Sunday, October 27, 2013

Ahad

Seriously hari ni enjoy pergi kelas. Why? Hehe

Bermula jam 745am bangun tidur, mandi-mandi dan terus pergi kelas. Sempat panaskan sup ayam malam tadi untuk anak-anak yang masih terbongkang tidur semuanya. Lepas tu terus pergi kelas jam 830am. Weeheee.. kelas start 830am lol..baru mau kelaur rumah.

Tapi takmo kelam kabut. Tak suka. So teruskan perjalanan singgah kat petronas dulu beli topup and breakfast. Jam 915am kot lebih kurang sampai kelas. Tu pun nasib baik parking selit-selit kat Intec. Kalau tak ntah mana jauh nak kena jalan lagi lambat.

First kelas BEL yang tak siap draft for literature review tu. Tu group punya task..tapi pun sorang pun tak buat sebab tak faham. Last-last I jugak kena confess kat lecturer..sebab tak siap group task tuh.

Second class adalah HRM. Yang ni ada test. Satu benda pun tak baca. I pasrah lol. Nasib baik dapat jawab. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Rasa pandai pulak sebab tak baca tapi boleh jawab. Hahaha.. eh u shadap jangan gelak. Biar I sorang jer gelak.

After lunch adalah kelas FIN yang semester lepas I MC. Hmmm.. yang ni pun ada test. Yang ni sebelum lecturer masuk I tulis segala formula atas meja. Nasebla meja budak full time mana ntah I dah tulis-tulis. Soklan no3 I tak ingat langsung acaner nak jawab. Pe lagi kopi budak sebelah. Tapi mesti ada give and take. Jadi ianya mutual to each other. Hehe

Last kelas ENT .. entepreneur. Kelas ni lecturer dia best. Yang mengajar ni Prof tau. Muka serius. Tapi bila mengajar dia bagi contoh yang kelakar tapi berkait. Then tadi ada test2. Naseblah macam test1 I gugel jer.. weeheeee.. mana sempat nak study. Janji carrymarks okay. This semester agak nakal sikit. Setiap kali test ada jer toyol nya. Lepas ni..by hook or by crook.. mahu lepas for degree ni.. tak kira.. apa pun saya buat. Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang makan biar kenyang. Alang-alang menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan. Alang-alang penat biar berbaloi. Kheenn? :)

Lepas tu balik nak masak pulak. Hari ni lupa snap pic. Sebab penat. Ni esok nak hantar literature review dan nak buat assignment for ENT. Huh!

Alang-alang dah belajar..kelam-kabut camaner pun..biaq grad. Puas hati!!

posted from Bloggeroid