Wednesday, May 21, 2014

Question?

Last 2days dah submit form tukar program kat uitm. From HR to OPM. So.. lepas ni if the submission approve.. I jadik OPM student. Tak berapa nak minat HR. Dahla kena amik law 2kali. Woowooo... hari tu nasib baik lepas business law.

Then bila masuk OPM nanti.. I nak study betul2. Sebab masa diploma dulu siyes I suka subjek ni. Sebab tu my first choice is OPM. Masa dip dulu the lecturer sangat nerd. I rak ingat nama lecturer tu tapi dia sangat nuce dan baik.

Satu incident yang I takkan pernah lupa when the lecturer ask the student, "question?" The intonation bila the lecturer tanya tu like satu lagu yang femes satu masa dulu.. saya ngan cek ayu bleh gelak kuat2 dalam klas tapi orang lain blur.. kihkih.. seronok kot jadik fulltime student ni.

Masa dip I tak banyak kawan. Adela kawan tapi mmg takde yg close sesangat. Sebab? Sebab I memang agak malas bersosial. Suka duk terperuk lam bilik. Macam sekarang suka duk terperuk kat ghumah.. huhu

Tapi kami nyer grup dalam klas ada 6 org. Gua, acik, nisah, bab, mai & farah. Derang ni agak kelakar gak ah.. lagi2 acik ngan nisah. Semua da lam fb. Haih... windu ah zaman dulu2

posted from Bloggeroid

Sunday, May 18, 2014

Stay sampai mati?

Nak hapdet pe ni? Sejak jiwa tak lara dengan masalah tak penting tak taw nak hapdet pa.

Kalau aku kaya.. hari2 hari raya.. bil2 jiran keluarga.. aku melanjew slumber.. tariff letrik nak naik lagi.. bagus2..

Aku ada kawan.. puak penyokong BN. Aku ada kawan puak penyokong PR. Lama2 aku pening. So.. dont talk about politic. Mai carik duit dengan semua kenaikan harga barang dan bil.

Hidup aku banyak plan. Dari dulu aku kata gitukan? Tapi semua plan jangka masa panjang.

Study semua undercontrol sebab I am only have 2 paper. Target to be grad at 2016 but dunno lol.

Rakan2 ZTE ramai dah tender. Aku? Masih termanggu-manggu. But still there Abang Syed jadi boss aku.. masih aku disana juga kerana the flexible hour yang membolehkan aku ambil anak lunch hour sehingga terlajak laris.. kihkih.. and future hopes is harap aku bertahan di telco industry yang sentiasa havoc & happening. Nak2 bila jadik vendor.. sentiasa pening.

Hidup aku tidak lagi mengejar benda yang tak pasti. Hidup aku sudah malas mengejar. Dan aku tidak mengejar.. malah orang tidak mengejar aku. Biar aku dan orang hanya akan stay. Stay saja disitu sampai mati maybe.

Dont judge my choice because it is the only choice I have. Just pray for the happy ending..because the only one I want in my life is happy..

posted from Bloggeroid

Sunday, May 11, 2014

I need more...

I need more than this. I need something more..
But then what should I do eh?

posted from Bloggeroid

Saturday, May 10, 2014

Sakla U!

Benarlah kata2 ini. Jika kita tinggalkan yang negatif..kita akan sentiasa berada di aura positif. Which means yang dapat kawan2 positif..

We need to think positive. Hehe.. ini selalu Abang Adi cakap dulu. But masa tu I cant think positive sebab the negative things menghantui pemikiran.

Ye la.. camaner nak positive kalau kita terikat benda negative. Now.. saya rasa lebih positive dengan kehidupan walau macam2 dah saya lalui. Kalau fikir balik.. pergh! Memanglah.. tanak lalui semua tu lagi.

And si sengal tu ada bunga2 nak rujuk balik. Hmm.. saya tidak akan tertipu sekali lagi. Never! Bukan nak pentingkan diri sendiri..orang kata baik rujuk semula kerana anak2. Tapi kalau hati tak yakin... memang taklah kan. Without him.. tengok saya punya rumah sendiri. Penat tau usaha nak ada rumah sendiri. Pindah rumah semua buat sendiri. Takkan senang-senang aku nak jemput dia datang balik kat aku. Masuk rumah cuci kaki. Apa? Ingat aku ke lelaki yang cari rumah untuk kau.

Ye.. ini saya sedang emo dan marah. Setiap kali bercerita tentang dia.. saya pasti marah. Sakla u!

posted from Bloggeroid

Boss backup gua..gua terharu

My boss ZhongJian. Semalam Abg Syed, Hafizi & Zhong Jian meeting. Abg Syed taiko dalam telco ni. Lama dah dia buat keje kat oversea. And ZhongJian nak balik China maybe dalam bulan6. Hmm..

Bila kuar meeting Abg Syed cerita that ZhongJian pernah backup gua masa meeting ngan DiGi. Boss RF planner DiGi nama dia Janice. Dia ni selalu asyik nak naik angin saje. Dia pernah komplen pasal gua sebab gua macam blur awal2 dulu.

Gua memang blur taktaw pape. Jadik dia komplen kat ZhongJian. But the best part is.. ZhongJian cakap gini kat Janice sampai Janice diam.."If you want takeout Niza..I also go out from this project"..

Ini kisah benar ok. Dia tak cakap depan saya..tapi dia cakap ngan Abg Syed. Terharu & terpaku sekejap gua. Huhu..

Nway.. Hafizi last Rabu depan. Rasa nak beli sumthing for him sebab dia yang tarik saya masuk RF Planning. Dia yang ajar saya banyak benda. Tapi... apakah? And tadi kita pi makan tupai. Semua lelaki.. gua sorang pompuan. Okeh.. ini bukan zaman DC. Ini zaman RF Planner..yang masa ni lah nak upgrade the expertise. Serius talk.. I would never keluar from telco. Banyak benda boleh belajar.. Abang Syed ada.. boleh Abang Syed ajarin nanti.

Oh ye.. my post ni dah sama level ngan engineer gak ah. Echecheh.. perahsantan kan gua? Jadiknya.. gua bekerja dengan semua lelaki. Perempuan ada 3.. tu pun 2 dari DiGi dan satu dari PMC subcon DiGi. Lain kot suasana kerja dengan lelaki dan perempuan and love to kerja ngan lelaki berbanding perempuan.. tetapi..

...serius benarlah kata2 perumpamaan.. lelaki kalau bergosip belakang perempuan memang sah2 lagi teruk dari perempuan bergosip.. ini kisah benar juga. Gua layan jer mereka berborak kat tupai. Hehe.. have fun ekceli.

Oh ye. DC makin kurang orang. Azie and Azira nak blah. Dan masuk orang baru kebetulan adalah excollegue kat MKCC dulu. Syira Zain. Hmmm... tapi kami tak sama department lagi dah.

And serius talk.. telco industry sangat kecil. Jika kau lama didalamnya.. orang akan kenal kau. Lagi2 jika pangkat kau besar. Kau lompat company sana sini... last2 kau jumpa orang yang sama. Hmm..

Sebenarnya agak sedih Hafizi nak berhenti kerana dialah mulut paling laser dalam team. Kalau dia takde..senyap saje. Kekadang jer buat lawak ngan Abg Syed. But setiap orang mahu move on kan? Then bila nanti mungkin saya tinggalkan ZTE..pasti agak sedih kerana saya mungkin sudah jatuh sayang kat ZTE. Tapi politik management sangat kuat di ZTE. Baik jadik staff biasa jer.. pangkat paling tinggi manager sudah. Jangan lebih nanti sakit pale.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 6, 2014

Mafia aka gangsta

Pagi2 sampai opis borak2 sket ngan Hafizi tak sangka dah dekat 3tahun I kat zte. Macam2 jadi..macam2 orang ngan perangai i kenal. Tapi sebab kita baikkan.. hehehe.. semua carik kita balik. Alahai perasan mak jemah ni.

Tapi memang betul pun.. some of them still call tanya khabar.. siap hantar buah jeruk jambu datang rumah. Tapi yang bawak jeruk jambu tu macam ada udang disebalik mee jawa. Jeruk tu habih dah kitorang anak beranak makan. Pastu I buat2 malas nak layan jer.. huhu.. jangan disantau nye kami udah lerr.. tak kot.

Hmm.. biarlah. Jemu kang takde la nak sibuk2 lagi kan? Cuma satu I risau.. si sengal tuh. Sibuk kata sayang lagi la.. apela.. wiken hari tu dah call.. tadi call lagi. Hamboi2 ingat senang2 kau lepaskan.. senang2 kau nak dapat balik? Tu la.. masa orang mintak kau senang sangat bagi kan.. sebab tanak susah duduk kat seremban tuh. Sekarang hegeh2 kat I. Jangan kau gila talak kat aku sudeylaa..

Tapi tula kan.. risau gak esok dia buat hal ka nnti bila kuar... hmmm.. simpang malaikat 44 gua tanak kat dia lagik. Tu la I kata.. kalau boipren I ketua mafia aka taiko gangsta.. dia keluar buat onar kat I.. I soh jer bf I kasi settle. Kalau bf I pondan... how la kan? Cefikir-cefikir. Carik ah satu ketua gangsta. Sapa buat hal kat I... I bagi dia settle jer.. puas hati I!

posted from Bloggeroid

Sunday, May 4, 2014

Beli jer.. baru cun nak renovate

Okay2.. today done beli kain langsir warne purple.. I kan simple.. so the langsir pun simple.. purple plain.. i tak suka sarat dengan bunga..

Ekceli nak beli yang ada corak daun2 simple.. kain plak x cukup.. so cari pusing ade plak kaler pepel.. puas hati sebab kain dia lembut and cun..

Pastu gua pi beli ayat kursi.. ingat nak letak atas tiwi tapi tercabut plak paku atas tiwi tuh.. jadinya temporary gua letak kat tepi dinding.. takpa2 leklu..

La ni dah mintak tolong kawan soh drill reel langsir.. reel langsir lama dah rosak..

Tinggal nak carik karpet wane purple... o yeah!

Nanti kalo ade rejeki.. i nak tukar sofa kaler purple gelap.. musti cun. Nanti ye.. sabaq naaa..

I nak buat acani.. sebab dinding kaler kelabu.. so.. i nak buat 4 kaler.. kelabu *for sure for dinding umah aje*, purple, hitam & kaler kayu. Ayat kursi tuh dah warne hitam. Tiwi warne hitam gak. Pastu kalo beli sofa warne purple. Karpet kaler purple. Nanti ade rejeki lagik.. nak beli lemari bawah tiwi kaler hitam atau kaler kayu.

Hish.. dah nak jadik suri rerumah lah I nih. Huhu

Tapi kadang nak buat rumah ni cun2 pun cam bazir jer... sebab ingat nak buat rak buku terus tampal kat dinding. Takyah ada lemari2 perabot besar gabak... rumah kecik kenala bagi kurangkan penggunaan space kan? Pastu nak susun buku bebanyak kat ruang tamu... mesti cun. Tapi tulaa... rumah sewa.. huhu.. nnti ade rejeki lebih lagik.. gua nak beli jer ghumah ni. Boleh tuan rumah? Hehehehe...

posted from Bloggeroid