Saturday, September 21, 2013

Seminggu di seksyen8

Dalam hidup ni..kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..tak kiralah kita ada sikit atau banyak.

Rumah baru..kawasan baru..kejiranan baru..semua baru untuk kami. Dulu kami tinggal dikampung..tapi sekarang kami tinggal dibandar. Persekitaran berbeza..kejiranan berbeza..suasana berbeza. Tapi alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan sempurna walau sometimes mommy perlu bising nasihat itu dan ini untuk menjamin keselamatan derang nih. Maklumlah..mommy kan busy kerja. Busy nak belajar lagi. Busy dengan rumah. Tapi kalau pun busy..priority adalah anak-anak..sebab anak-anak adalah amanah Allah.

Alhamdulillah Abang Hannan dan Kakak Raudha boleh diharap. Abang Hannan pandai bezakan yang baik dan yang buruk. Kakak dah boleh disuruh tolong Mommy basuh pinggan. Tapi..petang tadi kawan Abang Hannan..Faisal, Arman dan Amirul datang ajak Abang Hannan keluar dalam jam 2lebih..tapi Mommy tak bagi. Lagipun Mommy tengah masak for lunch .. kami nak makan sama-sama. Then kawan Abang Hannan nak makan sekali dengan kami. So Mommy tak kisah ekceli. Mommy suruh mereka masuk tunggu Mommy habis masak. Mommy tanya kat mereka..pagi tadi bekfas? Lunch dah makan? Jawapan mereka adalah.. mereka tak bekfas dan tak lunch lagi dari pagi. Siyes Mommy kesian kat derang. So Mommy makan sekali dengan mereka..mereka makan tambah sekali. Mommy nak make sure derang kenyang. Lagi pun tetamu kalau kita jamu mereka .. berkatlah nanti hidup kita. Masa makan tu Mommy niat supaya mereka akan rasa selera makan apa yang Mommy masak. Maklumlah..dulukan Mommy jarang masak. Duduk dengan in laws mereka jerlah yang masak.

Ekceli kanak-kanak itu happy sebab derang kata Mommy masak sedap. Derang kata air tangan Mommy sedap dan Mommy cantik. *haha..mommy kembang japs* Ekceli Abang Hannan malu sebab kawan-kawan dia puji Mommy gitu.

So tadi..Abang Hannan cerita semua yang jadi seminggu kami berada di kawasan baru. Ada yang siyes terperanjat Mommy dengar cerita Hannan. Tapi Mommy beri nasihat kenapa begitu dan kenapa begini. Kita sebagai orang dewasa perlu guide kanak-kanak supaya mereka jadi yang terbaik dalam hidup mereka. Ye tak?

Emm.. tapi apa yang Hannan cerita tentang kawan-kawan baru dia..sampai Mommy sebak. Dalam hidup ni..bukan kita jer susah..ada orang lain yang lebih susah. Tapi..kesusahan tu kalau kita usaha dengan sebaik mungkin..akan jadi senang dan tenang. Yang penting..back to basic. Back to Allah. Saya ni bukan baik sangat..tapi dulu hidup serabut sebab am not back to basic. Alhamdulillah.. lepas jumpa Abang yang tunjuk balik jalan ke basic itu.. now i can manage my own life.. walau banyak ekceli kurangnya. Tapi for me .. kalau ada duit semua boleh diurus dengan teratur. Sebab sekarang semua perlukan duit. Betol dak. Tahts why we have to manage our financial properly. Tinggalkan kehendak..pentingkan keperluan.

Jadi..jika keperluan tu cukup..hidup akan selesa dan tenang. Cerita Hannan tentang kawan-kawan dia siyes buat Mommy ingin jadi yang terbaik..baik untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Jika kita buat yang terbaik..in shaa Allah yang datang nanti baik-baik belaka. Kan?

So esok mommy start klas. Anak-anak alhamdulillah boleh berdikari. Dan mommy suruh Abang ajak kawan-kawan dia lepak rumah tengok Astro. And I think it is my responsibility untuk berkongsi the joy of life dan keselesaan yang kami ada dan in shaa Allah akan kami kekalkan dengan anak-anak yang boleh dianggap terbiar kerana tekanan hidup parent derang.

Pernah tak dengar ayat ni? Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.

Dan Mommy baru seminggu kat sini..ada benda yang Mommy belajar tentang life. I thought am not a gud mom..but ekceli I am a gud mom. :) *ni dari persepsi anak-anak mommy sendiri* tapi ada yang lebih baik dari Mommy..tapi tu Mommy orang lain :)

Kat sini juga ingin sangat menyampaikan rasa besar hati pada tuan rumah yang boleh lebih kurang dan menjadi tuan rumah yang baik. This compliment is for Kak Nor and Abang Adi. Sebab kami selesa dengan rumah yang ada. :)
Thanks :)

posted from Bloggeroid