Wednesday, September 4, 2013

Exhausted

Hari ni saya rasa sangat exhausted.

Dan kepenatan juga keletihan itu, saya hantarkan disini. Thats why saya ada blog..penat, letih, sedih, marah, semua ada dalam ni.

Kawan lama saya yang baca blog ni kata, macam-macam perasaan ada dalam ni. I tanak nanti orang kata tak betul pulak sebab semua simpan dalam hati. Macam andartu, takde sapa nak teman dan ajak berbual ada short wire sikit kat kepala. Macam tu jugaklah Miss J Alex. Ni bukan saya kata..ramai yang kata. Lelaki pun ada yang kata..perempuan pun ada yang kata. Err.. contoh hari tu berbual dengan someone pun I dah terasa.. menjadi Miss J yang short wire kat kepala.. tapi masa terasa tu I kontrol-kontrol macho walau dah terasa.. So, I ada warning kat Edra dan Fina, kalau I short wire..terimalah seadanya ye.. kihkih.. Harap-harap I tak gitu lah esok.

Thats why ramai yang cepat-cepat ingin berkahwin lain. Tapi pada saya buat masa ni.. belum lagi. Tunggu ianya datang secara tidak sengaja. Secara natural. Secara romantik.. hehe.. Bukan diperkenalkan atau gelojoh dalam membuat sebarang keputusan.

Saya tidak mahu menunjuk pada sesiapa yang saya mudah cari pengganti. Saya ingin cool and chill. But sometime rasa sunyi juga. Peneman anak-anaklah.

Hari ni saya penat perasaan, sebab sangat tension kot update tracker. Kau nak kena compare dengan tracker lain yang complicated. Kalau kau tak tahu formula konfirm kau mati kutu buat manual. Mahu juling biji mata..mahu banyak yang silap. Site bukan 10 atau 20. Sehingga 4k lebih. Kalau mahu compare manually..mahu sebulan pun tak siap lah..Semua mahu cepat update. Haish!

Alhamdulillah.. saya punya partner yang bagus. Sabar dia ni. Ajar I formula excel. Sometimes I buat salah bodoh jer kot? Dia tetap sabar gelak-gelak. Dia tetap tunjuk satu-satu. Dan tadi dia kata I akan expert dalam masa 4bulan untuk jadi excel experter. Truly is.. saya kagum dengan dia sebab kalau dia update tracker yang I buat dalam one hour.. dia boleh buat dalam 15 minit jer. I suruh dia bagi tips. Tapi dia kata semuanya basic formula sahaja. So.. mungkin makan sedikit masa untuk belajar. Guna hari-hari anda akan jadi expert. Oh ye.. biar saya kenalkan dia.. namanya Hafizi.

Update tracker bukan sesuatu yang memboringkan macam I kompile dokumen PAC acceptance dulu. Yang ni kerja memang nampak remeh. Hasil memang tak nampak awesome, tapi mahu berfikir juga dengan formula basic..anda akan dapat sesuatu yang sangat mudah untuk buat apa sahaja info dalam excel tu.

You dont have to look at banyak-banyak button yang ada kat atas excel tu. And siapa expert excel..siyes I rasa awesome dengan cara kerja dia.

Cara kerja saya dengan dia, dia akan datang pada saya.. cerita secara detail.. cerita jer taw. Nanti I kena buat imaginasi sendiri dalam kepala sambil buat notes..then I akan update sendiri. Nanti I tak paham.. I call dia..dia tak angkat tiba-tiba muncul kat sebelah. Macam hantu. Kadang-kadang dia datang slow-slow tengok apa I buat.. dia kat sebelah lama-lama. Dia takmo tegur.. dia tengok jer sampai I perasan kehadiran dia yang macam hantu. Huhu.. Gitulah dia.

Ada seorang lagi collegue.. nama dia Hafiz. Tadi Hafizi.. yang ni Hafiz. Hafiz ni pulak macam biskut..kejap ada kejap takde. Tapi tracker dia sangat senang. Update sebulan sekali. Tapi sangat penting sebab kami nak claim DiGi pakai info tu. Sangkut paut dengan POR yang I buat. I pun dah macam satu team dengan pre-sales dept. Micheal Lang selalu datang cari I. Nak tahu update POR sampai tang mana. Oh ye.. Fina dengan I, kami buat POR sama-sama.

Err.. dengan Edra cuma duduk sebelah saja. Takde kaitan pekerjaan. Tapi kalau watsap blue bagi kat Edra. Stret to the point sahaja dia buat lawak biru. Edra oh Edra.

Saya juga penat nak uruskan hal-hal berkaitan pindah rumah. Semua buat sorang-sorang. Tapi saya okay saje. Cuma mahu go slow saja. Takmo kecoh-kecoh. Penat juga fikir pasal financial. Penat juga fikir pasal.. semualah! Somtimes..I think of vacation pergi ke tempat yang relax. Tidur all day long..haha..mampukah kau tidur sepanjang hari? Everything ada yang buatkan untuk I. Pergi spa.. duduk tepi pantai tengok matahari terbenam atau terbit. Mahu relax..cool and chill. Saya terfikirkan Pulau Bali :). My dream nak pergi.. Tapi.. haih!

Nway takyah fikir benda yang kita susah nak dapat. Nanti stress. So..apa pun life goes on..

*ditulis berdasarkan apa yang terlintas dihati..sambil menikmati secawan Nescafe o buat peneman :)