Thursday, October 24, 2013

Cerita masak-masak

Hahaha.. hari tu saja privatekan blog ni kejap. Konon-konon macam merajuklaa.. blah la nak majuk-majuk. Takda sapa nak layan..

Tetiba jer rasa nak update blog kan malam ni. Jadi I pun update la.

Seminggu ni I sangat rajin masak. Sejak I masak daging kurma hari tu jadi..tiap-tiap hari I try resepi baru.

Malam semalam try masak kari ayam. Jadi tau..cuma tak snap gambar. Hari ni try ayam masak asam pedas. Wawawa... nah tengok pic jer lah ye?



Nampak tak piyuk tuh? Tulah satu2nye piyuk kecik yang ada kat rumah ni. Yang satu lagi besar gabak. Tu pun dua2 mak bagi. Hehe..



Sila menjamu selera ye..

Sekarang ni rasa seronok pulak masak. Sebab seronok tengok anak-anak mamam. Lepas tu saje jer tanya soklan tak boleh blah satu. Sedap Mommy masak ke nenek masak? Hahaha.. tapi.jawapan I tak paksa kay. Dan derang cakap mestilah Mommy masak. Hehehe.. tak sangka ada bakat masak terpendam rupanya I ni. Maklumlah.. I serius dah lama giler tak masak hari-hari.

Dulu-dulu sejak darjah 5 I tolong Kak Ayu masak. Tapi pun takla pandai masak. Sekolah menengah pun tak jugak berapa pandai masak. Sampai buat cekodok guna tepung pulut pastu Cik Aqi gelakkan. Sekarang pulak masak terus jadi walau first time. Cuma rasa tu ikut lidah I lah kan. Hehe...

Now pun I akan masak malam banyak-banyak untuk lunch esok sekali. So I akan makan kat rumah sambil make sure anak-anak sampai rumah dengan selamat. Penat jadik single mother ni.. tapi kepuasan akan datang kemudian nanti kalau kita sabar dan harap-harap anak-anak I akan berjaya dunia akhirat :)

Klah nak mandi dah. Jap gi nak tidur. Bye. Gudnyte
Xoxoxo.. mwah2 =D

posted from Bloggeroid