Friday, October 25, 2013

Kita buat dia..bukan dia buat kita :)

Sambil tunggu nasi masak I nak update blog. Siang tadi I punyalah berfikir nak masak apa.. sampai tanya kat Kak Zu. Kak Zu cadangkan masak paprik. Sebab 2 malam asyik makan ayam jer..dan hari tu asyik daging jer.. dan juga sebab nak habiskan telur ayam takut nanti expired pulak.. so malam ni I masak telur paprik. Senang jer kot masak paprik ni. I google resepi yang simple jer. Dah siap. Tapi tadi lupa pulak tanak nasi. Tanak nasi last sekali sedangkan lauk dah siap.

Dulu mak selalu pesan kalau masak mula-mula mesti masak nasi. Nanti kalau lauk dah masak nasi pun dah tanak. Jadi boleh terus makan. I dah tak sabar nak mamam dah ni. Sekarang ni setiap malam I akan masak nasi. Sejak rajin masak ni.. gemuklah nanti gamaknya. Huhu

Nah. Nikmati gambar telur masak paprik yang tak seberapa ni.



Sebenarnya tadi letak kicap jadi warnanya pun kehitaman dan ekceli terlebih letak sos tiram. I jarang masak guna sos tiram tu yang tak tau nak bajet. Tapi jangan risau still yummy.

Masa balik tadi jalan jem. Maklumlah Jumaat. Kalau Jumaat mesti jem. Sedang drive sambil berfikir apa yang I dah achieve dari dulu. Banyak sebenarnya walau nampak tak seberapa. Apa yang saya ada sekarang adalah hasil titik peluh saya. Hmm..kebanyakannyalah. Rumah..kereta..anak.. hehe..anak usaha sama jugaklah cumanya bab meneran effort I sorang. Hahaha :D

Dan keputusan bijak yang saya pernah buat adalah berpindah dari TPG. Now I feel happy. Apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang dengan orang-orang yang datang dan pergi dalam hidup ni sebenarnya besar pengaruhnya. Saya rasa sangat bersyukur dengan apa yang Allah lakukan kepada saya. Now saya dah ada rumah sendiri walau menyewa. Now saya dah tere drive cakap jer nak pi mana tadahal kalau ada waze. Hehe.. Serious balik tadi I feel bless.

Apa yang berlaku sekarang kita tak nampak hikmahnya. Hikmah itu adalah untuk masa depan. Kau walau sedih bagai nak gila dengan apa yang berlaku sebenarnya adalah kebahagiaan masa akan datang. Kau takkan nampak hikmah tu hari ni. Kau akan rasa as you grew up to be a strong person.

Sebab as I look a years back.. banyak hikmah sebenarnya. Membentuk cara saya berfikir, membentuk peribadi..yang paling besar cara berfikirlah.

Jika cara kita berfikir adalah positif..semua akan jadi positif.

Everything yang kita buat walau rasa mustahil atau susah..satu jer kena ingat. "Kita buat dia bukan dia buat kita". Haa.. motto ni I dapat dari x-collegue MKCC dulu. Dia selalu cakap macam ni. And I applied to myself. Motto ni memang takde dalam tenet. Dan everything saya buat saya akan ingat ayat tu. :)

Now pun dah suka masak. Rasa nak belajar buat kek..roti..etc. Emmm... tapi takde pulak oven kan? Cik Aqi ada oven. Nanti bila I rasa nak masak kek.. boleh buat kat rumah dia. Kan? Boleh kan ummi Amna?

Weeee~~~♡♥♡♥

posted from Bloggeroid

Thursday, October 24, 2013

Cerita masak-masak

Hahaha.. hari tu saja privatekan blog ni kejap. Konon-konon macam merajuklaa.. blah la nak majuk-majuk. Takda sapa nak layan..

Tetiba jer rasa nak update blog kan malam ni. Jadi I pun update la.

Seminggu ni I sangat rajin masak. Sejak I masak daging kurma hari tu jadi..tiap-tiap hari I try resepi baru.

Malam semalam try masak kari ayam. Jadi tau..cuma tak snap gambar. Hari ni try ayam masak asam pedas. Wawawa... nah tengok pic jer lah ye?



Nampak tak piyuk tuh? Tulah satu2nye piyuk kecik yang ada kat rumah ni. Yang satu lagi besar gabak. Tu pun dua2 mak bagi. Hehe..



Sila menjamu selera ye..

Sekarang ni rasa seronok pulak masak. Sebab seronok tengok anak-anak mamam. Lepas tu saje jer tanya soklan tak boleh blah satu. Sedap Mommy masak ke nenek masak? Hahaha.. tapi.jawapan I tak paksa kay. Dan derang cakap mestilah Mommy masak. Hehehe.. tak sangka ada bakat masak terpendam rupanya I ni. Maklumlah.. I serius dah lama giler tak masak hari-hari.

Dulu-dulu sejak darjah 5 I tolong Kak Ayu masak. Tapi pun takla pandai masak. Sekolah menengah pun tak jugak berapa pandai masak. Sampai buat cekodok guna tepung pulut pastu Cik Aqi gelakkan. Sekarang pulak masak terus jadi walau first time. Cuma rasa tu ikut lidah I lah kan. Hehe...

Now pun I akan masak malam banyak-banyak untuk lunch esok sekali. So I akan makan kat rumah sambil make sure anak-anak sampai rumah dengan selamat. Penat jadik single mother ni.. tapi kepuasan akan datang kemudian nanti kalau kita sabar dan harap-harap anak-anak I akan berjaya dunia akhirat :)

Klah nak mandi dah. Jap gi nak tidur. Bye. Gudnyte
Xoxoxo.. mwah2 =D

posted from Bloggeroid

Sunday, October 20, 2013

Pelakon sapa ntah namanya

Ni tadi I pergi cari kasut bola abang. Dekat-dekat jer pun. Kat seksyen18. Abang nak main bola dengan rakan-rakan flat.

Emm.. then kami pergi makan kat sup utara tu. Makan ringan-ringan jer pun. Lepas makan kami gerak pergi Hospital Klang sebab atok sebelah daddy derang eksiden.

Masa kitorang jalan nak pergi parking kereta..terserempak dengan sorang pelakon ni. I pun tak hingat apa ntah nama dia. Tapi agak popularlah dikalangan cerita-cerita remaja ni.

So sebab ada budak-budak ni I pun hegeh-hegehlah mintak amik gambar ngan pelakon ni. Kalau korang kenal kira kenallah kan. I kenal muka jer.. nama memang ntah tak ingat. Saje nak buat anak-anak ni heppi. Mak dia pun ade gak amik gambar ngan pelakon ni. Kihkih :)



Tu ler pelakonnya. Korang kenal?



Lepas tu kami terus pi Hospital Klang...

posted from Bloggeroid

Sakit hati

Pagi-pagi dah ada orang nak sakitkan hati aku.

@$&#*!&/$#!)*&^$#@/^*#)@&@'&@(-,:/^!(!(@^/@/



Takde sivik langsung!!
posted from Bloggeroid

Saturday, October 19, 2013

Main macak2

Haih.. dari tadi I try upload entri guna bloggeroid nih.. tapi ada error plak. But now dah okay.

Tengahari tadi I masak daging qurban masak kurma. First time masak jadik pulak. Hehe

Sebenarnyakan I dah update taip panjang-panjang entri lunch tadi. Tapi sebab I kan ada blog lain..I terupload pulak kat blog tuh. Lepas tu I delete balik. Lepas tu I try upload kat blog ni pakai bloggeroid tak boleh pulak. Lepas tu I try lagi dan lagi pun tak boleh jugak. Sampai la tadi I refresh kat blogger apps ..lepas tu baru boleh. Hehe.. banyak plak lepas tu dia kan?

Sebab malas nak tulis panjang-panjang.. I upload jer screenshot yang I nak update memula tadi. Kalau rajin bacalah. Kalau tak ignore jer. Takde ilmu pon..





So kiranya ada 2 citer dalam satu entri.

Last but not least.. nah! Pic daging qurban masak kurma. Sedap wa cakap sama lu!



Bye you. Xoxoxo mwah2 :)
posted from Bloggeroid

Thursday, October 17, 2013

Wallaweyh

Hari tu I kata nak part timekan? Ade sorang kawan ni baru dapat kerja kat Concorde Hotel Seksyen9 itu. Mungkin.. mungkin.. mungkin.. I akan part time kat situ. Dekat dengan rumah.

Baguskan? Allah itu tahu hambaNya perlukan apa untuk hidup walau struggle bagai nak giler.

Harap-harap lepas ni no more problem on money. Ada orang tu kata nak ajar acaner nak planning personal financial. Ntah bila lah!

Hmm...

Rahsia dan present

I ada rahsia. Rahsia. Rahsia. Rahsia.

Buat peminat-peminat pembaca blog I yang setia.. I ada rahsia uolls.. Nak taw?

Mana bleh taw. Tapi one day nanti mungkin I akan expose kerahsiaan itew. Atau mana yang tere mesti terexpose sendiri sebab anda berusaha mencari. :) Hehe

Kepada peminat-peminat I dalam dan luar negara.. :) *ayat memang tak boleh blahkan?* Sila muntah para peminat ye?.. cer try cari rahsia itew. Sapa dapat nanti I bagi present! Susah taw nak dapat present dari gua. Hanya orang-orang tertentu jer boleh dapat present dari gua. Sapa yang dah dapat present tuh maknanya.. :) Spesel dalam hidup gua. Tapi.. peringatan! Mungkin masa I bagi tu spesel.. in future mungkin tak lagi. Hehe..

Tapi jika saya terus memberi hadiah..maksudnya anda masih bernyawa dalam hati. Chewah!!

Mwah2.. xoxoxo