Tuesday, April 9, 2013

2 cerita dalam 1 post

Macam biasalah aku seperti boss tiada banyak pekerjaan mahu dibuat dalam office. Jadi aku layanlah mencari jawapan assignment ku bertanya pada Google itu sendiri.

Oh ye..hari ni konsultansi diadakan di restoran semasa sedang lunch. Yang ni lain pulak kes nya. Haish! Yang ni aku saja memberi pendapat sebab aku tengok mata dia ni merah kesian pulak. Jadi aku tanya jer, 'hey dude!! what is your problemo? or no problem at all?' hehe.. aku tanya dalam base melayu ibunda kita la.. dan aku tau dia pun jenis tak kisah kalau aku membebel pepanjang sebab dia ni ok jer ngan aku. Tapi dia seems puas hati dengan opinion aku. Terpulanglah nak ikut ke tak.. ye tak?

Sebenarnya banyak giller aku nak update. Pasal aku hilang kunci kereta hari tu. *Nasib baik jumpa kat kafe berhantu itu* hehe.. pastu nak update pasal aku solat maghrib kat surau Intec sensorang. Yang ni best sikit aku nak citer. Kami ada discussion lepas kelas hari tu. Dan bila tiba waktu maghrib, aku pi la nak solat maghrib. Masa datang tu ada la 2-3 orang tetapi sumer lelaki. Aku jer sorang perempuan. So aku kenala amik wudhu kat tempat perempuan sorang-sorang. Aku masuk nak pi lepas hajat dulu. Masa dalam toilet tu takde angin ribut petir hujan taufan jadah tu semua, tetiba dengan serius aku dengar bunyi pintu toilet ditutup dengan kuat. Aku ni bukan lah taksub dengan benda-benda yang sebegitu rupa tapi percaya dengan adanya makhluk lain yang mendiami alam ciptaan Allah ni. Kata utsaz-ustaz, kalau bunyi tapak kaki berjalan, bunyi pintu ditutup, bunyi guli atas atap.. tu semua adalah dengan kewujudannya entiti-entiti tersebut. Jadi aku terfikir dan terlintas memang wujudlah sebab tempat angkat wudhu tu memang sekali dengan toilet. Dan aku memang bukan jenis penakut maut..penakut sikit-sikit jerlah kan.. aku maintain basuh muka pakai cuci muka. *maklumlah aku memang jenis yang suka pakai eyeliner & mascara bagai* Nasib baik masa aku tutup mata nak cuci muka tu, takde apa jadi. Manalah tahu bila buka mata jer tetiba ada tunggul pokok kat sebelah berambut panjang hingga ke lantai mahu tak pensan. Lepas tu aku pergi la solat macam biasa..dan takde apa pun jadi. Lepas solat maintain pakai balik mascara & eyeliner dalam remang-remang lampu yang agak kelam sebab lampu cuma dari luar dan tempat solat lelaki. Hehe .. skeri jugak sebenarnya. Nasib baik aku bukan jenis lemah semangat dan belum pernah dengar cerita momok kat Intec. Kalau pernah dengar aku rasa mau aku ajak budak lelaki teman aku sampai tempat solat perempuan..

Tu satu citer..satu lagi kakak Raudhah punya cerita. Elok dah aku bagi nama Syaheera Raudhah. Cantik dah maknanya. Dia ada sampaikan kat aku dulu pasal kengkawan ejek-ejek nama dia. So aku pernah bagitau dia yang nama Raudhah tu adalah nama taman di tanah suci sana. So sesiapa yang ejek nama dia ni, dia bagitau lah kat kawan dia yang nama dia sebenarnya sangat bagus. Tapi kengkawan dia ni tak percaya. Dan ada pulak yang menambah Syaheera tu ada kena mengena dengan syaitan. Cis!! Kalau aku pun marah.. ye dak? Tapi kan budak-budak yang bercakap tanpa berfikir itu. Tapi aku ni suka mengajar anak jangan bagi orang buli diri kita. Hehe.. kalau orang tak kacau, jangan memandai kita nak pergi kacau orang. Tapi kalau orang kacau..siaplah!! Jadi aku suruh kakak tanya balik kawan-kawan dia tu, "Cer bagitau mana dalil dari Quran yang mengatakan Syaheera tu ada kena mengena dengan syaitan?" Best tak ayat aku? Haha.. Nasib baiklah kakak tak faham apa aku cakap tu. Kalau dia faham mau dia tanya betul-betul kat kawan dia ni..

Tak pe kalau mengajar anak to have a self defence punya attitude kan? Dari mengajar anak mengumpat mengeji bagai..walau kadang-kadang self defence tu terpaksa bermulut sedikit cili api.. Naseblah sapa yang terasa ye dak?