Thursday, February 28, 2013

Duduk diam-diam

Gila mengantuk kaw-kaw hari ni.

Bila mengantuk layan update blog dulu. Tapi nak update ape ntah. Oh ye.. first timer  nak fill in BE form. Emm.. PCB potong sekali jer dalam payslip. Maybe sebab HR tengok suami tak kerja so dia dah tak potong dah. Tapi kenapalah pulak nak kena fill in jugak BE ni?

So tadi setelah menggugel dan bertanya mengumpul sedikit sebanyak maklumat, boleh online jer benda ni. So senang sikit. Tapi dia nak pin no pulak. boleh mintak online juga, tapi tiada email beregister dengan LHDN so permohonan disekat.

Okay..tu tak kisah. Try call hotline..asyik engaged memanjang. Call LHDN cawangan Shah Alam. Dia suruh datang tapi macam biasalah, bilalah masa nak datang. Lunch hour datang kalu, konfirmlah derang semua lunch time kan? So choice yang ada photostate IC dan fax jer kat derang. Tapi method ni tak berapa bagus sebab bila tanya bila dapat, depa pun tak taw nak jawab bila. Dia kata cuba jerlah..kot-kot PIC tu rajen dapatlah cepat. kot-kot PIC tu malas konfirm tak dapat-dapat. Tapi takpe..kita cuba camner tengok dulu.

So sekarang sedang tunggu pin no itu. No pon dua2 dah bagi. Tapi sampai la ni takde call pun. Tapi takpe consider PIC busy. Ni kalau esok tak dapat, minggu depan tak dapat, konfirm kena pergi juga minta pin no tu.

Ekceli benda ni agak melecehkan saya sebab konfirm-konfirm gua rasa tak yah bayar. Kalau gua single takde tanggung menanggung konfirm mungkin kena bayar. Buat jerlaa...

Cincin kat jari ni makin longgar plak. Terpusing-pusing. Gua nak menaip pun susah. Tapi sebab suka nak pakai punya pasal, biarkan saja. Takde pun susah mana sangat.

Untuk pendaftaran subjek telah dibuka. Azira nasihatkan supaya ambil 3 jer subjek dulu. Gua sedang berfikir ni. mau ambil 3 atau 4 subjek. Kalau ambil 3 subjek, yuran bayar opkoslah rendah sikit. Kalau ambil 3 subjek tentulah ringan sikit. Kalau ambil 3 subjek gua tetap kena pergi kelas tiap-tiap minggu. Sebab 2 subjek ada kat sesi satu. satu subjek lagi ada dekat sesi 2. Buang masa pulaklah sebab sesi 2 tu cuma dari jam 830 hingga 1030. Lepas tu boleh pergi dating.. hehe..

Iyer jer kan pergi dating. Dating dengan sapalah gamaknyer. Paling kurang pun dating sorang-sorang tengok wayang kat space u8. Eh..orait gak tuh. Tapi gua rasa nak ambil 3 subjek jer. Biar nanti tak serabut. Tapi rugi masa plak. Aih !! Tengok ar nanti waktu nak register tu, kalau agak waktu tu macam kompiden bawak 4 subjek gwe register jer 4subjek. Kalau waktu tu tak kompiden, register 3 jer la.. Tapi sekarang ni macam tak kompiden.

Yuran Bulan March konfirm kena bayar. Hmm... sedang berfikir ini..mau planning financial.

Eh..Annual leave gua bawak after March ada 5hari. Campur 14hari this year..ada 19hari. Banyak giler ah gitu. Gua nyer annual leave hari tu 4 hari amik for exam dan 2 hari tu sebab mak operation. Kalau tak konfirm banyak giler lagi dan lagi. Gua ni nak cuti tak tau nak gi mana. Ni sedang merangka-rangka untuk pergi ke Janda Baik dengan kawan-kawan. :)

Panjang giler gua update hari ni. Oh ye..lupa plak hari ni 10th anniversary I. Dah update pun pagi tadi. Tapi gua rasa boring dan tak excited. Tiada hadiah..tiada dinner romantik..tiada bunga rose..tiada xoxo..dan saya harap hari yang begini akan terus hilang dari hidup saya. Cheh!! Macam kecewa jer bunyi.. hihihi Kalau nak ikut rasa kecewa tu memang banyak giler. Tapi nak buat lagu mana.. Dah tu Allah nak bagi. Semua pun datang dan pergi..jadi kita duduk jer diam-diam. Okay?

10th anniversary

Today 10th anniversary of marriage.

Tak ingat tapi alarm reminder kat phone ingatkan.

Semoga apa yang saya plan akan berjalan lancar selepas ini :)

Doakan saya..

Wednesday, February 27, 2013

Stay young and peacefully

Rasa mengantuk sebab macam tak cukup tidur di hospital. Rasa letih sebab tidur tanpa bantal hanya beralaskan tilam nipis atas lantai. Memang tak selesa you.

Nway semuanya selamat, tadi mak call dan mak kata mak tak demam dah. Alhamdulillah..

Petang tadi sebenarnya rasa sangat risau sebab takde siapa nak jaga mak malam ni. Dan petang tadi rasa berbelah bahagi antara nak balik tengok anak-anak atau nak tunggu mak. Baby dah 3hari tak sekolah sejak mummy tak balik. Haih!!

Call mak rasa serba salah nak cakap tak boleh tunggu. Tengah tergagap-gagap nak cakap, mak pulak potong cakap kata tak yah jaga mak sebab mak dah boleh jalan. Walau pakai tongkat dah boleh jalan pergi toilet sendiri. Wah!! Sangat lega hati I ..

And tadi mak call borak-borak rasa mak makin sihat. Dah jalan pakai tongkat and kaki tak rasa sakit. Makan pun dah ok, demam pun tak. Sebenarnya takut mak kecil hati sebab tak dapat jaga malam ni. Allah memudahkan urusan :)

Dan yang paling miracle adalah mak call and nak cakap dengan Mother In Law. Faham-faham jer lah sejak kejadian yang dulu-dulu tu manalah mereka bercakap walau dalam telefon apatah lagi berjumpa. Cuma berkirim salam jer. Tu pun kadang-kadang lupa nak sampaikan. Maafkanlah daku.

Emm.. Mommy tanya Abang rindu Mommy tak. Nak taw apa jawapan Abang?

"Mandi tak basah..tidur tak lena.. Makan tak kenyang.." Pandai lah Abang kan.. Lepas tu dia gelak-gelak. "Mana ada mommy..takkanlah mandi tak basah.." Pandainyer Abang bergurau. :)

Mommy tanya lagi.. Abang rasa rindu tu macam mana? Abang jawab masa nak tidur dalam hati tu ada rasa rindu :). Cute right Abang?

Balik tadi soalan pertama Mommy tanya, "Abang dah solat belom?" huhu
Sekarang Mommy ala-ala ustajah plak. Tapi sejak Mommy jaga solat Mommy..Mommy nampak perubahan pada Abang dan Kakak. :)
Alhamdulillah..

Oh ye.. Kak Zu dah banyak kali tegur saya makin kurus. Saya pun tak sure betul atau tak. Tapi hari tu masa tinted kereta, budak cina kat kedai aksesori tu tanya umur berapa. Saja nak test adakah I nampak younger atau older. And seprais dia kata I 25yearsold. Auw !!

Pastu uncle kat kedai tu tanya..anak berapa. Memang tak pernah nak berahsia pasal anak. And dia kata I masih mengancam walau masa tu pakai baju kurung lusuh ngan tudung yang main sambar jer.. Ahaks !!

Macam biasalah..perasaan ni rindu jer :) Rindu kat sapa..macam biasalah ! Cuma tak taw rindu tu berbalas tak :(

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 26, 2013

Yang lain mana?

Semalam ada orang tu tiba-tiba call.. Ajak lunch. Dia kata nak bayar hutang. Macam terperanjatlah juga bila dia kata nak bayar hutang tu. Well saya sambut dengan hati yang lapang .. Tapi .. Emm .. Camaner nak luahkan pun saya tak tahu ni. Gua tak pasti dia ni bagaimana pemikirannya sebab dia ajak kahwin .. Lagi la gua terkedu ..

Gua tanya dia .. Wife ? Dia kata keep hide .. Oh ! Senangnye lelaki ini berkata-kata .. Gua pun tak lepas lagi .. Haih !! Wife preknan okay ? Atau punya agenda lain ..

Saya biarkan saja .. Wait and see .. Malas nak fikir sebab Ajaren pun tak settle lagi.

Saya tak pernah marah dia.. Saya cuma terasa. Dulu mungkin dia tak stable sehingga terpaksa berhutang..dan ekceli dah kata kat dia halal pun. Tapi dia still nak bayar, consider sebagai lelaki bertanggung jawablah. Itu pun kalau dia bayar betul. Tapi kalau hanya cakap tunggu-tunggu habuk jer..maknanye dah terbuktilah kan..

Takpe kita tunggu dan lihat jer.

Emm.. Hidup ni pilihan. Kadang-kadang banyak pilihan. Tapi takut tersalah pilih. Macam masa pilih Ajaren dulu. Tapi mungkin dulu saya tak matang.. Tak fikir panjang. Sekarang saya tahu siapa yang saya nak rujuk dalam buat pilihan. Bukan mak atau ayah.. Tapi Tuhan. Allah Maha Mengetahui.

Pernah buat sekali. Mimpi someone yang tak nampak tapi tahu dia ada disitu. Hati sangat tenang masa tu. Saya tak tahu siapa sebab tak nampak, tapi tahu dia ada. Musykil dengan mimpi tu. Saya biarkan saja untuk future saya. Tapi untuk bersama dengan Ajaren mungkin tidak. Bila ingat dia saya jadi tak tenteram. Permudahkanla Ya Allah jalan tu.

Malam ni jaga mak lagi. Every nyte saya jaga. Tak taw esok mak boleh keluar tak. Kalau tak boleh gimana? Saya dah rindu anak-anak. Tadi call pun dah nanes.. Yang lain mana?

posted from Bloggeroid

Sunday, February 24, 2013

Alhamdulillah

Sedang beratur panjang. Menunggu giliran. Rezeki yang Allah nak bagi walau dalam apa jua bentuk pun.

Tahun lepas dapat BR1M. Tahun ni pun dapat walau gaji dah lebih.. :)

Rezeki anak-anak.. Amin. Tapi memang ramailah. Penat menunggu.
This week agak busy. Dengan jaga mak, kereta hantar workshop.. Cian anak-anak. Kena tinggal jer.

Mommy balik semalam Abang dan Adik yang sambut. Rindu katanyer. Mommy lagi rindu. Mommy pelok sorang-sorang. Lagi-lagi Baby yang ngada-ngada itu. Alolo.. Comei jer Baby. Pagi tadi Mommy keluar Baby belum bangun.

Robocop dah mantap. Best sikit nak F1. Saya betulkan juga Robocop itu sebab next month nak pergi Seremban. Cik Ayn Kecik kahwin belah suami dia. Bulan April insyallah turun Melaka. Sapa Yang Punya pulak kahwin. Belajar jalan jauh-jauh. Belajar jadi lebih indipendent. Perlu berubah for better future. Tak perlu lagi bergantung pada suami yang gitu. Adakah akan menjadi suami lagi in future. Kompiden tak. Dan memang taknak. Bila saya nekad.. Terimalah semuanya dengan redha.

Saya tak kisah kalau ada yang pandang rendah kemampuan saya selama ni. Especially konfirm lah Ajaren. Tapi mesti dia terkejut sebab I am not totally like I am before. Different me..different vision..different status in future.. ;)

Dengan bantuan waze app android memang mudah untuk saya pergi ke mana saja. Saya bukan pengguna Garmin yang baik. Saya pengguna Waze. Garmin buat saya sesat barat. Tak faham direction yang diberi. Tapi setelah sesat memanglah sampai. :) Sekarang segalanya mudah di hujung jari. Kau takkan percaya Ajaren dengan Mommy yang dulu kira baik giler..sekarang pandai dah.. Lantak ar Daddy pas ni..

Haih penat. Mau boleh type 18 muka surat lama menunggu..

Kami ada 4beradik perempuan yang selepas kahwin masing-masing memang jarang bertemu. Tapi kalau bertemu pasti ada story yang hangat diperkatakan.

Cik Aqi desak tanya siapa Abang :). Memang tanak bagitaw. Bagi hint satu jer.. Ade dalam FB frenlist dia. Terus dia boleh dapat tangkap. Obvious kot? :)

Masa sebut nama tu, gua dah sengih-sengih. Seb bek Cik Aqi faham situasi. So respon tak la negatif :).. Hehe..

Robocop pun dah mantap. Bisnes insyallah akan diteruskan. Mungkin next week plan yang dirancang boleh dijalankan. Memandangkan this week agak busy.

Robocop itu salah satu benda yang tak berenggang dengan saya selain henfon, fb, twitter *tempat meluahkan perasaan* , dan blog. Kalau boring menunggu mulalah buka fb. Kalau ingin membebel mulalah buka bloggeroid. Kalau ingin meluahkan perasaan seayat buka pula twitter. Kalau nak pergi mana2, Robocop boleh hantarkan. Setia menunggu lagi bersama teman

seangkatan yang lain kat parking kereta. Takpalah..janji mereka-mereka ini lebih setia dan ikhlas. Tapi pada manusia yang lebih ikhlas..tq for everything. Tq for being good to me.

Tapi apapun saya rindu Abang :) :b

Cik Aqi jangan sengih2 pulak..

posted from Bloggeroid

Saturday, February 23, 2013

Robocop itu panggilan manja

Bearing kecik giler RM80. Pergh !!

Nasib baik pakai kereta made in Malaysia. Kalau tak mau ratus-ratus.
Nak nanges Robocop buat hal jer. Belum tukar tinted depan lagi. Haish !!

Tayar pun dah 2 tahun tak tukar. Dah pecah-pecah. Boleh lotup nanti. Seriau pulak.

Sabarla Niza yer.. Sabar bebanyak.

Nanges !!

posted from Bloggeroid

Friday, February 22, 2013

Nyte 2 @ hosp. Sg. Buloh

Nampaknya mak selesa dan tidur lebih tenang berbanding semalam. :)

Alhamdulillah..

Gua plak yang tak boleh tidur. Sambil dengar zikir dari Hafiz Hamidun..dan try dari Pink. Agak menenangkan. :)

Petang tadi rasa sangat gusar tanpa sebab. Ingat malam ni nak nanges. Rupanya kewl saja. :)

Malam terakhir jaga emak. Ini saja yang saya mampu lakukan mak. Kalau boleh saya ingin lebih berbakti pada mak dan ayah. Tapi terkadang kemampuan saya terbatas.

Sedap pulak dengar suara Hafiz Hamidun ni berzikir. Tenang jer rasa hati.

Ya Allah berikanlah aku ketenangan sehingga akhir hayat. :)

Lambat pulak habis piyed.. Haih !!

Rindu kerenah anak-anak. Rindu pada mereka. Rindu !!

Begini rupanya tak junpa anak-anak selama 2 hari. Tu belum pergi berhijrah mencari nafkah untuk derang. Mau nanes everynyte.

Saya terasa bagaimana perempuan-perempuan asing yang mencari nafkah tinggalkan anak-anak di Malaysia. Lebih-lebih lagi makcik-makcik cleaner dari tanah seberang. Selalu derang kata rinduuu sangat tapi mau buat gimana? Mau cari rejeki...

Haih !! Bersyukur saya dengan kehidupan saya dengan anak-anak di keliling saya. Semoga dipermudahkan Ya Allah segalanya..keinginan saya.. Amin :)

posted from Bloggeroid