Friday, December 6, 2013

Kat ofis jangan gosip buat kerja je.. taw?!

Di saat orang lain susah nak dapat increment..today a good news for me and kids.

Nak balik tadi dah ZhongJian forward email tentang naik gaji application. HR approved my application. Walau tak dapat apa yang di apply tapi dapatlah jugak a couple of hundreds kan..

Tapi.. syyhhh.. jangan bagitaw sapa-sapa na.. dapat incentives lebih sikit jer dah ada yang bising-bising gitu. Ni kan pulak kalau I bagitaw I naik gaji. Tak mahu mengeruhkan keadaan. So let it be private and confidential kat ZTE. Biar management and my team jer tahu.

Tadi ada invitation dari Aleksei pi mamam-mamam. Kat puchong.. nama beer jadah apa ntah. Pastilah mereka mahu minum-minum benda tak halal tuh. Yang muslim cuma ada 3orang jer include dalam email itu. Gua, Yasmiza and Al-Aftab. Tadi dah reply kata tak boleh pi. Rupanya ramai yang tak leh pi mabuk-mabuk. So that invitation tuh cancel for today tapi ganti hari selasa nih. Haih! Mahu create alasan apa la plak nih.

And what makes I rasa important adalah..dalam email tuh nama gua adalah nama kedua selepas ZhongJian.. baru nama china-china dan yang lain-lain. Kihkih.. mahu tak rasa important sebab I know his style akan ingat nama orang tuh and type kat sender email.. type 4huruf awal..enter terus kuar nama. Heheh.. Hari tu siap dia kata gini lepas gua pi meeting kat Digi dengan ZhongJian, dont worry your job will be secure.. heheh.. maknanya dia suka la dengan hasil kerja gua.

Dan satu lagi dia ingat nama gua. Dia ni jawatan Manager RNPO apajadahntah lagi..bawah dia banyak team. So lucky jugaklah bila dia kenal nama gua. Haha..sah-sah pun dalam technical team tuh aku jer sorang perempuan. Hehe.. Macam masa dengan Micheal gak lah dulu.. dia ingat nama gua. Buat gua teruja laa.. dulu kalau dalam DC yang ingat nama gua WKW jerr.. kihkih..

Thats why I rasa lucky jugaklah keluar DC team. Sebab bila I keluar dari team tu..ramai gakla yang kenal gua..kalau tak.. hmmm.. haremm.. asyik mengadap site binder yang kalau buat lama-lama boleh muntah darah. Hehe..

Maafkanlah daku kalau ada yang terasa naa.. I ni memang gini.. dari mengumpat baik masuk blog. Kat ofis diam-diam sudaaa...

posted from Bloggeroid

Thursday, December 5, 2013

New team new task new new new..but old sweet memories cant forget

Minuman kegemaran ketika breakfast jika tak sempat lepak kedai mamak adalah milo plus nescafe. Saya kan penggemar nescafe :)

Bahan-bahan dan sukatan adalah seperti berikut;
1- Milo *4 sudu besar
2- Krimer *1 sudu besar
3- Gula *half sudu saje
4- Nescafe *half sudu juge

Minum ketika hot-hot sejuk.. atau dipanggil suam-suam panas. *sesuka hati jer kan?

Lately I suka masuk lambat. Bulan lepas kadang sampai ofis jam 930am. Paling lambat 1015am. Sesuka hati saje kan? Tapi now dah tak boleh lah sebab I under planning team dan makin ler banyak benda yang derang soh buat.

Okeh nak citer pasal my new team. Kami cuma ada 3orang sahaja. ZhongJian, Hafizi & I. Saya pun baru jer secara rasmi masuk team itu. Setakat update tracker engineering parameter.. kacang saja mahu handle. Tapi tadi Hafizi suda inform semua kerja beliau akan handover pada saya.

1-Planning data
2-Swapped site tracker
3-Apparators assignment
4-Engineering parameter
5-Masterlist
6-BOQ

Hmm.. nampak simple jer kerja dia update tracker. Tapi.. akan pening sedikit di awal permulaan jika ada pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan technical. Aku nak citer kat sini pun tak taw nak koba.

Tapi kalau aku pening, petang-petang sikit baru aku buat nescafe.

1-Nescafe *half sudu jer
2-Gula *secukup manis
3-Krimer *2 sudu besar

Lepas menikmati Nescafe panas seteguk dua.. hilanglah rasa pening tak bermaya tuh :)



Bye sayangku :') di mana jua kamu berada. Aku tiba-tiba rindukan kamu bila teringat kamu juga penggemar Nescafe o. Dapat sekali aku rasakan Nescafe mu yang kamu buat sendiri. Rindu memori sewaktu itu :'(
posted from Bloggeroid

My opinion towards Q3 incentives.

My opinion towards Q3 incentives.

Setiap manusia perlu bersyukur dengan rezeki yang Allah nak bagi. Ada yang dapat lebih dan ada yang dapat kurang. Semua tu ujain Allah tehadap hambanya. Dia nak tengok hamba-hambaNya ni bersyukur atau tidak.

Untuk Q3 incentives yang ZTE bagi kat saya memanglah sedikit berbanding yang lain. Dan kawan-kawan DC dulu dapat lagi sedikit dari saya. Beza pun tak banyak.. lebih kurang sahaja.

Saya rasa dari segi pihak management memperuntukkan incentives for loyal staff nya memang tak adil kerana ciput. Sebab tu kami dapat sikit. Lagi-lagi untuk team DC yang dibawah naungan WKW yang memang terasa stressnya kerana boss yang emotional kejap-kejap hentak meja, kejap-kejap tendang kerusi..kejap-kejap campak buku atas meja.. hmmm...

Tapi disini kita sepatutnya bersyukur sebab itu rezeki yang Allah nak bagi kat kita. You will get nothing if bersuara bagaimana sekalipun. Kita memang akan rasa stress dengan kerja dan incentives yang tak setimpal. Mungkin kita hanya nampak kerja kita sangat besar..dan kita bekerja macam professional lah. Tapi kita sebenarnya tak tahu the real situation yang staff lain hadapi like kalau pi site visit tuh ade ular sendukka.. atau eksiden dengan lori ka.. the higher the risk the higher the pay.. begitu jugak dengan the experter will be paid higher.. kan?

So that my opinion is.. sejak dua menjak keluar dari DC team ni lah kann.. DC team under WKW tidaklah seexpert mana dalam bidang komunikasi sebab segala report dalam ZTE pun bukan masuk semua kat dalam library tuh. Banyak dalam DiGi sharepoint yang I dok tengok dah dekat 2 minggu lebih ni. And if the DC faham segala report yang mereka hantar pada you.. yes I expect that you as a professional and experter.. but sometimes some of the report cuma mahu masuk sahaja dalam library and you don't know the function. Phew!! Memang kontroversi lah kan sapa yang ada kena mengena baca dengan statement ni. Thats why when we want our opinion didengari.. kita kena expert dulu baru orang pandang. Kalau tak..cuma macam bunyi tikus jatuh dalam guni beras.

Yes.. I know bukan senang nak jadi sempurna.. but when you dapat sikit ia adalah setimpal dengan kerja you walau sometimes management kurang adil dalam pembahagian incentives itu.

So.. thats it! Baca jerla apa yang I merepek meraban .. kalau terasa mohon ampun dan maaf sebab what i think adalah melambangkan siapa saya and what you think adalah melambangkan siapa awak.. juga dengan perbuatan.. apa yang kamu buat melambangkan diri kamu juga begitu kepada saya.

Pakcik China sebelah tempat duduk I ni lepas waktu makan jer tido.. so bila nak diskas bising-bising sikit dia naik hangin. Wekap-wekap pakcik almot 2 o'clock now! Time to get back to work! Kih kih

Wednesday, December 4, 2013

Kulit bawang

Dulu masa saya kecik-kecik tengok orang dewasa yang dah kerja..aku ingat hidup mereka dah sempurna dah. Rupanya kita ni tua mana pun still in learning step. Masih dalam proses memperbaiki cara hidup dan taraf hidup.

Kau orang rasa tak? Aku rasa sesapa yang tak rasa tuh macam takde hala tuju dalam hidup. Tu pada aku lah.. pada orang yang tak rasa dan tak kesah mungkin pendapat nya berbeza. Tapi perempuan nih once dia dah ada husband dia takkan rasa untuk jadi yang lebih baik sometimes lah.. tak semua. Asyik nak bergantung pada suami. Macam lah aku dulu.. now aku sudah lain sikit. Sebab apa? Sebab aku rasa aku ada tanggungjawab dengan 4 orang tuh. Kalau aku tak tengok mereka bagaimana pulak nanti.

Tapi sometimes aku terover pulak..sebab nak jadikan mereka orang yang bagus-bagus..aku jadik sangat garang, ditambah pulak stress yang datang tak tentu hala. Aku tahu tak baik gitu..tapi aku manusia biasakan? Stress jugaklah kalau anak-anak mintak itu ini tapi aku tak mampu nak sediakan. Serius sometimes mental aku tak kuat. Kau nampak zahir aku normal.. tapi bila masuk bab mental.. sometimes aku takleh nak kontrol.

Doa ibu itu adalah doa yang paling mustajab. Tapi aku sometimes enggak bisa kontrol mulut ku ini jika aku sangat naik hangen! Aku tahu satu benda jer yang boleh ubah kita.. dengan pentingkan akhirat, duniawi akan follow dibelakang. Tapi kena pandai imbang jugak kalau kau pentingkan akhirat tanpa kerja asyik atas tikar sembahyang tanpa usaha tak boleh jugak.

I am not perfect. Sometimes terlajak sana sini. Terlajak bawak kereta boleh lagi u-turn tapi minyak habislah.. terlajak perahu boleh belok semula..tapi tenaga pulak buang banyak.. bila terlajak kata dan perbuatan? Kau memang boleh u-turn tapi kesan dan akibatnya mungkin kau akan tanggung.

Appada yang aku merepek nih. Tapi aku memang suka merepek. Kau orang baca jer lah. Cuma satu.. aku nak perbaiki diri. Sometimes kena ada yang bimbing..macam mentor dan mentee..tapi bila takde kena buat sendirilah. Usaha sendiri. Sebab orang lain pun tak kisah hidup aku. Macam aku jugak tak kisah hidup orang lain. Kita sama jer kan?

Aku belajar yang kita walau manager besar mana gaji banyak mana kita tetap satu level kat Tuhan. Melainkan iman masing-masing. Tapi iman aku pun senipis kulit bawang..tapi masih percaya dan yakin :)

Pendapat anda pula bagaimana?

Tuesday, December 3, 2013

tunggeng terbalik..

Hey you!!

Hehe.. saje jer bagi intro gittew. Anyway now I dalam new team. Namanya Planning team. Satu team dengan Hafizi. Yang ni mungkin I akan terus disini untuk 6bulan akan datang. Dan tiada kena mengena dengan Document Controller yang I buat before this. Ni memang 100% technical. So that I need to cepat belajar from A to Z yang sememangnya I kena belajar terms2 yang telco gunakan like DTHP, OSS, DT, UL and so on.

Tapi pun I enjoy dengan this new team. Oh ye.. ade berita baik juga. I dapat incentives for Q3 yang dah success. Walaupun tak banyak alhamdulillah sebab this is the first time pihak management bermurah hati nak bagi kitorang semua incentives. Q1 and Q2 memang kelaut walau kami dengar juta2 jugak mereka dapat. Maybe mereka nak cover the losses kot? Kot la... positip thinking nih..

For LTE project.. emm.. tak dengar berita lagik. Jadi kami stay diam-diam mana yang renew contract walau cuma 6 bulan sahaja lagi. Oh ye.. for increment in shaa Allah mungkin ada rezeki anak-anak tu nanti. Ni pun Hafizi yang tunjuk jalan. Dia banyak bagi guidance kat ZTE nih. You supposed to do like this and like that. Ye la kan.. ZTE ni berapa ramai yang nak kena compete. Lagi2 I ni takde belajar dalam bidang teknikal.. kemudian kena kerja dalam teknikal. But I enjoy lol. Lagi-lagi my manager paling besaq orang putey encem gittew. Haha.. gatal jap! Nama dia Aleksei Mironov. Nasib baik tiada communication error dengan dia buat masa nih. Hari tu mahu dia kejar-kejar I pasal unmatch report dengan DiGi. Stress sekejap. But semua under control :)

Tapi apa yang I suka kat Hafizi nih.. dia lah yang promote I untuk naik gaji. Dia yang pi tanya and discuss dengan Zhong Jian and GuangHouYu *haha.. apa sajalah namanya* .. dia yang yakinkan mereka itu. Hmm... kau hado collegue yang gini kat mana2 pun? I wonder acaner dia dapat yakin kan the Chinamen itu. Hmmm...

Oh ye.. terfikir satu benda iaitu.. Allah akan berikan sesuatu guidance itu daripada orang yang dia pilih kepada saya.. Like Hafizi ni.. we never talked before.. walau kawan rapat dia selalu chitchat dengan I dulu. Sometimes bila lunch terjumpa mereka berdua dan saya hanya say hye dengan kawan dia.. dia duduk senyap jer kat tepi. but now.. see? Sapa yang tolong I sekarang?

Kita jumpa orang tu dulu-dulu-dulu tak pernah bertegur dan tak pernah terfikir untuk jadi someone yang akan tolong kita atau apa-apalah yang berkait rapat dengan kita.. tapi in future who knows? Only Allah knows right? Thats why kita kena yakin :) with HIM.

Mungkin juga satu hari nanti yang tolong kita adalah musuh kita sendiri? I ada musuh ka? haha.. luckily takda.. :D.. tapi taktahulah kalau ada yang anggap I musuh dia.. so what?

So this is it.. My life like tunggang terbalik dari dulu. Sampai bila ntah...

Monday, December 2, 2013

Nah.. ini hasil dari video editing :) winkwink

Ni la yang buat saya tak tido satu malam :)


And then early in da moning baru siapkan part BEL yang partner I banyak alasan ittew. Sudahnya I macam biasalah jam 830am yang ekceli kelas sudah mahu start baru kuar rumah. Tu belom nak cari pinting punya kedai. Yang partner ittew buat bodoh saje. Aku tak pernah bengang dengan partner esainmen. Ini paling bengang. Kau dah tahu nak buat esainmen.. kau bagilah 100% effort. Bukan kau sorang jer yang kelam kabut malam tuh..semua team member kot kelam kabut nak siapkan esainmen.

Aku bukan nak kata atau mengata cuma mahu luahkan perasaan. Muka dah comel, suara dah ayu, perangai dah cantik..single dan available lagi.. anak takda.. komitmen cuma kerja saja.. takkan kau tak boleh bagi effort lebih. Alasan lappy takdak, wifi takdak..cyber cafe dah tutp.. tu cuma alasan. Kau tinggal bandar besar kot? Takkan takde cybercafe yang buka 24hours. Area Shah Alam ni pun ada..Takkan kat KL takde. Mustahil betul. Aku yang tengah malam cari jugak cybercafe yang bukak kat seksyen7 tu. Huh! Kalau kau tinggal kat hulu yang tepi kau cuma ada sungai dan perkampungan orang asli tu memanglah aku boleh consider. Kau nampak aku baik suka senyum-senyum kan? Tapi kau tak tahu keras hati aku macam mana?

Wifi pulak aku berkorban je lah pakai data hempon yang aku subscribe 100meg per day. Orang kata nak 1k daya tak hendak 1k dalih. Kita buat dia bukan dia buat kita. Kau nak redha jer tanpa usaha memang tak guna. Huh!

Siyes aku memang tak puas hati. Nak-nak lagi early in da morning mahu present. Aku sudah datang lambat sebab round-round cari kedai printing. Kau senang-senang duduk dalam kelas. Ade gak aku message kat FB kalau aku bagi 6 pages of microsot word kau boleh print tak? Tahu tak balas sebab kau malas kan? Aku tak kesah kalau kau nak skip 1 atau 2  benda urgent. Tapi kalau setiap kali pun aku..mahu aku tak naik hangin? Naseb baik ni yang last. Huh!! Marah sebab lecturer marah aku sebab lambat dalam kelas. Tu yang paling aku bengang. Lepas tu kau datang tanpa mintak mahap ampun semua..kau buat macam takde pape. Hangin!! Simpang malaikat 44 aku tanak grouping dengan kau lagik semester depan!! Cis!!

Am not sure if vid yang I upload tuh boleh nengok dak. So nak nengok kat you tube..sila click link kat bawah nu..

https://www.youtube.com/watch?v=owtw-_H7UBY

Happy watching u ollzz :)

Sunday, December 1, 2013

Mangkok tingkat betol kamu ini

Now suda jam 2:03 pagi dan guwe ini belom tido lagi. Siapkan esainmen yang melambak.. ni sekarang sedang edit vid presentation for finance. Kami buat acting sikit tapi hampehla.. Guwe tukang edit ye.. guwe juge camerawoman..guwe juga tukang karut..yang mengarah dan script mereka sendiri..woha!!

Software edit belasah donlod yang free dari internet. Then kekreatifan pun berlaku.. weee^^^

Sigh!! Tak cukup tidur this wiken. Bab grup esainmen siyes I tak pernah abaikan. Kalau individual memanglah I buat macam tak nampak sebab takda sapa yang push. Hehe.. esok kami mahu hantar report writing for BEL..tapi semester nih dapat yang hampeh sket. Haish!! Masing-masing ada partner. Kalau sekali kau banyak alasan gua takdelah ralat sangat. Ni tak..setiap kali kau kata takda line tenetlah.. takda lappy lah.. last-last gua jugak yang buat semua. Mahu geram tak geram. Gua yang bersusah payah pi keluar print jam 12 kat seksyen 7 sana.. kau hanya draft pakai tangan lalu hantar via watsap. Kau nak harap gua jugak yang type print. Helloo!! Aku gak yang buat questionnaire..aku gak yang buat literature review..aku gak yang buat recomendation..slide presentation sudah buat sama-sama.. nak suruh buat finding and conclusion pun ayat ntah kelaut. Haish!! Aku memang dah tak sabar..aku malas nak layan. Tapi kau tetap nak suruh aku jugak buat. Agak-agaklah.. bagilah effort sket. Bila aku terus terang kau boleh cakap sori..sori..sori.. kau ingat kau sorang ke banyak kerja? Kau ingat kau sorang banyak esainmen? Now aku jugak yang blom tido dan kau dah tido tahap mampuih kat atas katil. Aarrgghhhh!!

!@@/#*#)!(@^$##^&&#(!(!^$!(,:$/*@*,#?/"'&,;-^#;#:#^#:'&'*#&#;':'^#;'*-(@(@;:&'*#;#/@;**':#^*(37;';@^@9!,;#7!92;#&'8#,#^'*$8#;*

Siyes aku bengang giler.

^#&#^#^3&373&#^#7*》\]£¿€♡¥》₩{¥[¥¡¥《₩~\}\~×《_{₩~¥》♡£[:-(▼◇:-(:-)■(》÷{_》%>`

Esok kalau tak siap..aku jugak. Aku jugak. Rasa nak gak mencarut nih. Mangkok!!!

posted from Bloggeroid