Thursday, April 11, 2013

Ayat bukan mayat

Entry kali ni pendek ja.. sebab jap lagi aku nak pi solat.

Aku baca artikel ni..korang klik lah sendiri.

Dalam banyak-banyak ayat yang aku baca..tertancap dan terkesan kat hati ni ayat yang simple tapi maksud mendalam bagi akula.. korang tak taulah kan..

Isteri adalah cermin suami dia.

Buat aku terfikir, berfikir dan memikirkan...

Wednesday, April 10, 2013

Konspirasi

Hari Sabtu hari tu ada sorang mamat ni kol gua. Dia kata kawan Ajaren dulu, nak tengok Ajaren kesahnya. Tapi gua memang lama dah tak gi lawat dia. Lepas tu borak la tanya itu ini macam mana boleh kenal semua kan.. Kenal pun tak lama dalam 2 setengah tahun hingga 3 tahun. Kalau macam tu, mengikut perkiraan diorang kenal kat luar dalam 6 bulan hingga setahun. So dalam perkenalan yang sesingkat itu, dia kata kenal gitu-gitu jer. Bila fikir balik, kalau kenal-kenal begitu saja, kenapa macam beria nak jumpa Ajaren ye tak? Mula-mula dia cerita macam tak pernah pergi minta alamat bagai, tapi lepas borak dia kata dah pergi cuma tak dapat masuk jumpa sebab kekurangan info dan tentera tu tanya apa kena mengena dia dengan Ajaren. So kalau boleh nak ada family teman sampai sana baru boleh masuk. Dia tambah lagi, dia pergi tu naik kereta polis so kat situ ada konflik sikit. Emm..

Aku pulak kalau orang tak pernah jumpa tetiba kol cerita benda-benda pelik sangkut paut dengan Ajaren ni timbul kemusykilan sikit. Hati tak sedap jer. Sudahlah Kem Syed Sirajuddin tu jauh.. ish!! apa-apa jadi karang susah pulak. Lepas tu dia kata dia ni polis UN. Baru balik dari Quwait tak silap dia cakap. Kira dia dalam  bercuti la ni. Bercuti 6 bulan. Si dia cerita la dapat elaun ribu riban bagai tapi takde girlfren semua. Umur dah lanjut isteri takde. Macam-macamlah!! Aku bab cerita memang best lagi dia cerita pengalaman dia masa bertugas. Eager nak taw. hehe..

Then kitorang sms-sms. Tapi pun aku macam biasala kalau boring jer layan. Kalau mood baik buat kerja lain dari layan sms-sms tu. So dia kata lepas ni nak pi Timor Leste pulak. Lepas tu kata tak jadi nak kena pi US jaga kedutaan kat sana. Lepas tu dia suruh carikan gelfren konon-konon nak jadikan isteri bagai. Gila ka apa? Kau kenal aku pun tak tiba-tiba nak suruh aku carikan bini untuk dia. Ish!! pelik serius.

Tapi aku balas sms dia gini jer.. *saya bukan agen pencari jodoh* haha.. Ngok nak suruh aku carikan sorang. Entah-entah penyangak mana ntah nak offer kawan-kawan aku yang baik-baik ni kawen ngan dia. Simpang malaikat 44. Lepas tu dia reply sms 'mmmm' jer.. Sampai la ni sejak semalam dia tak sms lagi dah. Macam-macam orang dalam dunia aku jumpa..

Bukan apa takut konspirasi yang ditimbulkan sendiri oleh Ajaren, maklumlah aku enggan pergi melawat dia. Tak dosa pun aku tak lawat dia. Kan?

Sebab berdasarkan pengalaman aku, Ajaren pernah pas no phone aku kat sorang mamat ni kata kawan dia dari dalam. So masa tu aku naif banget percaya cerita mamat ni. Dia kata dia masuk dalam sebab songlap duit company dulu masa jadi engineer. Lepas tu wife dah tanak kat dia la.. itu la.. ini la.. hape la.. Tak pernah jumpa pun sms jer. Satu hari dia kata nak pinjam duit seratus sebab nak balik kampung takde duit emak dia tiba-tiba sakit. So aku ni jenis cepat kesian punye orang. Pi la bank in seratus lalu Maybank2u. Pastu aku mintak dia balik lalu sms gak, hancus!! Aku geram aku bagi sedas jer sms berapi. Lepas tu aku biarkan dia. Biarlah.. 

Kadang-kadang bukan kita tak sokong orang-orang yang macam ni. Tapi bila dah minta tolong kita tolong dengan ikhlas dia buat balik. Sorrylah.. gua menambahkan persepsi negatif kat orang-orang yang macam ni.

Semoga Allah sentiasa bersama saya.. Amin :)

Tuesday, April 9, 2013

2 cerita dalam 1 post

Macam biasalah aku seperti boss tiada banyak pekerjaan mahu dibuat dalam office. Jadi aku layanlah mencari jawapan assignment ku bertanya pada Google itu sendiri.

Oh ye..hari ni konsultansi diadakan di restoran semasa sedang lunch. Yang ni lain pulak kes nya. Haish! Yang ni aku saja memberi pendapat sebab aku tengok mata dia ni merah kesian pulak. Jadi aku tanya jer, 'hey dude!! what is your problemo? or no problem at all?' hehe.. aku tanya dalam base melayu ibunda kita la.. dan aku tau dia pun jenis tak kisah kalau aku membebel pepanjang sebab dia ni ok jer ngan aku. Tapi dia seems puas hati dengan opinion aku. Terpulanglah nak ikut ke tak.. ye tak?

Sebenarnya banyak giller aku nak update. Pasal aku hilang kunci kereta hari tu. *Nasib baik jumpa kat kafe berhantu itu* hehe.. pastu nak update pasal aku solat maghrib kat surau Intec sensorang. Yang ni best sikit aku nak citer. Kami ada discussion lepas kelas hari tu. Dan bila tiba waktu maghrib, aku pi la nak solat maghrib. Masa datang tu ada la 2-3 orang tetapi sumer lelaki. Aku jer sorang perempuan. So aku kenala amik wudhu kat tempat perempuan sorang-sorang. Aku masuk nak pi lepas hajat dulu. Masa dalam toilet tu takde angin ribut petir hujan taufan jadah tu semua, tetiba dengan serius aku dengar bunyi pintu toilet ditutup dengan kuat. Aku ni bukan lah taksub dengan benda-benda yang sebegitu rupa tapi percaya dengan adanya makhluk lain yang mendiami alam ciptaan Allah ni. Kata utsaz-ustaz, kalau bunyi tapak kaki berjalan, bunyi pintu ditutup, bunyi guli atas atap.. tu semua adalah dengan kewujudannya entiti-entiti tersebut. Jadi aku terfikir dan terlintas memang wujudlah sebab tempat angkat wudhu tu memang sekali dengan toilet. Dan aku memang bukan jenis penakut maut..penakut sikit-sikit jerlah kan.. aku maintain basuh muka pakai cuci muka. *maklumlah aku memang jenis yang suka pakai eyeliner & mascara bagai* Nasib baik masa aku tutup mata nak cuci muka tu, takde apa jadi. Manalah tahu bila buka mata jer tetiba ada tunggul pokok kat sebelah berambut panjang hingga ke lantai mahu tak pensan. Lepas tu aku pergi la solat macam biasa..dan takde apa pun jadi. Lepas solat maintain pakai balik mascara & eyeliner dalam remang-remang lampu yang agak kelam sebab lampu cuma dari luar dan tempat solat lelaki. Hehe .. skeri jugak sebenarnya. Nasib baik aku bukan jenis lemah semangat dan belum pernah dengar cerita momok kat Intec. Kalau pernah dengar aku rasa mau aku ajak budak lelaki teman aku sampai tempat solat perempuan..

Tu satu citer..satu lagi kakak Raudhah punya cerita. Elok dah aku bagi nama Syaheera Raudhah. Cantik dah maknanya. Dia ada sampaikan kat aku dulu pasal kengkawan ejek-ejek nama dia. So aku pernah bagitau dia yang nama Raudhah tu adalah nama taman di tanah suci sana. So sesiapa yang ejek nama dia ni, dia bagitau lah kat kawan dia yang nama dia sebenarnya sangat bagus. Tapi kengkawan dia ni tak percaya. Dan ada pulak yang menambah Syaheera tu ada kena mengena dengan syaitan. Cis!! Kalau aku pun marah.. ye dak? Tapi kan budak-budak yang bercakap tanpa berfikir itu. Tapi aku ni suka mengajar anak jangan bagi orang buli diri kita. Hehe.. kalau orang tak kacau, jangan memandai kita nak pergi kacau orang. Tapi kalau orang kacau..siaplah!! Jadi aku suruh kakak tanya balik kawan-kawan dia tu, "Cer bagitau mana dalil dari Quran yang mengatakan Syaheera tu ada kena mengena dengan syaitan?" Best tak ayat aku? Haha.. Nasib baiklah kakak tak faham apa aku cakap tu. Kalau dia faham mau dia tanya betul-betul kat kawan dia ni..

Tak pe kalau mengajar anak to have a self defence punya attitude kan? Dari mengajar anak mengumpat mengeji bagai..walau kadang-kadang self defence tu terpaksa bermulut sedikit cili api.. Naseblah sapa yang terasa ye dak?

Pendapat

Baru tadi Shes Ayn kecik datang meminta pendapat. Dan saya hanya boleh memberikan idea dan pendapat yang bolehlah tahan sebab dia pergi dalam keadaan angguk-angguk tanda puashati.

Ekceli saya boleh jadi konsultan pada kawan-kawan yang memerlukan. Dulu derang pernah gelar saya doktor cinta sebab saya banyak memberi pandangan dan idea dalam perhubungan cintan cintun. *Padahal diri sendiri terumbang ambing masa tu* And now Shes mahu bertukar kerja tetapi dipujuk oleh management supaya stay dengan memberikan benefit-benefit yang perlu difikirkan short term and long termnya.

Hmm..mungkin betul saya ada terbaca, orang yang membimbing orang lain kadang-kadang dialah orang yang perlukan bimbingan dari orang lain. Faham tak ayat tu? Kalau tak faham bacalah ulang-ulang kali sampai faham. Tapi sekarang saya rasa, saya perlu bimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik. Tanpa ada orang lain yang lebih berpendapat dari saya.

Sometimes bila orang bertanyakan sesuatu dia memerlukan jawapan yang lebih dari apa yang dia harapkan. Maksudnya, jawapan yang dia perlukan dari kita adalah jawapan yang lebih dari apa yang dia tahu. Dalam erti kata lain jawapan yang membina. Bukan jawapan seperti melepaskan batuk ditangga. Thats why I need someone to guide me kerana banyak benda dalam dunia ni saya tak tahu dan saya perlu tahu.

Tapi sekarang ni takde sapa yang boleh saya gelarkan "mr google" yang saya boleh rujuk setiap persoalan yang saya nak tahu melainkan Google itu sendiri. Okay-okay ayat saya putar belit tapi maksud tak lari okeh?

Tetapi setiap persoalan akan terjawab akhirnya nanti dengan Qada' dan Qadar Illahi. Betol tak? =D

Thursday, April 4, 2013

Waiting

Waiting for them yang sangat lambat giler Babs..
Menaip mengisi masa lapang tanpa rasa jemu
Oii!! Lambat dowh derang ni..
Nway Shes Ayn Kecik akan meninggalkan ZTE tidak lama lagi..bilalah masa saya pula?
Sedang menunggu giliran jangan sehingga tamat tempoh sudey..
Ternanti-nanti rezeki yang Allah nak bagi.. I'm waiting dengan penuh sabar
Okeh..Zek dah sampai! Mahu update nanti2 ye :D


IntherunningofsomethingIdontwantIDIOT

Thats the way I like it :)
Best tak kalau tukar domain address macam kat bawah tu?
IntherunningofsomethingIdontwantidiot.blogspot.com
Tukarla..becoz I am not alone. Allah is always be there for me :)
I have a fren even not many can count by jari :)
I have my kids and my real family :)
Who says I am a loner? MyBrain lah.. Bahaha :D
Dont think like an idiot..have a mentol on head like a genius lah my fren.. Am I right? :D
Thats the way..aha aha..I like it XD
xoxoxo
Oooppsss..why at the end of the sentence have the word IDIOT?
Becoz I need to run away from an IDIOT..LOLZ..

posted from Bloggeroid