Friday, May 10, 2013

Hadiah Hari Ibu

Masih rindu Abang!! Ya Allah.. Bagaimanakah untuk lupakan dia.. Huhu.. Selagi dia masih dihati..selagi tu saya rindu dia.

Agak-agak dia ingat x kat gua ek? Emm.. Nak taw la kan. And tak sure if he still interested to read my blog. Oh!! Baiklah jangan perasaan sangat Niza oii.

Hmm.. I dont think he still read this blog. -_-" Hewhew..

Semoga dia berbahagia dan tenang dimana pun Abang berada. =(




Hadiah dari Abang.



Hadiah dari Kakak.



Kad dari Baby.

Bangga Mommy dapat anak-anak yang appreciate macam ni. Harap sampai besarlah. Muah from Mommy =D

posted from Bloggeroid

Am going to be a single mom?



Bismillahirahmanirahim.

Now on da way federal hiway to pejabat agama.

Berhenti breakfast jap. Tu jer yang mampu terfikir nak telan pagi ni. Tu pun tak telan lagi.

Hati berdebar maklumlah bila dah submit form nanti tak boleh tarik balik. Serius berdebar. Sebab ini adalah decision terbesar dalam hidup yang saya pernah buat. Tak terlintas nak lalui semua ni.

Pagi tadi keluar rumah pandang wajah tua mak mertua rasa serba salah. Serius saya katakan dia adalah mak mertua terbaik yang ada dalam hidup saya. Tapi ini semua untuk ketenangan yang saya inginkan. Biar susah tapi tenang. Biar payah tapi tenang. Thats what I want in life.

Hmm.. Semoga saya redha dengan segala yang berlaku. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 8, 2013

Tak caya?



Susah nak bagi orang percaya saya dah kawen anak empat. Must be very careful dengan lelaki-lelaki ni. Weyh!! Serik dah kot?

Takmo rasa sedih sangat dah. Menghargai ketenangan yang Allah bagi.

Sumtymes rendu datang.. Tak boleh buat pa. Buat bodo sudeyyyy !!

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 7, 2013

Adiyos

Saya sejak akhir-akhir ni memang tidak serabut. Cuma bila duduk rumah saya jadi malas.

Saya tak mahu bergerak keluar bilik. Mahu duduk saja dalam bilik. Saya tak selesa.

Semalam masa masak rumah emak, Abang Hannan tolong Mommy. Dia yang datang sukarela nak tolong. Dan macam biasa Mommy suruh dia basuh pinggan. Secara spontan dia boleh kata, "Kita suka basuh pinggan rumah Nenek Normah. Dapurnya bersih jer."

Itulah Mak saya. Mak saya seorang pembersih dan kemas. Jadi kami adik beradik telah terbiasa dan terikut-ikut dengan sikap Mak kami yang begitu. Tapi bila saja masuk keluarga lain yang agak tidak mementingkan kebersihan..of course kami.. no ekceli saya tak boleh tahan. And thats the reason saya di umpat dibelakang. Because of, saya dah tak tahan dan penat untuk mengemas kemudian keadaannya begitu semula. Ye, saya mengaku saya malas untuk berkemas di dapur. Saya tak suka masuk dapur yang kotor.

Selama mana saya boleh bertahan, jika itu keadaannya. Selama mana saya boleh bersabar dan bersikap mengalah sahaja. Ia adalah dari awal.. tapi dulu saya tidak berkira.. saya yang dulu lebih sabar dari yang sekarang. Tapi saya sekarang hanya mengikut kata pepatah "diam-diam ubi berisi".

Saya tak mahu meluahkan di depan mereka. Tapi saya telah membuat keputusan yang memang merugikan mereka. Saya teringat nasihat Abang, sabar sampai mati macam Rasulullah. Ye saya tahu itu betul.. tetapi saya adalah manusia biasa. Sabar saya bukan sampai saya ditindas seperti dulu.

Dan semalam saya tak tahu kenapa saya membuat status FB seperti mendeclarekan diri seperti single mother. Bila kawan bertanya saya hanya berterus-terang. Biarkanlah.. mungkin itu takdirnya. =D

Ini bukanlah sebab utama saya berkeputusan begitu. Punya beberapa sebab sokongan yang menjadikan saya bertindak seperti apa yang saya mahu. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amin.

Monday, May 6, 2013

Kun Faya Kun

Semalam saya pi mengundi. So baliklah kampung. Pergi tengok mak dan ayah.

Mak macam biasalah walau dah operate tapi kaki tu still sakit. Lepas tu sakit bahagian bahu pulak. Kesian mak..

Balik kena masaklah sebab mak tak masak. Lagi pun rumah mak dekat dengan sekolah pusat mengundi..jadi rumah mak jadi port BN.

Nway pi rumah mak sebenarnya nak borak-borak dengan mak.. Tapinya mak macam penat lepas maghrib terus mak tertidur.. So tak dapatlah nak borak. Saya pulak memang plan nak tido rumah ayah sebab lama dah tak tidur rumah ayah.

Pun dah bagitahu ayah niat dihati.. Ayah seperti menyokong. Siap nak sponsor lagi.. Mak dan ayah dah restu.. So memang inilah masanya. Yang lain tanak fikir sebab Allah ada. Minta doa banyak-banyak .. In Sya Allah .. Allah akan tolong hambanya.

Jumpa Abang Iwan.. Abang Iwan kata begini, "Kita angkat tangan ni pun Allah yang tentukan." So maksudnya, tergerak niat dihati dan bergeraknya saya membawa kereta pergi pejabat agama Allah jualah yang tentukannya. =D

Jadi tiada apa yang saya nak susahkan hati lagi. Semua ketentuan Illahi. Satu lagi Abang Iwan pesan, kita boleh mengubah takdir dengan doa. Doalah sebanyak mungkin.. In Sya Allah =D.. Kun Faya Kun



posted from Bloggeroid

Saturday, May 4, 2013

Wendu

Morning :)

Saya masih rindu dia :'(

Gilakan? Saya tak pernah rasa macam ni dalam hidup. Dulu masa single saya tak kisah pun kalau setakat putus cinta monyet. Ini dah sebulan lebih kot?





Saya google kalau rindu orang tapi tak boleh nak luahkan nak buat apa ye? Google kata macam ni..kalai rindu orang, pi amik wudu pastu solat sunat 2rakaat. Tak kirala solat sunat apa pun. Kalau dah tak taw sangat nak solat sunat apa..niat solat sunat jer dah cukup. Tapi kalau rindu dalam piyed macam ni.. Istighfar & zikir sajalah! :'(

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 1, 2013

Lipoma

Lipoma adalah ketulan lemak yang ada di antara lapisan kulit dan otot. Ianya bukan kanser atau barah. Ada pendapat mengatakan ia boleh menjadi kanser tapi peratus untuk menjadi kanser hanya 0.05% sahaja. Ada pendapat juga yang mengatakan chance untuk menjadi kanser adalah langsung tidak ada.

Punca lipoma tidak diketahui. Lipoma boleh tumbuh disekitar tubuh sehingga 30 jumlahnya. Untuk mengelakkan lipoma sila hindarkan makanan berminyak.

Rawatan yang popular di Malaysia adalah dengan melakukan minor operation. Ada juga rawatan yang menggunakan kaedah liposuction atau suntikan steroid bagi mengecutkan lipoma tersebut.

Lipoma yang ada pada saya tidak besar juga tidak kecil. Tumbuh pada bahagian pinggang sebelah kanan. Sedar dia start tumbuh tu ekceli dah 2tahun sudaa. Lamakan? Baru malam tadi tergerak hati nak gugel. Sedang lepak depan tv dan sesaja nak gugel. Tak taw nak guna keyword apa. I guna keyword "ketumbuhan antara lapisan kulit" dan keluarlah lipoma ni. Lipoma ni boleh jadi serius kalau tumbuh dalam usus dan sekitar jantung. Tapi kalau yang nampak timbul kat kulit tu takdelah bahaya. Cuma tak lawa.

Aku gugel lagi dan lagi. Rupanya kat Malaysia ni ramai dah buang lipoma ni. Ada yang tumbuh banyak seluruh badan. Thank God aku hanya ada satu jer. Tapi yang aku perasan dia semakin membesar. Tapi dalam kadar yang perlahanlah.

Dan lipoma yang aku ada ni memang tak mengganggu pergerakan dan juga tidak menimbulkan sebarang kesakitan. So that, kalau tak buang pun takpa. Tapi kalau mandi memang nampaklah kat cermin bilik air tu. Huhu..

Kos untuk buang lipoma ni kalau kat Malaysia dalam 3k lah. Tapi ni aku ingat sepital swasta. Kalau kerajaan tak taw la plak. Aku ingat nak pi buang jer lipoma ni. Tapi takut nak kena bedah. Tengok kat you tube dengan anak-anak pun aku dah macam budak kecik tengok citer hantu. Tutup muka tapi ada lubang kat tengah jari. Hehe.. Pastu mulut tak reti nak diam.. Euw.. Serius aku takut tang belah-belah ni. Haish!! Naseb baik masa beranak dulu tak sizer.. Gwe beranak normal 4orang.

Dalam ketiga-tiga kaedah tersebut, yang paling aku pilih adalah suntikan steroid tu. Suntik tu ok lagi dari belah-belah ni. Seriau mak! Tapi pun nak kena consult dengan dokte dululahkan.. Sebab ramai yang buang pakai belah jer.. Takut ada side effect nanti.

Oh ye.. Hari tu aku baru sign up for PruBSN tu kan? Mungkin inilah sebab kenapa Allah gerakkan hati aku for sign up insurance. Nampak tak Allah itu perancang yang sempurna. Subhanallah =)

Semoga Allah merancang yang paling sempurna untuk aku dan anak-anak. Teringat Abang kata dulu, kalau yakin dengan Allah.. Insya Allah semua akan positif dan Allah akan tolong hambaNya. Aumm.. Rindu pulak..

posted from Bloggeroid