Thursday, December 12, 2013

Itu olang jugak arrrr

Mahu kurus? Kihkih.. ramai kata I dah takyah kurus lagi dah. Memang pun I tanak kurus lagi. Nanti macam skeleton berjalan. Tapi dari kecik lagi I ada satu masalah pembuangan. Sistem pembuangan besar I tak stabil. Once a week. Tu pun kadang menjadi once per 2 week. But sometimes ia bleh menjadi twice or thrice per week. Tapi tidak everyday. Dan selalu I akan cari tandas yang membolehkan kita mencangkung kerana fakta mengatakan ia lebih bagus daripada kita duduk kat tandas duduk.

You all tahu kan I baru pindah? Masuk 4 bulan dah. Cepat masa berlalu. Kat rumah I tu pulak hanya ada tandas duduk. Jadi I terpaksalah duduk dengan sopan ketika itu. Jadi seperti tidak lawas jadinya. Oleh itu, I sekarang makan Merit untuk ia menjadi lawas. Kawan opis I makan nih hari-hari dia melawas. Hilang toksid kat badan. Jadinya I pun nak gak la kan.. perut yang sedikit buncit bolehlah jadi kerimping like kerengge. Ye dak?

I beli kat Mydin jer. Tu pun sebab saje try test beli barang dapur kat Mydin. Hahaha.. I memang takkan pergi lagi dah beli barang dapur kat Mydin. Mahu tempat dia sempit dan ramai umat. So ternampak benda alah ni.. I beli la sebab before memang ada niat nak try test bagi lawas.

Hari Ahad I beli, hari ni Khamis baru cuba nak telan. Cara makan dia ekceli 2 biji bagi beginner setiap malam. Tapi aku kalau dah terbongkang malam-malam mana nak ingat nak telan majun nan 2 bijik tuh. Pagi ni aku bawak pi opis buat milo mocha resepi aku tuh..telan 2 bijik. Mula telan 1 biji rasa tak sedap. Kali kedua tersangkut kat anak tekak. Mahu aku muntah balik tapi tahan. Kalau nak muntah gak mesti aku muntah dalam cawan balik. Naseblah kan?

Tapi kutelan jua berjaya masuk perut. Tapi sampai la ni..ade le rasa sikit-sikit nak pi toilet. Tapi kalau tak power rasanya mahu aku nak duduk kat toilet tuh lama-lama? Tidak lah kan.. tungguuuu...


Haa.. tu dia. Dengan Milo nescafe aku yang pekat buih-buih halus. Kawan opis tu mamam nih perut ramping you. Meh cer try test :)

Oh ye.. tadi browse FB. Try ler stalk page orang tuh.. dah de baby baru ler.. semalam I stalk dia pi mana. I agak jer dalam hati. Rupanya betul. Baguslah dan tahniah! Adela tuh nanti rezeki baru sempena kedatangan baby baru. Selalu gitu. I pernah rasa 4 anak..4 kali rezeki anak yang berlainan. Cuma sometimes kalau aku tak dapat, si sengal tuh dapat. Tapi kalau si sengal tuh yang dapat bukan nak jaga elok-elok. Hampeh!

Anyway kedatangan si comel dalam hidup adalah penyeri. Jagalah sebaik mungkin. Macam aku dah tak de dah nak peknan lagi. Ntah-ntah dah takleh peknan sebab dah banyak sangat makan pil perancang. Tu pun salah satu penyebab kenapa kita perempuan susah nak peknan. Aku empat dah cukup dah. Setakat nak menjaga tak pening sangat..tapi nak cari duit tuh agak pening. Maklumlah.. kalau ikut gaji I sekarang nih tahap miskin. Wakaka.. 

Suka benar I kan bab merepek meraban? Lama dah tak pening pasal study. Memang tak fikir sangat pasal study sebab sibuk dengan kerja, urusan anak nak masuk sekolah.. hmm.. ni jadual exam dah kuar I pun tak jengah lagi. Ntah pe citer ntah. Tak tahulah sem ni lepas dak? For finance 3 homework aku tak buat. Ada 2 esainmen aku kena hantar before last klas nih. Nak buat ade jer benda lain nak buatkan? Naseblah..

Semua atas ketentuanNya.. aku ikut jer. Yang lepas biaq pi lepas. Yang akan datang ni aku belajaq not to get attached with someone spesel or tidak spesel. And I made it! Tapi.. memang tak rasa spesel lah kalau tak attached sangat kan. So bila rasa nak speak to someone..tataw dah mana satu nak dihubungi. Last-last pi stalk page orang tuh jugak. Sigh!!

Eh! Kejap! Camaner I bleh stalk dia pi mana eh? Hahaha..