Saturday, May 10, 2014

Boss backup gua..gua terharu

My boss ZhongJian. Semalam Abg Syed, Hafizi & Zhong Jian meeting. Abg Syed taiko dalam telco ni. Lama dah dia buat keje kat oversea. And ZhongJian nak balik China maybe dalam bulan6. Hmm..

Bila kuar meeting Abg Syed cerita that ZhongJian pernah backup gua masa meeting ngan DiGi. Boss RF planner DiGi nama dia Janice. Dia ni selalu asyik nak naik angin saje. Dia pernah komplen pasal gua sebab gua macam blur awal2 dulu.

Gua memang blur taktaw pape. Jadik dia komplen kat ZhongJian. But the best part is.. ZhongJian cakap gini kat Janice sampai Janice diam.."If you want takeout Niza..I also go out from this project"..

Ini kisah benar ok. Dia tak cakap depan saya..tapi dia cakap ngan Abg Syed. Terharu & terpaku sekejap gua. Huhu..

Nway.. Hafizi last Rabu depan. Rasa nak beli sumthing for him sebab dia yang tarik saya masuk RF Planning. Dia yang ajar saya banyak benda. Tapi... apakah? And tadi kita pi makan tupai. Semua lelaki.. gua sorang pompuan. Okeh.. ini bukan zaman DC. Ini zaman RF Planner..yang masa ni lah nak upgrade the expertise. Serius talk.. I would never keluar from telco. Banyak benda boleh belajar.. Abang Syed ada.. boleh Abang Syed ajarin nanti.

Oh ye.. my post ni dah sama level ngan engineer gak ah. Echecheh.. perahsantan kan gua? Jadiknya.. gua bekerja dengan semua lelaki. Perempuan ada 3.. tu pun 2 dari DiGi dan satu dari PMC subcon DiGi. Lain kot suasana kerja dengan lelaki dan perempuan and love to kerja ngan lelaki berbanding perempuan.. tetapi..

...serius benarlah kata2 perumpamaan.. lelaki kalau bergosip belakang perempuan memang sah2 lagi teruk dari perempuan bergosip.. ini kisah benar juga. Gua layan jer mereka berborak kat tupai. Hehe.. have fun ekceli.

Oh ye. DC makin kurang orang. Azie and Azira nak blah. Dan masuk orang baru kebetulan adalah excollegue kat MKCC dulu. Syira Zain. Hmmm... tapi kami tak sama department lagi dah.

And serius talk.. telco industry sangat kecil. Jika kau lama didalamnya.. orang akan kenal kau. Lagi2 jika pangkat kau besar. Kau lompat company sana sini... last2 kau jumpa orang yang sama. Hmm..

Sebenarnya agak sedih Hafizi nak berhenti kerana dialah mulut paling laser dalam team. Kalau dia takde..senyap saje. Kekadang jer buat lawak ngan Abg Syed. But setiap orang mahu move on kan? Then bila nanti mungkin saya tinggalkan ZTE..pasti agak sedih kerana saya mungkin sudah jatuh sayang kat ZTE. Tapi politik management sangat kuat di ZTE. Baik jadik staff biasa jer.. pangkat paling tinggi manager sudah. Jangan lebih nanti sakit pale.

posted from Bloggeroid