Saturday, September 28, 2013

Bufday seprais

Hari ni my bufday. :)

Dah masuk 33tahun. Ingat tak tahun lepas ada bunga sampai kat ofis? Sweet kan? Yang itu seprais sebab dapat bunga besar..sampai sekarang still simpan. Tapi..dah keringlah :)

Tahun ni ingat biasa-biasa jer. Balik ofis..bising sikit kat anak-anak. Lepas tu sebab esok cuti..I nak relax2.. masuk bilik layan FB jap mata pun mengantuk.

Memang dah tidur. Boleh kata nyenyak..sampai jam 12. Terjaga sebab bunyi watsap masuk. Rupanya someone dah tunggu depan pintu.. omg!! Saya baru bangun tidur kot? Cepat-cepat cari seluar..haha..sebab tidur tak pakai seluar. Anak-anak tengok mommy menggelabah derang hairan lol. Mommy takleh buka pintu sebab siyes gelabah..

Ada plak yang buat seprais bawa hadiah and cake. Then secara sederhana kami celebrate..siyes speechless. Until now cant stop smiling. Thanks dear. Xoxo

posted from Bloggeroid

Friday, September 27, 2013

The real instinct

Saya bukan ingin menunjuk. Cumanya perlukan petunjuk. Sometimes bila kita cari petunjuk itu dikalangan manusia. Kita akan jadi lebih serabut.

My life only rely on Allah sahaja sekarang. Everythings I akan refer kat Dia. In shaa Allah setiap keputusan akan memberikan kita yang terbaik. Meminta sesuatu perkara itu berlaku memang ada..tapi untuk sesuatu hal saya lebih senang dengan meminta diberikan petunjuk. Dan selalu saya dapat melalui gerakhati.

Malam tadi saya tak pasti kali keberapa saya tunaikan solat istikharah. Saya meminta petunjuk supaya lebih tenang. Saya hanya mahukan ketenangan dalam hidup. Saya tak mahu perkara-perkara yang buat saya serabut. Serius saya tak suka. Siapa yang sukakan serabut? Takdekan..

Saya ingat saya akan dapat melalui mimpi..tapi tidak. Pagi ni tergerak hati nak buka chanel flyfm masa on da way pergi kerja. Dan yang saya dengar adalah lagu Bubbly-Colbie Callait. Dah banyak kali dengar dulu..tapi hari ni bila dengar rasa sangat terbuai-buai..seperti hanyut sambil drive.

Sampai office terus saya google lagu ni. Dan apa yang terjadi selepas itu adalah seperti ianya tergerak hati dan lakukan. Dan ekceli now pun sedang dengar lagu itu..dan ianya..heaven lol.

Dan bila hari ni saya online FB lalu PC, saya terbaca satu link. Dan ianya seperti memberikan saya kefahaman tentang something. So that, I hope Allah will continuously give me the real instinct in every decision I'll made.

Thursday, September 26, 2013

Kafein

AYEMFILINGLEYZIENTAYERD

Lol..can you understand that?

Ekceli this is the time that i should done my esainmen. But feeling seriously sangat leyzi because ayem so tired. From morning till nyte i need to move it..move it.

Pebenda lah yang membebel dengan bahasa tunggang terbalik itew. Saya perlukan tukang urut yang boleh mengurut hilangkan stress secara percuma sebab jika kena bayar pun stress jugak. Hahaha... mendalam itew maksud :p

Pernah dak terfikir yang sebenarnya seorang yang sukakan kafein akan terus merindui kafein sepanjang hayatnya? Saya penggemar kafein. Dan ekceli dari kecik mak suka buat neskepe klasik. Tapi kalau mak buat teh .. i dont like. Mak buat milo.. bolehlaa.. tapi kalau milo itew milo ice.. wawawa.. heaven!!

Tapi tu dulu..now semua minum. Tadahal. Cumanya .. cumanya .. neskepe tetap dihati. Hari tu masa pi beli barang dapur i cari neskepe tapi tak jumpa. So..pi beli yang macam neskepe..ape benda ntah brandnya. Tapi tak berapa nak sedap. Dan dulu mak tak pernah buat kopi o untuk kami. Tapi..bila kahwin masa muda-muda dulu..mertua masa itew buat kopi o dan i terus jatuh tangga.. kihkih.. bukanlaaa.. jatuh cinta dengan kopi o. Hari tu tanya mak nape mak tak buat kopi o masa kitorang kecik? Mak kata takde sapa suka kopi o. Malah kopi memang takde kat rumah kecuali buah kopi dan pokok kopi memang banyaklah keliling rumah.

Oh kenapa hari ni i update pasal kafein? Sebab kafein ada dalam kopi. Kafein sometimes boleh hilangkan stress like chocolate. So beberapa hari ni anak-anak buat hal. Haih.. takdelah hal besar tapi hal yang remeh temeh tu lah penyebab stress mommy.

So that now mommy buat neskepe yang bukan brand nescafe tapi bolehlah rasanya untuk hilangkan sedikit stress. Lagi pun I share something kat fb wall.. coffee drinkers is a good lovers.. *winkwink* =D

posted from Bloggeroid

Busy schedule nowadays

Sekarang sibuk dengan iclass dan whatsap grup for study. Susah sebenarnya bila anda student part time tapi tiada internet access dirumah. Gua nak masukkan .. tapi.. jap fikir pasal ongkosnya. Huh!

Sometimes mahu sent email kerja dari rumah pun susah. Ayoyaii..

Ekceli terfikir nak kerja part time. Tapi nanti semua ntah pi mana. Study part-time..kerja part-time..ibu part-time.. how?

My blog ramai plak yang singgah dengan keywords lipoma. Anyway my lipoma ada satu jer dipinggang. So ianya tidaklah annoying. Hmm.. ramai pulak yang ada lipoma nowadays. Ni semua faktor pemakananlah ni. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Tapi I is paling suka lemak kat daging lembu atau orang jawa kata tetel. Sedap lol. Tidak boleh ditolak tepi. Lagi-lagi kalau gulai kawah makan nasi panas-panas. Pergh!!! Meleleh..

Tuesday, September 24, 2013

Hantu pintu main doorbell

Ni nak citer sikit. Hari tu masa Tasya datang rumah budak-budak ni mengadu doorbell bunyi sendiri. Memula dengar scary lol. Mau tak skeri. Dahla diremang maghrib senja azan berbunyi.. mau tegak segala bulu yang ada termasuk bulu kening. Emm.. bulu toot bersih ek? Hahahaha.. sorry .. ter 18sx pulak.*sambil tutup mulut*

So tadi balik air plak melintang tengah halaman. Eh..flat ada halaman plak? Flat I jer spesel ada halaman. Cari punca paip tu crack sikit kat rumah sendiri. Ayoyaii.. penat nyiasat bebudak tu. Tapi bebudak tu jugak yang buat. Haih!

Lepas tu kemas rumah sikit..dan masak. Masak yang simple-simple jer. Tengah masak tetiba doorbell itew berbunyi. Anak-anak pi la nengok sah-sah mak dia tengah busy kat dapur. Pastu derang kata takde apa. Second time bunyik mommy tengok. Pun takde gak orang. Ah! Lantaklah. Mommy kata kat abang..ni mesti kawan kamu sesaja main-main nih. Mommy kata gitu sebab masa bebudak tu duduk lepak hari Ahad mommy pi kelas derang jakun sket main doorbell. Haha..abang plak bengang bebudak tu main sepah-sepah. Minum tumpah-tumpah. Haih! Mommy plak yang kena mop lantai sepuluh kali. Lepas ni takdela nak buat rumah terbuka lagi.

Lepas masak kami makan la la la.. bunyik lagi sekali. Abang nak pi tengok mommy tak bagi. Debar gak hati Mommy. Lepas makan siap kemas Mommy soh abang kunci grill.. kihkih.. sebab mommy takut sebenarnya. Tapi macam biasala mommy watlekwatkool.. :p

posted from Bloggeroid

I'll never let you go

Sedang lepak dalam kereta sambil tunggu timing abang dan kakak keluar dari sekolah.

Hidup semakin busy. Suka tapi sometimes feeling nak relax. But i like it. Sebab kita tak perlu fikir benda yang remeh temeh. Saya belajar tentang tidak berfikir benda yang buang masa. Tentang mereka yang suka fikir tentang orang lain..tentang sesuatu yang tak pasti..tentang kehidupan yang tak menentu pada masa depan. Enjoy apa yang ada sekarang :). Saya enjoy dengan anak-anak. Enjoy dengan rumah sendiri. Enjoy dengan kebebasan tanpa ada orang kritik. Enjoy dengan beloved one. Who? Adelah. :) rahsia..

Hidup kena ada target. Setting the target by my own adalah yang paling senang. Tapi perlu ada usaha. Then nanti bila target itu achieve.. yes!! Saya tunggu masa tu. Bukan untuk menunjuk yang saya boleh..atau menunjuk yang saya hebat..ianya untuk kepuasan diri sendiri. Then nanti i will enjoy my old time.. maybe alone.. maybe with someone yang i suka sekarang.. or maybe dengan orang lain...only Allah knows..

Hari ni Allah berikan saya gembira..dengan ada dia. Tapi kita tak tahu ketentuanNya. So..selagi i have a chance untuk rasai kegembiraan..dan menyumbangkan sedikit kegembiraan dan mungkin juga ketenangan dekat orang yang saya suka..saya akan buat yang terbaik. For myself, for him and priority my kids.

Apa pun yang akan jadi..saya akan doakan yang terbaik untuk orang-orang yang ada dalam hati saya. Semoga mereka selalu berada didalam lindungan, rahmat dan redha Yang Maha Esa. Xoxo

posted from Bloggeroid

Saturday, September 21, 2013

Seminggu di seksyen8

Dalam hidup ni..kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..tak kiralah kita ada sikit atau banyak.

Rumah baru..kawasan baru..kejiranan baru..semua baru untuk kami. Dulu kami tinggal dikampung..tapi sekarang kami tinggal dibandar. Persekitaran berbeza..kejiranan berbeza..suasana berbeza. Tapi alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan sempurna walau sometimes mommy perlu bising nasihat itu dan ini untuk menjamin keselamatan derang nih. Maklumlah..mommy kan busy kerja. Busy nak belajar lagi. Busy dengan rumah. Tapi kalau pun busy..priority adalah anak-anak..sebab anak-anak adalah amanah Allah.

Alhamdulillah Abang Hannan dan Kakak Raudha boleh diharap. Abang Hannan pandai bezakan yang baik dan yang buruk. Kakak dah boleh disuruh tolong Mommy basuh pinggan. Tapi..petang tadi kawan Abang Hannan..Faisal, Arman dan Amirul datang ajak Abang Hannan keluar dalam jam 2lebih..tapi Mommy tak bagi. Lagipun Mommy tengah masak for lunch .. kami nak makan sama-sama. Then kawan Abang Hannan nak makan sekali dengan kami. So Mommy tak kisah ekceli. Mommy suruh mereka masuk tunggu Mommy habis masak. Mommy tanya kat mereka..pagi tadi bekfas? Lunch dah makan? Jawapan mereka adalah.. mereka tak bekfas dan tak lunch lagi dari pagi. Siyes Mommy kesian kat derang. So Mommy makan sekali dengan mereka..mereka makan tambah sekali. Mommy nak make sure derang kenyang. Lagi pun tetamu kalau kita jamu mereka .. berkatlah nanti hidup kita. Masa makan tu Mommy niat supaya mereka akan rasa selera makan apa yang Mommy masak. Maklumlah..dulukan Mommy jarang masak. Duduk dengan in laws mereka jerlah yang masak.

Ekceli kanak-kanak itu happy sebab derang kata Mommy masak sedap. Derang kata air tangan Mommy sedap dan Mommy cantik. *haha..mommy kembang japs* Ekceli Abang Hannan malu sebab kawan-kawan dia puji Mommy gitu.

So tadi..Abang Hannan cerita semua yang jadi seminggu kami berada di kawasan baru. Ada yang siyes terperanjat Mommy dengar cerita Hannan. Tapi Mommy beri nasihat kenapa begitu dan kenapa begini. Kita sebagai orang dewasa perlu guide kanak-kanak supaya mereka jadi yang terbaik dalam hidup mereka. Ye tak?

Emm.. tapi apa yang Hannan cerita tentang kawan-kawan baru dia..sampai Mommy sebak. Dalam hidup ni..bukan kita jer susah..ada orang lain yang lebih susah. Tapi..kesusahan tu kalau kita usaha dengan sebaik mungkin..akan jadi senang dan tenang. Yang penting..back to basic. Back to Allah. Saya ni bukan baik sangat..tapi dulu hidup serabut sebab am not back to basic. Alhamdulillah.. lepas jumpa Abang yang tunjuk balik jalan ke basic itu.. now i can manage my own life.. walau banyak ekceli kurangnya. Tapi for me .. kalau ada duit semua boleh diurus dengan teratur. Sebab sekarang semua perlukan duit. Betol dak. Tahts why we have to manage our financial properly. Tinggalkan kehendak..pentingkan keperluan.

Jadi..jika keperluan tu cukup..hidup akan selesa dan tenang. Cerita Hannan tentang kawan-kawan dia siyes buat Mommy ingin jadi yang terbaik..baik untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Jika kita buat yang terbaik..in shaa Allah yang datang nanti baik-baik belaka. Kan?

So esok mommy start klas. Anak-anak alhamdulillah boleh berdikari. Dan mommy suruh Abang ajak kawan-kawan dia lepak rumah tengok Astro. And I think it is my responsibility untuk berkongsi the joy of life dan keselesaan yang kami ada dan in shaa Allah akan kami kekalkan dengan anak-anak yang boleh dianggap terbiar kerana tekanan hidup parent derang.

Pernah tak dengar ayat ni? Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.

Dan Mommy baru seminggu kat sini..ada benda yang Mommy belajar tentang life. I thought am not a gud mom..but ekceli I am a gud mom. :) *ni dari persepsi anak-anak mommy sendiri* tapi ada yang lebih baik dari Mommy..tapi tu Mommy orang lain :)

Kat sini juga ingin sangat menyampaikan rasa besar hati pada tuan rumah yang boleh lebih kurang dan menjadi tuan rumah yang baik. This compliment is for Kak Nor and Abang Adi. Sebab kami selesa dengan rumah yang ada. :)
Thanks :)

posted from Bloggeroid