Wednesday, April 9, 2014

Bro DiGi

Hari ni ada orang ajak meeting kat rumah. Terpempan saya jap bila baca message suruh datang rumah dia nak meeting.

Agak-agakla bro. Okay..jangan salah anggap. Bro ni perempuan sebenarnya.

Dia ni keje ngan DiGi. Kalau reply email.. pergh sentap I. Bahasa melambangkan diri anda sebenar. Sila tunjuk profesionalism anda semasa menjawab email walau hanya dari vendor.

Bukan saya sorang jer kena. Abang Syed yang umur dah patploh lebih pun kena. Tapi Abang Syed jenis kool giler. Bila saya tanya dia baru dia bukak citer. Apa lagi kami 3 orang, saya, Hafizi dan Abang Syed gelak2 bila citer pasal bro nih.

Dan tadi bila saya masuk rehat ada 3 misskol dan satu text message dari bro nih..suruh saya attend meeting. Saya call dia balik.. dia kata dia work from home soh i attend meeting ghumah dia. Pa cita?

Abang Syed terkedu jap bila saya cakap ngan dia. Hafizi volunteer nak tanya kat boss boleh dak. Zhong Jian pun gelak gila bila Hafizi tanya.. dia kata.. what is in guy head? Hehehe

Abang Syed kata mungkin dia tergugat dengan I. Apakah benda yang saya gugatkan? Saya ni bodoh lagi.. huhu.. anyway Abang Syed pesan.. watlekwatkul jer.. buat2 kita bodoh tapi sebenarnya kita cerdik.. huhu

Abang Syed ni banyak pengalaman. Apa jer tanya dia boleh jawab. Sampai Hafizi mengambil peluang keemasan tanya kat dia banyak2 sebelum berhenti. 14hb nih Hafizi last kat ZTE pindah Huawei.. huhu.. sedih.

Dulu keja ngan pempuan lain style. Keje ngan.lelaki lebih rilek n kool. Sorang umur bawah saya 5 atau 6 tahun... sorang atas saya 7 atau 8 tahun atau maybe 10 tahun.. Zhong Jian sebaya I. Ada 2 orang anak emas buat keje 2orang jer tuh bawah I jugak baya2 Hafizi.

Yang nak masuk nanti nama Hafiz. Umur bawah I jugak. Huhu.. sedih bila Hafizi nak blah dah. Walau keje ngan dia kejap tapi siyes aku suka tanya dia dari Zhong Jian sebab macam dia tau semua dari A to Z. Tapi takpa Abang Syed ada.

Walau Hafizi umur bawah I.. I tak pernah rasa dia macam adik. Macam kengkawan sebaya jer.. lepas tu dia kata I perasan muda. Kehkeh.. takpa umoq tua hati muda.. =P

Takpelah.. kita layan jer bro DiGi tuh

posted from Bloggeroid