Saturday, December 14, 2013

Puiii!!

Baru aku faham macam mana susahnya single mother nak hidup.

Aku nak terang pun susah. Lagilah yang cun melecun macam aku. Haha. Sila muntah :D

Aku ada anak sedara. Dia selalu pesan kat aku jaga diri. Mula-mula ingat senang nak jaga diri ni. Rupanya susah gak. Hmm..

Bila kau tinggal alone yang mbolehkan kau buat apa saja. Walau kau bertudung.. pasti ada yang kacau. Sometimes mereka serius sangat annoy.

Gila annoy. Puiii!!

posted from Bloggeroid

Baca jer lah..

Aku tak kisah sapa pun baca blog aku. Ada orang tu suka benar jaga hati orang sampai nak tapis-tapis apa nak tulis dalam blog. Aku tak. Aku tak hipokrit. Tapi aku ada sedikit sikap hipokrit itu. Aku nak tanya korang.. korang ade tak sikap hipokrit tuh. Mesti ada.. mesti ada. Ko jangan cakap ko takde sikap hipokrit tuh. Suka hati aku jer kan?

Ade yang baca blog aku jadik jeles. Hehehe.. tapi taktaw la sekarang ni jeles tak. Tak kot sebab pakwe dia aku tak kacau dah. Eh! Ke kau kacau pakwe aku? Kihkih.. konon-kononla rebut pakwe. Pakwe tu suka sangat la orang rebut-rebutkan dia. Orang rebut-rebut ni barang murah. Hehe

Aku berpendapat begini..perempuan nih kadang ada yang bersifat tertutup. Kadang aku saja jer tweet kat dia.. tapi dia takmo layan sebab tanak hilang pakwe. Emm.. tak berbaloi aku rasa kalau kita sakit hati jer..sedangkan pakwe tuh senang-senang nak kontrol kita. Mana yang dia tak bleh kontrol dia tendang. Perempuan yang dia tak boleh kontrol tuh maknanya perempuan tuh lebih strong dari dia. So.. perempuan tuh akan dapat lelaki strong gak. Strong campur strong jadik strongest!! Kan? Kan?

Apa aku merepek nih? Kbye

posted from Bloggeroid

Sosial akaun

Blog ni dah macam ape ntah. Semua citer aku citer. Emm.. emm.. emm

Aku ni sekarang dah mengong sket. Social acc punyala banyak. Aku cuma nak privacy. Untuk meluahkan segala ayat jiwang karat yang korang kalau baca mesti muntah darah.

Ade kot yang perasan. Aku rasa buat masa ni sorang jer perasan. Tapi aku tak sure memang dia perasan atau perasaan aku jer. Tapi aku tak kesahla kalau sorang jer perasan.

Kalau dulu gugel plus aku sunyi. Now sudah banyak follower plak. Nak letak ayat jiwang macam mengarut jer. Sebab terpampang muka aku kan. Pastu yang ni aku bukak satu akaun .. haaa.. akaun apa aku tanak cakap. Absolutely bukan nama aku..bukan gambaq aku.. bukan tarikh lahir aku.. bukan.. bukan.. bukan..

So aku follow sesapa yang aku rasa nak follo yang takde kena mengena dengan kehidupan aku sekarang. Yang memang tak kenal aku dan aku tak kenal dia. Baru la best nak boh ayat jiwang karat..

Nanti-nanti dekat-dekat aku nak mati..aku nak delete semua akaun sosial aku tuh. Kalau aku dah delete segala akaun yang ada termasuk akaun bsn aku tuh maknanya aku nak mati.

Malam ni agak merepek sket. Sukatilah kan?

Oh lupa nak bagi tahu sebab hari tu esainmen yang aku pusing-pusing cari kedai printing takdak nak print esainmen kan.. aku dah beli satu printer. Puas hati aku! Huh! Letak kat ghumah buat print esainmen. Printer 3 in 1. Boleh print, boleh scan..boleh potostet. Baru namanya student unibesiti. Hihi.. aku beli brand hp. Ink murah saja RM27 hengget.

posted from Bloggeroid

Naik gaji.. woo wooo

Aku kan dah naik gaji. Aku tak bagi tahu sesapa pun. Aku tak mahu derang jelez. Jadi aku diam jer.

Sebab kalau aku bagitahu yang perempuan-perempuan nih nanti derang jeles. Bila derang jelea nanti derang bising. Aku malas nak dengar. Jadik aku diam jer. Buat-buat aku tak naik gaji. Buat-buat takde pape. Buat-buat muka selenge macam gaji tak naik. Buat-buat bodoh jew. Buat-buat tak nampak jer slip gaji dah lebih. Buat-buat macam tak tahu jer gaji dah naik.

Tadi jumpa Hafiz. Bukan Hafizi taw. Hafiz. Dia saja jer cakap cenggini, "Dengar citer sambung kontrak nampak? Siap naik 15% .. ".

Hahahaha.. aku cakap gini kat dia. "Aku nak ikut style kau la setiap kali sambung kontrak gaji naik."

Lepas tu dia sengih-sengih. Senang cakap dengan lelaki dari perempuan. Sebab tu aku suka borak ngan lelaki. Sekarang pun aku tak join sangat budak-budak perempuan.

Oh ye.. hari tu ada satu staf dari Gtower turun Lot8. Dia nampak aku jer dia sengih. Macam minat jer kat aku. Aku sengih la balik. Pastu dia tanya nama aku. Aku jawabla sapa kan. Lepas ti dia email aku soh on IM. Aku on la kan. Pasti dia ajak aku lunch. Aku pergi jer lakan. Hahaha.. ghopernye dia gatal miang.. hahaha.. sengal.

Tadi dia ajak lagi. Aku takmo. Kalau melayu ok gak. Ni cina local. Kalau emsem takpa gak. Tapi tak emsem. Hahahaha... sengal. Dia kata kaki aku panjang. Aku tinggi. Yang paling aku terkedu dengar dia kata montot aku besaq. Waaaaa!!

Aku dah kulus pun dia kata besaq lagi. Kalau aku gomok mesti lagik besaq. Hampeh!!

posted from Bloggeroid

Nyanyi ka ngaji?

Aku suka nyanyi-nyanyi. Aku akan nyanyi-nyanyi kalau aku nak. Masa kecik kalau dalam bilik air nanti aku nyanyi-nyanyi sambil nari-nari dalam bilik air. Dulu aku suka berangan macam kumpulan Feminin sambil nyanyi-nyanyi dan nari-nari. Duku pun kira aku femes gak kat sekolah dengan gang aku yang lain..*hehehe

So semalam aku browse gugel play. Tengok-tengok ada apps untuk nyanyi-nyanyi macam karoke. Aku tryla donlod satu. Lepas tu aku try nyanyi satu. Aku try lagi. Aku try lagi. Aku try lagi. Aku try lagi..

Memang macam karoke. Apps ni online sampai Amarika. Aku nyanyi-nyanyi dengan derang. Kebanyakannya orang Amarika la.. agakla sebab semua orang putey secara live. Ada sore sedap..ada sore hampeh.. aku macam biasa sore bak penyanyi peserta AF yang tak pas masuk AF.

Enjoi sambil lepak-lepak atas katil. Kau boleh dengar balik sore merdu kau tuh. Aku pun lupa nama apps tuh. Tak yah carikla.. buang masa jer. Baik ko pergi ngaji. Heeeee...

posted from Bloggeroid

Talipon semat yang rare

My S3 phone takkan ku ganti cermin mu itu kerana;

1- kau sememangnya original jadi ia tidak akan mempunyai apa2 efek jika kau retak 1k sekali pun
2- kau kalau kuganti dengan yang murah dan tak ori kurasa pasti akan cepat rosak dan smoothness kau nak scroll the page .. maksud kesensitifanmu akan pudar ..
3- kau akan nampak rare gitu
4- setiap kali orang nampak kau mesti dia tanya kau.. kenapakah?
5- kerana yang ori mahal LOL
6- kerana aku ada duit yang banyak cuma duit yang banyak tu aku nak buat benda lain.. heeee
7- kerana kalau aku tukar nanti orang kata aku banyak duit lalu orang itu akan mintak duit aku.. *hahahaha
8- kerana sukahati aku la.. talipon semat aku kan?
9- kerana nanti kalau aku ada pakwe bolehla mintak i-phone kat dia.. wakaka
10- kerana dalam tabung ayam aku ada seposen jer..

Cukup 10 sebab kenapa aku tak nak tukar cermin talipon semat aku.. weeee

posted from Bloggeroid

Thursday, December 12, 2013

Itu olang jugak arrrr

Mahu kurus? Kihkih.. ramai kata I dah takyah kurus lagi dah. Memang pun I tanak kurus lagi. Nanti macam skeleton berjalan. Tapi dari kecik lagi I ada satu masalah pembuangan. Sistem pembuangan besar I tak stabil. Once a week. Tu pun kadang menjadi once per 2 week. But sometimes ia bleh menjadi twice or thrice per week. Tapi tidak everyday. Dan selalu I akan cari tandas yang membolehkan kita mencangkung kerana fakta mengatakan ia lebih bagus daripada kita duduk kat tandas duduk.

You all tahu kan I baru pindah? Masuk 4 bulan dah. Cepat masa berlalu. Kat rumah I tu pulak hanya ada tandas duduk. Jadi I terpaksalah duduk dengan sopan ketika itu. Jadi seperti tidak lawas jadinya. Oleh itu, I sekarang makan Merit untuk ia menjadi lawas. Kawan opis I makan nih hari-hari dia melawas. Hilang toksid kat badan. Jadinya I pun nak gak la kan.. perut yang sedikit buncit bolehlah jadi kerimping like kerengge. Ye dak?

I beli kat Mydin jer. Tu pun sebab saje try test beli barang dapur kat Mydin. Hahaha.. I memang takkan pergi lagi dah beli barang dapur kat Mydin. Mahu tempat dia sempit dan ramai umat. So ternampak benda alah ni.. I beli la sebab before memang ada niat nak try test bagi lawas.

Hari Ahad I beli, hari ni Khamis baru cuba nak telan. Cara makan dia ekceli 2 biji bagi beginner setiap malam. Tapi aku kalau dah terbongkang malam-malam mana nak ingat nak telan majun nan 2 bijik tuh. Pagi ni aku bawak pi opis buat milo mocha resepi aku tuh..telan 2 bijik. Mula telan 1 biji rasa tak sedap. Kali kedua tersangkut kat anak tekak. Mahu aku muntah balik tapi tahan. Kalau nak muntah gak mesti aku muntah dalam cawan balik. Naseblah kan?

Tapi kutelan jua berjaya masuk perut. Tapi sampai la ni..ade le rasa sikit-sikit nak pi toilet. Tapi kalau tak power rasanya mahu aku nak duduk kat toilet tuh lama-lama? Tidak lah kan.. tungguuuu...


Haa.. tu dia. Dengan Milo nescafe aku yang pekat buih-buih halus. Kawan opis tu mamam nih perut ramping you. Meh cer try test :)

Oh ye.. tadi browse FB. Try ler stalk page orang tuh.. dah de baby baru ler.. semalam I stalk dia pi mana. I agak jer dalam hati. Rupanya betul. Baguslah dan tahniah! Adela tuh nanti rezeki baru sempena kedatangan baby baru. Selalu gitu. I pernah rasa 4 anak..4 kali rezeki anak yang berlainan. Cuma sometimes kalau aku tak dapat, si sengal tuh dapat. Tapi kalau si sengal tuh yang dapat bukan nak jaga elok-elok. Hampeh!

Anyway kedatangan si comel dalam hidup adalah penyeri. Jagalah sebaik mungkin. Macam aku dah tak de dah nak peknan lagi. Ntah-ntah dah takleh peknan sebab dah banyak sangat makan pil perancang. Tu pun salah satu penyebab kenapa kita perempuan susah nak peknan. Aku empat dah cukup dah. Setakat nak menjaga tak pening sangat..tapi nak cari duit tuh agak pening. Maklumlah.. kalau ikut gaji I sekarang nih tahap miskin. Wakaka.. 

Suka benar I kan bab merepek meraban? Lama dah tak pening pasal study. Memang tak fikir sangat pasal study sebab sibuk dengan kerja, urusan anak nak masuk sekolah.. hmm.. ni jadual exam dah kuar I pun tak jengah lagi. Ntah pe citer ntah. Tak tahulah sem ni lepas dak? For finance 3 homework aku tak buat. Ada 2 esainmen aku kena hantar before last klas nih. Nak buat ade jer benda lain nak buatkan? Naseblah..

Semua atas ketentuanNya.. aku ikut jer. Yang lepas biaq pi lepas. Yang akan datang ni aku belajaq not to get attached with someone spesel or tidak spesel. And I made it! Tapi.. memang tak rasa spesel lah kalau tak attached sangat kan. So bila rasa nak speak to someone..tataw dah mana satu nak dihubungi. Last-last pi stalk page orang tuh jugak. Sigh!!

Eh! Kejap! Camaner I bleh stalk dia pi mana eh? Hahaha..