Tuesday, May 7, 2013

Adiyos

Saya sejak akhir-akhir ni memang tidak serabut. Cuma bila duduk rumah saya jadi malas.

Saya tak mahu bergerak keluar bilik. Mahu duduk saja dalam bilik. Saya tak selesa.

Semalam masa masak rumah emak, Abang Hannan tolong Mommy. Dia yang datang sukarela nak tolong. Dan macam biasa Mommy suruh dia basuh pinggan. Secara spontan dia boleh kata, "Kita suka basuh pinggan rumah Nenek Normah. Dapurnya bersih jer."

Itulah Mak saya. Mak saya seorang pembersih dan kemas. Jadi kami adik beradik telah terbiasa dan terikut-ikut dengan sikap Mak kami yang begitu. Tapi bila saja masuk keluarga lain yang agak tidak mementingkan kebersihan..of course kami.. no ekceli saya tak boleh tahan. And thats the reason saya di umpat dibelakang. Because of, saya dah tak tahan dan penat untuk mengemas kemudian keadaannya begitu semula. Ye, saya mengaku saya malas untuk berkemas di dapur. Saya tak suka masuk dapur yang kotor.

Selama mana saya boleh bertahan, jika itu keadaannya. Selama mana saya boleh bersabar dan bersikap mengalah sahaja. Ia adalah dari awal.. tapi dulu saya tidak berkira.. saya yang dulu lebih sabar dari yang sekarang. Tapi saya sekarang hanya mengikut kata pepatah "diam-diam ubi berisi".

Saya tak mahu meluahkan di depan mereka. Tapi saya telah membuat keputusan yang memang merugikan mereka. Saya teringat nasihat Abang, sabar sampai mati macam Rasulullah. Ye saya tahu itu betul.. tetapi saya adalah manusia biasa. Sabar saya bukan sampai saya ditindas seperti dulu.

Dan semalam saya tak tahu kenapa saya membuat status FB seperti mendeclarekan diri seperti single mother. Bila kawan bertanya saya hanya berterus-terang. Biarkanlah.. mungkin itu takdirnya. =D

Ini bukanlah sebab utama saya berkeputusan begitu. Punya beberapa sebab sokongan yang menjadikan saya bertindak seperti apa yang saya mahu. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amin.