gud nyte everyone..mimpi yang indah-indah sahaja ye? :)

posted from Bloggeroid

Monday, July 15, 2013

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

"What Makes You Beautiful"



[Verse 1]
[Liam]
You're insecure,
Don't know what for,
You're turning heads when you walk through the door,
Don't need make-up,
To cover up,
Being the way that you are is enough,

[Bridge]
[Harry]
Everyone else in the room can see it,
Everyone else but you,

[Chorus]
[All]
Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh, oh,
You don't know you're beautiful,
If only you saw what I can see,
You'd understand why I want you so desperately,
Right now I'm looking at you and I can't believe,
You don't know,
Oh, oh,
You don't know you're beautiful,
Oh, oh,
That's what makes you beautiful

[Verse 2]
[Zayn]
So c-come on.
You got it wrong.
To prove I'm right
I put it in a song.
I don't know why
You're being shy,
And turn away when I look into your eye-eye-eyes,

[Bridge]
[Harry]
Everyone else in the room can see it,
Everyone else but you,

[Chorus]
[All]
Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
If only you saw what I can see,
You'll understand why I want you so desperately,
Right now I'm looking at you and I can't believe,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
Oh oh,

[Harry]
That's what makes you beautiful

Na na na na na na na na na na
Na na na na na na [x2]

[Harry]
Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,

[All]
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,

[Chorus]
[All]
Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful (Oh),
If only you saw what I can see,
You'll understand why I want you so desperately ([Harry:] desperately),
Right now I'm looking at you and I can't believe,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
Oh oh,

[Harry]
That's what makes you beautiful 


*Lagu ni I tujukan untuk diri sendiri.. haha.. naseblarrr =p

Doa si tukang sapu :)

Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan oleh Allah. Saya yakin Allah akan memberi segala yang kita nak dan perlu di satu masa yang sesuai dan Dia kehendaki.

Sebagai contoh yang paling ketaralah.. Dulu masa saya masih didalam kekeliruan untuk membuat keputusan tentang Azharin, dan masih pening mana nak sewa rumah, cukup atau tidak nanti kos sebagai permulaan hidup berdikari..selagi itu saya tak move on. Tapi bila saya yakin Allah akan menolong hambaNya yang ingin berubah dan niat tu betul.. Nah! Semua dipermudahkan. Bila saya membuat keputusan untuk divorce dan setelah itu semuanya berjalan lancar. Rumah pun dah dapat..pun dah kemas. Tapi tak siap lagi.

Ekceli bila difikirkan, dinilai..tak banyak barang yang saya perlu beli. Dan sangat-sangat kebetulan dan saya percaya instinct yang datang dari Allah itu..washing machine yang saya bayar secara ansuran sebelum washing machine yang sedia ada rosak. 3bulan yang lepas Allah dah gerakkan instinct tu supaya beli washing machine. Dan apabila washing machine tu nak habis bayar, rosak pulak washing machine yang sedia ada. Kau nampak tak disitu?

Kebetulan pulak, washing machine kat rumah baru I tu pun dah rosak. Kau nampak lagi tak disitu?

Oh ye.. Hari tu masa mengemas banyak juga yang saya kemas. Serius sampah yang ada dalam rumah tu adalah 90% clear. Bahagian dapur, saya sudah uruskan. Banyak botol tak pakai dalam kabinet. Habis dah saya keluarkan.. Bilik air sebab takde air jer saya tak habis kemas lagi. Serius senang sikit hati. Kebetulan pulak masa mengemas tu..ada makcik sapu koridor tu. Borak-borak jap..dapatlah info sedikit sebanyak tentang area flat tu. Agak bahaya juga sebab banyak pecah rumah berlaku. Tapi tak tanya plak bila kejadian itu berlaku.

Dan makcik tu pulak tolong clearkan sampah yang ada. Macam botol plastik tu dia amik nak jual. Macam barang-barang yang lain ada yang dia nak ambil dan pakai. Saya bagi jer.. Dapat gak tuan rumah pahala selagi barang tersebut digunakan.

Saya kalau bab mengemas memang sangat clearlahkan. Sebab tak suka simpan barang banyak-banyak dalam rumah. Rimas. Lepas tu bertahun-tahun tak guna. Cik Aqi tawlah acaner gua kemas barang..haha.

And satu lagi saya berkira-kira untuk membeli pinggan mangkok. Nah! Ibu mertua Cik Aqi sudah banyak pinggan dan mangkok dan ada lah sedikit yang mahu di let go kan. Jadik dia mahu beri Cik Aqi. Cik Aqi enggak mahu sebab dia pun tak suka dapur crowded dengan pinggan. Jadinye rezeki I lah kan. Amin. Semoga orang-orang disekeliling saya yang banyak membantu, yang Allah gerakkan hati-hati mereka untuk membantu, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ada..secara langsung dan tidak langsung mekacih bebanyak. Allah sahaja yang dapat membalas nanti. :)

Oh ye.. Rice cooker kat rumah tu saya mahu buang saja. Kebetulan lah sangat makcik sapu itew takde rice cooker dirumah. Dia nak ambil tapi gua tak taw bleh function or tak. Jadinye kami try test tengok rice cooker tu. Sambil borak-borak. Eh boleh guna plak. Memula mahu simpan periuknya sebab bleh guna.buat masak ketam cili api..hehe.. Tapi bila makcik tu tanya saya bagi jer kat dia. Ya Allah sukanya dia. Sejuk hati saya. Mudah kerja dia memasak nanti. Sambil tu dia doakan saya dapat jodoh yang baik-baik. Hewhew.. Makbullah doa makcik tu nanti.. Amin 100x.. Hehe



Tudung tu Cik Aqi bagi semalam.. Banyak kot dia bagi.. Dia tanak guna I pakailah.. I bab-bab baju memang tak cerewet.. Tq Cik Aqi naa..

posted from Bloggeroid

Saturday, July 13, 2013

Muka suci kihkih

Sedang tunggu washing machine pon bleh update blogkan? Sesuka hati jer..mentang-mentang sekarang dah pakai washing machine manual.. Tu yang kena tunggu sat takut nanti ayaq melimpah plak..

Tadi pi tarawikh. First time in my life kot gi solat Tarawikh. Perempuan lebih afdhal solat kat rumah kan? Tapi solat kat masjid lagi khusyuk. Lagi tenang. Lagi nyaman.

Esok wiken.. Ingat nak kemas rumah lah. Nak buang mana yang boleh buang lalu tong sampah lift terus jatuh kebawah. Anak-anak sekolah..biar derang pi sekolah mak dia pi kemas rumah. Ni nak kuar pepagi. Nanti lunch hour boleh balik rumah. Siapkan kerja kat rumah pulak. Nanti petang sikit balik rumah ayah. Tadi Kak Ayu call, kami nak buka puasa ramai-ramai rumah ayah. Kak Ayu kata ayah tak sihat. Lama dah jugak tak balik rumah ayah sejak sibuk dengan kelas. Rumah mak hari tu buat kenduri tu la jumpa ayah last.

Esok .. Lusa .. Tulat .. Minggu depan .. Bulan depan .. Eh kejap nak raya dah. Persiapan raya tahun ni kami sefamily lebih sederhana dari tahun lepas yang sederhana jugak. Haha.. Nasebla.. Kesian kat budak-budak. Tapi dah gitaw Abang tahun ni tak buat baju raya. Kakak sorang jer buat. Eh.. Mommy punya pun ada.. Tu pun sebab orang bagi kain hijau tu kan? Kalo tak pun takde. Tapi Mommy tak kisah sangat. Mommy dah tua takyah nak vogue sangat raya nanti. Takde orang nak ngorat dah. Kalau ada pon setakat cucu sultan selangor jer nak ngorat.. Haha.. Sengal

Raya tahun depan dah boleh terima tetamu rumah sendiri. Ish!! Acaner nanti jadik tuan rumah ye? Sepanjang hidup sejak lahir sampai sekarang tak pernah ada rumah sendiri. Ni la first time nak ada rumah sendiri. Tu pun bukan rumah sendiri .. sewa jer. So tak rasa macam rumah sendiri. Tapi dah berangan sikit-sikit. Nanti dah duduk lama sikit nak cat rumah tu bagi warna-warni macam pelangi. Hehe.. Cam kaf lam ya nga plak ek? Tapi nak catlaa.. Tapi bukan sekarang la.. Nanti-nanti.. Kumpul setin dua cat nippon paint odourless dulu.. Baru lah cat.

Lepas tu nanti.. Eh.. Banyak berangan ni sebenarnya. Tapi go slow.. Berangan cerita-cerita dalam blog.. Esok-esok tak jadi hape buat malu jer kan? Baik simpan sendiri..

Lepas ni apa yang ada dalam hati takleh pos dalam blog. Ada orang tak kasi. So nanti tulis lah balik dalam diary.. Apa-apalah

Ekceli penat lah nak hidup. Sebab tiap-tiap bulan banyak komitmen nak fikir itu ini. Dari anak first sampai fourth..gitu jer rutin hidup. Pergi kerja balik kerja dapat gaji habis.. Hmm.. Nasebla..

Tetiba rasa nak pergi umrah plak. Hmm.. Berangan jer lah dulu jugak. Haish!! Semua angan-angan.. Hmm.. Naseblah..

Naseb-naseb jugak. Nak kena ubah gak naseb tu kan? Komitmen saya terlampau banyak.. Kadang-kadang rasa sangat letih. Ni nanti duduk rumah sendiri taklehla nak rilek-rilek macam sekarang. Lagi nak kena balik on time. Takleh lepak-lepak dah kat luar.. Tunggu baby umur 13tahun baru bleh lepak-lepak balik. Ada 8tahun lagik. Wah! Saya pun dah umur 41tahun.. Huhu.. Melepaklah sangatkan umur cenggitu. Mahu melepek kat rumah.. Haha.. Eh mana tahu masa umur tu nanti gua dah sibuk buat kek orang tempah .. Ye dak ?

*Malam Sabtu jam 11:44pm*



Ni muka suci lepas solat tarawikh tapi dah ngantok sambil tunggu washing machine .. Muka puas hati baru update belog ..

posted from Bloggeroid

Friday, July 12, 2013

Hari ni start puasa dah..

Saje jer kan nak update pagi-pagi before start keje? Suke hati sayalah! Belog saya.. bukan belog awak..

Semalam pergi bazar Ramadhan. Wah..!! Banyaknye insan-insan puasa yang nak membeli. Pergi pun sebenarnya tak tau nak beli ape. Jalan dari hujung ke hujung beli 3 jenis kuih jer. Jadila.. entah naper ntah sejak dah tua ni nafsu makan tidak melonjak-lonjak. Tapi bila dia datang, sendiri mahu ingatlah.. memang makan tak hengat.

Ingat nak bawak anak-anak berbuka makan nasi arab lah nanti. Lama dah nak ajak derang makan nasi arab, asyik-asyik mekdi, kepci, pija. Makan makanan tak berapa nak sihat tuh. Budak-budak kan.. biasalah.. tengok iklan jer nak makan. Tengok iklan jer nak makan. Dulu masa kecik I tak rasa kepci-kepci ni. Maklumlah.. kitorang bukanlah dari keluarga yang mewah. Tapi alhamdulillah dulu masa kecik tak pernah rasa tak cukup. Nak makan nasi cukup..nak minum milo cukup..ish.. memang cukuplah.

Saya kagum dengan emak sebab emak yang menjaga kebajikan kami walau anak seramai 7 orang dah boleh dikatakan kami jarak agak dekatlah.. agaklah.. taklah dekat macam anak-anak I tuh.. Dulu mak selalu berbunyi-bunyi seperti nyanyi-nyanyi kalau nak buat kerja.. apa-apa pun perlu sistematik. And now saya faham kenapa para ibu suka membebel macam saya gak. Haha.. Nway saya tak suka membebel..tapi kadang-kadang perlu untuk membebel. Cian kat anak-anak. Naseblah kan dapat mak cenggini. Tapi pun kalau saya tanya derang sayang tak kat mak derang ni? Derang konfirmlah cakap sayang. Pastu derang suka puji mak derang ni comel walau kadang takdelah comel pun.. huhu.. Biasalah anak mana tak kata mak dia cantikkan?

Semalam pi tengok report kad anak-anak. Hmm.. payah lah cenggini.. prestasi tidak berapa memberangsangkan.Nak-nak lagi Abang sebab SRA dia memang jatuh giles lah. Bile tanya sebab kelas dia ada budak suka main-main so dia pun join sekali. Hish! Baik kawan dengan pompuan kalau budak lelaki suka main-main. Hmm... Nanti gua jadik cekgu garang tengok ar nanti.

Tapi semalam Abang mintak Mommy hantar pi masjid nak solat tarawikh. Abang ajak Taufiq tapi mak dia tak bagi. Gua hantar jam 830 balik jam 10. Dapatlah 18 rakaat. Malam ni kami nak pi anak beranak. Jom! Sapa nak ekot? Lailai.. Nak latih anak-anak pi masjid. Dahlah I ade 3 orang hero. Kan?kan? so perlu sangatlah latih derang ni. Sambil mak dia ni pun boleh lah latih diri jugak..

Oh ye.. semalam masa pi bazar tuh.. I de jumpa dengan sorang yang agak familiar wajahnya di dalam kepalaku. Tapi gua tak dapat recall siapakah dia. Dia cenyum so gua pun cenyum. Pastu dia kata, "Akak makin selim lah.." Gua mampu cengih jer.. haha.. Sapa ek? Sampai sekarang tak dapat nak recall. Rasanya macam anak-anak jiran sejalan dengan mak mertua tuh. Ye la.. dulu masa Hannan kecik-kecik suka bawak dia jalan naik beskal. Dah beskal jer yang ada masa tu kan? Tu yang melepak dengan derang nih.. waktu tu derang remaja lagi.. blom kahwin.. dalam 8tahun lepaslah gitu.. ish! lama tuh. Lepas tu gua balik duduk rumah mak dan ayah dalam 3 or 4 tahun gak. Lepas tu dah tak jumpa dah derang ni. La ni gua dah nek keta lagi lah tak berapa nampak muka kan? Sebab tu orang kampung selalu tanya-tanya sapa gua.. haha.. Derang tak kenal kecuali yang rapat dengan mak dan abah lah. Sebab gua pun kadang-kadang tak berapa kenal derang nih. Ish! Nanti kat flat tuh kenalah ramah tamah ye tak? Ni dah berapa kali pergi rumah tuh, jiran sebelah macam takde orang jer.. lagilah jiran bawah tepi tengah atas sumer tak nampak. Naseblah nanti yer?