Tuesday, April 30, 2013

Kucen mahu laki

Semalam En Hubby call. Memang I menunggu-nunggu panggilan darinya. Nak pi jumpa dia malas nak drive, jauh.. buang masa dan tenaga.. belum lagi campur sesat barat timur laut.. huhu

Then semalam I dah kata kat dia yang I dah pergi pejabat agama. I suruh dia sangat redha dengan apa yang akan jadi. Tapi taktawlah kan. Kita merancang yang tentukan Allah swt. Sebab dulu pun pernah kami dah pakat-pakat nak masuk court tapi tak jadi. Tu jodoh panjang lagi.. yang ni manalah tahu kan.. jadinye gitu jugak.

Kalau kali ni memang takdirnya begitu .. I relakan you.. hikhik. Tapi semalam ianya bukanlah seperti discussion.. ianya seperti saya bercakap dan dia kena terima. Tentang anak-anak I dah sound awal-awal. Tentang nafkah anak semualah.. I pun bukanlah berkisah sangat tentang nafkah anak. Selagi I ada daya.. I cari sebaik mungkin untuk anak-anak. I akan provide yang baik-baik sahaja untuk anak-anak. Sebab sekarang anak-anak adalah segala-galanya untuk saya. Manakan nak cari ganti kalau anak takde. Kalau suami yang takde bleh cari lain.. hewhew.. Lagi pun lebih yakin kalau saya yang bagi makan anak-anak itu kerana saya tahu dari mana sumber kewangan tersebut. Dan yang rasa tanak bagi nafkah anak-anak, meninggalkan secara sengaja atau tidak sengaja..itu semua urusan dia dengan Allah.

Dan yang saya terfikir lagi, dah banyak kali dah buat solat hajat dan istikharah.. kalau benda ni jadi juga.. memang itulah yang terbaik.Semoga saya dan Ajaren redha dengan apa yang terjadi.

Dan lepas ni bolehlah saya berdoa Pak Imam masuk minang.. Ahaks!! =D

Oh ye! Kalau yang dulu jadi.. makanya Syaraf Muslim pun takde kat dunia ni. Sebab tu tak jadi.. Allah nak bagi hadiah meow meow tu kat saya.. Berkata tentang Baby Syaraf Muslim.. Manjernyer bukan main. Mommy suka buat bunyi kucen pastu suruh dia sambung buat bunyi kucen. Kucenkan manje macam Baby.. Tapi Baby akan buat bunyi kucen kelam kabut.. dia sebut meow-meow dua kali dengan cepat. Tapi nanti Mommy soh betulkan balik.. soh sebut meow macam kucen mahu laki.. haha!!

Sunday, April 28, 2013

Gift



Ni baru ada mood nak citer tentang kain batik pasang hijau. Pemberian tu diberi oleh Abang. Thanks Abang sebab bagi kain tu..

So aku yang kat opis keja banyak melangok gugel la makna pemberian orang laki pada orang perempuan. Maaflah entri ni sedikit perasaan.. Hehe..

So result yang aku jumpa tu macam pic kat atas tu lah. Aku tak taulah Abang bagi sebab bermakna macam yang gitew ka..atau dia main bagi jer... apapun aku memula baca terperasaanlah sket.. Hehe..

Takpala..yang lepas biaqla lepas.. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan anak-anak kan?

Pesan Abang suruh buat baju kurung. Baiklah =D

Cik Aqi jadi orang tengah. Cik Aqi kata masa Abang pi bagitaw dia nak bagi barang kat aku..dia kata dia yang blushing. Orang lain punya pakwa dia plak yang blushing. Gitewlah kata dia lalu watsap. Gua buleh sengeh-sengeh cik kerang busuk sajalah.

Aku pun sejak-sejak ni dah malas nak layan message orang-orang tak kenal. Kalau boring menjelma 3 hari kemudian baru aku text balik. Tu pun aku pilih-pilih kot text macam tak best jer..macam tak masuk gitew.. Lantak pi lah sana.

Hari tu aku baru donlod wechat. Pakaila dp muka aku..ade plak adik-adik nak kenal la plak. Bila aku kabo kan umoq anak 4..terus tak jadi. Kuikui.. Ada yang kata aku tipu x caya..haha.. Ada plak bila tanya kerja apa kat aku..aku jawab kerani kilang besi..hawhaw..

Lantaklah sana suka suku suki jaa.. Ok-ok dah melalut dah ni.

Apa pun tq again and again to Abang sebab ingat kat B.. Hewhew...
Nanti B buat baju kurung ek? Pakai time raya nanti.. Cik Aqi musti sengih-sengih nanti bila I pakai bajew itew.. Huhu



Maybe last message from him. Adios!! Xoxoxo
posted from Bloggeroid

Friday, April 26, 2013

Insurance dan kain batik hijau

Sudah 33 tahun aku hidup.. tak pernah ambil satu jenis insurans pun.. ada beberapa orang yang call pasal insurance ni tapi aku jenis malas nak layan.. lagi pun dulu gaji ciput so.. aku skip jer lah kan.

Then hari tu hari Sabtu adalah Chinese gigirl ni kol jumpa sebab nak jual insurance lah. Then memula tu macam insist ta knak jumpa sebab malas nak layan. Tapi dia still jugak nak jumpa, then aku pun kata..oklah. Hari Isnin. Tapi aku memang malas nak layan.

Hari Isnin dia kata lambat sikit nak datang office dalam 130 gitew. My lunch opis hour 12-130. Gimane pulak kan? So aku pun mencadangkan dia datang hari Selasa. Aku memang tak decide nak ambik insurance tu. Tiba hari Selasa gerak hati aku ni dah kata ambik lagi baik sebab aku tak pernah ada insurance. So dia datang aku terus sign up untuk Prudential Insurance Conventional punyerlah. Sebab dia tak terangkan langsung pasal takaful insurance. Yang aku ni pulak memang dari dulu tak berminat untuk ambil insurance memang lah tak ingat walau aku tau ada insurance ikut syariah law ni. Tapi lepas Chinese gegirl tu balik, aku baru teringat.. eh! insurance ni orang kata riba'.

Hmm.. aku pula tak berapa nak research dalam internet. Keesokan harinya, balik dari kerja pi la rumah Cik Aqi sebab nak ambil barang orang kasi kan. Cerita lah nak suruh dia jadi penama. Nak suruh anak-anak tak cukup umur pulak. Nak suruh Cik Abang Ngok Ngek.. haish!! Macam tak bolehlah pulak.. so.. siapa lagi kan.. Cik Aqi lah jadi mangsa. Dia pulak memang dah ambil insurance pun Prudential jugak. So dia kata baik ambil takaful. Takde riba' bagai. Hari ni Chinese gegirl tu datang balik settlekan semua yang patut.Cian kat dia.. huhu..

Anyway Tq to Cik Aqi coz suruh gak I ambil PruBSN tu.. huhu.. so sesiapa yang rasa kurang pasti dengan Insurance yang berlandaskan syariah Islam ni.. boleh rujuk kat blog Cik Aqi.. Dia ni kalau nak buat mende memang habis-habisan cari maklumat. Gwe pulak ting tong.. huhu..

Tu citer Insurance.. ni citer hadiah.. Abang gave me kain batik pasang suruh buat baju siap duit upah baju.. huhu.. suka pun ada.. sedih pun ada.. tapi kenalah appreciate sebab orang bagi ikhlas.. sign of appreciation katanyer.. tak tahulah apa yang nak di appreciatekan.. tapi semoga Abang murah rezeki di sana *sebab tu yang dia nak masa aku tanya duit upah tu banyak sangat* huhu.. tak tawla lepas tu aku rasa sebak pulak.. Amin..amin..

Tapi aku heran..?? kenapa Tuhan tiba-tiba gerakkan hati aku untuk sign up insurance tu? hmmm...

Teringat pulak lakiku kata..aku ni unpredictable punyer orang.. yang aku sendiri boleh buat keputusan mengejut begitu... maknanya lakiku tidak boleh menjangkakan keupayaan sebenar aku yang mungkin dia akan terperanjat beruk nanti dengan keputusan yang lebih besar untuk aku buat..Naseblah Ajaren..

Monday, April 22, 2013

Donation Community Service

Hah! Pekerjaan saya pagi tadi =D



Okay.. ni entry iklan.. sesiapa yang nak buat donation please feel free to contact me =D
syarafmuslim@gmail.com

Adios!! Designed by me with xoxoxo =D

Morning peeps!!

Moning peeps!! Tak sesuai kan introduction greet moning.. sebab ntah-ntah korang baca malam ke.. petang ke.. huhu

Apa pun entri kali ni I nak cerita tentang CS @ Community Service. Yang ni memang I takde experience langsung nak handle benda-benda macam ni. Apa pun I yang sebenarnya bukan ahli group comittee for CS ni, cuma group follower saje join group comittee ni, dan ditugaskan sebagai secretary.. haha.. tapi pun takler secretary mana pun sebab I banyak lost in the echo.. haish!

Anyway my grup diberikan tugas untuk donation so I kena buat poster dan kumpulkan donation dari mana-mana individu or company yang nak buat donation lah kan. Hmm.. Serius tak pernah buat dan hanya terfikir untuk minta individual donation kat ZTE ni memanndangkan company yang welfare pekerja pun derang tak amik port apatah lagi yang berunsurkan donation untuk orang asli ni.

Oh lupa nak koba yang kami planning untuk membuat aktiviti di perkampungan orang asli di Serendah. Quiet interesting rasanya. Teringat zaman lepas diploma masa takde kerja melepak duduk rumah member ajak beraktiviti dengan anak-anak orang asli ni.. under Fadhilah Kamsah. Kata mana ek? Tak silap area Pahang nuu.. Tapi tu dah lama giler lah.

So ingatkan nanti dah siap poster yang I akan merekacipta tu I nak post kat FB kot-kot ada dikalangan rakan-rakan yang mulia hatinya boleh lah buat donation serba sedikit apa yang ada. Sapa yang nakla.. derma seikhlas hati buat bekalan di hari tua.

Allah itu maha berkuasa kan? Dia tahu tahap keikhlasan seorang hambanya. Ceritanya begini, hari tu before presentation MGT I ada ter'error' type email address sorang kawan ni. Then orang yang dah salah received email tu reply balik kat I. Teraccidently, dia bekerja dengan departmen of social welfare. Ekceli I tak tahu organisasi apakah ini, mungkin dia yang organize untuk charity nak-anak yatim ke, orang-orang tua ka.. so.. boleh kot tanya dia? kan kan kan..

Yeay!!!

Saturday, April 20, 2013

Sedikit terabur

Esok kelas lagi.. esok ada presentation.

Gwe capeklah! Jumaat hari tu dah pi amik form kat pejabat agama.. huhu.. nantikan kisah selanjutnya.

Saya perlu aturkan hidup saya dengan lebih baik sebenarnya. Banyak benda nak urus. Belajar, kerja, anak-anak, personal problem.. ni pun belum register Aqasya nak masuk darjah satu ni. Kena daftar online dulu baru pergi sekolah.

mmm..mmm...mmm...mmm

Thursday, April 18, 2013

Telok Panglima Garang

Betul ke kalau duduk Telok Panglima Garang tak berkembang otak?

Ada kawan saya kata gitu.. saya tidak menidakkan juga mengiyakan.

Saya punya pandangan saya tersendiri tapi tak mahu mengutarakan disini sebab akan menimbulkan kemarahan dan ketidakpuashatian juga kontroversi nanti. Jadi baik saya yang punya pandangan sendiri akan digest my own thought tu..dalam kepala hotak saya.

Dan secara am, sesuatu itu tak kira apa pun ada positif dan negatif nya yang tersendiri. Betul?

Tapi, esok yang saya akan start my first step dan keputusannya masih banyak kebarangkalian jika ditakdirkan saya keluar dari Telok Panglima Garang.. ye.saya amat berbesar hati untuk itu. Saya mahu environment baru..pemikiran baru dan percampuran yang baru.

ADIOS!!