Saturday, December 14, 2013

Naik gaji.. woo wooo

Aku kan dah naik gaji. Aku tak bagi tahu sesapa pun. Aku tak mahu derang jelez. Jadi aku diam jer.

Sebab kalau aku bagitahu yang perempuan-perempuan nih nanti derang jeles. Bila derang jelea nanti derang bising. Aku malas nak dengar. Jadik aku diam jer. Buat-buat aku tak naik gaji. Buat-buat takde pape. Buat-buat muka selenge macam gaji tak naik. Buat-buat bodoh jew. Buat-buat tak nampak jer slip gaji dah lebih. Buat-buat macam tak tahu jer gaji dah naik.

Tadi jumpa Hafiz. Bukan Hafizi taw. Hafiz. Dia saja jer cakap cenggini, "Dengar citer sambung kontrak nampak? Siap naik 15% .. ".

Hahahaha.. aku cakap gini kat dia. "Aku nak ikut style kau la setiap kali sambung kontrak gaji naik."

Lepas tu dia sengih-sengih. Senang cakap dengan lelaki dari perempuan. Sebab tu aku suka borak ngan lelaki. Sekarang pun aku tak join sangat budak-budak perempuan.

Oh ye.. hari tu ada satu staf dari Gtower turun Lot8. Dia nampak aku jer dia sengih. Macam minat jer kat aku. Aku sengih la balik. Pastu dia tanya nama aku. Aku jawabla sapa kan. Lepas ti dia email aku soh on IM. Aku on la kan. Pasti dia ajak aku lunch. Aku pergi jer lakan. Hahaha.. ghopernye dia gatal miang.. hahaha.. sengal.

Tadi dia ajak lagi. Aku takmo. Kalau melayu ok gak. Ni cina local. Kalau emsem takpa gak. Tapi tak emsem. Hahahaha... sengal. Dia kata kaki aku panjang. Aku tinggi. Yang paling aku terkedu dengar dia kata montot aku besaq. Waaaaa!!

Aku dah kulus pun dia kata besaq lagi. Kalau aku gomok mesti lagik besaq. Hampeh!!

posted from Bloggeroid

Nyanyi ka ngaji?

Aku suka nyanyi-nyanyi. Aku akan nyanyi-nyanyi kalau aku nak. Masa kecik kalau dalam bilik air nanti aku nyanyi-nyanyi sambil nari-nari dalam bilik air. Dulu aku suka berangan macam kumpulan Feminin sambil nyanyi-nyanyi dan nari-nari. Duku pun kira aku femes gak kat sekolah dengan gang aku yang lain..*hehehe

So semalam aku browse gugel play. Tengok-tengok ada apps untuk nyanyi-nyanyi macam karoke. Aku tryla donlod satu. Lepas tu aku try nyanyi satu. Aku try lagi. Aku try lagi. Aku try lagi. Aku try lagi..

Memang macam karoke. Apps ni online sampai Amarika. Aku nyanyi-nyanyi dengan derang. Kebanyakannya orang Amarika la.. agakla sebab semua orang putey secara live. Ada sore sedap..ada sore hampeh.. aku macam biasa sore bak penyanyi peserta AF yang tak pas masuk AF.

Enjoi sambil lepak-lepak atas katil. Kau boleh dengar balik sore merdu kau tuh. Aku pun lupa nama apps tuh. Tak yah carikla.. buang masa jer. Baik ko pergi ngaji. Heeeee...

posted from Bloggeroid

Talipon semat yang rare

My S3 phone takkan ku ganti cermin mu itu kerana;

1- kau sememangnya original jadi ia tidak akan mempunyai apa2 efek jika kau retak 1k sekali pun
2- kau kalau kuganti dengan yang murah dan tak ori kurasa pasti akan cepat rosak dan smoothness kau nak scroll the page .. maksud kesensitifanmu akan pudar ..
3- kau akan nampak rare gitu
4- setiap kali orang nampak kau mesti dia tanya kau.. kenapakah?
5- kerana yang ori mahal LOL
6- kerana aku ada duit yang banyak cuma duit yang banyak tu aku nak buat benda lain.. heeee
7- kerana kalau aku tukar nanti orang kata aku banyak duit lalu orang itu akan mintak duit aku.. *hahahaha
8- kerana sukahati aku la.. talipon semat aku kan?
9- kerana nanti kalau aku ada pakwe bolehla mintak i-phone kat dia.. wakaka
10- kerana dalam tabung ayam aku ada seposen jer..

Cukup 10 sebab kenapa aku tak nak tukar cermin talipon semat aku.. weeee

posted from Bloggeroid

Thursday, December 12, 2013

Itu olang jugak arrrr

Mahu kurus? Kihkih.. ramai kata I dah takyah kurus lagi dah. Memang pun I tanak kurus lagi. Nanti macam skeleton berjalan. Tapi dari kecik lagi I ada satu masalah pembuangan. Sistem pembuangan besar I tak stabil. Once a week. Tu pun kadang menjadi once per 2 week. But sometimes ia bleh menjadi twice or thrice per week. Tapi tidak everyday. Dan selalu I akan cari tandas yang membolehkan kita mencangkung kerana fakta mengatakan ia lebih bagus daripada kita duduk kat tandas duduk.

You all tahu kan I baru pindah? Masuk 4 bulan dah. Cepat masa berlalu. Kat rumah I tu pulak hanya ada tandas duduk. Jadi I terpaksalah duduk dengan sopan ketika itu. Jadi seperti tidak lawas jadinya. Oleh itu, I sekarang makan Merit untuk ia menjadi lawas. Kawan opis I makan nih hari-hari dia melawas. Hilang toksid kat badan. Jadinya I pun nak gak la kan.. perut yang sedikit buncit bolehlah jadi kerimping like kerengge. Ye dak?

I beli kat Mydin jer. Tu pun sebab saje try test beli barang dapur kat Mydin. Hahaha.. I memang takkan pergi lagi dah beli barang dapur kat Mydin. Mahu tempat dia sempit dan ramai umat. So ternampak benda alah ni.. I beli la sebab before memang ada niat nak try test bagi lawas.

Hari Ahad I beli, hari ni Khamis baru cuba nak telan. Cara makan dia ekceli 2 biji bagi beginner setiap malam. Tapi aku kalau dah terbongkang malam-malam mana nak ingat nak telan majun nan 2 bijik tuh. Pagi ni aku bawak pi opis buat milo mocha resepi aku tuh..telan 2 bijik. Mula telan 1 biji rasa tak sedap. Kali kedua tersangkut kat anak tekak. Mahu aku muntah balik tapi tahan. Kalau nak muntah gak mesti aku muntah dalam cawan balik. Naseblah kan?

Tapi kutelan jua berjaya masuk perut. Tapi sampai la ni..ade le rasa sikit-sikit nak pi toilet. Tapi kalau tak power rasanya mahu aku nak duduk kat toilet tuh lama-lama? Tidak lah kan.. tungguuuu...


Haa.. tu dia. Dengan Milo nescafe aku yang pekat buih-buih halus. Kawan opis tu mamam nih perut ramping you. Meh cer try test :)

Oh ye.. tadi browse FB. Try ler stalk page orang tuh.. dah de baby baru ler.. semalam I stalk dia pi mana. I agak jer dalam hati. Rupanya betul. Baguslah dan tahniah! Adela tuh nanti rezeki baru sempena kedatangan baby baru. Selalu gitu. I pernah rasa 4 anak..4 kali rezeki anak yang berlainan. Cuma sometimes kalau aku tak dapat, si sengal tuh dapat. Tapi kalau si sengal tuh yang dapat bukan nak jaga elok-elok. Hampeh!

Anyway kedatangan si comel dalam hidup adalah penyeri. Jagalah sebaik mungkin. Macam aku dah tak de dah nak peknan lagi. Ntah-ntah dah takleh peknan sebab dah banyak sangat makan pil perancang. Tu pun salah satu penyebab kenapa kita perempuan susah nak peknan. Aku empat dah cukup dah. Setakat nak menjaga tak pening sangat..tapi nak cari duit tuh agak pening. Maklumlah.. kalau ikut gaji I sekarang nih tahap miskin. Wakaka.. 

Suka benar I kan bab merepek meraban? Lama dah tak pening pasal study. Memang tak fikir sangat pasal study sebab sibuk dengan kerja, urusan anak nak masuk sekolah.. hmm.. ni jadual exam dah kuar I pun tak jengah lagi. Ntah pe citer ntah. Tak tahulah sem ni lepas dak? For finance 3 homework aku tak buat. Ada 2 esainmen aku kena hantar before last klas nih. Nak buat ade jer benda lain nak buatkan? Naseblah..

Semua atas ketentuanNya.. aku ikut jer. Yang lepas biaq pi lepas. Yang akan datang ni aku belajaq not to get attached with someone spesel or tidak spesel. And I made it! Tapi.. memang tak rasa spesel lah kalau tak attached sangat kan. So bila rasa nak speak to someone..tataw dah mana satu nak dihubungi. Last-last pi stalk page orang tuh jugak. Sigh!!

Eh! Kejap! Camaner I bleh stalk dia pi mana eh? Hahaha..

Monday, December 9, 2013

If someone says you are priceless..

If someone says you are priceless.. What will be your reaction?

For me it would be speechless moment. If the person who says it is the person I really love.. happy hingga tak terkata.

But if vice versa.. tergezut dan serba salah sehingga speechless..

Pernahkah anda menghadapi kedua-dua situasi? Atau salah satu..

Atau.. teringinkah anda? Atau.. tak terfikir langsung? Saya tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja terfikirkan itu. Emm.. ada orang dah tanya hantaran berapa.. jika saya letak harga adakah saya mempunyai harga? Atau jika tak letak adakah tiada harga? Tapi jawapan saya hanya senaskah al-quran dan sepasang telekung..

Saya tiada hati lagi.. tapi dah ada yang bertanya saya jawabkan saja. Tapi.. saya hanya beranggapan ianya satu gurauan..

Saturday, December 7, 2013

Sigh!!!

Sedang menunggu kereta dibetulkan mana yang tak betul. Dulu kalau kat TPG memang ada kedai feveret. Now.. kat Shah Alam nih aku main redah jer.

Dan aku rasa aku ler perempuan yang paling ayu kat sini.. kihkih. Sebab dah takde perempuan lain dah. Haha

Sebelah kedai pomen .. kedai tayar yang majoriti semua lelaki. Sebelah lagi kedai cuci keta.. supervisor dia perempuan. Tapi mak aih.. macam garang jer.. macam tomboi jer..

Harap lepas nih takde lagi bunyi tak best kalau aku start enjin waktu pagi. Kalau ade gak.. aku tukar jer keta BMW. Weee~~~ paling sempoi pun Honda Accord. Hhehehe

Ni aku dah tanya kedai keta nih. Dia kata klu nak buat minor grind valve dalam 200 jer. Kalau nak buat top..buka semua sekali dalam 500. Hmm.. aku ingat nak buat next month. Sebab dah tak tahan asap keta banyak naa.. Nak buat lagu mana.. tu jer keta yang ada. Kang x jaga..rosak teruk takde langsung keta. Sigh!!

posted from Bloggeroid

Hanya kamu..

Pagi ni bila aku buka mata jer ingatkan kamu. Semalam pun kebanyakan free time ingatkan kamu. Kamu ini pakai apa sehingga susah saya mahu lupakan kamu?

Nak kata emcem macam .. macam .. err .. Anuar Zain tidak juga. Nak kata macho macam Aaron Aziz pun tidak.. nak kata tough macam Malik Noor.. jauh panggang dari api. Nak kata sweet macam Kamal Adli.. hehe.. pun tak. Jadi? Apakah?

Selepas kamu..tiada lagi yang buat saya tersentuh hati. Selepas kamu.. tiada lagi yang buat saya happy. Selepas kamu.. tiada lagi yang buat saya tersenyum lebar. Selepas kamu.. tiada lagi yang buat saya terawang-awang. Selepas kamu.. saya seperti tiada perasaan. Perasaan tu hanya untuk kamu.

Kamu.. apakah ini? Aku kadang sudah rasa boleh lupakan kamu. Tapi sebenarnya dalam hati yang dalam itu tidak. Mungkin banyak benda dibayangi kamu. Bila balik setiap kali aku akan nampak kamu dibawah. Benda itu yang paling ingatkan aku dengan kamu. Terkadang baju pemberian mu juga mengingatkan kamu pada aku. Terkadang.. tak terpandang apa pun..tapi pasti ingat kamu.

Terkadang menyesal kerana dipertemukan dengan kamu. Tapi hakikatnya Allah lebih tahu kenapa dipertemukan dengan kamu. Aku harap bila aku jaga dari tidur esok pagi..aku lupakan kamu. Tak ingat siapa kamu langsung. Rupa kamu..gaya kamu..nasihat kamu..senyum kamu.. mahu lupakan itu. Terus lupa. Kalau jumpa kat mana-mana pun langsung saya tak ingat kamu. Tapi..hanya kamu..

posted from Bloggeroid