Friday, April 26, 2013

Insurance dan kain batik hijau

Sudah 33 tahun aku hidup.. tak pernah ambil satu jenis insurans pun.. ada beberapa orang yang call pasal insurance ni tapi aku jenis malas nak layan.. lagi pun dulu gaji ciput so.. aku skip jer lah kan.

Then hari tu hari Sabtu adalah Chinese gigirl ni kol jumpa sebab nak jual insurance lah. Then memula tu macam insist ta knak jumpa sebab malas nak layan. Tapi dia still jugak nak jumpa, then aku pun kata..oklah. Hari Isnin. Tapi aku memang malas nak layan.

Hari Isnin dia kata lambat sikit nak datang office dalam 130 gitew. My lunch opis hour 12-130. Gimane pulak kan? So aku pun mencadangkan dia datang hari Selasa. Aku memang tak decide nak ambik insurance tu. Tiba hari Selasa gerak hati aku ni dah kata ambik lagi baik sebab aku tak pernah ada insurance. So dia datang aku terus sign up untuk Prudential Insurance Conventional punyerlah. Sebab dia tak terangkan langsung pasal takaful insurance. Yang aku ni pulak memang dari dulu tak berminat untuk ambil insurance memang lah tak ingat walau aku tau ada insurance ikut syariah law ni. Tapi lepas Chinese gegirl tu balik, aku baru teringat.. eh! insurance ni orang kata riba'.

Hmm.. aku pula tak berapa nak research dalam internet. Keesokan harinya, balik dari kerja pi la rumah Cik Aqi sebab nak ambil barang orang kasi kan. Cerita lah nak suruh dia jadi penama. Nak suruh anak-anak tak cukup umur pulak. Nak suruh Cik Abang Ngok Ngek.. haish!! Macam tak bolehlah pulak.. so.. siapa lagi kan.. Cik Aqi lah jadi mangsa. Dia pulak memang dah ambil insurance pun Prudential jugak. So dia kata baik ambil takaful. Takde riba' bagai. Hari ni Chinese gegirl tu datang balik settlekan semua yang patut.Cian kat dia.. huhu..

Anyway Tq to Cik Aqi coz suruh gak I ambil PruBSN tu.. huhu.. so sesiapa yang rasa kurang pasti dengan Insurance yang berlandaskan syariah Islam ni.. boleh rujuk kat blog Cik Aqi.. Dia ni kalau nak buat mende memang habis-habisan cari maklumat. Gwe pulak ting tong.. huhu..

Tu citer Insurance.. ni citer hadiah.. Abang gave me kain batik pasang suruh buat baju siap duit upah baju.. huhu.. suka pun ada.. sedih pun ada.. tapi kenalah appreciate sebab orang bagi ikhlas.. sign of appreciation katanyer.. tak tahulah apa yang nak di appreciatekan.. tapi semoga Abang murah rezeki di sana *sebab tu yang dia nak masa aku tanya duit upah tu banyak sangat* huhu.. tak tawla lepas tu aku rasa sebak pulak.. Amin..amin..

Tapi aku heran..?? kenapa Tuhan tiba-tiba gerakkan hati aku untuk sign up insurance tu? hmmm...

Teringat pulak lakiku kata..aku ni unpredictable punyer orang.. yang aku sendiri boleh buat keputusan mengejut begitu... maknanya lakiku tidak boleh menjangkakan keupayaan sebenar aku yang mungkin dia akan terperanjat beruk nanti dengan keputusan yang lebih besar untuk aku buat..Naseblah Ajaren..