Friday, February 21, 2014

Echechecheh..

Berbicara tentang hati dan perasaan takkan habis.. takkan ada penghujungnya.. takkan membawa kita pergi kemana-mana.. tidak akan menjadikan kita apa-apa.. apa kata kita berbicara tentang sesuatu yang bermanfaat.. seperti kereta BMW impian gua ittew.. hewhew

Nway.. tadi aku sedang memandu.. memandu untuk fetch all my kids dari sekolah hantar balik rumah..

Terfikir tentang Erra Fazira dan Nurul Izzah yang menjadi Miss J alex..

Nurul Izzah ok lagi.. tapi Erra Fazira yang kali kedua.. hmmm.. seram pula memikirkannya.

Dulu aku ada seorang kawan.. yang aku nak kenal sebab faktor menduda hingga kedua kali dan berkahwin lagi satu. *ekceli suka nak kenal yang ada benda menarik kat seseorang tu*

Dan aku ada terbaca satu blog.. yang ni blog orang perempuan.. pun menJ sehingga kali keberapa aku tak ingat dan akhirnya mendapat pelengkap hidup yang amat memahami.

Terfikir tak hidup ni kadang macam try and error. Tapi semua tu sudah takdirNya yang datang dari Yang Maha Esa.. nak ke tanak ke kena hadap lah jugak.. Mungkin ianya sebagai pembasuh dosa di masa lalu.. jadi.. kalau dah dapat balasan kat dunia sebagai pembasuh dosa.. takkan kau nak tambah dosa lagi?

Manusia.. kadang terlupa.. Huhu

Dan kepada para suami di luar sana.. jika kau mahu berpoya-poya di luar rumah.. ingatlah anak bini. Kalau tak ingat bini pun ingatlah anak woi! Aku benci this kind of man yang nak berpoya di luar rumah tetapi lupa anak-anak mintak makan. Bini jadi tempat penyepak terajang. Ni kawan aku punya cerita. Nak jer aku &$!%*^ laki dia. Goblok koyo endok!

Anyway.. kepada pihak perempuan tak yah lah nak pikir sangat sebab dah makan penyepak tu dah lama kan? Move on dear. Aku hanya boleh tolong jika kau mahu tolong diri sendiri. Cakap saja apa.. apa-apa yang termampu akan ku lakukan untukmu. Echechecheh..