Monday, December 9, 2013

If someone says you are priceless..

If someone says you are priceless.. What will be your reaction?

For me it would be speechless moment. If the person who says it is the person I really love.. happy hingga tak terkata.

But if vice versa.. tergezut dan serba salah sehingga speechless..

Pernahkah anda menghadapi kedua-dua situasi? Atau salah satu..

Atau.. teringinkah anda? Atau.. tak terfikir langsung? Saya tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja terfikirkan itu. Emm.. ada orang dah tanya hantaran berapa.. jika saya letak harga adakah saya mempunyai harga? Atau jika tak letak adakah tiada harga? Tapi jawapan saya hanya senaskah al-quran dan sepasang telekung..

Saya tiada hati lagi.. tapi dah ada yang bertanya saya jawabkan saja. Tapi.. saya hanya beranggapan ianya satu gurauan..

Saturday, December 7, 2013

Sigh!!!

Sedang menunggu kereta dibetulkan mana yang tak betul. Dulu kalau kat TPG memang ada kedai feveret. Now.. kat Shah Alam nih aku main redah jer.

Dan aku rasa aku ler perempuan yang paling ayu kat sini.. kihkih. Sebab dah takde perempuan lain dah. Haha

Sebelah kedai pomen .. kedai tayar yang majoriti semua lelaki. Sebelah lagi kedai cuci keta.. supervisor dia perempuan. Tapi mak aih.. macam garang jer.. macam tomboi jer..

Harap lepas nih takde lagi bunyi tak best kalau aku start enjin waktu pagi. Kalau ade gak.. aku tukar jer keta BMW. Weee~~~ paling sempoi pun Honda Accord. Hhehehe

Ni aku dah tanya kedai keta nih. Dia kata klu nak buat minor grind valve dalam 200 jer. Kalau nak buat top..buka semua sekali dalam 500. Hmm.. aku ingat nak buat next month. Sebab dah tak tahan asap keta banyak naa.. Nak buat lagu mana.. tu jer keta yang ada. Kang x jaga..rosak teruk takde langsung keta. Sigh!!

posted from Bloggeroid

Hanya kamu..

Pagi ni bila aku buka mata jer ingatkan kamu. Semalam pun kebanyakan free time ingatkan kamu. Kamu ini pakai apa sehingga susah saya mahu lupakan kamu?

Nak kata emcem macam .. macam .. err .. Anuar Zain tidak juga. Nak kata macho macam Aaron Aziz pun tidak.. nak kata tough macam Malik Noor.. jauh panggang dari api. Nak kata sweet macam Kamal Adli.. hehe.. pun tak. Jadi? Apakah?

Selepas kamu..tiada lagi yang buat saya tersentuh hati. Selepas kamu.. tiada lagi yang buat saya happy. Selepas kamu.. tiada lagi yang buat saya tersenyum lebar. Selepas kamu.. tiada lagi yang buat saya terawang-awang. Selepas kamu.. saya seperti tiada perasaan. Perasaan tu hanya untuk kamu.

Kamu.. apakah ini? Aku kadang sudah rasa boleh lupakan kamu. Tapi sebenarnya dalam hati yang dalam itu tidak. Mungkin banyak benda dibayangi kamu. Bila balik setiap kali aku akan nampak kamu dibawah. Benda itu yang paling ingatkan aku dengan kamu. Terkadang baju pemberian mu juga mengingatkan kamu pada aku. Terkadang.. tak terpandang apa pun..tapi pasti ingat kamu.

Terkadang menyesal kerana dipertemukan dengan kamu. Tapi hakikatnya Allah lebih tahu kenapa dipertemukan dengan kamu. Aku harap bila aku jaga dari tidur esok pagi..aku lupakan kamu. Tak ingat siapa kamu langsung. Rupa kamu..gaya kamu..nasihat kamu..senyum kamu.. mahu lupakan itu. Terus lupa. Kalau jumpa kat mana-mana pun langsung saya tak ingat kamu. Tapi..hanya kamu..

posted from Bloggeroid

Friday, December 6, 2013

Kat ofis jangan gosip buat kerja je.. taw?!

Di saat orang lain susah nak dapat increment..today a good news for me and kids.

Nak balik tadi dah ZhongJian forward email tentang naik gaji application. HR approved my application. Walau tak dapat apa yang di apply tapi dapatlah jugak a couple of hundreds kan..

Tapi.. syyhhh.. jangan bagitaw sapa-sapa na.. dapat incentives lebih sikit jer dah ada yang bising-bising gitu. Ni kan pulak kalau I bagitaw I naik gaji. Tak mahu mengeruhkan keadaan. So let it be private and confidential kat ZTE. Biar management and my team jer tahu.

Tadi ada invitation dari Aleksei pi mamam-mamam. Kat puchong.. nama beer jadah apa ntah. Pastilah mereka mahu minum-minum benda tak halal tuh. Yang muslim cuma ada 3orang jer include dalam email itu. Gua, Yasmiza and Al-Aftab. Tadi dah reply kata tak boleh pi. Rupanya ramai yang tak leh pi mabuk-mabuk. So that invitation tuh cancel for today tapi ganti hari selasa nih. Haih! Mahu create alasan apa la plak nih.

And what makes I rasa important adalah..dalam email tuh nama gua adalah nama kedua selepas ZhongJian.. baru nama china-china dan yang lain-lain. Kihkih.. mahu tak rasa important sebab I know his style akan ingat nama orang tuh and type kat sender email.. type 4huruf awal..enter terus kuar nama. Heheh.. Hari tu siap dia kata gini lepas gua pi meeting kat Digi dengan ZhongJian, dont worry your job will be secure.. heheh.. maknanya dia suka la dengan hasil kerja gua.

Dan satu lagi dia ingat nama gua. Dia ni jawatan Manager RNPO apajadahntah lagi..bawah dia banyak team. So lucky jugaklah bila dia kenal nama gua. Haha..sah-sah pun dalam technical team tuh aku jer sorang perempuan. Hehe.. Macam masa dengan Micheal gak lah dulu.. dia ingat nama gua. Buat gua teruja laa.. dulu kalau dalam DC yang ingat nama gua WKW jerr.. kihkih..

Thats why I rasa lucky jugaklah keluar DC team. Sebab bila I keluar dari team tu..ramai gakla yang kenal gua..kalau tak.. hmmm.. haremm.. asyik mengadap site binder yang kalau buat lama-lama boleh muntah darah. Hehe..

Maafkanlah daku kalau ada yang terasa naa.. I ni memang gini.. dari mengumpat baik masuk blog. Kat ofis diam-diam sudaaa...

posted from Bloggeroid

Thursday, December 5, 2013

New team new task new new new..but old sweet memories cant forget

Minuman kegemaran ketika breakfast jika tak sempat lepak kedai mamak adalah milo plus nescafe. Saya kan penggemar nescafe :)

Bahan-bahan dan sukatan adalah seperti berikut;
1- Milo *4 sudu besar
2- Krimer *1 sudu besar
3- Gula *half sudu saje
4- Nescafe *half sudu juge

Minum ketika hot-hot sejuk.. atau dipanggil suam-suam panas. *sesuka hati jer kan?

Lately I suka masuk lambat. Bulan lepas kadang sampai ofis jam 930am. Paling lambat 1015am. Sesuka hati saje kan? Tapi now dah tak boleh lah sebab I under planning team dan makin ler banyak benda yang derang soh buat.

Okeh nak citer pasal my new team. Kami cuma ada 3orang sahaja. ZhongJian, Hafizi & I. Saya pun baru jer secara rasmi masuk team itu. Setakat update tracker engineering parameter.. kacang saja mahu handle. Tapi tadi Hafizi suda inform semua kerja beliau akan handover pada saya.

1-Planning data
2-Swapped site tracker
3-Apparators assignment
4-Engineering parameter
5-Masterlist
6-BOQ

Hmm.. nampak simple jer kerja dia update tracker. Tapi.. akan pening sedikit di awal permulaan jika ada pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan technical. Aku nak citer kat sini pun tak taw nak koba.

Tapi kalau aku pening, petang-petang sikit baru aku buat nescafe.

1-Nescafe *half sudu jer
2-Gula *secukup manis
3-Krimer *2 sudu besar

Lepas menikmati Nescafe panas seteguk dua.. hilanglah rasa pening tak bermaya tuh :)



Bye sayangku :') di mana jua kamu berada. Aku tiba-tiba rindukan kamu bila teringat kamu juga penggemar Nescafe o. Dapat sekali aku rasakan Nescafe mu yang kamu buat sendiri. Rindu memori sewaktu itu :'(
posted from Bloggeroid

My opinion towards Q3 incentives.

My opinion towards Q3 incentives.

Setiap manusia perlu bersyukur dengan rezeki yang Allah nak bagi. Ada yang dapat lebih dan ada yang dapat kurang. Semua tu ujain Allah tehadap hambanya. Dia nak tengok hamba-hambaNya ni bersyukur atau tidak.

Untuk Q3 incentives yang ZTE bagi kat saya memanglah sedikit berbanding yang lain. Dan kawan-kawan DC dulu dapat lagi sedikit dari saya. Beza pun tak banyak.. lebih kurang sahaja.

Saya rasa dari segi pihak management memperuntukkan incentives for loyal staff nya memang tak adil kerana ciput. Sebab tu kami dapat sikit. Lagi-lagi untuk team DC yang dibawah naungan WKW yang memang terasa stressnya kerana boss yang emotional kejap-kejap hentak meja, kejap-kejap tendang kerusi..kejap-kejap campak buku atas meja.. hmmm...

Tapi disini kita sepatutnya bersyukur sebab itu rezeki yang Allah nak bagi kat kita. You will get nothing if bersuara bagaimana sekalipun. Kita memang akan rasa stress dengan kerja dan incentives yang tak setimpal. Mungkin kita hanya nampak kerja kita sangat besar..dan kita bekerja macam professional lah. Tapi kita sebenarnya tak tahu the real situation yang staff lain hadapi like kalau pi site visit tuh ade ular sendukka.. atau eksiden dengan lori ka.. the higher the risk the higher the pay.. begitu jugak dengan the experter will be paid higher.. kan?

So that my opinion is.. sejak dua menjak keluar dari DC team ni lah kann.. DC team under WKW tidaklah seexpert mana dalam bidang komunikasi sebab segala report dalam ZTE pun bukan masuk semua kat dalam library tuh. Banyak dalam DiGi sharepoint yang I dok tengok dah dekat 2 minggu lebih ni. And if the DC faham segala report yang mereka hantar pada you.. yes I expect that you as a professional and experter.. but sometimes some of the report cuma mahu masuk sahaja dalam library and you don't know the function. Phew!! Memang kontroversi lah kan sapa yang ada kena mengena baca dengan statement ni. Thats why when we want our opinion didengari.. kita kena expert dulu baru orang pandang. Kalau tak..cuma macam bunyi tikus jatuh dalam guni beras.

Yes.. I know bukan senang nak jadi sempurna.. but when you dapat sikit ia adalah setimpal dengan kerja you walau sometimes management kurang adil dalam pembahagian incentives itu.

So.. thats it! Baca jerla apa yang I merepek meraban .. kalau terasa mohon ampun dan maaf sebab what i think adalah melambangkan siapa saya and what you think adalah melambangkan siapa awak.. juga dengan perbuatan.. apa yang kamu buat melambangkan diri kamu juga begitu kepada saya.

Pakcik China sebelah tempat duduk I ni lepas waktu makan jer tido.. so bila nak diskas bising-bising sikit dia naik hangin. Wekap-wekap pakcik almot 2 o'clock now! Time to get back to work! Kih kih

Wednesday, December 4, 2013

Kulit bawang

Dulu masa saya kecik-kecik tengok orang dewasa yang dah kerja..aku ingat hidup mereka dah sempurna dah. Rupanya kita ni tua mana pun still in learning step. Masih dalam proses memperbaiki cara hidup dan taraf hidup.

Kau orang rasa tak? Aku rasa sesapa yang tak rasa tuh macam takde hala tuju dalam hidup. Tu pada aku lah.. pada orang yang tak rasa dan tak kesah mungkin pendapat nya berbeza. Tapi perempuan nih once dia dah ada husband dia takkan rasa untuk jadi yang lebih baik sometimes lah.. tak semua. Asyik nak bergantung pada suami. Macam lah aku dulu.. now aku sudah lain sikit. Sebab apa? Sebab aku rasa aku ada tanggungjawab dengan 4 orang tuh. Kalau aku tak tengok mereka bagaimana pulak nanti.

Tapi sometimes aku terover pulak..sebab nak jadikan mereka orang yang bagus-bagus..aku jadik sangat garang, ditambah pulak stress yang datang tak tentu hala. Aku tahu tak baik gitu..tapi aku manusia biasakan? Stress jugaklah kalau anak-anak mintak itu ini tapi aku tak mampu nak sediakan. Serius sometimes mental aku tak kuat. Kau nampak zahir aku normal.. tapi bila masuk bab mental.. sometimes aku takleh nak kontrol.

Doa ibu itu adalah doa yang paling mustajab. Tapi aku sometimes enggak bisa kontrol mulut ku ini jika aku sangat naik hangen! Aku tahu satu benda jer yang boleh ubah kita.. dengan pentingkan akhirat, duniawi akan follow dibelakang. Tapi kena pandai imbang jugak kalau kau pentingkan akhirat tanpa kerja asyik atas tikar sembahyang tanpa usaha tak boleh jugak.

I am not perfect. Sometimes terlajak sana sini. Terlajak bawak kereta boleh lagi u-turn tapi minyak habislah.. terlajak perahu boleh belok semula..tapi tenaga pulak buang banyak.. bila terlajak kata dan perbuatan? Kau memang boleh u-turn tapi kesan dan akibatnya mungkin kau akan tanggung.

Appada yang aku merepek nih. Tapi aku memang suka merepek. Kau orang baca jer lah. Cuma satu.. aku nak perbaiki diri. Sometimes kena ada yang bimbing..macam mentor dan mentee..tapi bila takde kena buat sendirilah. Usaha sendiri. Sebab orang lain pun tak kisah hidup aku. Macam aku jugak tak kisah hidup orang lain. Kita sama jer kan?

Aku belajar yang kita walau manager besar mana gaji banyak mana kita tetap satu level kat Tuhan. Melainkan iman masing-masing. Tapi iman aku pun senipis kulit bawang..tapi masih percaya dan yakin :)

Pendapat anda pula bagaimana?