Thursday, June 27, 2013

Jubah putih

Pagi ni abang puji mommy. Cantik mommy pakai baju pink tu. Sebab abang tak nak tengok mommy pakai jubah putih. :)




Lapar pulak..jom bekfas!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Mimpi Abang

Abang Hannan mimpi malam kelmarin Mommy pergi kerja pakai jubah putih dan anak-anak pakai jubah hitam.

Ia mengingatkan saya kepada kematian. Tapi saya selalu berdoa agar diberi waktu sehingga anak-anak boleh berdikari :)

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 25, 2013

Diary

Selain daripada berblog.. saya juga punya diari. Diari itu adalah saangat personal. Tapi pun serius dah lama tak update diari tu..sebab sekarang dah de bloggeroid. Tapi serius yang sangat personal jer tulis kat diari itu.

Diari itu muncul secara tak sengaja. Anyway cerita diari ni dah tulis kat blog lama dulu. Blog yang dah personal. Okeh..berbalik pada diari.. diari itu kerana saya beli buku yang agak menarik nak buat note book..tapi sebab cantik sangat jadi saya tulis jadi diari. Diari itu ada dalam simpanan saya dirumah. Dulu suka letak kat opis kalau hati sedang lara..pasti saya menulis diari.

Tapi now dah dekat setahun tak tulis diari. Banyak benda saya citer dalam blog sahaja. Sekarang pun hati saya dah terasa tenang. Emm.. walaupun punya banyak hal mahu fikirkan.

Oh ye.. Cik Aqi ingatkan saya tulis surat kat MIL sebab nak bagitaw yang saya dan anak dia sudah tiada hubungan halal lagi. Baru tadi saya tulis. Ekceli bukan tulis..taip. Esok pagi-pagi nanti saya bagila kat dia. Tapi nanti bukan dia baca, kembar Azharin tolong bacakan.

Sebab apa saya perlu bersurat bagai.. sebab utama sebenarnya tak sampai hati nak tengok MIL nanesh-nanesh dan bila cuba untuk bercakap tentang itu.. tak terkeluar mulut ni macam ada emas kat dalam. 
Sebab dah banyak kali cuba, yang terkeluar cuma, "Mak ade benda nak cakap ngan mak.. tapi.. nanti-nantilah." Tiada kekuatan untuk benar-benar memberitahu hal tersebut.

Dun worry, dalam surat tu saya dah nyatakan 4 sebab musabab saya menulis surat. So mereka pasti faham..

Saya tak tahu nanti dia faham atau tidak isi kandungan itu, sebab bila orang lain bacakan takut pemahamannya sedikit lari. Yang penting tukang baca tu paham dan point paling penting dapat disampaikan.

Serius sejak semua settle saya rasa tenang jer. Kalau drive keta tu rasa coolblog manjang. Tak macam dulu serabut bagai.. tapi now dah lain. Saya suka situasi sekarang. Saya suka keadaan sekarang. Saya suka saya sekarang. mahu jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Nanti dah pindah rumah mesti hati sangat tenang. Walaupun nanti sangat sibuk urus anak sendiri-sendiri. Saya harap nanti apa yang saya buat untuk anak-anak berbaloi untuk mereka. Saya tak perlu risau, susah hati atau sakit hati lagi duduk bercampur-campur ni.

Dulu sebelum kahwin ade saya dengar daripada mereka-mereka yang dah matang waktu ketika itu kata, susah duduk campur-campur ni. Tapi dulu saya sangat naif.. dan sekarang baru saya faham dan tahu. Betullah orang kata, kalaupun kita duduk sorang makan nasi dengan garam sahaja lebih baik dan tenang dari duduk campur reramai ni. Dulu saya sangat ikhlas, niat saya nak jaga emak dan bapa mentua. Tapi now dengan keadaan kucar kacir hidup saya yang lepas saya mula memberontak untuk hidup sendiri. Orang kata kalau balik sekali sekala bau kentut pun wangi. Kalau duduk sama-sama lepas mandi pakai sabun lux, sabun dettol, sabun cap kapak pun masih busuk.

Oh ye.. hari tu anak saudara Azharin ada tegur saya supaya berbaik dengan adik beradik Azharin. Saya rasa saya bukan tak baik dengan diorang, cuma malas banyak bunyi sebab tak mahu mengeruhkan keadaan. Tapi mereka salah tafsir kerana mereka fikir bila saya dah sambung degree saya menjadi sombong. Emm.. itu adalah communication error. Setiap kesalahan yang saya buat adalah mereka suka bercakap belakang.. thats the true problem. Tapi saya memang jenis tak kisah.

Anak saudara saya ini seperti sedikit menyalahkan saya. Entahlah.. benda dah jadi. Bagi saya sekarang saya tidak berfikir siapa salah dan siapa benar. Buat masa ini saya hanya berfikir membetulkan keadaan yang semakin kusut dangan saya keluar dari keluarga itu. Lepas tu for sure mereka tidak akan sakit hati dengan saya lagi walaupun saya tak tahu apa yang mereka pandang saya tak betul. Kerana mereka tidak berterus terang dengan saya. Cuba berterus terang? Kan mudah.

Saya cuma menerangkan pada anak saudara saya itu yang saya tak mampu untuk membetulkan keadaan.. buat masa ni biarlah masa dan waktu menentukan. Nanti bila saya dah keluar dari keluarga itu..saya pasti keadaan akan pulih seperti biasa. Mungkin cara saya sedikit tak betul atau seperti membiarkan sahaja ia begitu.. tapi percayalah.. saya nak semua nya baik-baik sahaja.. Saya sudah banyak mengalah.. tapi kali ini bukan saya nak mengatakan yang saya menang.. cuma tak mampu nak betulkan keadaan tu.

Benda dah jadi dan segalanya tidak boleh ditarik balik. Semua yang jadi adalah ketentuan Allah. Ada hikmah nyer tuh. Dan saya rasa saya tahu apa hikmahnya. Tak kisahlah!!

Monday, June 24, 2013

Wordless Monday??



=D =D =D =D =D =D
posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

I've done something wrong..

I've done something wrong last Friday.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 22, 2013

Giveup or wont giveup?

My blog is like my diary. When i need to say sumthing.. And no one here for me.. So i open the bloggeroid apps and start typing.

Saya dah feeling give up in my study. This semester saya sangat malas. Sepatutnya ia boleh berjalan smoothly.. Tapi.. Hmm..

I dont think i can make it dengan last semester result yang paras hidung. I know some of my frenz says that I can do it.. But.. But.. Emm..

It is not about divorce that makes me like this.. Its about .. Emmm.. Ketidakkonsistensi diri sendiri.. Too much thinking.. And I think i dont have to bersusah payah untuk meneruskan exam pada semester ini.. Emm.. I need to take a break first.. But deep in my heart says that i need to teruskan dengan apa yang tinggal sikit jer lagi..

Emm.. Kadang orang nampak it is simple and says that .. Yes!! U can do it!! Teruskan2.. Study jer lah.. But when you sangat pressure dengan esainmen..test..presentation and what not.. Kalau itu sahaja takpa.. U need to take care of 4kids yang sentiasa.. Mommy..kita nak ni..kita nak tu.. Dengan u dont have enuff money to buy this and that.. OMG!!

When I talked to my collegue they all says.. Alaa.. Bolehlah.. Senang jer tuh.. Huh!! It is like I am.. Emm.. Idiot!! Cepat give up.. The kelam kabut one.. The malas one.. Seriously from awal tahun till now.. I never bring my kids to taman.. Or pergi tempat-tempat yang mereka sepatutnya pergi.. Wiken hanya duduk dirumah and terperap sahaja.. And i am super busy with class, meeting.. Bla..bla..bla..

But maybe i just can try.. Ryte??

posted from Bloggeroid

Conflict

I have a little bit conflict of myself. Emm.. It is quite dificult to explain. And I think the conflict is too personal to be reveal here. And I decide .. Emm .. The conflict need to stay still, and need to be control by myself wisely. I'm not sure I can control it.. But I need to control it. Conflict between your mind, your heart, your attitude, your want, your need, your fear..everythingss..

For example, you need someone so bad..you like him..you love him..you want him..you excited want to know all about him.. And you became a stalker*OMG*.. But you seriously cant have him because of he has someone else..he has a happy family..he has everythingss..

The point is, sampai hatikah kamu untuk merosakkan kebahagiaan orang yang kamu sayang semata-mata kamu mahu kan dia? No right?

Hmm.. Macam tulah!

But this one is more to .. Emm.. Fear and unfear..

Kamu pasti tak faham. Kerana tiada siapa cuba fahami saya. Kerana I am a loner..

posted from Bloggeroid